Anda di halaman 1dari 16

DEFINISI PENAAKULAN

• Penaakulan merupakan asas penting untuk


memahami matematik dengan lebih berkesan
dan menjadikan pengertian tentang
matematik lebih bermakna.
• Perkembangan penaakulan matematik berkait
rapat dengan perkembangan intelek dan
komunikasi murid.
• Elemen penaakulan dalam P&P mengelakkan
murid dari menganggap matematik sebagai
hanya satu set prosedur atau algoritma yang
perlu diikuti bagi mendapatkan penyelesaian
tanpa memahami konsep matematik yang
sebenarnya.
JENIS-JENIS PENAAKULAN
 Deduktif
 Induktif
 Abduktif
 Analogikal
 Gerak-hati (common-sense)
 Tak-monoton (non-monotic)
DEFINISI ANALISIS
• Analisis pula dikaitkan dengan pemecahan sesuatu
konsep kepada komponen-komponen kecil dan
penggunaan algoritma dalam penyelesaian atau
pembelajaran sesuatu konsep matematik.
• Analisis ini juga merupakan komponen penting
dalam pembelajaran matematik selain membuat
penaakulan, mensintesis, membuat generalisasi
dan sebagainya ( Zimmermann & Cunningham,
1991)
• Penekanan terhadap aspek analisis ini telah
diserapkan dalam sukatan pelajaran
matematik KBSM.
• Analisis ditekankan melalui definisi, prosedur-
prosedur pembelajaran sesuatu konsep atau
langkah kerja yang betul dalam penyelesaian
masalah.
DEFINISI GENERALISASI
• Generalisasi adalah penyimpulan daripada yang khusus
kepada yang umum.
• Generalisasi yang tersedia dapat menjadi dasar penelitian di
mana sifatnya sederhana sudah dibuktikan oleh peneliti
sebelumnya dan merupakan sejarah yang diterima.
• Generalisasi itu dapat dipakai sebagai hipotesis deskriptif
iaitu sebagai dugaan sementara. Biasanya ia hanya berupa
generalisasi konseptual.
• Meskipun demikian, penggunaan generalisasi yang
bagaimanapun sederhananya harus dibatasi supaya sejarah
tetap empiris.
DEFINISI GENERALISASI
• Generalisasi adalah membuat kesimpulan
terhadap populasi berdasarkan sampel.
• Tujuan generalisasi ini adalah untuk memberi
peluang mendapat gambaran/kesimpulan
sesuatu fenomena.
DEFINISI JUSTIFIKASI
• Justifikasi boleh didefinisikan sebagai
menjelaskan atau menentukan
• Dalam matematik, istilah justifikasi ini
bermaksud sesuatu cara untuk membuktikan
kesahihan tuntutan menggunakan kaedah
yang diterima pembuktiannya.
DEFINISI PENYELESAIAN MASALAH TAK
RUTIN
• Melibatkan dan menggunakan operasi yang
banyak dan tinggi
• Memerlukan proses pemikiran dan cara
penyelesaian masalah yang berbeza-beza
• Unik di mana memerlukan pelajar
mengaplikasikan kemahiran dan konsep atau
prinsip dalam matematik
• Memerlukan daya pemikiran yang tinggi untuk
menyelesaikan masalah (HOTS)
DEFINISI MEMBUAT KESIMPULAN
• Shahrom (1997) menyatakan kemahiran
membina kesimpulan adalah penting kerana ia
dapat membantu untuk membuat rumusan
atau penutup untuk sesuatu pemerhatian
mahupun peristiwa, menggunakan bukti yang
ada untuk membuat penyataan berdasarkan
pemerhatian dan menggunakan kemahiran
berfikir secara kritis dalam kemahiran proses
sains yang dijalankan
DEFINISI MEMBUAT INFERENS
• Tingkahlaku minda dalam membuat kesimpulan atau andaian
daripada sumber berasaskan isyarat-isyarat atau tanda-tanda
bagi memperoleh maklumat yang tersirat.
• Berlaku apabila anda tahu fakta-fakta atau kebenaran yang
ada dan anda berminat untuk mengetahui maklumat yang
lebih lanjut berdasarkan fakta-fakta yang ada.
• Mencari pengertian yang tersirat berdasarkan kefahaman
yang logikal.Inferens yang baik seharusnya berasaskan fakta,
alasan serta bukti yang kukuh dan jitu bagi menyokong
kesahan inferens.
• Semasa membuat inferens anda perlu membuat pemerhatian,
penaakulan serta merujuk kepada sesuatu yang tersirat atau
yang dinyatakan dengan jelas.
CONTOH MASALAH TAK RUTIN
Keluasan suatu segiempat tepat ialah 120
cm2. Panjang dan lebarnya adalah nombor
bulat. Apakah dua nilai yang mungkin bagi
panjang dan lebar nya? Apakah nilai yang
akan memberikan perimeter yang terkecil?
PENYELESAIAN
PENAAKULAN

Langkah 1: Memahami masalah


• Maklumat yang diberikan, Luas = 120 cm2.
Luas = panjang x lebar.
ANALISIS

Langkah 2: Merancang penyelesaian


• Untuk menyelesaikan masalah, cuba cari
semua nilai panjang dan lebar yang mana hasil
darabnya ialah 120
GENERALISASI
Langkah 3: Melaksanakan penyelesaian
Bina satu jadual panjang dan lebar seperti
berikut :
LEBAR 2 3 4 5 6 8 10

PANJANG 60 40 30 24 20 15 12

PERIMETER 124 86 68 58 52 46 44

Dari jadual di atas, perimeter yang terkecil ialah 44 cm.


JUSTIFIKASI

Langkah 4: Menyemak semula


• Semak jawapan anda untuk memastikan
bahawa jawapan anda betul

Panjang = 12, Lebar = 10. Luas = 12 x 10


Perimeter = 2 (12 + 10) = 4

Anda mungkin juga menyukai