Anda di halaman 1dari 32

PDPP SEMESTER 1, AMBILAN OKT2021 (SJH B)

EDUP2102| SOSIOLOGI DALAM PENDIDIKAN

ANALISIS TENTANG
peranan guru dalam menangani isu ketidaksamaan akibat
kepelbagaian sosiobudaya serta
implikasinya terhadap bidang pendidikan.

Disediakan oleh:
NURUL MARDHIAH BINTI ISMAIL
FARAH NORAIN BINTI MOHD SALLEH MAZUKHI
ISU KETIDAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN

BAHASA
BAHASA
• Kepelbagaian sosiobudaya telah mengakibatkan
ketidaksamaan Bahasa dalam komunikasi antara guru dan
murid.
• Murid sukar untuk mengikuti pengajaran guru secara efisien.
• Ini akan menyebabkan berlaku pertembungan dialek yang
memberi impak kepada proses pengajaran dan pembelajaran.
• Oleh itu, penggunaan laras Bahasa yang betul juga perlu
ditekankan bagi mengelakkan pergaduhan dan salah faham
antara satu sama lain serta mengelakkan mereka daripada
ketinggalan dalam pelajaran.
• Sebagai contoh murid akan keliru dengan arahan yang
diberikan oleh guru.
• Sekiranya penggunaan Bahasa tidak diselaraskan, ia akan
menimbulkan salah faham dalam komunikasi.
• Murid beranggapan guru memaksudkan perkara yang tidak
sesuai dengan Bahasa ibunda mereka sedangkan guru
menggunakan Bahasa pengantar yang betul.
• Contoh satu perkataan yang sama dalam Bahasa melayu dan
iban tetapi membawa maksud yang berbeza bagi kedua-dua
Bahasa tersebut.
• Selain itu, guru juga berhadapan masalah penerangan didalam
Bahasa ibunda sekiranya murid masih lagi kurang memahami maksud
sebenar yang ingin disampaikan.
• Contoh guru kurang mengetahuai kosa kata dalam Bahasa ibunda
seperti Bahasa iban untuk memberi penerangan kepada perkataan
dalam bahasa melayu yang ingin disampaikan.
• Dalam masa yang sama, guru hendak memastikan supaya semua
murid menggunakan Bahasa standard seperti Bahasa melayu.
IMPLIKASI KEPELBAGAIAN SOSIAL BUDAYA
TERHADAP GURU

• Pengetahuan tentang implikasi kepelbagaian sosiobudaya ini


sewajarnya diambil tahu oleh semua agar pengetahuan ini
dapat menghakis sikap prejudis, khususnya guru dalam
menangani kepelbagaian sosio budaya murid. Terdapat
beberapa peranan guru berdepan dengan kepelbagaian sosio
budaya ini. antaranya ialah :
• aspek bahasa pengantar turut memberi impak kepada
keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran.
Pertembungan dialek yang terdiri daripada pelbagai kaum dan
latarbelakang perlu dikawal oleh guru dengan menekankan
penggunaan bahasa standard yang difahami semua murid.
• Manakala menurut Rohand Meighan (1986), kelas sosial
menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan
dalan sesuatu bangsa yang sama. Lantas, guru perlu bijak
menangani murid yang berasal daripada pelbagai kaum
dan kelas sosial yang berlainan
• Selain itu, guru sewajarnya peka dengan perbezaan
agama dan kepercayaan murid serta hormat dan
menerima seadanya nilai dan kepercayaan itu. Biasanya,
kepelbagaian persekitaran akan mempengaruhi pemikiran
serta kefahaman murid terhadap sesuatu perkara
• Dalam hal ini, guru perlu merancang aktiviti pembelajaran
yang bersesuaian dengan semua kepercayaan, nilai dan
agama murid mereka.
• Guru mempelbagaikan strategi pengajaran dan pembelajaran. Menurut Dicky
& carey (1996) strategi pengajaran merangkumi beberapa aspek urutan,
susunan maklumat dan membuat keputusan bagaimana menyampaikannya.

