Anda di halaman 1dari 17

SYAIR IKAN TERUBUK

LATAR BELAKANG
SYAIR IKAN TERUBUK
• Merupakan syair Melayu yang diciptakan pada abad ke-
19, adalah media lisan yang tidak diketahui siapa
penciptanya.
• Terdiri daripada 285 rangkap yang dianggap sebagai
karya besar menceritakan kehidupan habitat ikan di
dalam air iaitu air laut dan air tawar.
• Syair ini digunakan dalam upacara 'semah laut' di
Bengkalis iaitu sebuah upacara mengundang ikan-ikan
terubuk melalui cara supernatural.
ANALISIS KARYA:
MAKSUD SYAIR
CIRI-CIRI SYAIR
• Terdapat empat baris serangkap
• Bilangan patah perkataan
• Bilangan suku kata
• Rima akhir
TEMA
• Bertemakan kegagalan dalam percintaan berpunca daripada
perbezaan status. Percintaan yang melibatkan perbezaan
status/darjat yang membawa kepada kegagalan dalam percintaan
tersebut. Percintaan yang melibatkan ikan Terubuk yang berasal
daripada kerajaan air masin dengan puteri ikan Puyu-puyu dari
kerajaan air tawar. Ikan Terubuk terpaksa memendam rasa apabila
hasratnya untuk memiliki puteri Puyu-puyu tidak kesampaian.
PERSOALAN
1. Persoalan pengharapan pada yang Esa.
Segala harapan hendaklah disandarkan kepada yang Maha Esa.
Puteri ikan Puyu-puyu berdoa pada Allah agar dia tidak
dipertemukan dengan ikan Terubuk.

2. Persoalan tentang kerinduan.


Kerinduan terhadap kekasih yang jauh terpisah hingga menyebabkan
perasaan jadi resah dan gelisah. Ikan Terubuk yang sentiasa
terkenangkan Puteri ikan Puyu-puyu sehingga menyebabkan
sedih dan gelisah.
3. Persoalan tentang kedaulatan (keluarga raja)
Keturunan diraja mempunyai kedaulatan mereka yang tersendiri.
Puteri ikan Puyu-puyu berkata jika dia dari keturunan yang berdaulat
barang diminta barang jadi. Terbukti apabila dia meminta agar tidak
dipertemukan jodoh dengan ikan Terubuk, maka berlaku perkara
aneh apabila pokok pulai muncul di tengah kolah dan akhirnya dia
melompat ke atas pucuk pokok pulai dan akhirnya hilang.

4. Persoalan tentang kejadian luar biasa/aneh.


Golongan bangsawan sering dikaitkan dengan kejadian luar biasa
apabila berdepan dengan sesuatu keadaan. Contohnya, apabila Tuan
Puteri menyeru nenek moyangnya, makaberlakulah kejadian ribut
diikuti dengan kilat dan petir menunjukkan tuan puteri seorang yang
berdaulat.
5. Persoalan keelokan tingkah laku golongan bangsawan.
Golongan bangsawan seringkali dikatakan mempunyai ketinggian budi
pekerti sehingga memikat hati orang yang melihatnya. Sebagai contihnya,
Tuan Puteri Puyu-puyu dikatakan memiliki tingkah laku yang baik.

6. Persoalan tentang putus asa/kecewa

7. Perbezaan darjat/keturunan dari dua kerajaan berbeza

8. Keagungan Tuhan.
GAYA BAHASA
• Metafora – Maksud, Contoh, kesan estetik (4 markah)
• Hiperbola -
• Personifikasi-
• Simile-
• Asonansi-
• Aliterasi-
• Kata Ganda berirama-
KEPENTINGAN KARYA
• Sebagai hiburan
• Alat menyampaikan pengajaran
• Alat sindiran
NILAI KEPERCAYAAN
MASYARAKAT
1. Kepercayaan Animisme
Masyarakat tradisional Melayu sangat mempercayai roh-roh leluhur mereka. Mereka
sering mumuja semangat dan roh nenek moyang mereka apabila berhadapan dengan
masalah hidup. Sebagai contohnya petikan berikut “Dengan berkat nenek
moyangku”

2. Kepercayaan Hindu
Selepas animism orang Melayu menerima pengaruh Hindu. Oleh itu, kepercayaan kepada
Dewa mula mewarnai kehidupan mereka. Dewa sering menjadi pengantara dalam
memohon doa dan permintaan agar dikabulkan. Contih petikan “Disampaikan
dewata barang pintaku”

3. Kepercayaan agama Islam


Sebaik sahaja Islam bertapak di alam Melayu, banyak penceritaan diwarnai dengan
unsur-unsur Islam walaupun pengaruh animism dan hindu buddha masih
mempengaruhi pemikiran orang Melayu. Pembukaan syair ini dimulakan dengan
menyebut kalimah Allah dan bismillah, contohnya “bismillah itu permulaan kalam”
NILAI
KEMASYARAKATAN
• Kerjasama- wujud kerjasama dalam masyarakat dalam
mempertahankan nama baik negeri dan
berusaha untuk mendapatkan sesuatu.

• Kesetiaan- Kesetiaan kepada pemerintah, salah satu


perkara yang sering diamalkan oleh
masyarakat tradisional adalah memberikan
taat setia yang tidak berbelah bahagi
kepada pihak pemerintah sebagaimana
yang telah termaktub dalam waadat.
PENGAJARAN
• LATIHAN