Anda di halaman 1dari 17

KESAN POSITIF DAN NEGATIF

TERHADAP KEMASUKAN
PEKERJA ASING
Disediakan oleh:
 NurFatiha Iwani bt Mohd Yatim
 Siti Aisyah bt Mohd Zamri
 Koh Liew Ching
PENDAHULUAN
Malaysia adalah antara 10 buah negara teratas yang tersenarai sebagai penggaji warga
asing tertinggi di dunia. Di mana-mana sahaja pada hari ini khususnya di bandar besar,
kita boleh berjumpa dengan pekerja asing dari Indonesia, Filipina, Bangladesh, Nepal,
India dan China yang bekerja dalam pelbagai sektor yang bergaji rendah seperti buruh,
pekerja kilang dan pembantu rumah. Jumlah pekerja asing di negara ini berjumlah 1.85
juta orang dengan pendatang Indonesia sahaja berjumlah 1.2 juta orang diikuti Nepal
seramai 200,000 orang. Semua mereka ini termasuk yang datang dari Mynmar,
Pakistan, Afghanistan, Kemboja, Vietnam, Sri Lanka dan negara di benua Afrika. Oleh
itu, kemasukan pekerja asing dalam jumlah yang banyak telah menimbulkan pelbagai
kesan kepada rakyat negara ini.
KESAN-KESAN
POSITIF
Mempercepatkan proses pembangunan
ekonomi negara

Menambah tenaga kerja dalam sektor pertanian

Meningkatkan produktiviti negara untuk


keperluan global

Meningkatkan sektor pelancongan di negara


Malaysia
Mempercepatkan proses pembangunan
ekonomi negara
Kemasukan buruh asing dalam negara kita sedikit sebanyak telah mendatangkan kesan
positif terhadap negara kita khususnya dari segi pembangunan negara. Kemasukan buruh
asing ini telah mempercepatkan proses pembangunan ekonomi negara kita.
Malaysia merupakan sebuah negara membangun, rentetan daripada itu negara kita selalu
melakukan perubahan yang teratur dan sistematik selaras dengan perkembangan
negara. Bagi mencapai misi tersebut, keperluan tenaga buruh sangat diperlukan dalam
mempercepatkan arus pertumbuhan negara. Namun demikian negara kita mengalami
kekurangan tenaga buruh tempatan untuk 4 memajukan pembangunan tersebut, oleh sebab
itu kerajaan telah mengambil tenaga buruh asing daripada Indonesia, Filipina dan
Bangladesh. Dengan adanya pekerja buruh asing ini maka proses pembangunan negara
dapat di langsungkan dengan segera.
Menambah tenaga kerja dalam sektor
pertanian
Selain daripada itu negara kita kekurangan tenaga pekerja dalam sektor pertanian khususnya sektor
perladangan. Kekurangan tenaga pekerja yang begitu serius telah memberi impak kepada pengeluaran
sektor berkenaan. Oleh itu tenaga buruh asing adalah amat diperlukan untuk mengisi kekosongan
dalam sektor ini. Kajian United Planters Assocation of Malaysia (UPAM) umpamanya menemukan
bahawa sub-sektor perladangan getah dan kelapa sawit mengalami kerugian sebanyak RM 370 juta antara
tahun 1980 sehinggalah tahun 1985 ekoran daripada kekurangan pekerja dalam sektor berkenaan. Hal ini
kerana penanaman pokok kelapa sawit yang agak besar dan luas sudah tentunya memerlukan tenaga
pekerja yang ramai. Selain itu proses penanaman tanaman ini adalah agak sukar kerana memerlukan
penjagaan yang rapi. Pada tahun 1986 seramai 9,000 ribu tenaga pekerja diperlukan dalam sektor
berkenaan agar kerugian yang sama tidak berulang.( Zulkifliy Osman 1998 ). Masalah
kekurangan pekerja ini juga tidak terbatas kepada sektor pertanian sahaja malahan menular ke sektor-
sektor lain dalam bidang ekonomi khususnya dalam sektor perindustrian.
Meningkatkan produktiviti negara untuk
keperluan global
Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa, senario tersebut juga menyumbang kepada faedah yang seterusnya, iaitu meningkatkan