• Guru yang mengelola bilik darjah harus melihat pengajaran sebagai an art
rather than science supaya guru-guru berfikiran kreatif dan dapat
menyesuaikan diri dengan murid pelbagai budaya.

• Menurut Noriati et al (2009) Guru juga perlu merancang pelan tindakan


strategik bagi mata pelajaran yang diajar dan memastikan pembelajaran
perlulah selaras objektif iaitu apa yang hendak dikuasai oleh murid.

• Objektif yang dirancang perlulah tepat, jelas dan mampu dicapai oleh murid
pelbagai budaya dan latar belakang. Pada masa yang sama juga, guru harus
berkemampuan membuat pemantauan atau rekleksi di atas kerja-kerja yang
telah dilakukan untuk tujuan penambahbaikan.
ISU KETIDAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN

GENDER
GENDER

• Jurang ketidaksamaan peluang pendidikan antara jantina amat ketara.


• Lazimnya, kita mendengar sesuatu kursus yang ditawarkan di peringkat IPT
sering dimonopoli oleh satu-satu jantina sahaja.
• Sebagai contoh perbandingan, kursus kejuruteraan masih dimonopoli oleh lelaki
manakala perempuan masih memonopoli hampir keseluruhan kursus di IPT
termasuklah kursus perguruan. Ini jelas membuktikan bahawa ketaksamaan
peluang pendidikan wujud dengan ketara di antara kedua-dua jantina ini.
GENDER

Faktor-faktor ketidaksamaan dalam Hak Pendidikan

A Minat

B Keupayaan untuk mengingat


C Stigma
D Kematangan
• KEUPAYAAN
MENGINGAT

• Faktor jantina telah memberikan kelebihan semula jadi kepada perempuan kerana
menurut kajian kadar ingatan mereka adalah lebih tinggi berbanding dengan lelaki.
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2011).
• Bagi pembelajaran yang mementingkan ingatan, yakni melontarkan kembali apa yang
diajar di sekolah, maka lelaki didapati kurang cemerlang dalam setiap peperiksaan
yang bersifat demikian.
• Pentaksiran Berasaskan Sekolah dan Pentaksiran Bilik Darjah diperkenalkan untuk
merapatkan jurang ini.
2. MINAT DAN
KECENDERUNGA
N
• Kebiasaannya, lelaki sememangnya sesuai serta menyukai
sesuatu kursus yang mencabar dari segi fizikal, dan ini
membuatkan kursus kejuruteraan menjadi monopoli mereka.
• Manakala perempuan yang lebih bersifat keibuan,
mementingkan ilmu teori serta kurang terhadap aktiviti lasak
selalunya memilih kursus yang lebih feminin seperti bidang
keguruan, kedoktoran serta kulinari.
2. MINAT DAN
KECENDERUNGAN(SAMB.
)
• Pada tahun 2006,
⚬ peratus pelajar perempuan adalah sekitar 60%
⚬ berbanding pelajar lelaki 40%
• Menurut Encik Khair Ngadiron, bekas pengarah MCIIUM, ini disebabkan pelajar lelaki
sebenarnya kurang berminat untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tertiari dan memilih
kerjaya yang setimpal dengan kelulusan PMR dan SPM bagi menyara diri.
• Manakala kebanyakan pelajar perempuan masih memikirkan ilmu itu penting bagi
memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik pada masa akan datang.
3. STIGMA
• Pada zaman sebelum kemerdekaan, golongan lelaki mendapat tempat
dalam pendidikan kerana pada zaman tersebut, peranan lelaki sangat
meluas meliputi isu pentadbiran, ketenteraan dan kepimpinan.
• Golongan perempuan pula hanya diberi pendidikan asas kerana peranan
golongan ini masih kecil pada ketika itu.
• Jika dilihat dari konteks sekarang, golongan wanita telah mendapat tempat
di peringkat IPT malah peratusannya lebih tinggi berbanding lelaki.
• Walau bagaimanapun, masih terdapat lagi stigma kuno yang mana
perempuan perlu berada di rumah menguruskan rumah tangga dan tidak
dibenarkan keluar mencari pekerjaan (Mohd Anuar Ramli, 2004). Ini
sedikit sebanyak memberi gambaran bahawa wanita tidak memerlukan
pendidikan yang tinggi. Oleh itu, masih ada golongan wanita yang tidak
menyambung pelajaran mereka setelah tamat di peringkat menengah atau
rendah.
4. KEMATANGAN

