Anda di halaman 1dari 49

KBAT BERSAMA PUAN

NORAINI BAJOORI

GURU INOVASI KOOL KIT


KEDAH 4.0

BERDASARKAN DSKP DAN


BUKU TEKS KSSM TINGKATAN 4
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
1. Terangkan kepentingan kesetiaan kepada raja dan negara.(8m)

• Rakyat yang mempunyai perasaan kesetiaan kepada raja dan negara akan dapat mematuhi undang-undang
negara dengan sempurna.
• Contohnya, Semasa zaman pemerintahan Parameswara, rakyat Melaka sangat setia dan taat kepada
pemerintahnya.
• Maka pada waktu itu, Melaka telah menjadi maju dan dipandang tinggi oleh negara lain. Kedaulatan Melaka
sangat kukuh.
• Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah ketua
negara.
• Perkara 44 pula menyebut bahawa Yang di-Pertuan Agong adalah sebahagian daripada komponen yang
membentuk Parlimen di negara ini.
• Justeru, prinsip kesetiaan dan ketaatan kepada Raja dan negara menjadi unsur dan ciri penting dalam soal
kewarganegaraan di negara ini.
• Setiap warga negara Malaysia perlu menumpukan sepenuh taat setia, jujur dan ikhlas kepada Yang di-
Pertuan Agong dan negara.
• Hal ini kerana perasaan kesetiaan kepada raja dan negara adalah benteng kedaulatan kepada sebuah negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
2. Menjelaskan rasa bangga terhadap warisan negara bangsa.(8m)

• Kunci dalam mengurus pembentukan negara bangsa adalah penentuan


kedudukan anak watan sebagai alat mengikat ahli penduduk di negara itu yang
mesti diterima dan diperakui.
• Malaysia adalah sebuah negara yang mempunyai penduduk pelbagai kaum.
Usaha untuk menyatupadukan kaum melalui proses pembinaan bangsa perlu
dilaksanakan.
• Proses itu bertujuan menyedarkan warganya mengenai harga diri bangsa yang
merdeka dan berdaulat serta mampu membangunkan sebuah negara yang maju.
• Kita membangun sepenuhnya dari sudut perpaduan dan solidariti nasional dan
kesinambungan sosial, dari aspek ekonomi kita, keadilan sosial, kestabilan politik,
sistem dan kerajaan, kualiti hidup, nilai sosial dan kerohanian, juga pemupukan
rasa bangga, jati diri, patriotisme dan yakin akan negara tercinta ini.
• Hal ini yang menjadi kebanggan kita semua.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
3. Menghuraikan kepentingan kepemimpinan untuk kemakmuran negara.(8m)

• Kepimpinan perlu berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah yang sering


tercetus antaranya perpaduan, persepsi serta isu-isu hak asasi manusia,
pendidikan, kesihatan dan kepelbagaian identiti dalam satu masyarakat, serta yang
utamanya menangani isu rasuah yang berbahaya kepada masyarakat.
• Pemimpin harus membantu organisasi dan komuniti mereka mengenal pasti
cabaran yang mereka perlu depani untuk menyesuaikan diri dan membezakan
cabaran ini dengan masalah teknikal agar negara makmur
• Kepimpinan yang berwibawa dapat membawa perubahan dalam hati, adat,
kepercayaan, keutamaan dan kesungguhan seseorang.
• Pemimpin bijaksana dapat memenuhi yang berkaitan dengan ketahanan
memerlukan rangsangan eksplorasi, menanggung kerugian, memupuk inovasi dan
membangunkan kecekapan baru yang memungkinkan kemajuan serta
kemakmuran berjaya. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
4. Jelaskan kepentingan mematuhi undang-undang untuk kesejahteraan
negara.(8m)
• Pertama, ia membolehkan anda mengekalkan keseimbangan dalam
masyarakat dan melindungi orang lemah daripada tamak dan lebih kuat
• Paling penting adalah perlindungan dari kekacauan. Sekiranya semua
penduduk negeri kita tidak mematuhi peraturan tertentu dan, undang-
undang, maka kehancuran akan datang, dan negara akan hancur.
• Untuk mengelakkan hukuman, ramai yang cuba untuk tidak menyimpang dari
norma-norma tingkah laku dan tidak bertentangan dengan peraturan yang
telah ditetapkan oleh badan yang mentadbir.
• Tidak mematuhi undang-undang boleh menyebabkan kehilangan kebebasan
peribadi dan kesejahteraan kehancuran.

NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG


5. Jelaskan kepentingan meneladani perjuangan pemimpin terdahulu.(8m)
• Kita perlu sedar bahawa inilah sebenarnya hasil daripada perjuangan
pemimpin yang membawa kemerdekaan dan menentukan politik kita sehingga
kita dapat hidup aman makmur serta masyarakatnya bersatu padu tanpa
mengira kaum.
• Kita juga bertuah apabila melihat semua kaum di negera ini seperti Cina, Iban,
Melayu, dan sebagainya telah dapat bekerjasama malahan mengekalkan
kemakmuran sesama sendiri sama ada sebagai rakyat Malaysia hasil
perjuangan pemimpin terdahulu.
• Pemimpin terdahulu amat berharap semua rakyat hari ini dapat bersatu dan
meraikan kejayaan kita sebagai rakyat Malaysia

NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG


6. Menghuraikan kepentingan sikap berwaspada dengan kuasa asing.
(8m)
• Campur tangan asing dalam hal ehwal dalaman Malaysia bakal merosakkan
perpaduan dan keamanan negara.
• campur tangan luar seperti Amerika Syarikat berkaitan 1Malaysia Development
Bhd (1MDB) bukan sahaja merugikan negara malah langsung tidak membawa
kebaikan sebaliknya memusnahkan keharmonian yang telah dipupuk selama ini.
• Pihak yang dapat keuntungan politik adalah "tali barut' kerana mempunyai niat
jahat untuk memutuskan perpaduan dan silaturahim dalam kalangan masyarakat
negara ini.
• Sejarah mengajar bahawa campur tangan asing dalam urusan dalaman negara
hanya akan membawa kerugian.
• mereka yang bersetongkol dengan kuasa asing sebagai 'tidak bermaruah' dan
'tidak patriotik' terhadap negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
7. Bahaskan kepentingan ilmu dalam kehidupan (8m)

• Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan
mudah untuk mendapat kerja.
• Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar.
• Hasrat dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu.
• Kerjaya proffesional seperti doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang
berilmu.
• Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga
mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang
lumayan.
• Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan
membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan
mampu memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka.
• Mereka juga boleh menggunakan ilmu mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan
seperti berniaga, membuat tuisyen dan sebagainya
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
8. Huraikan kepentingan sumbangan pemimpin dalam mengekalkan
kedaulatan negara. (8m)
• para pemimpin di sesebuah negara perlu mempunyai pengetahuan yang mendalam untuk bekerjasama
rapat dengan pelbagai agensi kerajaan untuk mempertahankan kedaulatan dan kemerdekaan negara
• Tambahan pula, rempuhan gelombang globalisasi amat menakutkan, terutamanya dalam kalangan Negara-
negara Membangun.
• Maknanya, kedaulatan merupakan suatu realiti, bukan isu retorik.
• Kepimpinan negara memikirkan sedalam-dalamnya tentang pengukuhan negara-bangsa.
• Utamakan kepentingan negara dan kesejahteraan rakyat berbanding kepentingan politik masing-masing.
Isu kedaulatan amat jelas disebutkan dalam piagam PBB.
• Sesebuah negara walau sekecil mana pun keluasan wilayahnya, kedaulatan negara ditentukan oleh rakyat
negara itu sendiri”.
• Di sinilah konsep negara dan bangsa sangat simbiotik. Perasaan cinta diletakkan di atas sebuah “tanah air”
yang berdaulat.
• Di sinilah rakyat mendahulukan “tanah air” dalam segala bidang kehidupan.
• Kecintaan ke atas “tanah air” disimbolkan dalam bentuk warna bendera merah dan putih, sebagai lambang
perjuangan yang diterapkan kepada rakyat oleh pemimpin.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
9. Jelaskan kepentingan organisasi dalam membangunkan negara. (8m)
• Organisasi perlu melaksanakan program pembangunan seperti latihan jangka
pendek
• untuk meningkatkan kompetensi pegawai berpotensi yang dikenal pasti dan
• menyediakan peluang bagi membolehkan pegawai melanjutkan pengajian di
peringkat yang lebih tinggi
• Pemimpin hendaklah berupaya memandang ke hadapan dan menetapkan wawasan
, hala tuju dan strategi jangka pendek dan jangka panjang organisasi
• setelah mengambil kira berbagai faktor dalaman dan luaran termasuk kelemahan dan kekuatan
organisasi
• bagi membawa organisasi ke tahap yang lebih tinggi dari segi kecekapan dan
keberkesanan serta memenuhi matlamat dan objektif.
• Melalui proses ini, barulah segala faktor-faktor dalaman organisasi baik struktur, sistem,
• dan sumber manusia dan sebagainya akan dapat dipandu untuk menuju ke arah wawasan dan hala
tuju yang ditetapkan oleh pemimpinn untuk membangunkan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
10. Huraikan kepentingan semangat cinta akan negara.(8m)

