Anda di halaman 1dari 2

Refleksi

• Terangkan kepada mereka dengan teliti mengenai rancangan yang akan dilakukan dalam
program komuniti dan bantu mereka memahami nilai sukarela. Hal ini dapat meningkatkan
kefahaman mereka tentang motif program komuniti dan minat untuk menyertai dalam
program komuniti.

• Menjelaskan kelebihan melakukan program komuniti. Contohnya dapat peluang besar untuk
meneroka tempat baru, mendapat peluang untuk mengenal budaya baru dalam kalangan
komuniti

• Memberitatahu kepada rakan tentang faedah kerjaya pada masa hadapan. Hal ini demikian
kerana, aktiviti sukarelawan akan menjadikan individu seorang yang lebih rendah hati dan
penyayang, membantu mereka melihat dunia dengan cahaya yang lebih baik. Oleh itu,
majikan lebih berminat untuk terima calon yang mempunyai pengalaman kerja sukarela.
Brain

Ya, saya setuju. Malangnya, terdapat beberapa keburukan dengan penglibatan diri dapat program
komuniti secara paksaan berbanding dengan secara sukarela. Pertama sekali, penglibatan diri dalam
program komuniti secara paksa akan menyebabkan individu ketinggalan dalam pelajaran,
kekurangan wang dan meningkatan beban mereka. Hal ini demikian kerana, pelajar yang
mempunyai masalah akademik atau individu yang bekerja sambil belajar terpaksa meluangkan masa
mereka bekerja dalam program komuniti sebaliknya mereka boleh menggunakan masa mereka
untuk belajar atau bekerja. Seterusnya, penglibatan diri dalam program komuniti secara paksaan
akan menyebabkan individu meninggalkan pandangan yang buruk terhadap program komuniti
kerana mereka terpaksa melakukan aktiviti bertentangan dengan kehendak mereka. Ini boleh
menyebabakan mereka benci dan tidak ingin melakukan program komuniti lagi pada masa hadapan.
Akhir sekali, keburukannya ialah mengagalkan tujuan program komuniti iaitu tindakan sukarela
seseorang individu untuk memikul tanggungjawab kemasyarakatan bertujuan untuk menolong
orang di kawasan tertentu. Hal ini juga merupakan tidak adil bagi individu yang ingin mengambil
bahagian dalam melakukan aktiviti masyarakat secara sukarela kerana mereka hilang kepuasan
dalam perkara yang terpaksa dilakukan.

Anda mungkin juga menyukai