produktiviti negara untuk keperluan global. Malaysia sering dihadapi dengan kekurangan sumber tenaga buruh dalam pelbagai sektor
seiring dengan kemajuan yang semakin dikecapi oleh negara kita. Hal ini demikian kerana rakyat Malaysia tidak berminat untuk
bekerja dalam sektor yang memerlukan sumber fizikal yang banyak di bawah matahari yang terik. Malah, pendapatan yang diperoleh
juga tidak lumayan dan amat rendah untuk menampung kos kehidupan mereka. Keadaan ini menyebabkan majikan dalam sektor
pembinaan khususnya untuk mendapatkan tenaga buruh asing untuk bekerja dengan mereka. Pekerja asing ini tidak memilih
pekerjaan asalkan memperoleh upah dan pekerjaan apabila bekerja di negara kita. Upah yang diterima dianggap tinggi kerana
pertukaran nilai mata wang akan menyebabkan mereka dapat hidup mewah apabila pulang ke negara asal. Dengan ini, mereka akan
bekerja keras dengan memenuhi kekosongan tempat di sektor-sektor perindustrian dan pembinaan dan membantu industri-industri dan
syarikat besar mengeluarkan barangan atau membina bangunan yang lebih banyak. Misalnya, industri sawit merupakan sektor
pertanian termaju yang mempunyai kedudukan yang strategik dalam ekonomi Malaysia dari segi penjanaan pendapatan eksport
(RM65 bilion) dan dalam bidang sosial dengan memberi sara hidup pekerja ladang dan kilang sebanyak RM2 juta. Justeru, dengan
peranan buruh asing ke negara kita, industri sawit akan dapat mengekalkan pengeluaran kelapa sawit dan mengatasi masalah
kekurangan pekerja dalam bidang pertanian dan perladangan. Dengan berbuat demikian, ternyatalah bahawa kedatangan buruh asing
memang dapat meningkatkan produktiviti negara dalam pelbagai sector.
Meningkatkan sektor pelancongan di
negara Malaysia
Sesungguhnya, kita sedia maklum bahawa maslahat kedatangan buruh asing ke negara kita yang agak jelas ialah meningkatkan
sektor pelancongan di negara Malaysia. Dalam konteks ini, kehadiran pekerja asing telah menyumbangkan banyak pembangunan
dalam pelbagai sektor di negara kita termasuklah sektor pelancongan. Pembangunan infrastruktur dan prasarana yang lengkap
akan membangunkan bandar-bandar menjadi moden dan mewah. Bertitik tolak daripada itu, buruh atau pekerja asing di negara
kita akan melancong di sini dan apabila mereka pulang ke negara asal, mereka akan menceritakan pengalaman mereka ketika
melancong di Malaysia dan saudara-mara mereka akan mengambil peluang untuk melancong ke destinasi menarik di negara kita
juga. Mereka bertindak sebagai agen pelancongan dan keadaan ini meningkatkan sektor pelancongan Malaysia. Selain itu,
kebersihan dan keindahan landskap di destinasi pelbagai negara kita akan menarik minat pelancong asing. Pelancong yang
merupakan pekerja asing di negara kita dapat mengenali tempat-tempat yang menarik seperti pepatah sambil menyelam minum
air. Rentetan itu, hotel dan rumah penginapan akan dipenuhi dengan penempatan pelancong asing yang seterusnya meningkatkan
pendapatan negara dari segi pertukaran mata wang asing. Saudara mara atau rakan pekerja asing akan menikmati keselesaan
apabila melancong di negara kita dan bukannya indah khabar dari rupa. Imej negara akan ditingkatkan dan akan menarik minat
pelabur asing untuk melabur terhadap negara kita juga. Seperti yang kita sedia maklum, sudah terang lagi bersuluh bahawa
kedatangan buruh asing ke negara kita mampu meningkatkan prestasi dalam sektor pelancongan di negara Malaysia.
KESAN-KESAN
NEGATIF
Rintangan pengangguran dalam kalangan
rakyat tempatan