• Kepentingan pertama semangat patriotisme di kalangan rakyat adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara.
• Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus aman dan
damai.
• Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat Malaysia tidak mempunyai
semangat patriotisme.
• Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin menjajah lagi
negara kita.
• Selain itu, semangat patriotisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
• Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan bekerja kuat untuk memajukan negara.
• Rakyat juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar dapat menyumbang ke arah pembangunan
negara.
• Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan mendorong leblh
ramal pelabur asing membuka perniagaan di Malaysia.
• Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, menaikkan lagi taraf
hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan
NORAINI terusGURU
BINTI BAJOORI maju.
INOVASI SMK DULANG
11. Jelaskan kepentingan keintelektualan dalam membina teras ilmu. (8m)
• Ilmu bukan sekadar mendapat maklumat tetapi kemampuan kita untuk membudaya
dan memanfaatkannya.
• Natijah daripada prmbangunan dimensi keilmuan ini akan membawa kepada
peningkatan intelektualisme, pemikiran kritis, pembangunan akhlak dan budaya hidup
• yang akan menjadi cerminan untuk melahirkan generasi yang mampu membina
Tamadun cemerlang.
• Pendidikan di Malaysia ialah suatu usaha yang berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani
berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan.
• Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan untuk mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat
serta negara Malaysia.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan kepentingan memanfaat media massa untuk kedaulatan negara.(8m)

• media massa juga merupakan agen perpaduan dan medium penting dalam
mengekalkan keamanan negara.
• Buktinya, penyiaran berita yang berkaitan dengan perjuangan tokoh-tokoh
kemerdekaan dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat.
• Mesej berunsurkan semangat keberanian dan kerjasama juga jelas berjaya
disampaikan melalui program-program radio atau siaran rancangan televisyen.
• Media Massa merupakan medium berkesan dalam membantu negara mengekalkan
kedaulatan negara.
• Buktinya, media massa dapat menyampaikan dasar-dasar kerajaan kepada umum
dengan lebih cepat.
• Malahan maklumat berkaitan dengan dasar baru kerajaan dapat di peroleh dan di
akses dengan lebih mudah sama ada melalui media sosial, internet mahupun melalui
media penyiaran seperti berita dan hebahan umum demi kedaulatan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan keamanan dunia kepada negara kita.(8M)
• Keamanan dunia merupakan perkara yang amat mustahak untuk mengekalkan
keharmonian dan kedamaian rakyat di Malaysia.
• Dunia yang aman dan damai dapat manjamin kebahagiaan dan keselamatan
manusia sejagat.
• Kedamaian dan kesejahteraan dalam kalangan masyarakat dunia dapat
mengelakkan daripada berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham antara
satu sama lain.
• Sikap toleransi turut dilahirkan daripada kedamaian dalam kalangan masyarakat
dunia .
• Hal ini berlaku demikian, kerana masyarakat dunia sedar bahawa sikap bertolak
ansur penting bagi mengekalkan keharmonian dunia amnya dan negara khususnya.
• pengagihan kekayaan dilakukan secera berterusan untuk memastikan keamanan
itu berkekalan hasil dari keamanan dunia.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan kesedaran semangat cinta akan negara.(8M)

