Anda di halaman 1dari 9

7 LANGKAH

MENCUCI
TANGAN
Mengapa perlu kerap membasuh tangan?

• Dengan membasuh tangan dapat mengelakkan diri dari senang


dijangkiti penyakit dan menyebarkan penyakit kepada orang lain.

• Melalui tangan yang tercemar akan memindahkan kuman ke saluran


pernafasan melalui mata, hidung dan mulut.

• Kuman juga akan berpindah ke objek lain yang disentuh.


Info tambahan

• Membasuh tangan dengan air dan sabun secara sempurna dapat menyingkirkan
kuman dan mencegah pelbagai penyakit termasuk jangkitan Covid 19.

• Dengan menggunakan cecair pembasmi kuman (hand senitizer) adalah salah


satu cara yang boleh digunakan.

• Digalakkan agar menyediakan satu botol kecil hand senitizer bagi kegunaan
sendiri di tempat awam.
Bilakah waktu sesuai untuk mencuci tangan?
• Sebelum, ketika dan selepas menyediakan makanan.
• Sebelum makan.
• Sebelum dan selepas mengendalikan makanan orang sakit seperti cirit-birit
atau muntah.
• Sebelum dan selepas merawat luka atau kecederaan.
• selepas menggunakan bilik air.
• Selepas menukarkan lampin bayi atau membersihkan anak di bilik air.
• Selepas bersin, batuk atau mengeluarkan hingus.
• Selepas memegang haiwan, makanan haiwan serta najis haiwan haiwan.
• Selepas membuang sampah.
• https://yehaindia.com/tie-dye-techniques-in-india-bandhani-ikat-
lehariya/

• https://elodietravels.wordpress.com/2018/02/10/traditional-textile-
art-zha-ran/
Bahan yang digunakan untuk mencuci
• Air. Penggunaan air dalam membilas tangan atau perkakas adalah bertujuan untuk
menyingkirkan kotoran yang nampak dengan mata kasar seperti debu, pasir dan
seumpamanya. Tidak mampu mampu membunuh bakteria.

• Sabun atau detergent. Kedua-dua ini mampu menyingkirkan kekotoran seperti tanah, minyak
dan kotoran yang degil. Sabun mampu memecahkan ikatan kimia antara virus dan
permukaan kulit.

• Cucian berasaskan alkohol. Penggunaan cecair antiseptic atau hand senitizer mampu untuk
melemahkan virus. Digunakan ketika ketiadaan sumber air dan sabun. Hand senitizer
mestilah berasaskan alcohol >70%. Tempoh masa mencuci menggunakan hand senitizer
ialah 20-30 saat.
Panduan mencuci tangan
Mencuci tangan dengan teknik yang betul adalah amalan yang paling
berkesan dalam mengurangkan penyebaran mikro organisma.

• Tanggalkan semua barangan perhiasan seperti jam tangan, cincin


sebelum prosedur mencuci tangan
• Basuh tangan menggunakan bahan pencuci tangan seperti air dan
sabun atau menggunakan hand senitizer berasaskan alcohol >70%.
• Menggunakan sabun atau cecair antiseptic secukupnya, meliputi
semua permukaan tangan dan jari dengan cara menggosok.
• Pastikan kuku jari pendek dan jangan gunakan kuku palsu.
Tujuh langkah cuci tangan dengan betul
• Basahkan tangan di bawah air yang mengalir. Kemudian, letakkan cecair
sabun di tapak tangan dan diikuti dengan tujuh langkah berikut. Setiap
langkah berikut mestilah mengambil masa sehingga 20 saat.
1. Basahkan tangan dan ratakan sabun dengan sempurna.

2. Gosok permukaan tangan menggunakan tapak tangan.

3. Gosok setiap jari dan celah jari.


4. Gosok kuku di tapak tangan.

5. Gosok belakang tangan dan celah jari.

6.Basuh tangan dengan air bersih secukupnya.

7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu


pakai buang.

Anda mungkin juga menyukai