Anda di halaman 1dari 13

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

ISU-ISU DALAM PENDIDIKAN


(Pembelajaran Sepanjang Hayat - PSH)

Dr Syed Khalid Bin Syed Idrus


IPGK Darulaman
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT : MEMBENTUK


GURU YANG MEMENUHI ASPIRASI PENDIDIKAN NEGARA

Manusia mengetahui bahawa pendidikan yang kita lalui digunakan


sehingga ke akhir hayat. Hal ini sama maksudnya dengan
pembelajaran yang dilakukan sepanjang hayat. Oleh yang demikian,
pembelajaran sepanjang hayat merujuk kepada penimbaan ilmu
sehingga ke akhir hayat.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2013), pendidikan bermaksud


perihal mendidik, ilmu, didikan, latihan dan juga ajaran. Manakala
perkataan ‘sepanjang’ bermaksud segenap waktu, selama dan juga
seluruh. Hayat pula bermaksud kehidupan ataupun hidup. Secara
generalisasinya, pembelajaran merupakan proses pemerolehan
maklumat dan pengetahuan, penguasaan kemahiran dan kepercayaan
manusia dalam pendidikan. Proses pembelajaran ini berlaku di mana-
mana tempat pada sebarang masa.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Menurut Knassel, Meed dan Rosetti (2000), kepentingan


pembelajaran sepanjang hayat ini dapat dikenalpasti menerusi tiga
sebab utama iaitu pekerjaan, memberi kuasa dan keseronokan.
Kemampuan seseorang menguasai ilmu pengetahuan dan
kemahiran baru merupakan kunci utama bagi mendapatkan
tawaran pekerjaan. Di dalam masyarakat workaholic seperti bangsa
Jepun, kesedaran tentang kepentingan pembelajaran sepanjang
hayat ini mencetuskan satu keadaan yang dikenali sebagai
"employability fever"  di mana ahli masyarakatnya bersikap tekad
untuk memiliki kelulusan atau kemahiran tertentu bagi menjamin
mereka memperolehi peluang pekerjaan di dalam bidang yang
mereka minati.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Model PSH
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Model Konseptual Pembelajaran Sepanjang Hayat ini meletakkan


komponen pendidikan sebagai asas atau permulaan kepada
sesebuah PSH. Komponen pendidikan ini diklasifikasikan sebagai
asas atau permulaan kepada tiga komponen; iaitu pendidikan
formal, pendidikan tidak formal dan pendidikan non -
formal.

Ketiga -tiga komponen pendidikan ini akan membantu


meningkatkan penguasaan seseorang individu daripada sudut
pengetahuan, kemahiran dan kompetensi, serta perubahan dari
segi sikap dan tingkah laku. Proses PSH yang berlaku secara
berterusan sepanjang hayat ini akhirnya akan membawa kepada
perkembangan potensi diri
individu itu sendiri.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Nordstrom (2008) menyatakan, terdapat sepuluh kelebihan


pembelajaran sepanjang hayat :

1. Lifelong learning helps fully develop natural abilities.


2. Lifelong learning opens the mind.
3. Lifelong learning creates a curious, hungry mind.
4. Lifelong learning increases our wisdom
5. Lifelong learning makes the world a better place.
6. Lifelong learning helps us adapt to change.
7. Lifelong learning helps us find meaning in our lives.
8. Lifelong learning keeps us involved as active contributors to
society.
9. Lifelong learning helps us make new friend and establish
valuable relationships.
10. Lifelong learning leads to an enriching life of self-fulfillment.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen Profesionalisme perguruan dan Pembelajaran sepanjang hayat

Elemen pertama : Pembelajaran dan pengajaran guru.

Guru - guru wajib mengikuti kursus -kursus latihan dalam


perkhidmatan bagi mengasah bakat sebagai guru yang profesional.
HaI ini boleh dilakukan melalui program - program perkembangan
profesionalisme yang berterusan (Continuing Professional
Development Programmes). Guru seharusnya dapat memantapkan
dan memperteguhkan preofesion keguruan dari aspek kemahiran,
teknik, keilmuan dan kepakaran. Guru seharusnya dapat
mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari dan dipraktikkan semasa
di Institut perguruan, iaitu menyediakan kandungan pengajaran yang
dapat menarik dan merangsang pemikiran murid. Kesemua kemahiran
dan keilmuan yang diperolehi oleh seorang guru yang profesionalisme
perlu selalu dikemas kini supaya adalah selaras dengan pembelajaran
abjad 21.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Gaya belajar pelajar adalah berbeza antara satu sama lain.


