Anda di halaman 1dari 3

KEBAIKAN PERMAINAN ATAS TALIAN

1. Video game boleh melambatkan proses penuaan.

Melalui kajian dijalankan di University of Iowa, Amerika Syarikat, seramai 681 individu sihat berusia
50 tahun ke atas bermain game direka khas bagi kajian selama 10 jam boleh melambatkan proses
kemerosotan kebolehan kognitif sehingga kira-kira 7 tahun dalam sesetengah kes.
Antara game yang boleh mengasah keupayaan otak adalah game bertemakan real-time strategy (RTS) dan
mobile online battle arena (MOBA) seperti Dota 2, Mobile Legends dan banyak lagi.

2. Video game boleh menajamkan penglihatan mata.

Menurut satu kajian University of Rochester, bermain game aksi mampu meningkatan daya penglihatan
dalam tugas seharian seperti membaca dan memandu pada waktu malam.
Kebolehan ini dipanggil sebagai fungsi sensitif kontras membolehkan pemain untuk membezakan perubahan
kecil dalam pelbagai tona warna kelam meskipun berlatarbelakangkan warna cerah. Fungsi sensitif
kontras ini juga semakin hilang apabila usia kita meningkat. Bermain game aksi pantas shoot em’ up
seperti Call of Duty, Battlefield atau Overwatch melatih otak manusia untuk membeza dan menganalisa
banyak maklumat di depan mata kita dalam satu masa sama sekaligus meningkatkan daya penglihatan
pemain.
3. Video game boleh melegakan rasa sakit kronik

Kajian dijalankan oleh American Pain Society mendapati game virtual reality (VR) dapat mengurangkan
rasa sakit disebabkan prosedur pembedahan atau penghidap penyakit kronik. Lebih-lebih lagi, mereka
yang menerima rawatan luka terbakar melaporkan pesakit ini kurang merasa sakit sebanyak 30 ke 50%
ketika bermain game VR.

Antara sebab utama kelegaan pantas ini adalah kerana aktiviti bermain game melepaskan satu hormon
dipanggil sebagai endorphin ke otak iaitu sebatian kimia yang selalu berkait-paut dengan rasa
kegembiraan dan mengurangkan rasa ketidakselesaan.

4.Video game online boleh tingkatkan kebolehan bersosial.

Kebanyakkan orang fikir bermain video game membuatkan seseorang tidak bergaul atau dipanggil sebagai
anti-sosial kerana korang lebih suka duduk di rumah berbanding keluar bergaul-gaul dengan orang luar.
Sebaliknya, main game online atau game sosial sebenarnya membuatkan pemain lebih senang bersosial
dengan orang lain. Pada tahun 2009, kajian melihatkan perbandingan antara pelajar sekolah Singapura,
kanak-kanak Jepun dan pelajar kolej Amerika Syarikat dan dapatan kajian menunjukkan game sosial dan
online melahirkan individu ramah tamah.
5. Video game boleh mengurangkan tekanan perasaan

Walaupun ketagihan video game diklasifikasikan sebagai satu penyakit mental, bermain video game
sebenarnya boleh dijadikan sebagai satu penawar stres jauh lebih efektif berbanding sesi
kaunseling biasa. Pada tahun 2012, penyelidik di New Zealand menjalankan kajian melibatkan 168
remaja kira-kira berusia 15 tahun yang mana separuh daripada mereka diasingkan untuk menerima sesi
kaunseling manakala separuh lagi main game fantasi SPARX yang membolehkan mereka untuk reka avatar
tersendiri untuk “mengeluarkan pemikiran negatif”.

Setiap tahap dalam game itu mengajar pemain tentang fakta asas tentang kemurungan, strategi untuk
menangani tekanan dan teknik mencari ketenangan.

Dapatan kajian SPARX juga sangat menggalakkan. Kira-kira 44% pemain SPARX sembuh dari kemurungan
berbanding hanya 26% daripada mereka yang sembuh melalui sesi kaunseling.

Anda mungkin juga menyukai