Anda di halaman 1dari 31

GWP 1092 :

WACANA PENULISAN

DR. ZAKIAH BT NOORDIN


2. Keutuhan wacana

• Keutuhan semantik
• Keutuhan leksikal
• Keutuhan gramatikal
• keutuhan fonologi
PENGENALAN

Wacana yang baik


• wacana yang utuh.
• mempunyai gabungan unsur-unsur penting
yang membentuknya

Perkataan Klausa

Frasa Wacana
PENGENALAN

Wacana yang baik


• dua ciri utama
• Urutan atau koheren (kesinambungan idea yang
menjadikan wacana itu teks yang bermakna dan
dapat difahami)
• Tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara
unsur linguistik dengan unsur linguistik yang
lain)
PENGENALAN

Wacana yang baik


• Keutuhan wacana = wujudnya kaitan-
kaitan aspek
• semantik
• fonologi
• leksikal
• gramatikal
Keutuhan semantik (makna)

Bagaimana melihat hubungan dari segi


keutuhan semantik

Hubungan semantik Hubungan semantik


antara bahagian– dari kesatuan latar
bahagian wacana. belakang semantik
Hubungan semantik di antara bahagian-
bahagian wacana
Hubungan sebab dan akibat.
• Ah Meng bermain bola sepak petang tadi. Dia tidak
membuat kerja rumah.
• Dia sangat sombong. Dia tiada kawan.
Hubungan sebab dan tujuan.
• Nabila sangat rajin belajar. Dia ingin berjaya dalam
pelajaran.
• Ibu menjemur di luar. Cuaca hari ini sangat bagus.
Hubungan sebab dan hasil
• Ali sangat malas. Dia gagal dalam peperiksaan akhir tahun.
• Mei Mei sangat comel. Dia disayangi oleh orang-orang
tuanya.
Hubungan semantik di antara
bahagian-bahagian wacana

Hubungan latar dan kesimpulan


• Lagu itu sangat sedap. Lagu itu diinyanyikan oleh Siti
Nurhaliza
• Menariknya wayang tadi. Rupa-rupanya pengarahnya orang
Malaysia.
Hubungan memperkuatkan isi
• Hebat sungguh kawan saya. Pandai melukis, bermain alat
muzik dan bermain bola keranjang.
• Hebatnya rumah ini. Ruang besar, ada halaman sendiri dan
harganya murah juga.
Hubungan semantik dari segi kesatuan latar
belakang semantik

Kesatuan tajuk atau topik


• Sikapnya menjadi lemah lembut. Dia tidak lagi sombong dan hidung tinggi.
Segala perubahan ini adalah di luar dugaan orang ramai.

Hubungan sosial antara pembicara


• A. Sudah siap?
• B. Belum. Bekalan tidak mencukupi.
• (Kedua-dua penutur memahami apa yang dimaksudkan walaupun orang lain
mungkin tidak memahaminya)

Jenis medium penyampaian


• Laras bahasa dalam iklan.
• Walaupun ayat-ayatnya diucapkan secara terputus-putus tetapi kita dapat
memahaminya dan dapat menganggapnya sebagai wacana kerana itu adalah cara
penyampaiannya.
Keutuhan Leksikal
 Berdasarkan pemilihan dan penggunaan perkataan
yang sesuai dengan makna yang ingin disampaikan

Sinonim
Hiponim Antonim Homonim
(persamaan)

Pengulangan Pembuka dan


Kolokasi
kata yang sama penutup
HIPONIM = Makna sesuatu perkataan merupakan
sebahagian daripada makna perkataan lain

Contoh:
Ali suka bermain bola sepak, bola keranjang dan bola
tampar. Dengan itu, Ali menjadi wakil sekolah bagi
sukan permainan bola tersebut.
ANTONIM = Perkataan yang berlawanan
maksud.

 Naik – Turun
 Baik – Buruk
Contoh  Cantik - Hodoh
 Rajin - Malas

Wajah yang cantik dan hodoh bukan ukurannya


tetapi yang paling penting ialah hati budinya
SINONIM = Perkataan yang mempunyai
maksud yang sama

 Rajin – Tekun
 Pandai – Bijak Contoh
 Bagai kaca terhempas ke batu – Kecewa

Contoh:

Bertemu : Abu bertemu dengan kawan-kawannya sebelum


melanjutkan pelajarannya ke luar negara.

Berjumpa : Apabila Abu berjumpa dengan kawan-kawannya,


dia berasa amat gembira.
SINONIM = Perkataan yang mempunyai
maksud yang sama

Contoh perkataan ‘kerusi’:


 Duduk di kerusi
 Kerusi bayi
 Kerusi falsafah
 Dihukum bunuh dengan kerusi elektrik
 Pengerusi majlis
HOMONIM (POLISIM) = Perkataan yang bunyinya
sama, tetapi mempunyai maksud yang berlainan. Satu
perkataan mempunyai banyak makna

 Contohnya perkataan ‘kaki’  Contohnya perkataan ‘kaki’


bermakna bahagian paling juga dikiaskan sebagai makna
bawah anggota. penagih.
 Badan manusia.  Suka kepada sesuatu.

