Anda di halaman 1dari 10

EKONOMI ZAMAN

TRADISIONAL
C
PENGENALAN
• Sistem ekonomi di Malaysia pada abad ke-19 sehingga tahun 1963 boleh dikategorikankepada 2 bentuk
yang utama iaitu sistem ekonomi sara diri dan sistem ekonomi komersial.Bentuk dan kegiatan
ekonomiyang mereka amalkan adalah dipengaruhi daripada sistem pemerintahan pada masa dahulu.
Ekonomi masyarakat Melayu yang diamalkan di TanahMelayu sebelum campur tangan British pada tahun
1874 secara umumnya berbentuk tradisional iaitu ekonomi sara diri.

• Maknanya, hasil kegiatan ekonomi akan digunakan untuk keluarga mereka. Segala lebihan pengeluaran
akan dijual, hasil jualan tersebut akandigunakan untuk membeli barangan keperluan yang lain yang juga
menjadi asas keperluan seperti pakaian dan sebagainya.
Ekonomi pertanian orang melayu
sebagai sara diri
Penggunaan hampir keseluruhan bahan tanaman yang dikeluarkan

Padi/beras adalah asas ekonomi sara diri orang Melayu

Lebihan pengeluaran tidak banyak dan jarang-jarang sekali diperolehi

Sedikit barang keperluan dibawa masuk dari luar iaitu yang tidak dihasilkan
oleh masyarakat Melayu
PANDANGAN
TENTANG
EKONOMI
PERTANIAN
TANAH MELAYU

GOLONGAN PERTAMA
Mempercayai bahawa bentuk dan
corak ekonomi pertanian orang
Melayu pada tahap berkenaan adalah
sara diri

GOLONGAN KEDUA
Lebih mirip kepada keyakinan
bahawa ekonomi orang Melayu
ketika itu tidak bersifat separa
sara diri
PERANAN ORANG MELAYU DALAM INDUSTRI
PERLOMBONGAN PADA KURUN KE-19
• Ekonomi komersial seperti pertanian dagangan telah dipraktikkan oleh penduduk Tanah Melayu sebelum
campur tangan British. Aktiviti komersial lain seperti perlombongan telah dijalankan secara kecil-kecilan
dan tertumpu di pantai barat Semenanjung TanahMelayu seperti di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan.
Hal ini membawa kepada kemasukan golongan imigran dari Cina dan India bagi merancakkan ekonomi
komersial. Para pembesar telah membawa masuk golongan imigran bagi menjalankan aktiviti
perlombongandi Tanah Melayu. Mereka di bawa masuk melalui pelbagai cara, misalnya di Perak,
Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Sehubungan itu, penulis berpendapat bahawa benar, golongan
peranan pemerintah dilihat memilih untuk menjalinkan kerjasama dengan golongan imigran dengan
memberi peluang kepada mereka dalam ekonomi Tanah Melayu berbanding mentransformasi ekonomi
masyarakat Melayu sendiri agar lebih maju. Justeru, penulis akan mengemukakan beberapa bukti bagi
menyokong pandangan tersebut
PENGLIBATAN IMIGRAN CINA DALAM
AKTIVITI PERLOMBONGAN BIJIH TIMAH
• Penglibatan imigran Cina dalam aktiviti perlombongan bijih telah berjayamemperlihatkan satu
transformasi kuasa ekonomi daripada pembesar Melayu kepada orangCina. Pemerintah tempatan
seharusnya memberi peluang kepada rakyat untuk mengubah dan menaik taraf ekonomi yang mundur
kepada yang lebih baik dengan memberikan pinjaman modal. Namun dilihat, orang Cina lebih bijak
menggunakan peluang ini untuk mengembangkan industri perlombongan dengan mengusahakan sendiri
sesuatu kawasan perlombongan itu dengan bantuan modal. Selain itu, penguasaan pembesar melayu
terhadap sektor perlombongan bijih timah dapat dilihat melalui beberapa perkara. Antaranya ialah
pengusaha dari Cina mesti mendapatkan kebenaran daripada pembesar melayu untukmengusahakan
perlombongan terlebih dahulu, pembesar melayu pula akan memastikan hasil bijih timah yang
dilombong dan dijual semula kepada mereka serta harga bijih timah akanditentu oleh pembesar melayu
sendiri
ANALISIS
• Peluang ekonomi yang banyak di Tanah Melayu telah mendorong kedatangan buruh Cina ke
Tanah Melayu dan bekerja di kawasan perlombongan serta perladangan seperti di ladang-ladang
gambir, lada hitam dan tebu.

• Kehadiran modal asing dalam perlombongan bijih timah adalah faktor terpenting kepada
peningkatan buruh asing ke Tanah Melayu. Selain itu, sikap pemerintah Melayu ketika itu yang
tidak mementingkan peningkatan ekonomi dantaraf hidup masyarakat Melayu yang agak
ketinggalan berbanding dengan golongan imigran.Mereka mengenakan cukai yang tinggi
bertujuan untuk menjaga kedudukan mereka sebagai pemerintah dan sebagai sumber pendapatan
utama mereka. Sepatutnya pemerintah harusmembantu meningkatkan kehidupan dan ekonomi
orang Melayu
• Seterusnya, bagi golongan rakyat pula, kebanyakan petempatan orang Melayu berada di kawasan
pedalaman yang masih kekal dengan pekerjaan tradisi iaitu sebagai petani dan nelayan.
Penggunaan wang tidak begitu meluas dalam kalangan rakyat kerana kebanyakan mereka
mempunyai wang yang sedikit dan antara mereka tidak mempunyai wang langsung.Hal ini
kerana, masyarakat Melayu ketika itu masih mengamalkan sistem barter dalam kehidupan harian.
• Justeru, masyarakat Melayu masih berada dalam keadaan tidak bersedia untuk menerima
pembaharuan dan mempunyai pemikiran yang masih belum terbuka mengenai pembaharuan
ekonomi. Keadaan hidup mereka tidak begitu menggalakkan terhadap penerimaan ekonomi baru.
Bentuk ekonomi masyarakat Melayu lebih bersifat diri dan berkeadaan tertutup, diamalkan sevara
tradisional, kurang berdaya saing dan hasil pengeluarannya berskala kecil dan berada pada tahap
produktiviti yang rendah.
KESIMPULAN
• Abad ke-19 adalah titik tolak penting dalam sejarah Tanah Melayu, bukan sahaja mengalami
perubahan politik, tetapi juga perubahan sosial dan ekonomi. Kemasukan buruhasing secara
beramai-ramai telah mendorong kepada pembentukan masyarakat majmuk dan pertambahan
penduduk di Tanah Melayu. Kehadiran imigran di Tanah Melayu memberi kesan terhadap
kehidupan sosioekonomi. Masyarakat Melayu era pra-kolonial dilihat mempunyai kehidupan
sosioekonomi yang tersendiri, dengan struktur politiknya yang berbentuk feudalisme serta
terdiri daripada masyarakat tunggal sebelum kedatangan kolonialisme British. Kegiatan hidup
masyarakat Melayu ketika itu bersifat mudah
TERIMA KASIH
C

Anda mungkin juga menyukai