Anda di halaman 1dari 10

Aplikasi bacaan

mentalis dan
bacaan mekanis
dalam pengajaran
BACAAN MENTALIS

Bacaan mentalis ialah bacaan yang disuarakan dalam hati atau


menukarkan isi bacaan kepada maknanya tanpa mengeluarkan
suara. Kelajuan bacaan mentalis lebih pantas daripada bacaan
mekanis kerana beberapa perkara yang dilakukan dalam bacaan
mekanis seperti nada suara, sebutan yang jelas dan sebagainya
tidak diperlukan dalam bacaan mentalis. Bacaan mentalis ini
dijalankan sesudah murid-murid mencapai kemahiran dan
kecekapan bacaan mekanis.

2
Tujuan

(a) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dengan sendiri.

(b) Untuk melatih murid-murid supaya boleh membaca dan memahami apa yang
dibacanya,

(c) Untuk melatih murid-murid membaca senyap dengan pantas.

(d) Dapat menggunakan kemahiran membaca senyap untuk mendapatkan pengetahuan.

(e) Dapat menggunakan kemahiran membaca mentalis untuk hiburan.

3

Aktiviti bacaan mentalis
(a) Bacaan ini adalah bacaan untuk kefahaman.

(b) Bahan-bahan yang diajar mestilah berperingkat-peringkat


daripada bahan-bahan yang sedikit dan senang kepada bahan-bahan
yang banyak dan susah.

(c) Guru memberi dan menentukan bahan bacaan. Semasa


pelajaran dijalankan guru membantu dan memandu murid-murid
yang lemah.

(d) Guru bersoal jawab dan membincangkan perkataan dan rangkai


kata yang susah.

4
This is a slide title

◍ Bacaan Mekanis
Mekanis ialah bacaan bersuara yang menyuarakan
tulisan dengan sebutan yang jelas dan terang,
dengan intonasi dan irama mengikut gaya membaca
yang betul dengan menggerakkan alat-alat
pertuturan. Bacaan bersuara biasanya
dilaksanakan di kelas-kelas rendah atau pada
peringkat kelas permulaan. Gunanya adalah untuk
latihan teknik supaya kanak-kanak dapat
menyembunyikan bunyi-bunyi sebutan dengan
sebutan, gaya, dan rentak irama yang sempurna.

5
Tujuan

Bacaan mekanis mempunyai beberapa tujuan:

(a) Membolehkan murid-murid membaca dengan cekap dan


pantas dengan sebutan dan intonasi yang betul dan
jelas.

(b) Membolehkan murid-murid membaca dengan irama


membaca yang betul.

(c) Mengembangkan atau mempelajari unsur bahasa


seperti tatabahasa, kosa kata dan juga apabila
menggunakan kamus.

(d) Membolehkan murid-murid tahu menggunakan tanda-


tanda baca serta tahu pula berhenti pada tempat-
tempat berhenti yang betul.

6
You can also split your content

(e) Dapat menggunakan kemahiran bahasa dalam mata-mata pelajaran


yang lain.

(f) Untuk membolehkan murid-murid mencapai kemahiran dan kecekapan


membaca bersuara.

(g) Dapat mengenal pasti laras bahasa yang pelbagai.

(h) Menikmati unsur estetik dalam bahan bacaan.

(i) Dapat mengulas isi yang terdapat dalam bahan bacaan.


7
Aktiviti bacaan mekanis

Antara cadangan aktiviti bacaan mekanis;

(a) Guru memberikan satu petikan dalam satu masa khas untuk bacaan, sesuai dengan
kebolehan dan umur murid-murid.

(b) Bersoal jawab dan membantu murid-murid dengan perkataan-perkataan dan rangkai
kata yang susah sama ada dari segi sebutan atau makna perkataan-perkataan itu.

(c) Guru membaca sebagai contoh dan murid-murid menyemak bacaan guru.

(d) Guru membaca dan murid-murid mengikut. Boleh dilakukan secara kelas atau
kumpulan.

(e) Guru memandu murid-murid membaca secara


8 individu bergilir-gilir.
(e) Guru memandu murid-murid membaca secara
individu bergilir-gilir.

(f) Guru berbincang dan bersoal jawab dengan


murid-murid mengenai isu bacaan untuk menguji
kefahaman mereka. Ini boleh dilakukan secara
lisan dan bertulis.

9
TERIMA KASIH
AIDA AQILAH BINTI NORRIFIN
RABIATULADAWIAH BINTI MAHATHIR
NURUL AIN SHAFIQAH BINTI ROSLI

10

Anda mungkin juga menyukai