Anda di halaman 1dari 9

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬

SYARAT-SYARAT
KONTRAK

BY NUR FATEHAH
Kontrak Kontrak Kontrak
sah batal boleh batal

Pelepasan
Remedi
kontrak
KONTRAK SAH
o Kontrak yang boleh dikuatkuasakan secara sah menurut undang-undang
o Kontrak ini memenuhi semua kriteria enam elemen utama kontrak iaitu
tawaran, penerimaan, balasan, niat ketentuan dan keupayaan.
o Menurut seksyen 10(1) Akta Kontrak 1950, memperuntukan bahawa semua
perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak yang layak
membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan sesuatu
tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan
akta ini sebagai batal.
KONTRAK BATAL
Menurut Seksyen 2 (g), satu perjanjian atau kontrak yang batal sejak dari awal lagi & tidak
boleh dikuatkuasakan oleh undang-undang serta tidak boleh diwujudkan.

 Dilarang undang-undang kerana tujuan kontrak yang melanggar dan bertentangan dengan undang-undang.
Cth: kontrak perjudian dan pembunuhan
 Bersifat mengecewakan dan mengelak dari peruntukan undang-undang
Cth: perjanjian untuk mengelak sekatan dan dikenakan tindakan undang-undang seperti jenayah kolar putih.
 Frod atau penipuan iaitu perjanjian bermotifkan untuk menipu pihak lain dan memperdayakan orang
Cth: perjanjian yang dibuat untuk mendapatkan harta orang lain.
 Perjanjian yang mendatangkan bencana pada diri dan harta orang lain
Cth: perjanjian yang dibuat untuk mencederakan seseorang atau mendatangkan kerugian kepada orang lain
seperti perjanjian membunuh atau mencederakan seseorang dengan memberi ganjaran wang atau upah.
 Perjanjian yang tidak bermoral dan bertentang dengan muslihat awam
Cth: kontrak pemerdagangan manusia
KONTRAK BOLEH BATAL
Kontrak yang sah pada awalnya tetapi terdapat unsur-unsur negatif yang
boleh membatalkan kontrak.