Menurut Jensen (1997), beliau telah mengenal pasti tiga jenis
gaya pembelajaran iaitu Gaya pembelajaran visual, Gaya
pembelajaran auditori, dan Gaya pembelajaran kinestetik. Cikgu
perlu meneliti gaya pembelajaran pelajar supaya mereka dapat
menerima dan memproses maklumat dengan pantas dan efisien
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen yang kedua ialah etika profesion perguruan.

Etika Perguruan bermaksud tingkah laku atau tanggungjawab


guru terhadap masyarakat dan negara, murid, rakan sejawat, dan
ibu bapa murid. Kod Etika Perguruan menyatakan dengan jelas
mengenai tanggungjawab guru terhadap pemegang am anahnya
dalam bidang pendidikan. Kod Etika Perguruan juga membantu
guru melihat perbezaan dan melihatkan keunikan etika yang
diamalkan di negara ini ataupun negara lain. Guru akan
mempertahankan kod etika untuk meningkatkan imej profesion
perguruan secara hitam putih dan rasmi.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen yang ketiga ialah peningkatan akademik guru

Semua guru perlu memiliki Ijazah pertama (sebagai guru siswazah


terlatih), wajib meneruskan pengajian sampai ke peringkat Sarjana.
Menjelang 2020, semua guru perlu memiliki Ijazah Sarjana. Mereka
yang sudah memiliki Sarjana bolehlah meneruskan pengajian
sehingga ke peringkat Ijazah Kedoktoran. Seorang guru dituntut untuk
selalu menambah pengetahuan dan keterampilan agar supaya
pengetahuan dan keterampilan yang dimilikinya tidak ketinggalan
zaman. Pengetahuan dan keterampilan yang dikuasai tidak hanya
terbatas pada pengetahuan yang berkaitan dengan pengembangan
tugas profesional, tetapi juga tugas kemasyarakatan mahupun tugas
kemanusiaan. Guru sebagai tenaga pendidik yang berhubungan
langsung dengan peserta didik harus memiliki keahlian khusus atau
kualifikasi khusus di bidang akademik. Dengan kompetensi yang
dimilikinya guru dapat menjalankan tugas dengan baik untuk
mencerdaskan peserta didik
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen yang keempat ialah pentadbiran dan pengurusan guru


.
Selain dari bidang pembelajaran dan pengajaran, semua guru perlu
dilatih untuk menjadi pengurus yang berwibawa. Noriah (1994)
menyatakan bahawa profesion keguruan merupakan profesion yang
tidak mempunyai pembahagian masa yang jelas. Bebanan kerja guru
bukan sahaja mengajar tetapi juga melaksanakan kerja perkeranian
dan pentadbiran, menjalankan aktiviti kokurikulum dan juga kerja -kerja
Persatuan Ibu Bapa dan Guru(PIBG) (Faridah dan Zubaidah,
1999).Dalam proses pentadbiran sekolah, guru itu perlu pandai
merancang, membuat keputusan, komunikasi, mengawal dan menilai.
Dari aspek pengurusan ,guru mempunyai peranan yang besar dalam
mendidik murid sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara.
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS DARULAMAN

Elemen yang kelima ialah sifat ketuhanan, keagamaan dan


moral guru.

Sifat ketuhanan bermaksud seseorang mempercayai kewujudan


tuhan sebagai pencipta alam Dan mematuhi segala peraturan
berlandaskan suruhanNya. Dalam prinsip Rukun Negara, prinsip
yang pertama ialah kepercayaan kepada Tuhan, dalam sukatan
pelajaran subjek moral, nilai pertama yang dipelajari ialah
kepercayaan kepada tuhan. Dalam lagu Negaraku, juga terdapat
perkataan Tuhan.

Anda mungkin juga menyukai