Anda di halaman 1dari 9

Pantun Kasih Sayang

Dari mana pipit melayang


Dari paya turun ke padi
Dari mana datangnya sayang
Dari mata turun ke hati

Maksud: Menggambarkan perasaan kasih sayang


dalam diri seseorang. Perasaan sayang
itu digambarkan bermula dari mata
hingga melekat ke hati. Kasih sayang
adalah sesuatu yang penting dalam hidup kita.
Air dalam bertambah dalam
Hujan di hulu belumlah teduh
Hati dendam bertambah dendam
Dendam dahulu belumlah sembuh

Maksud: Menggambarkan perasaan rindu


dendam yang terdalam seseorang
kerana ditinggalkan, kini kerinduan itu
makin bertambah meskipun bertemu
seketika dan ditinggalkan lagi.
Tema

• Percintaan dan kasih sayang teruna dara


yang saling menyintai dan merindui
setelah berjauhan. Kasih sayang dan
kerinduan itulah yang menjadikan
kehidupan mereka lebih indah.
Bentuk pantun
Sejenis Pantun 4 kerat
• Mempunyai 2 rangkap

• 1 rangkap terdiri daripada 4 baris

• 1 baris mempunyai 4 hingga 5 patah


perkataan

• Bilangan suku kata sebaris ialah 9 hingga 10


suku kata

• Skema rima akhir pantun ini adalah tetap iaitu


a-b,a-b

• Rima akhir pantun juga tetap ; a-b-a-b


Gaya Bahasa (Latihan)

• Anafora
• Pengulangan kata dalam satu baris
• Asonansi
• Alitersi
• Personifikasi
Citra Masyarakat
• Masyarakat yang mengusahakan tanaman padi
sebagai sumber makanan dan pendapatan.

• Persekitaran yang didiami oleh masyarakat di


tepi sungai melalui diksi 'air dalam' iaitu
gambaran pasang surut dan air hujan yang
kadang-kadang memberi ancaman.

• Masyarakat yang saling sayang menyayangi dan


ada ketika berjauhan hingga menerbitkan rasa
rindu yang mendalam.
Mesej

• Kita hendaklah sentiasa menyayangi


seseorang dengan batasan tertentu
supaya tidak memberi mudarat kepada diri
sendiri.

• Kita hendaklah saling setia dalam


perhubungn meskipun diuji dengan jarak
bila terpaksa berjauhan.