Anda di halaman 1dari 13

KEMAHIRAN BAHASA DALAM BAHASA

MELAYU (BMM1034)

NAMA : NOEL ANAK PHILIP

PPISMP BM AMBILAN JUN 2018

NAMA PENSYARAH: CIK HAJAH KALTHOM


SAMIAN

AKTIVITI: BERCERITA
Dokumen Standard Kurikulum
Pentaksiran
STANDARD KANDUNGAN STANDARD PEMBELAJARAN

1.1 Mendengar dan 1.1.2 Mendengar, memahami,


memberikan respons. dan memberikan respons
terhadap; (i) suruhan dan
permintaan

1.2 Bertutur untuk 1.2.1 Bertutur untuk menjelaskan


menyampaikan maklumat dan dan menilai sesuatu perkara
idea bagi pelbagai tujuan. secara bertatasusila mengikut
konteks.
OBJEKTIF PEMBELAJARAN

Membaca petikan dengan sebutan yang betul


dan intonasi yang sesuai serta memahaminya.
Mendapat peribahasa melalui pembacaan.
Menghargai dan mengamalkan nilai murni,
bersikap positif,
Semut dan
merpati

DISEDIAKAN OLEH: NOEL PHILIP


Pada suatu hari, ketika itu cuaca sangat panas, seekor semut
mencari air untuk diminum. Setelah berjalan ke sana ke mari, ia
menjumpai sebuah kolam.
Untuk masuk ke dalam kolam itu, semut perlu memanjat
rumput. “Arghhh!” kata semut. Ia tergelincir lalu jatuh ke dalam
kolam. Ketika itu, seekor burung merpati sedang berehat di atas
dahan sambil bersiul-siul dengan gembira.
Burung merpati melihat seekor semut sedang meminta pertolongan.
“Tolong!, tolong!” kata semut. “Tunggu sebentar semut, saya
ambilkan sehelai daun” kata merpati kepada semut.
Merpati pun mengigit sehelai daun lalu menjatuhkannya kepada
semut. Semut pun bergerak ke arah daun, lalu memanjat atas daun
itu. “terima kasih merpati” kata si semut. Merpati pun menjawab
“sama-sama semut”.
Akhirnya, daun hanyut itu ke tebing kolam. Semut naik ke tebing
kolam, lalu berjalan ke pangkal pokok. “uhhh, akhirnya selamat
juga saya ke tebing, suatu hari nanti saya akan menolong kamu
juga sahabatku” kata semut dalam hati.
Pada ketika itu, seorang pemburu hendak melastik ke arah
merpati. “merpati sedang dalam bahaya ini, saya mesti
menyelamatkan merpati” kata semut seorang diri. Lalu, semut
cepat-cepat mengigit kaki pemburu itu. Pemburu itu berasa sakit
lalu melepaskan lastiknya itu ke tanah.
“Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada kamu semut kerana
menyelamatkan saya, sekiranya tidak, tentu saya cedera teruk,
malang tidak berbau” kata merpati. Setelah itu, merpati pun
terbang beredar dari situ.
NILAI
1. Nilai tolong-menolong antara satu sama
lain dengan ikhlas.
2. Nilai berterima kasih atas jasa orang lain.
PENGAJARAN:
1. Kita mestilah saling membantu antara satu
sama lain dengan ikhlas agar jasa sentiasa
dikenang oleh orang lain
2. Kita mestilah sentiasa berusaha untuk
membalas jasa baik orang tersebut dengan
kemampuan diri masing-masing.

Anda mungkin juga menyukai