Anda di halaman 1dari 19

BAHASA

MELAYU
TAHUN 2:
TANDA BACA
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 1:

tiga orang murid sekolah kebangsaan kampung


makmur sedang berkhemah mereka berkhemah di
dalam hutan seorang murid sedang menjerang air
terdapat murid yang sudah siap memasang khemah
mereka berasa sungguh seronok dapat berkhemah
bersama-sama.
Tiga orang murid Sekolah Kebangsaan
Kampung Makmur sedang berkhemah.
Mereka berkhemah di dalam hutan. Seorang
murid sedang menjerang air. Terdapat murid
yang sudah siap memasang khemah. Mereka
berasa sungguh seronok dapat berkhemah
bersama-sama.
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 2:

kamal ahmad dan ali pergi ke taman permainan di


taman mahkota setiap hari mereka bermain
bersama-sama kamal bermain gelongsor bersama
ahmad ali pula menaiki kereta api mainan mereka
pulang pada lewat petang
Kamal, Ahmad dan Ali pergi ke taman permainan
di Taman Mahkota. Setiap hari mereka bermain
bersama-sama. Kamal bermain gelongsor
bersama Ahmad. Ali pula menaiki kereta api
mainan. Mereka pulang pada lewat petang.
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 4:

sekolah kebangsaan maharani mengadakan majlis


sambutan hari guru para guru diraikan dengan penuh
meriah ramai murid memberikan hadiah kepada guru
yang mereka hormati mereka menghargai jasa guru-
guru semua guru berasa terharu dengan pemberian
hadiah tersebut
Sekolah Kebangsaan Maharani mengadakan majlis
sambutan hari guru. Para guru diraikan dengan penuh
meriah. Ramai murid memberikan hadiah kepada
guru yang mereka hormati. Mereka menghargai jasa
guru-guru. Semua guru berasa terharu dengan
pemberian hadiah tersebut.
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 4:

anis dan keluarganya pergi ke pesta buku anjuran


syarikat sasbadi minggu lalu dia suka membaca buku
cerita di sana anis membeli beberapa buah buku
cerita seram anis menggunakan duit simpanannya
terdapat pelbagai jenis buku cerita yang dijual
mereka pulang pada waktu malam
Anis dan keluarganya pergi ke pesta buku anjuran
Syarikat Sasbadi minggu lalu. Dia suka membaca
buku cerita. Di sana, Anis membeli beberapa buah
buku cerita seram. Anis menggunakan duit
simpanannya. Terdapat pelbagai jenis buku cerita
yang dijual. Mereka pulang pada waktu malam.
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 5:

rahman suka membantu ayahnya membasuh kereta


mereka membasuh kereta pada waktu pagi rahman
menggunakan kain untuk menggosok cermin
belakang ayahnya menyembur air menggunakan
getah paip kereta ayah menjadi bersih atas bantuan
rahman.
Rahman suka membantu ayahnya membasuh kereta.
Mereka membasuh kereta pada waktu pagi. Rahman
menggunakan kain untuk menggosok cermin
belakang. Ayahnya menyembur air menggunakan
getah paip. Kereta ayah menjadi bersih atas bantuan
Rahman.
Tulis semula petikan ringkas di
bawah dengan tanda baca yang betul.

PETIKAN 6:

datuk ingin mengajar amar bermain wau datuk


mengajak amar ke hutan untuk mencari buluh datuk
menunjukkan cara menebang membelah dan meraut
buluh untuk dibuat wau amar berjaya membina wau
kucing amar menerbangkan wau buatannya di pesta
wau pada keesokan harinya
Datuk ingin mengajar Amar bermain wau. Datuk
mengajak Amar ke hutan untuk mencari buluh.
Datuk menunjukkan cara menebang, membelah dan
meraut buluh untuk dibuat wau. Amar berjaya
membina wau kucing. Amar menerbangkan wau
buatannya di pesta wau pada keesokan harinya.

Anda mungkin juga menyukai