• Dalam konteks sekolah rendah terutamanya, murid perempuan


dilihat lebih cepat matang berbanding dengan murid lelaki.
• Kebiasaannya, murid perempuan sinonim dengan sikap yang
rajin, mendengar kata dan memberi kerjasama =di dalam bilik
darjah.
• Ini adalah berlainan dengan murid lelaki yang lebih dikenali
sebagai kurang bersedia, lebih suka bermain dan susah memberi
kerjasama kepada guru sewaktu sesi pdp.
• Hal ini menyebabkan murid lelaki lebih diberi perhatian dan
peluang kerana guru perlu memastikan semua murid mencapai
hasil pembelajaran yang dirancang.
ISU KETIDAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN

KAUM
RINGKASAN

Faktor utama:
geografi dan lokasi.
Minat

KAUM MINORITI

PRIBUMI
ORANG ASLI (SABAH &
SARAWAK)
• ORANG ASLI

• 3 rumpun bangsa orang Asli:Senoi, Negrito dan Melayu Asli. Dalam


setiap rumpun ada 18 pecahan suku kaum.
• Agama: animisme, islam, kristian dan lain-lain.
• Kebanyakannya tinggal di dalam atau pinggir hutan.
• Meskipun mereka mempunyai kadar ilmu pengetahuan tentang alam
semulajadi yang tinggi, malangnya mereka mengalami kadar keciciran
yang sangat tinggi dalam sistem pendidikan.
ORANG ASLI

Fakto-faktor Ketidaksamaan dalam Hak Pendidikan:

• Kekurangan infrastruktur dan prasarana asas.


• latar belakang pendidikan - kurang motivasi dan persaingan dan
ramai orang dewasa yang buta huruf.
• Taraf sosio-ekonomi rendah - mementingkan menyara hidup
berbanding belajar.
• Persekitaran-ibu bapa kurang mengambil isu pendidikan dan tiada
tekanan untuk berubah
• Sukar untuk menyediakan tenaga pengajar.
2. PRIBUMI
(INDIGENIOUS)
• Kaum-kaum terbesar di Sabah: Kadazan, Bajau, Murut, Suluk, Brunei dll.
• Kaum-kaum terbesar di Sarawak: Melayu, Melanau, Iban dll.
• Masyarakat pribumi merujuk kepada masyarakat pedalaman Sabah dan Sarawak yang
masih belum menerima sebarang perubahan dunia luar.
• Mereka berpegang teguh kepada sistem kehidupan masyarakat yang digunapakai secara
turun-temurun.
• Ketidaksamaan dalam pendidikan: ssistem pendidikan sekolah belum menyentuh sistem
belajar asli(masyarakat tradisional).
• Sistem belajar asli: mempertahankan nilai-nilai budaya tanpa kehilangan kemampuan
mempelajari sesuatu, memiliki kepekaan terhadap alam dan nilai-nilai budaya, belajar
melalui pengalaman.
PRIBUMI
(INDIGENIOUS)
Faktor-faktor ketidaksamaan dalam Hak Pendidikan

A
kekurangan guru pakar yang berpengalaman dalam sesuatu
bidang
B Kurang kemudahan infrastruktur - jalan raya, ICT, Sumber air
bersih
C Bahasa