 Paksaan(seksyen15) – sebarang bentuk kekerasan atau ancaman kepada sesuatu pihak dalam kontrak
Cth: Ali mahu Abu membeli telefon darinya dengan harga RM5000. Oleh itu, Ali mengugut Abu sekiranya beliau
tidak membeli telefon darinya beliau akan dipukul.
 Pengaruh tak wajar – sesuatu kontrak yang diwujudkan apabila satu pihak berkeupayaan untuk menguasai
kemahuan pihak lain dan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh kelebihan yang tidak adil ke atas
pihak yang lain.
Cth: Seorang peguam meminta anak guamannya untuk mengakui kesalahan atas tuduhan yang dikenakan
walaupun sebenarnya anak guamannya tidak bersalah.
 Salah nyataan – merujuk kepada kenyataan- kenyataan yang tidak benar atau mengelirukan
yang mendorong seseorang yang lain untuk memasuki kontrak
Cth: Ani dan Ahmad terlibat dengan perjanjian jual beli ladang ternakan yang pada hakikatnya
Ani sendiri tidak pernah memasuki dan menilai keupayaan ladangnya. Ani telah meyakinkan
kepada Ahmad bahawa ladangnya mencukupi untuk menampung sejumlah 1500 ekor ternakan.
 Frod(Seksyen17) – kontrak yang dibuat untuk tujuan memperdayakan orang lain dengan cara
menyembunyikan fakta penting, meyakinkan seseorang fakta yang tidak benar dan
sebagainya.
Cth: Leman menjualkan tanah miliknya kepada Aiman seorang petani. Leman menyatakan
bahawa tanah miliknya sangat subur dan sesuai untuk dibuat penanaman sedang Leman tahu
bahawa tanahnya tidak sesuai untuk dibuat sebarang penanaman. Ini berlakunya penipuan dan
Aiman boleh membatalkan kontrak tersebut.
 Khilaf –apabila terdapat kesilapan terhadap fakta- fakta penting yang dibuat oleh kedua-dua
pihak yang berkontrak, perjanjian itu akan dibatalkan.
Cth: Khilaf dalam perjanjian
: Am menetap di Shah Alam bersetuju untuk menjual lembunya di Pulau Pinang kepada Bad
dengan harga RM2500. Pada waktu itu perjanjian telah dibuat, kedua-duanya tidak mengetahui
bahawa lembu tersebut telah mati. Oleh itu, wujud kesilapan fakta penting kontrak dan kontrak
itu telah batal.
PELEPASAN KONTRAK
(Keadaan kontrak boleh dilepaskan dan ditamatkan)
 Pelaksanaan syarat kontrak
cth: A berkontrak dengan B untuk membeli rumah dengan harga RM200000. a membuat pembayaran
kepada B dan B bersetuju untuk menjual rumahnya kepada A. apabila selesai perlaksanaan syarat-
syarat kontrak tersebut, maka kontrak tersebut boleh dilepaskan.
 Dengan persetujuan pihak yang berkontrak
Cth: A dan B berkontrak untuk menjalankan projek perniagaan Bersama untuk tempoh masa tertentu.
A dan B kemudiannya tidak berminat untuk meneruskan lagi kontrak tersebut, maka kontrak itu boleh
dilepaskan.
 Dengan kemungkiran kontrak Cth:
A seorang pernyanyi membuat kontrak dengan B seorang pengurus panggung untuk menyanyi di panggung B
2 malam seminggu selama 2 bulan yang akan dating dan B berjanji membayarnya RM100 bagi setiap
pertunjukkan setiap malam. Pada malam ke-6 A dengan sengaja tidak dating ke panggung itu. B adalah
bebas dari kontrak.
 Dengan kekecewaan kontrak Cth:
dalam kes Taylor Lwn Caldwell, 102 Calder telah menyewakan dewan muziknya kepada Taylor selama
beberapa hari. Dewan itu terbakar sebelum Taylor mengadakan konsert. Mahkamah memutuskan bahawa
kontrak tersebur dilepaskan kerana dewan itu telah musnah, meyebabkan kontrak itu kecewa.
 Dengan penguatkuasaan undang-undang Cth:
A berkontrak dengan B bahawa A akan menyewa kereta B dari 1 Mei 2019 hingga 20 Mei 2019. Ini bemakna
selepas 20 Mei 2019 kontrak itu telah luput dan boleh dibebaskan.
REMEDI
(pemulihan @ tuntutan ke atas kemungkiran sesuatu kontrak)
 Penamatan kontrak – pihak yang menanggung kerugian boleh memilih untuk menamatkan lontrak dan
seterusnya enggan melaksanakan tugas selanjutnya seperti yang diperuntukan
 Gantirugi –bertujuan untuk membolehkan pihak yang rugi akibat kemungkiran kontrak mendapatkan
pampasan.
Cth: A berkontrak untuk membaiki rumah B dengan cara tertentu dan telah mendapat bayaran terlebih
dahulu. A membaiki rumah itu tetapi tidak mengikut kontrak. B berhak mendapat balik bayarannya daripada
A harga untuk membaikinya selaras dengan kontrak itu.
 Injuksi – satu remedy di bawah undang-undang ejuiti yang boleh dipohon oleh satu pihak bagi mengekalkan
status quo sesuatu perkara kes sedang ditangguh. Cth:
A seorang penyanyi berkontrak dengan Syarikat B untuk selama setahun dan dalam kontrak perjanjian A
tidak boleh mengikat kontrak dengan syarikat lain. A telah mungkir janji dan Syarikat B mendapatkan remedi
beberbentuk injuksi untuk menghalang A daripada berkontrak dengan syarikat lain.
 Perlaksanaan spesifik –perintah mahkamah kepada satu pihak untuk melaksanakan obligasinya seperti mana
yang terdapat dalam dalam kontrak.
Cth: A memegang beberapa stok sebagai amanah untuk B. A secara salah melupuskan stok itu. Undang-
undang mewujudkan suatu kewajipan ke atas A untuk memulangkan kuantiti stok yang sama kepada B dan B
boleh melaksanakan perlaksaan spesifik kewajipan ini.
 Quantum Merit – pihak yang teraniaya boleh memohon sejumlah bayaran terhadap apa yang telah
dilakukannya dalam kontrak itu.
Cth: Dalam kes Planche Lwn Colburn, P bersetuju menulis dalam majalah yang diterbitkan oleh C dengan
bayaran $100. P telah menulis sebahagian tetapi C kemudian memberhentikan penerbitan majalah itu.
Mahkamah memutuskan P mendapat bayaran bagi tulisan yang telah dibuatnya.
Sekian terima kasih
-maaf lambat cikgu-

By Fatehah

Anda mungkin juga menyukai