Anda di halaman 1dari 5

MPU 1331 PENDIDIKAN ISLAM 2

PROJEK 1 TOPIK 1: MERISIK DAN MEMINANG MENRUT TUNTUTAN SYARAK

NAMA
NURUL AIN NABIHAH BT ROZAINEEMAN (T01SFP18F520)
NURFADZIELLA BT MOHD RAMZI (T01SFP18F510)
SYAZWANA BT SAHARBUDIN (T01SFP18F518)

NAMA PENSYARAH
PUAN FARIDAH BT MUSTAFFA
Pengenalan

• Pernikahan dalam Islam merupakan fitrah manusia agar seseorang muslim dapat memikul
amanat tanggung jawabnya yang paling besar dalam dirinya terhadap orang yang paling
berhak mendapat pendidikan dan pemeliharaan. Pernikahan memiliki manfaat yang paling
besar terhadap kepentingan-kepentingan sosial lainnya. Kepentingan sosial itu adalah
memelihara kelangsungan jenis manusia, memelihara keturunan, menjaga keselamatan
masyarakat dari segala macam penyakit yang dapat membahayakan kehidupan manusia serta
menjaga ketenteraman jiwa.

• Pernikahan memiliki tujuan yang sangat mulia iatu membentuk suatu keluarga yang bahagia,
kekal abadi dan dirahmati tuhan. Sesuai dengan rumusan itu, pernikahan tidak cukup dengan
ikatan lahir atau batin saja tetapi harus kedua-duanya. Dengan adanya ikatan lahir dan batin
inilah perkahwinan merupakan satu fitrah manusia serta dituntut oleh agama untuk
mengelakkan perbuatan mungkar.
Merisik Dan Meminang Menurut Tuntutan Syarak

Peminangan adalah
Hukum peminangan
permulaan proses
adalah harus
perkahwinan

Hendaklah bukan isteri Melihat bakal suami dan


orang, bukan mahram bakal isteri adalah sunat,
sendiri, tidak dalam kerana tidak mahu
iddah, dan bukan penyesalan berlaku
tunangan orang setelah berumahtangga
Anggota yang harus
dilihat bagi seorang
wanita ialah muka dan
kedua-dua tangan sahaja
Hadis Rasullullah berkenaan kebenaran untuk merisik (melihat
tunang) dan meminang:
"Daripada Abu Hurairah RA berkata,sabda Rasullullah S.A.W
kepada seorang lelaki yang hendak berkahwin dengan seorang
perempuan: "Adakah kamu telah melihatnya? jawabnya tidak
(kata lelaki itu kepada Rasullullah). Pergilah melihatnya supaya
perkahwinan kamu terjamin berkekalan." (Hadis Riwayat Tarmizi
dan Nasai)
Rumusan

Alam kehidupan yang dikehendaki oleh ajaran Islam adalah alam yang bersifat rabbani dan juga
insani. Tidak boleh ditinggalkan salah satu di antaranya. Sekiranya ditinggalkan maka akan
berlaku kepincangan. Rabbani di sini bermaksud setiap aspek kehidupan itu diambil daripada
arahan dan hukum Allah S.W.T dan menuju kepada Allah dengan seluruh perasaan dan
amalannya. Insani pula bermaksud ia merangkumi segala jenis kemanusiaan di bawah
lembayung akidah. Di sana lebur segala kasta. Tiada bezanya di antara seseorang manusia
dengan yang lain melainkan dari sudut ketinggian iman dan taqwa. Inilah dia alam kehidupan
tertinggi yang selayaknya dijadikan panduan oleh manusia untuk mereka hidup di dunia ini, yang
turut merangkumi hal-hal yang berkaitan dengan institusi perkahwinan dan kekeluargaan sebagai
asas utama pembentukan masyarakat sejagat agar bersifat rabbani dan insani. Ini juga
diperlihatkan dalam urusan perceraian yang masih menekankan aspek pembentukan ummah yang
penyayang dan prihatin. Ini memperlihatkan bahawa institusi perkahwinan dalam agama dan
falsafah Islam merupakan asas dan dasar utama dalam melahirkan insan-insan rabbani dari kecil.
Inilah yang akan terus memastikan pembangunan negara dan bangsa umat Melayu yang kekal
dan beriman

Anda mungkin juga menyukai