• Dengan wujudnya semangat cinta akan negara di kalangan rakyat, pasti negara akan terus
aman dan damai.
• Sesungguhnya anasir luar atau musuh negara amat menyukai jika rakyat malaysia tidak
mempunyai semangat patriotisme.
• Apabila keadaan ini berlaku, pasti negara akan mudah ditakluki oleh negara yang ingin
menjajah negara .
• semangat patriotisme juga dapat memjadi pemangkin kepada kemajuan negara.
• Dengan wujudnya semangat patriotisme, rakyat akan berkerja kuat untuk memjukan negara.
• Rakyat juga pasti akan berkerja bersungguh - sungguh agar dapat menyumbang kearah
pembangunan.
• Semangat patriotisme akan menjadikan keadaan negara aman damai dan ini akan
mendorong lebih ramai pelabur asingmembuka perniagaan di malaysia.
• Sesungguhnya, kedatangan pelabur asing ini akan membuka peluang pekerjaan, kenaikan
lagi taraf hidup rakyat dan seterusnya negara kita akan terus maju.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan iktibar dengan kesan peperangan.(8m)
• Pemimpin negara kita perlu mengamalkan sikap bertolak ansur dalam menjalinkan hubungan
dengan negara lain supaya segala masalah yang timbul dapat diselesaikan dengan berkesan
• Kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara bagi menjamin keamanan dan
keselamatan negara melalui konsep ZOFAN.
• Kita hendaklah bersikap proaktif dalam menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara lain
agar dapat terus bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah terutama dalam bidang politik,
ekonomi dan sosial.
• Kita hendaklah sentiasa meningkatkan kerjasama dalam bidang keselamatan negara bagi
membendung jenayah dan pencerobohan sempadan negara
• Kerajaan kita mestilah bergiat aktif dalam menghantar misi bantuan misi kemanusiaan di negara-
negara yang bergolak sebagaimana yang telah berlaku di Somalia dan Sudan demi menjaga
kesejahteraan dunia.
• Sebagai sebuah negara yang berdaulat kita mestilah bertanggungjawab dan sentiasa mengamlkan
sikap yang terbuka dalam menerima pandangan yang membina demi kemanan dunia.
• Kita mestilah sentiasa menghormati hak asasi manusia dan berkerjasama dengan negara-negara
lain dalam usaha mengekang keganasan agar mengekalkan kemananan dunia.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Huraikan peranan rakyat dalam mempertahankan kedaulatan negara.(8M)
• aspek ketahanan jatidiri yang berteraskan kepada kekuatan mental dan spiritual akan
menjadi benteng yang paling berkesan menangani serangan globalisasi demi
kedaulatan negara.
• Jatidiri dalam ertikata sebuah bangsa yang memiliki ketinggian akhlak dan
keperkasaan tamadun mengikut acuan nilai-nilai kemasyarakatan yang sanggup
berkoban demi kedaulatan negara.
• Kekuatan jatidiri merangkumi aspek pertimbangan moral iaitu mempunyai daya
pertimbangan yakni membezakan antara yang benar dan palsu.
• Di samping itu, benteng jatidiri seseorangindividu harus disulam dengan semangat
patriotisme dan nasionalisme dalam ertikata mempertahankan kedaulatan negara
serta memiliki nilai kesetiaan yang tak berbelah bagi terhadap bangsa dan negara.
• sikap bersatu padu juga harus dipupuk bagi mengekalkan kedaulatan sesebuah negara
• mempertahankan identiti bangsa melayu melalui budaya sendiri .
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menerangkan kepentingan kebijaksanaan dalam merancang strategi.(8m)

• kepentingan pengurusan strategik untuk berjaya dalam apa pun usaha.


• Perancangan adalah sesuatu yang menjadi kebiasaan bagi banyak orang, dalam satu atau lebih
bidang kehidupan kita.
• Sama ada anda membuat langkah besar dalam kerjaya anda atau membentangkan idea, atau
apa-apa lagi untuk perkara itu
• Perancangan adalah sebahagian daripada hampir semua yang kita lakukan dan banyak langkah
yang kita ambil dalam kehidupan memerlukan perancangan yang sangat besar.
• Sudah tentu, ada kemungkinan untuk melakukan apa sahaja tanpa membuat perancangan
terlebih dahulu.
• Walau bagaimanapun, kebanyakan masa apabila kita melakukan sesuatu tanpa merancang kita
mengambil risiko besar, dengan hasil yang sering tidak menggalakkan atau tidak memuaskan,
paling baik.Justeru itu kebijaksaan diperlukan untuk mengelakan kegagalan.
• Dalam beberapa bidang, perancangan adalah penting seperti perniagaan. Sebenarnya, sangat
penting bahawa ia mempunyai tajuk unik,pengurusan strategik memerlukan kebijaksaan untuk
mencapai matlamatnya. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan sikap kreatif dalam kehidupan.(8m)

• Kreativiti memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi seorang.


• Dalam kehidupan yang disertakan dengan aktiviti-aktiviti yang kreatif mampu
menarik perhatian terhadap diri sendiri atau hal-hal peribadi kita.
• Aktiviti yang menarik perhatian mampu membawa mereka kepada ciri-ciri
keperibadian yang merujuk kepada sifat keakuan.
• Selain itu, kepelbagaian aktiviti harian yang kreatif membolehkan kita untuk
bersikap terbuka dalam berkongsi pengalaman diri.
• Kita akan membenarkan diri untuk bertindak balas terhadap rangsangan
aktiviti- aktiviti harian yang kreatif untuk menunjukkan kebolehan kendiri yang
boleh dijadikan teladan. Misalnya kita berkongsi pengalaman dalam
membantu ibu dan bapa menguruskan kebersihan rumah.
• Ini menunjukkan pendidikan telah melatih kita menjadi seorang yang
pembersih bermula sejak dari rumah lagi dan dibawa pula ke sekolah dan di
sekitar tempat yang selalu dilewati.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan kepentingan sikap sedia berkorban untuk tanah air.(8M)
• Perasaan dan cinta inilah yang menerbitkan rasa ingin berkorban, melindungi
dan mempertahankan sesuatu yang disayangi dan dicintai itu.
• Jika negara diancam musuh, ia akan berasa sedih dan marah, sehingga
membangkitkan semangatnya untuk berkorban melindungi dan
mempertahankan tanah airnya.
• Sayangkan negara juga akan mendorong seseorang itu bekerja dan berusaha
bersungguh-sungguh untuk memajukan negaranya.
• Perasaan cinta dan sayangkan negara juga akan menghasilkan komitmen yang
dapat mengikat diri untuk terus menyumbang dan berkorban untuk negara.
• Hal ini adalah demi mengekalkan kemerdekaan, kebebasan, kedaulatan,
keamanan, keselamatan dan kesejahteraan yang sedia ada dan sedang
dinikmati sekarang
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan ketahanan fizikal dan mental dalam menghadapi cabaran hidup.(8m)

• Kita tidak harus hanya bergantung kepada ilmu yang dimiliki sebaliknya harus
memiliki jati diri dan ketahanan fizikal dan mental yang teguh agar mampu
bertindak dengan waras.
• Kita harus memiliki pandangan jauh, berfikiran analitikal dan kritikal supaya
dapat bersaing di peringkat global.
• Kita tidak hanya terbatas pada penguasaan pelbagai bidang ilmu dan
kemahiran semata-mata sebaliknya turut merangkumi aspek pembangunan
fizikal, minda, spiritual, sahsiah dan etika.
• Kita perlu menampilkan diri sebagai seorang yang dinamik, maju dan berdaya
saing seterusnya mendorong mereka melakukan kebaikan dan menonjolkan
ciri-ciri kecemerlangan dan ketinggian kualiti dengan ketahanan fizikal dan
mental agar dapat menghadapi cabaran hidup dan menjadi modal insan kelas
pertama. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan mempertahan maruah bangsa.(8m)
• Untuk memupuk semangat islah atau pembaharuan kepada system pentadbiran
negara yang lebih cakna kemakmuran rakyat.
• Membuat dasar dan urusan negara demi keselamatan dan kedaulatan Negra
agar maruah bangsa terus terpelihara.
• Rakyat bukan citra pemikiran sempit tetapi lebih terbuka agar menjadi bangsa
yang kuat berusaha secara seimbang agar menjadi bangsa yang berdaya saing
disgani seanterio dunia.
• Rakyat tidak kuno lagi menjatuhkan di samping berpegang teguh kepada
prinsip keadilan agar tiada rakyat yang ditindas demi keuntungan satu golongan.
• Untuk rakyat mendapat kebebasan dan hak-hak yang termaktub dalam
Perlembagaan serta mengamalkannya secara konsisten, bukan mengabaikannya
atau mengamalkannya secara terpilih.Begitulah kepentingan mempertahan
maruah bangsa.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan berwaspada dalam membuat sebarang tindakan.(8m)
• setiap pihak hendaklah sentiasa berfikir secara rasional dan berwaspada dalam menangani satu-
satu pemasalahan yang timbul agar ianya tidak menjadi semakin marak.
• Seperti apa yang kita lihat ketika ini bukan setakat pidak atasan sahaja yang tidak dapat berfikir
secara rasional malahan pihak bawahan juga begitu.
• Bila kes ini timbul maka ada satu perasaan ketidak puas hati akan timbul di setiap mereka.
• Kadang kala pihak atasan juga mempunyai ego yang mungkin tidak boleh menerima satu-satu
cadangan ataupun isu-isu semasa yang bagi mereka boleh mengancam kewibawaan mereka.
• Namun begitu rakyat harus memahami setiap arahan yang perlu mereka buat ketika dalam pelbagai
situasi.
• Ada kalanya kita sendiri tidak memahami senarai tugas masing-masing ada pula yang berlagak
mengalahkan pemimpin.
• Perkara ini akan menjadi satu penyakit di setiapperusul negara.
• . Apabila fikiran tidak rasional dan berwaspada ini berterusan maka ketidak stabilan negara juga
akan berlaku dimana berlakunya ketidakpuasan hati rakyat.
• Justeru iti kepentingan berwaspada dalam membuat sebarang tindakan adalah penting untuk
keharmonian Bersama. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menjelaskan kepentingan sikap berani menyuarakan pandangan dengan beretika.(8m)