D Berpegang kepada pendidikan asli


ISU KETIDAKSAMAAN DALAM PENDIDIKAN
(GENDER DAN KAUM)

PERANAN GURU DAN


IMPLIKASINYA
TERHADAP PENDIDIKAN
• PELAN
KEDUDUKAN
BILIK DARJAH
• Menurut Dorma JN (2013),kedudukan murid dalam bilik darjay yang mempunyai
percampuran budaya adalah penting.
• Guru harus peka dan menggalakkan pergaulan murid secara silang budaya dalam
kedua-dua aspek gender dan kaum.
• Ini adalah penting untuk mengelakkan murid hanya bergaul dengan komunitinya
sendiri.
• Dengan cara ini, murid dapat mengenali dan meraikan perbezaan dalam kaum dan
gender serta saling menyerap kelebihan yang ada pada diri masing-masing.
• Melalui cara ini, integrasi ilmu dapat dicapai di mana murid-murid dapat saling
menukar pendapat di dalam kelas.
2. KEMUDAHAN
BANTU
MENGAJAR
• Diperlukan untuk menarik minat murid.
• Di kawasan yang mempunyai kemudahan infrastruktur yang baik, pemanfaatan
ICT adalah digalakkan kerana dekat dengan jiwa murid hari ini.
• Namun di kawasan pedalaman, guru perlu lebih kreatif dalam penyediaan bahan
bbm yang mudah dicapai dan relevan dengan keperluan dan minat murid.
• Begitu juga bagi gender, BBM yang dapat menarik minat murid lelaki dan
perempuan juga adalah berbeza-beza.
• Implikasi: BBM yang bersesuaian dengan murid akan memberikan lebih makna
kerana ada kerelevenan yang boleh dikaitkan dengan kehidupan seharian
mereka.
3. MEMPELBAGAIKAN
KAEDAH DAN TEKNIK
PENGAJARAN
• Kepelbagaian sosio budaya memerlukan pendekatan dan kaedah pengajaran yang
berbeza untuk mencapai hasil pembelajaran yang berkesan.
• Guru tidak boleh pukul rata satu kaedah pengaran untuk semua murid tetapi perlu
lebih kreatif, inovatif dan mengambil kira keperluan dan situasi murid (linah, 2014).
• Ini adalah untuk memastikan semua kaum dan gender tidak berasa terpinggir dan
sekaligus dapat belajar dalam suasana yang menghiburkan.
• Ianya penting bagi menarik minat murid dan meningkatkan motivasi mereka untuk
belajar dan seterusnya mencapai kecemerlangan dalam segenap aspek kehidupan.
4. MENGADAPTASI KURIKULUM
YANG SESUAI UNTUK SEMUA

• Kurikulum pendidikan Malaysia pada asasnya dibina sesuai untuk semua.


• Namun bagi sesetengah golongan minoriti terutamanya, masih ada lagi perkara
yang belum disentuh oleh kurikulum pendidikan.
• Oleh itu, guru perlulah bijak dalam mengadaptasi kurikulum dan mengaitkan
kerelevenan kurikulum dengan sesuatu budaya masyarakat supaya mereka
berasa dekat dan tidak terpinggir sebagai seorang warganegara.
• Implikasi: Warganegara yang berjiwa patriotik akan mencurahkan bakti dan
jasanya untuk pembangunan negara.
5. MENGUASAI BAHASA
TEMPATAN

• Majoriti murid daripada golongan minoriti mempunyai bahasa ibunda atau dialek
yang tersendiri.
• Sikap kurang keterbukaan dengan dunia luar menyebabkan komunikasi antara
murid dan guru yang datang daripada luar agak terhad.
• Sebagai seorang guru yang baik, usaha untuk menguasai bahasa tempatan adalah
sangat digalakkan supaya dapat berkomunikasi dengan golongan ini dengan lebih
mudah dan berkesan.
• Komunikasi yang baik adalah penting supayamurid memahami arahan dan
seterusnya dapat menjalankan tawab sebagai seorang murid yang seimbang dan
harmonis.
6. LAYANAN YANG SAMA RATA

