Anda di halaman 1dari 24

PENGGUNAAN KERTAS KOTAK BERGARIS DALAM

MEMBANTU MURID TAHUN 6 MENULIS HURUF ‘P’


BESAR DAN KECIL DALAM PENULISAN AYAT BAHASA
MELAYU
Desmond Daniel Anak Copta
SK Ulu Sapi, PPD Tongod-Telupid.
Email: dmond_91@yahoo.com / g-59272222@moe-dl.edu.my
Apakah yang saya kaji?

 Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa pandemik Covid-19


menyukarkan ramai guru termasuk saya sendiri dalam memberikan bimbingan dan
perhatian khusus kepada murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran
mereka.

 Berdasarkan pemerhatian saya terhadap 30 orang pelajar Tahun 6, didapati 8 orang


murid mempunyai masalah dalam penggunaan huruf ‘p’ besar dan kecil dalam
penulisan ayat Bahasa Melayu.

 Kertas Kotak Bergaris (KKB) – alat yang digunakan.


Kajian buat di mana?

 SK Ulu Sapi merupakan sebuah sekolah luar bandar yang terletak di daerah Telupid,
Sabah.
 Saya merupakan guru mata pelajaran Bahasa Melayu bagi kelas tahun 6 Raffelsia
(6R) dan tahap pencapaian bahasa Melayu bagi kelas ini adalah pada tahap yang
sederhana.
 Kelas 6R terdiri daripada:

Murid 6R Lelaki Perempuan


Jumlah 16 14
Apa itu KKB dan bagaimana rupanya?

 KKB – Kertas Kotak Bergaris (Diadaptasi daripada buku garis 3).


Mengapa Kajian dijalankan?

 jumlah murid yang agak ramai dan keperluan untuk mencapai objektif pembelajaran telah
mengakibatkan berlakunya pengabaian terhadap kesalahan-kesalahan kecil semasa aktiviti
menulis dijalankan.

 Kesalahan yang berlaku dalam penulisan boleh berlaku kepada mana-mana murid tanpa
mengira tahap kecerdasan mereka.

 Saya menghadapi masalah bagi memberikan bimbingan serta perhatian khusus kepada murid
yang menghadapi masalah dalam penggunaan huruf ‘p’ besar dan kecil dalam penulisan
Bahasa Melayu mereka.
Mengapa Kajian dijalankan?

 Disebabkan tidak memberi penekanan terhadap kesalahan tersebut, maka


kesalahan itu menjadi kebiasaan dalam setiap penulisan mereka dan ini
menjejaskan kualiti dalam penulisan kerana adanya kesalahan ejaan yang ketara.

 Ini juga bermakna kemahiran bahasa mereka belum seimbang.

 Isu ini diberikan perhatian oleh saya kerana kesalahan kecil seperti ini tidak
sepatutnya berlaku lagi apabila murid sudah berapa di Tahap 2 persekolahan
peringkat rendah atas terutama murid Tahun 6
Mengapa Kajian dijalankan?
 Berikut merupakan antara masalah rutin dalam penulisan yang sering berlaku:

1. masalah penggunaan huruf besar dan huruf kecil dengan betul


 Tidak ditulis di tempat yang betul. (Contoh : asPek, lengkaP, bersatu Padu dalam…)
 Jika dilihat dengan mata kasar, masalah ini kelihatan kecil namun memberi impak yang sangat besar
dalam penghasilan karangan yang bermutu.
 (PKP) turut menyumbang kepada masalah ini menjadi lebih serius
 dikenal pasti semasa proses penghantaran tugasan (melalui aplikasi WhatsApp) mendapati
kesalahan penggunaan huruf besar dan kecil kerap berlaku terhadap sekumpulan murid.
Mengapa Kajian dijalankan?

 Disebabkan tidak dapat bersemuka akibat PKP – saya hanya memberikan teguran
dan peringatan sahaja terhadap kesalahan tersebut.
 Kesalahan sama tetap berulang setiap kali aktiviti menulis.
 Hasil temu bual – murid menyatakan sudah terbiasa dengan gaya menulis seperti
itu / tidak sedar akan kesalahan yang dilakukan.
 Pengabaian guru termasuklah saya sendiri kerana tiada tindakan atau aktiviti
susulan yang dilakukan untuk memastikan mereka menguasai kemahiran
penggunaan huruf besar dan kecil.
Bagaimana saya sedar masalah tersebut berlaku?

 Semasa saya menyemak karangan murid Tahun 6 Raffelsia

 sungguh terkejut kerana didapati walaupun mereka telah berada pada tahun 6 masih
mempunyai masalah besar dalam penggunaan huruf ‘p’ besar dan kecil dalam penulisan
mereka.

 Kesalahan penggunaan huruf tersebut berlaku tidak kira tempat sama ada di awal
perkataan, pertengahan mahupun belakang perkataan.

 Kesalahan ini sekali gus mengganggu keseluruhan pembinaan ayat yang lengkap kerana
adanya kesalahan ejaan yang ketara.
Hasil Kerja Murid
Tujuan Kajian dijalankan?

 Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid tahun 6 menulis


huruf ‘p’ besar dan kecil dalam penulisan ayat bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu peringkat sekolah rendah.
Apa objektif kajian?

 Objektif kajian ini adalah:

1. Murid dapat menulis huruf ‘p’ besar dan kecil dengan betul penggunaannya
semasa menggunakan KKB.

2. Menambah baik amalan pdp guru melalui penggunaan KKB ke arah membantu
murid menulis huruf ‘p’ besar dan kecil dengan betul dalam penulisan ayat Bahasa
Melayu.
Siapa yang terlibat?

 Murid SK Ulu Sapi Tahun 6 Raffelsia sesi 2021


 12 tahun
 Data-data diperoleh adalah berdasarkan kepada amalan di bilik darjah dan semasa
proses PdPR dijalankan.
Apa reka bentuk dan metod yang digunakan?

 Kajian ini adalah kajian tindakan yang mengikuti langkah yang sistematik iaitu:

1. pemerhatian,
2. refleksi,
3. perancangan dan
4. tindakan.

 Kajian ini melibatkan 8 orang murid kelas Tahun 6 Raffelsia terdiri daripada 4 orang
murid lelaki dan 4 orang murid perempuan.
Apa hasil kajian?

 Berdasarkan kepada isu yang diperhatikan, berikut merupakan inkuiri kendiri dan
catatan dapatan refleksi saya:

1. Adakah berlakunya perubahan selepas pelaksanaan intervensi menggunakan KKB


dijalankan terhadap mereka?

 Melalui pemerhatian dan analisis dokumen yang dilakukan mendapati telah


berlakunya perubahan selepas intervensi dijalankan.
Apa hasil kajian?

2. Apakah perubahan yang berlaku sebelum dan selepas intervensi?

 KKB merupakan bahan yang membantu murid-murid menulis dengan baik.


 mereka mampu membuat gambaran.
 KKB mengingatkan murid tersebut bagaimana menulis huruf ‘p’ besar dan kecil
apabila menulis menggunakan buku latihan biasa.
 Mereka menggambarkan dalam buku biasa terdapat kotak-kotak yang bergaris
dalam mengawal mereka menulis huruf ‘p’ dengan tepat.
 Prinsip latih tubi ini digunakan semasa penggunaan KKB. Latihan secara latih
tubi mampu untuk membiasakan mereka menulis dengan betul.
 galakan yang berterusan juga mampu mewujudkan semangat belajar dalam diri
murid-murid dalam membantu mereka memperbaiki cara menulis dengan betul.
Apa hasil kajian?

3. Adakah murid dapat menulis huruf ‘p’ besar dan kecil dengan betul selepas
pelaksanaan KKB?

 murid dapat menulis huruf ‘p’ besar dan kecil dengan betul.
 Keadaan ini juga dapat diperhatikan melalui semakan buku latihan dan
lembaran kerja yang dibuat oleh murid selepas beberapa siri penggunaan KKB
dijalankan.
Antara hasil penggunaan KKB?
Antara hasil penggunaan KKB?
Antara perubahan positif dalam penulisan ayat tanpa KKB?
Apa hasil kajian?

 KKB telah memberikan peluang kepada saya untuk meneroka penggunaan bahan
sedia ada dan sering digunakan terutama terhadap murid-murid tahap 1 seperti
buku garis tiga dalam membantu murid-murid dari segi kemahiran menulis.

 Berdasarkan kepada perubahan yang berlaku, KKB dapat membantu mereka


menulis dengan betul mengikut konteks ayat.

 Melalui KKB juga, peluang dalam membimbing murid-murid semasa aktiviti


pemulihan dan pengukuhan turut memudahkan proses pembelajaran murid-murid
dengan mudah.
Apa hasil kajian?

 hubungan saya dengan murid juga lebih dekat dan mesra.

 Murid tidak berasa kekok untuk bertanya dan menunjukkan hasil kerja mereka
apabila diminta atau semasa saya memerhati mereka semasa melakukan aktiviti
menulis.

 Secara tidak langsung, hubungan yang baik ini turut memberi peluang kepada saya
untuk mendalami permasalahan dan keperluan serta jiwa murid-murid tersebut.
Jadi, kesimpulannya?

 Penggunaan KKB berjaya meningkatkan kepekaan, minat serta keyakinan murid dalam aktiviti
penulisan.

 Berdasarkan dapatan ini, disimpulkan bahawa penggunaan KKB sebagai alat bagi membantu
murid menulis dengan betul dalam penulisan ayat Bahasa Melayu adalah amat penting bagi
memastikan murid menguasai kemahiran asas menulis yang baik sebelum melangkah ke
peringkat seterusnya.

 kemahiran menulis harus dijalankan dengan berkesan agar usaha untuk meningkatkan dan
memantapkan penguasaan 3M dalam kalangan murid-murid dapat dicapai.

 Melalui kajian ini juga telah membuka minda saya akan kepentingan artikel-artikel
penyelidikan dan kajian tindakan yang dilaksanakan dalam membantu saya mengatasi
masalah yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas khususnya
semasa musim pandemik ini.

 diharapkan tindakan yang saya lakukan sedikit sebanyak dapat membantu meningkatkan
pencapaian murid-murid dalam penguasaan mata pelajaran Bahasa Melayu Penulisan di
sekolah rendah khususnya.
PENGGUNAAN KERTAS KOTAK
BERGARIS DALAM MEMBANTU MURID
TAHUN 6 MENULIS HURUF ‘P’ BESAR
DAN KECIL DALAM PENULISAN AYAT
BAHASA MELAYU
TERIMA KASIH
dmond_91@yahoo.com / g-59272222@moe-dl.edu.my
013 - 8043383

Anda mungkin juga menyukai