Penyakit berjangkit berleluasa di negara


kita

Masalah perumahan

Menjejaskan pendapatan harian rakyat


tempatan
Rintangan pengangguran dalam kalangan
rakyat tempatan
Suatu hakikat yang wajar diterima ialah rintangan pengangguran dalam kalangan rakyat tempatan. Hal ini disebabkan
oleh sikap sesetengah majikan yang lebih mengutamakan pekerja asing berbanding pekerja tempatan kerana pekerja
asing sanggup menerima upah yang lebih rendah berbanding rakyat tempatan. Namun demikian, kos sara hidup yang
semakin lama semakin tinggi menyebabkan pekerja tempatan meminta gaji yang lebih tinggi supaya turut dapat
menikmati kemajuan yang ada di negara ini, Justeru, para majikan tempatan akan mengurangkan pengambilan pekerja
tempatan tetapi pada masa yang sama menambah bilangan pekerja asing. Hal ini amat tepat dengan peribahasa yang
berbunyi, "anak di riba diletakkan, kera di hutan disusui". Pekerja asing ini telah diupah untuk memenuhi sektor
pekerjaan dalam bidang perindustrian dan pembinaan. Gaji yang rendah kepada pekerja asing juga menjadi punca utama
kepada permasalahan ini berlaku. Lantaran itu, buruh asing ini tekun melakukan pekerjaan dan sanggup melakukan
pekerjaan yang berat serta mampu bekerja dengan jangka masa yang panjang. Hal ini bersangkut-paut apabila hampir 2.1
juta rakyat tempatan yang hilang peluang pekerjaan dan kadar pengangguran semakin meningkat dalam kalangan pekerja
tempatan. Di samping itu, kerajaan Malaysia juga telah membelanjakan RM3 billion setiap tahun untuk membiayai
kedatangan pekerja asing. Maka, sememangnya diakui bahawa kedatangan buruh asing ke negara kita telah
mengakibatkan pengangguran dalam kalangan pekerja tempatan di negara kita.
Penyakit berjangkit berleluasa di
negara kita
Pada hemat saya, hakikat tersebut dapat dikaitkan dengan masalah sosial dan menyebabkan penyakit berjangkit berleluasa
di negara kita. Buruh asing yang memasuki sempadan negara kita tanpa permit diklasifikasikan sebagai pendatang asing
tanpa izin atau lebih dikenali sebagai golongan PATI. Mereka tidak melalui pihak imigresen dan pemeriksaan kesihatan
yang sepatutnya dan mungkin membawa virus penyakit berjangkit dari negara asal mereka. Keadaan ini akan
menyebabkan rakyat lebih terdedah kepada sesuatu penyakit yang akan merebak dalam kalangan masyarakat Malaysia
seperti AIDS, HIV dan selsema khinzir. Penyakit seperti kala azar atau demam hitam pula dipercayai dibawa oleh
pendatang dari India, Bangladesh dan Myanmar. Menurut rekod Persatuan Perubatan Malaysia (MMU), penyakit
berjangkit seperti batuk kering, malaria dan H1N1 adalah disebabkan interaksi rakyat tempatan dengan pendatang asing.
Selain itu, kegiatan jenayah di negara kita juga meningkat akibat pertambahan bilangan pendatang asing yang tidak
diketahui latar belakang mereka. Rakyat Malaysia semakin bimbang untuk keluar berjalan-jalan di bandar besar
terutamanya pada waktu malam kerana dikhuatiri diganggu oleh pendatang asing yang bilangannya ramai. Kegiatan
jenayah seperti pergaulan bebas, menghisap dadah, merompak, pecah rumah dan merogol juga menggugat keselamatan
penduduk di negara kita. Pada tahun 2007, sebanyak 2019 kes jenayah telah dilaporkan yang melibatkan pendatang asing.
Dengan bertunjangkan kesahihan fakta, hakikatnya dapatlah kita simpulkan bahawa kedatangan buruh asing akan
menyumbang kepada peningkatan masalah sosial dan penyakit berjangkit di negara kita.
Masalah perumahan
Sementelahan itu, buruh asing yang datang ke negara kita juga menyebabkan masalah perumahan. Buruh asing yang tidak
mempunyai tempat tinggal mendirikan kawasan perumahan secara haram di kawasan setinggan. Sesetengah kumpulan pendatang
asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan
kemudahan asas seperti sistem kumbahan dan pembuangan sampah yang tidak sistematik. Oleh sebab itu, pencemaran alam sekitar
akan berlaku yang menyebabkan bakteria dan virus merebak sehingga menyebabkan penyakit. Terdapat juga kawasan
perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik dan air yang mengakibatkan hak rakyat sedikit sebanyak
terjejas. Tambahan pula, kawasan rumah yang didirikan oleh buruh asing ini adalah tanpa kebenaran daripada pihak kerajaan.
Banyak antara mereka juga melibatkan diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang perhiasan dan
barang kelas. Malah ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan. Seterusnya,
penglibatan buruh asing dalam kegiatan jenayah akan meningkatkan perbelanjaan negara. Laporan media ada menyatakan bahawa
sebahagian besar adaripada 42,284 banduan pada tahun 2007 yang memenuhi penjara di negara ini adalah warga asing dengan
nisbah 4 warga asing bagi setiap 10 orang banduan di negara kita. Kerajaan telah membelanjakan RM68 juta setahun untuk
membiayai semua banduan asing di dalam penjara meliputi kos makanan, bil rawatan dan kos mengadakan pelbagai akibat untuk
para banduan asing. Kedatangan mereka telah menggugat ketenteraman di negara ini. Justeru, kedatangan buruh asing memang telah
menimbulkan masalah perumahan di negara Malaysia.
Menjejaskan pendapatan harian rakyat
tempatan
Hal ini kerana upah yang murah daripada majikan menyebabkan pekerja
tempatan turut menerima tempiasnya, sedangkan pekerja tempatan
terpaksa menampung pelbagai kos sara hidup yang semakin membebankan.
Jelaslah bahawa kehadiran pekerja asing menyebabkan kurangnya peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Tambahan lagi sikap beberapa pihak
majikan lebih suka mengambil tenaga buruh asing berbanding penduduk
tempatan dalam mengisi peluang pekerjaan seperti dalam sektor perladangan
dan pembinaan serta pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah.
PENUTUP
Kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia
tanpa sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran
yang diberikan mereka adalah sangat menarik seperti kos buruh yang murah dan
kemahiran yang dimiliki. Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak
mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini boleh mencetuskan
masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan,
swasta dan masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian
seperti memperkasa progam kesedaran di akar umbi dan pada masa yang sama
menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada
pendatang asing tanpa izin.
BERITA TERKINI MENGENAI BURUH ASING

14 Februari 2020
SEKIAN TERIMA
KASIH