• Dalam melaksanakan keberanian bersuara, ada peringatan yang perlu dinyatakan di sini.
Paradok yang wujud daripada penyemaian nilai haruslah diperjelaskan dan diurus
dengan baik agar memberi manafaat kepada semua.
• Keberanian bersuara hanya diterima sebagai nilai positif apabila ia digunakan untuk
tujuan baik dan mulia seperti mempertahankan maruah dan integriti negara, ataupun
untuk tujuan perkembangan dan pembangunan.
• Keberanian bersuara boleh menjadi sesuatu yang buruk sekiranya digunakan untuk
tujuan peribadi yang jahat seperti menipu, rasuah atau mengamalkan aktiviti tidak
bermoral seperti mengajak membuat rusuhan.
• Kesimpulannya, keberanian bersuara adalah teras kepada nilai murni dan rasional dan ia
harus dipraktikkan hanya dengan keperibadian positif dan kesedaran diri yang betul.
• Oleh itu, sebagai pemimpin organisasi, kita harus menggunakan keberanian bersuara
sebagai nilai untuk memperteguh dan mengangkat integriti perkhidmatan awam dan
negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Huraikan kepentingan menghargai kepimpinan tokoh terdahulu dalam membina
negara.(8m)
• kenikmatan yang dirasai sebagi rakyat yang bernaung di bawah negara yang
bebas, sudah pasti terdapat tokoh-tokoh yang berjuang bagi mendapatkan
kemerdekaan.
• Sentiasa menghargai dan mengingati perjuangan tokoh-tokoh negara ini
adalah salah satu cara bagaimana kita menyuburkan semangat patrio­tisme dan
cinta kepada negara.
• tokoh-tokoh kemerdekaan yang berjaya menyelamatkan maruah tanahair
daripada dirobek dan wajar bagi kita menghargai tokoh-tokoh kemerdekaan
negara dengan cara mengenang jasa mereka.
• Mereka bekerja bersama bagi membebaskan Tanah Melayu, Sabah dan
Sarawak daripada belenggu penjajah, amat rugilah jika kita tidak me­neruskan
kesinambungan yang terjalin sebagai tanda kenangan kita kepada pejuang
tanah air.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.(8M)
• Kita perlu faham bahawa kedulatan ialah kekuasaan mutlak atau kekuasaaan tertinggi
rakyat dan wilayah bumi berserta isinya yang dipunyai suatu sistem negara nasional yang
berdaulat untuk mengatur seluruh wilayahnya tanpa campur tangan daripada
pemerintah negara lain.
• Mempertahankan kedaulatan negara penting kepada negara pada masa kini. Ini kerana
negara didiami rakyat berbilang agama, bangsa dan ideologi politik yang begitu ketara.
• Jika rakyat meletakkan semangat perkauman, kefahaman ideologi politik atau parti
politik lebih utama daripada negara, tentulah pembangunan dan kemajuan tidak akan
dapat dicapai.
• Tanpa mempertahankan kedaulatan negara akan musnah dan hancur bukannya kerana
diserang musuh, tetapi kegagalan rakyat melaksanakan tanggungjawab terhadap negara.
• Tamadun manusia berkembang dan nadi kepada perkembangannya terletak pada
semangat patriotisme untuk mempertahankan kedaulatan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menjelaskan kepentingan kesedaran negara kita tanggungjawab kita.(8m)
• Sesungguhnya bangsa yang Berjaya ialah bangsa yang rajin dan sanggup menghadapi cabaran
hidup’.
• Hal ini menunjukkan bahawa jika rakyat tidak menanam jati diri yang kukuh lagi utuh, nescaya
kita akan dilihat sebagai sasaran yang mudah oleh kuasa Barat yang rakus.
• Oleh itu, kita hendaklah memahami dan melaksanakan tanggungjawab setiap rakyat Malaysia
dengan penuh komitmen untuk memacu pembangunan Negara.
• Seseorang individu itu meminkan peranan yang amat penting dalam pembangunan Negara
kerana tanpa tindakan daripada individu, pelbagai usaha yang dijalankan tidak akan berhasil.
• Setiap individu yang bergelar rakyat Malaysia yang sah di sisi undang-undang mestilah memiliki
sifat sayang dan cinta akan tanah air sendiri.
• Kesedaran kepentingan semangat patriotik dalam diri setiap warganegara hendaklah dipupuk
supaya dapat menyemarak rasa bertuah kerana dilahirkan dalam sebuah negara yang selamat,
maju dan makmur.
• Semua rakyat perlu mengutamakan sikap saling bersatu dan menjunjung aspirasi perpaduan
dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum yang selaras dengan konsep 1Malaysia agar negara
terus maju dan Makmur. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menghuraikan kepentingan bersemangat waja dalam perjuangan.(8m)