Mewujudkan
Mewujudkan
perkataan
perkataan
kaki kuda, kaki botol,
kaki bukit, kaki langit
Kaki judi
BAI
K Rapat
 Farah kawan baik
saya

Elok
 Budak itu baik
budi pekertinya.
Sembuh
 Demamnya sudah
beransur baik.
Dalam Halus Ahli
 Kecil-kecil  Anggota
 Tidak cetek  Lembut Pertubuhan
 Berkenaan  Elok & kemas  Orang yg
 Ditimpa mahir
Makan Besar
 Mengunyah  Lawan kecil
 Sumber rezeki  Dewasa
 Berfungsi  Sukar diatasi

Lalu Kecil
Cerah
 Melintas  Tidak besar
 Berdaya  Terang  Tidak lebar/tidak luas
 Terus  Siang  Tidak banyak
 Agak putih
KOLOKASI

• Dua perkataan atau lebih yang masing-masingnya


merupakan perkataan tersendiri, tetapi kebiasaannya
dikaitkan antara satu sama lain.
• Contoh :
• gigit – gigi
• menyalak – anjing
• bodoh - keldai
• jelita – wajah
• lazat – makanan
• lunak – suara
• tulus - hati
Pengulangan kata yang sama

Contoh:
1. Aminah memang mudah menangis . Disebabkan
perkara kecil pun dia menangis. Semasa gembira pun
dia menangis .
2. Dora adalah seorang yang baik hati. Dia suka
membantu gurunya. Di sekolah, dia juga membantu
kawannya. Apabila berada di luar kawasan sekolah,
dia juga suka membantu orang tua .
Pembuka dan Penutup

 Digunakan sebagai pembuka dan penutup wacana


 Contoh : dalam karya klasik
 Alkisah, Sebermula
 Wallahualam

 Contoh : surat kiriman


 Dengan hormatnya perkara di atas dirujuk…
 Sekian untuk makluman, Sekian, terima kasih
Keutuhan
Gra m a t i k a l

Wacana berkualiti mesti memperlihatkan hubungan


berdasarkan binaan tatabahasa dapat dilihat daripada
penggunaan penanda gramatis seperti:
(a) Kata Hubung (c) Peleburan dan
(b) Kata Rujukan Penggantian
(a) KATA HUBUNG = menghubungkan di antara ayat
dengan ayat atau perenggan dengan perenggan yang
lain.
• berfungsi sebagai penghuraian
• Contoh : seterusnya, selain itu, pada sudut yang
lain,sebaliknya dan lain-lain.

• berfungsi sebagai pengembangan idea


• Contoh : seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana,
dengan dan lain-lain

• berfungsi sebagai penambahan


• Contoh : sebelum, selepas, kemudian, berikutnya,
pada masa, ketika itu dan lain-lain.
(b) KATA RUJUKAN= kata yang
boleh menggantikan sesuatu, sama
ada benda atau manusia.

• kata ganti nama


• Contoh : saya, dia, mereka,
kami, kita, itu, ini dan lain-
lain.
(c) PELEBURAN DAN
PENGGANTIAN
• Maksud : untuk mengelakkan
pengulangan terhadap
sesuatu maklumat daripada penyataan
yang diberikan.
• Contoh : Ali berjalan dengan laju
manakala Abu berjalan dengan
perlahan.
Keutuhan Fonologi (Bunyi)
• Hubungan dari aspek keutuhan fonologi boleh dilihat
daripada segi hentian suara, nada suara, dan intonasi suara.

• Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara


bahagian wacana.

• Intonasi berperanan penting sebagai penanda, pemisah


frasa dan pembeza struktur ayat, contohnya seperti ayat di
bawah:
Contoh ayat 1 :
Abang Ali sudah makan nasi.
Perhatian :
• Ayat ini mengandungi ketaksaan makna, bergantung kepada hentian
atau kesenyapan suara yang berlaku.
• Sekiranya kesenyapan suara berlaku selepas perkataan ‘abang’, maka
ayat ini membawa maksud ‘Ali’ yang sudah makan nasi.
• Tetapi, jika kesenyapan suara berhenti selepas perkataan ‘Ali’, maka
ayat ini bermaksud ‘abang Ali’ yang sudah makan nasi.
Begitu juga halnya dengan intonasi dan nada
suara yang berbeza.
Misalnya perkataan ‘makan’.

• Jika ia diungkapkan dengan nada suara yang keras


dan intonasi yang tinggi di akhir kata, ia akan
menjadi ayat paksaan, arahan atau suruhan yang
tidak boleh ditentang ataupun ia juga boleh menjadi
ayat soal, “makan?”
• Tetapi, jika ianya disebut dengan nada yang lembut,
ia akan berubah menjadi ayat silaan, ajakan atau
pelawaan yang ikhlas.
Contoh ayat 2 :
Contohnya hubungan antara ayat penyata,
• “ Dia sudah pergi ? ”
• “Dia sudah pergi”

• Perbezaan antara kedua-duanya wujud melalui


nada suara semasa penutur menuturkannya.
Unsur-unsur para linguistik juga
membantu pemahaman tentang sesuatu
wacana.
• wacana tulisan
• unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat
yang digunakan untuk memperjelaskan
persembahan wacana.
• alat-alat tersebut ialah tanda baca seperti noktah,
koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.
• wacana lisan - ekspresi wajah , iaitu keadaan air
muka serta gerakan tangan dan badan merupakan
alat-alat untuk membantu memahami ujaran.
Tugasan Tutorial 2

• Bahagikan kelas kepada 6, bentang


ciri-ciri wacana yang terdapat dalam
wacana penulisan yang telah
diberikan.
Sekian
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai