Anda di halaman 1dari 16

TAKRIF DAN

PRINSIP-PRINSIP
TAMADUN

Sejarah Tamadun Islam


Takrif tamadun
A. Perspektif tamadun islam
Ibnu Khaldun – kemuncak pembangunan yang berkait dengan peningkatan
kemewahan dan minat kepada pelbagai aspek industri yang boleh
mempertingkatkan kualitinya.
B. Perspektif tamadun barat
Arnold Toynbee – suatu sistem masyarakat yang dapat membantu manusia
menambah hasil pengeluaran.
C. Perspektif tamadun melayu
Abu Bakar Hamzah – sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama dengan
kehidupan manusia (abstrak dan material).
Definisi dan Istilah Menurut
• Dari segi bahasa tamadun berasal dari perkataan”madinah” yang membawa erti
membina, mendirikan bandar, menaikan taraf ke tahap beradab.
• Jurji Zaidan menggunakan istilah tamadun untuk menimbulkan sifat keinsanan sejati
serta menjauhi sifat kebinatangan dan telah mencapai tahap kehalusan budi pekerti serta
kebudayaan yang luhur (Chandra Muzaffar, 2001:3).
• Ianya juga termasuk bandar-bandar Islam serta terdapat susun lapis masyarakat serta
meliputi bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian
membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya perkembangan ilmu,
kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan kemasyarakatan.
• Istilah ini kemudiannya diterima dan digunakan secara meluas oleh penulis-penulis
kerana ia dianggap menyamai maksud istilah Civilization dalam Bahasa Inggeris (Jurji
Zaydan, 1967
Konsep tamadun

• Terdapat beberapa istilah tamadun dalam bahasa Arab yang diketengahkan


oleh penulis dalam buku ini. Antaranyaa Jurji Zaydan menggunakan istilah
tamadun ialah:
a. Al-Hadarah: Membawa maksud, kehidupan secara menetap, tempat lahirnya
perkembangan ilmu, kesenian, kesusasteraan, undang-undang dan
kemasyarakatan (Jurji Zydan, 1967).
b. Tamadun: ialah sistem pentadbiran negara Islam yang termasuk bandar-bandar
Islam serta terdapat susun lapis masyarakat. Selain itu pencapaian yang meliputi
bidang sains, ilmu pengetahuan, seni bina dan seni muzik serta nyanyian (Jurji
Zaydan, 1967).
Matlamat Tamadun Islam
• Secara umumnya matlamat Islam itu ialah untuk mengangkat Ad-Din sebagai
suatu cara hidup yang lengkap dan komprehensif.
• Oleh kerana itu, untuk mencapai tamadun Islam itu adalah penting untuk
setiap warganya melaksanakan tiga aspek iaitu:
1. Hubungan Dengan Allah
2. Hubungan Manusia Dengan Manusia
3. Hubungan Dengan Alam
Sifat Tamadun Islam
• Menurut Wan Zailan et. al (2006), sifat-sifat sesebuah masyarakat yang
bertamadun islam itu ada lima komponen, iaitu:
1. Bersifat sejagat.
2. Bersifat keterbukaan.
3. Bersifat sepanjang zaman.
4. Bersifat bertoleransi.
5. Mempunyai ciri kesatuan dan kepelbagaian.
Prinsip-prinsip asas tamadun

A.Sosioekonomi

Kehidupan menetap >> pertumbuhan ekonomi >> peningkatan hasil pengeluaran >> pertambahan jumlah penduduk >>
kepimpinan dan susun lapis sistem social >> pengkhususan kerja dan hasil kerja >> pertukaran hasil kerja.

B.Interaksi manusia dan alam

interaksi seseorang manusia dengan alam sehingga mencetuskan nilai-nilai spiritual terhadap alam dan
pengalaman(peng+alam+an) kepada diri sendiri tidak akan sempurna tanpa penglibatan manusia lain.
C.Persaingan manusia
 ~kehendak manusia tidak pernah terbatas.Antara faktor yang mempengaruhinya ialah;
 i)peningkatan usia
ii)perubahan psikologi
 iii)perubahan cara hidup
 ~Terdapat 2 batasan dalam memenuhi kehendak manusia yang menyebabkan manusia
terpaksa bersaing untuk menampungnya;
 i)batasan keupayaan diri yang dimilikinya
 ii)batasan sumber yang diperlukannya
Asas dan Dasar Tamadun Islam
• Menurut Zuhdi Marzuki (2006) asas dan dasar Tamadun Islam itu adalah untuk
memelihara dan menghormati hak asasi manusia.
• Boleh dirumuskan disini tamadun Islam itu mementingkan aspek maqasid Syarie
dalam hak asasi manusia, iaitu:
1. Memelihara jiwa, nyawa dan hak-hak hidup.
2. Memelihara akal fikiran.
3. Memelihara keharmonian dan keturunan.
4. Memelihara harta benda.
5. Memelihara hak dan kebebasan.
Ciri-Ciri Tamadun Islam dalam Negara
Zikir MIB.
• Kewujudan Negara Zikir merupakan impian yang pernah dilafazkan oleh
KDYMM yang mana baginda akan terus berazam untuk menjadikan Brunei
sebuah ‘Negara Zikir’ yang sentiasa mengagungkan Allah dan selalu berada
dalam perhatian dan pemeliharanNya.
• Daripada lafaz baginda iaitu ‘..mengagungkan Allah..’ ini sudah memaparkan
ciri-ciri seorang pemimpin atau Raja yang inginkan rakyatnya membina
hubungan dengan Allah.
• Terdapat tiga komponen dalam Negara MIB itu iaitu komponen Melayu,
komponen Islam dan komponen Beraja.
PEMBINAAN PERKEMBANGAN DAN
KEMEROSOTAN TAMADUN
• Model-model tamadun
Menurut Ibnu Khaldun (1332-1406)
Tahap awal atau kelahiran (kekitaan atau assabiyah)
<dikukuhkan oleh peranan agama>

Tahap kehidupan menetap atau bertamadun


dicirikan oleh kelahiran sistem pemerintahan
(pertumbuhan Bandar dan stratifikasi social)

Tahap lemah atau kejatuhan


(konflik politik dan krisis ekonomi)
• Malik Bennabi (1905-1973)
Masyarakat pra-tamadun
(belum mantap terhadap aspek –aspek kebendaan,idea dan kemanusiaan)
seperti;sembah berhala,semangat kabilah,dan keterbatasan interaksi sosial.

Masyarakat bertamadun
(peringkat awal budaya baru berteraskan islam)
seperti;perluasan hubungan silaturahim dan cetusan idea-idea intelek

Masyarakat pasca-tamadun
(peringkat kejatuhan)
seperti;kebekuan idea dan penyelewengan agama
Hubungan dalam tamadun
Maksud;kekuatan-kekuatan yang terbentuk disebalik elemen-elemen penting dalam tamadun. 
~Hubungan paling dominan;-
i. Agama
jatuh bangunnya sesebuah tamadun atau kerajaan selari dengan jatuh bangunnya sesuatu
agama.
 agama mempunyai hubungan fungsi dengan unsur-unsur tamadun yang lain seperti; 
a. moral
b. etika 
c. ekonomi
d. undang-undang estetika dan sains 
• tamadun islam ialah tamadun agama bukannya tamadun bangsa atau wilayah.
sambungan
ii.ketenteraan
persaingan dan perebutan kuasa pada peringkat intra-tamadun(persaingan antara
negara-negara Eropah dalam gerakan imperialisme dan kolonialisme)dan antara
tamadun menyebabkan penggunaan ketenteraan atau militer semakin ketara.
kesan hubungan ini- nilai-nilai negatif lebih banyak daripada positif seperti;
a-peperangan
b-balas dendam
sambungan
iii.Pasaran
transformasi telah berlaku dalam peranan pasaran sehingga dapat menentukan
jatuh bangunnya tamadun.
nilai-nilai moral terabai akibat daripada penekanan yang berlebihan terhadap
“consumerisme” oleh pasaran barat yang menganggap seseorang itu memang
individualistic secara semulajadi dan tidak perlu mempedulikan orang lain
Faktor pembinaan,perkembangan dan
kemerosotan tamadun
1)Pegangan kepada agama
amat signifikan dengan tamadun islam yang memang merupakan tamadun
agama.
2)Keselesaan hidup dan kemewahan
menanamkan didalam jiwa manusia sifat-sifat negative seperti lalai,ego dan
materialistik tanpa ambil kira kepentingan manusia lain.
3)Ekonomi
diasaskan atas asas dan prinsip yang baik mampu membangunkan tamadun serta
beri kesejahteraan kepada hidup manusia.

Anda mungkin juga menyukai