Anda di halaman 1dari 7

PANTUN NASIHAT

Tanam bunga di dalam pasu


Bunga melati bunga pandan
Jangan ikut hawa nafsu
Kelak nanti binasa badan

Maksud: Menyeru kita supaya tidak


mengikut hawa nafsu kerana
membawa kesan yang buruk
kepada diri sendiri.
Burung tiung terbang tinggi
Burung merpati mencari sarang
Kalau sombong meninggi diri
kemana pergi dibenci orang

Maksud: Melarang kita bersikap sombong


dan meninggi diri kerana sifat
sombong dan meninggi diri dibenci
oleh masyarakat.
Tema

Menasihati kita agar sentiasa menjaga


perakuan dan sentiasa memunasbahkan diri
ke mana saja kita pergi agar tidak dibenci
orang.
Unsur Estetika (Latihan)

• Anafora
• Asonansi
• Aliterasi
• Hiperbola
• Inversi
• Jeda
• Rima akhir
Citra masyarakat
• Masyarakat yang suka menanam pokok-
pokok hiasan di dalam pasu.

• Masyarakat yang saling berpesan sesama


masyarakat agar tidak sombong dan tinggi
diri.

• Masyarakat yang mementingkan nilai-nilai


perpaduan dan kerjasama sesama
anggotanya.
Mesej

• Jangan sesekali kita mengikut hawa nafsu


kerana ia akan memberi kesan yang tidak
baik kepada diri sendiri.

• Kita tidak boleh bersikap sombong dan


meninggi diri kerana perbuatan itu dibenci
orang.