• Guru yang baik akan memberikan layanan yang sama rata kepada semua muridnya tanpa
mengira latar belakang agama dan kaum.
• Hindari sikap prejudis dan skeptikal terhadap murid yang berlainan latar belakang dengan
guru.
• Latar belakang murid yang berbeza akan melahirkan pemikiran, cara hidup, penampilan,
pendapat dan tingkah laku murid yang berbeza.
• Oleh itu, guru perlulah memainkan peranan dengan meraikan perbezaan dan memupuk
murid-murid untuk bersatu demi negara.
• Layanan kepada murid lelaki dan perempuan juga perlu dibahagikan sama rata supaya
setiap murid mendapat peluang pendidikan yang adil dan saksama sekaligus dapat
membentuk murid yang seimbang dari sudut JERIS.
KESIMPULAN
• Isu ketidaksamaan bukanlah suatu isu baharu tetapi sudah lama
bertapak dalam pendidikan di Malaysia.
• Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pelbagai pihak demi mepatkan
jurang pendidikan dalam menangani isu ketidaksamaan ini.
• Namun begitu, isu ini masih wujud dan tidak dapat diatasi secara
keselurahan lagi sehingga lah ke hari ini.
• Oleh itu, setiap pihak yang bertanggungjawab termasuklah kerajaan,
pentadbir, guru-guru, murid-murid, ibu bapa dan masyarakat secara
keseluruhan mestilah bersama-sama berganding bahu bagi mengatasi isu ini
lebih berkesan.
• Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum
hendaklah disatukan di bawah satu wadah dan bumbung pendidikan
yang berteraskan pelbagai budaya.
KESIMPULAN
• Oleh itu, keperluan untuk meraikan kepelbagaian pelajar ini telah termaktub sebagai
salah satu daripada lima aspirasi sistem pendidikan di Malaysia, iaitu “sistem
pendidikan yang menawarkan perkongsian pengalaman dan nilai kepada kanak-kanak
dengan menghargai kepelbagaian”. (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012).
• Sistem pendidikan di Malaysia menggunakan satu kurikulum yang sama bagisemua
rakyatnya, merupakan satu cabaran besar guru dalam menyampaikan kurikulum.
• Hal ini penting kerana sesebuah negara yang menghargai kepelbagaian dan
mengutamakan keterangkuman sosial yang unik akan mempamerkan perpaduan yang
lebih kuat dan seterusnya dapat membina negara yang aman, harmoni dan sentiasa
berusah untuk meningkatkan martabat negara di persada antarabangsa.
RUJUKAN

• Mohd Anuar Ramli (2004). Konsep Masyarakat Melayu Mengenai Hubungan Gender. Jurnal Yadim. Dimuat turun
daripada https://www.researchgate.net/profile/Mohd-Anuar-
Ramli/publication/253643510_Konsep_Masyarakat_Melayu_Mengenai_Hubungan_Gender/links/00b7d51f93867280
94000000/Konsep-Masyarakat-Melayu-Mengenai-Hubungan-Gender.pdf
• Naim Manaf (2012). Ketaksamaan Peluang Pendidikan. Dimuat turun daripada
https://www.slideshare.net/naimuddin/ketaksamaan-peluangpendidikan
• Linah (2014). Isu Jantina Dalam Pendidikan. Dimuat turun daripada
https://www.scribd.com/doc/240638952/Isu-Jantina-Dalam-Pendidikan
• Dorma JN (2013). Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia. Dimuat turun
daripada Takrifan ketaksamaan peluang pendidikan dalam konteks malaysia
• Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012, September). Aspirasi Terhadap SistemPendidikan Dan Murid Di
Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025, E-14, E-15.
• Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP)

Anda mungkin juga menyukai