• Bersemangat waja bukan sekadar semangat, tetapi ia merupakan sesuatu yang agung
melibatkan soal keyakinan, kesetiaan, kewarganegaraan, keberanian, kemerdekaan, jati
diri dan kedaulatan.
• bersemangat waja adalah gerakan mencipta masyarakat yang lebih terbuka untuk
mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi menjamin kemerdekaan warganegara
dan membebaskan akal dan fizikal setiap warga.
• Oleh itu, kebudayaan seperti agama, bahasa dan lain-lain boleh menimbulkan
semangat waja.
• Melalui elemen-elemen tersebut juga, ia mampu mewujudkan semangat yang dapat
melahirkan satu identiti baharu bagi negara yang dijajah.
• Semangat waja juga dapat melahirkan perasaan bersatu padu antara rakyat yang
dijajah.
• Semangat waja merupakan nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan
kemajuan sesebuah negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan implikasi tindakan masa kini terhadap masa depan.(8m)
• Negara kita perlu memiliki rakyat berbudi bahasa, bertanggungjawab, hormat-
menghormati, beramanah, jujur serta berintegriti kerana sistem nilai murni itu
menjadi kayu pengukur sebenar sebuah negara maju.
• Pembangunan dilaksanakan dengan begitu pesat dan maju tidak bermakna
tanpa sistem nilai sewajarnya.
• Hal ini perlu dilakukan masa kini untuk melahirkan generasi berwibawa untuk
memimpin negara di masa hadapan.
• Komitmen serta menanam motivasi dalaman untuk membabitkan diri dalam
membangunkan akhlak anak dan remaja tidak boleh diabaikan.
• Sikap dan sistem nilai harus dipupuk kepada setiap anggota keluarga
seterusnya bagi memastikan anak dibesarkan dalam suasana harmoni dan baik
serta diserapkan nilai murni untuk menghadapi pelbagai cabaran pada masa
hadapan. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menerangkan kepentingan sikap berhati-hati dalam menghadapi anasir yang menggugat
kestabilan negara.(8m)
• Kita mestilah berwaspada mengenai keadaan yang tidak menentu dan, lebih utama, mesti
menghindari menjadikan perpaduan negara lebih rapuh apatah lagi dalam keadaan ekonomi
yang tidak menentu ini.
• Beri keyakinan kepada mereka yang menjaga keselamatan dan keamanan negara.
• tiada rakyat Malaysia yang tulin yang ingin memberi muka kepada penceroboh-penceroboh
yang mungkin datang ke halaman kita untuk mencetuskan perbalahan di antara kaum dan
penganut ugama yang berlainan di negara kita.
• Ancaman luar negara yang paling ketara adalah dari perairan Sabah melalui pendatang dari
selatan Filipina.
• Dikhuatiri yang mendalangi pencerobohan ini adalah para penentang pemeteraian pelan
damai di antara kerajaan Filipina dengan Barisan Pembebasan Islam Moro.
• Pihak pemerintah harus meneliti dan berhati-hati memberi perlindungan kepada mereka
yang dikatakan orang pelarian atau mereka yang mencari suaka politik kerana ramai disyaki
mempunyai muslihat yang jahat di sebalik meminta bantuan dan ihsan dari Malaysia.
• Hal ini adalah untuk memastikanNORAINI
keamanan dan kestabilan negara.
BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan mempunyai pemikiran yang strategik.(8)
• pemikiran strategik melibatkan penjanaan dan penerapan wawasan dan peluang yang bertujuan untuk
mewujudkan kelebihan daya saing bagi organisasi.
• Ia boleh dilakukan secara individu, begitu juga secara kolaboratif antara orang penting yang dapat
mengubah masa depan organisasi secara positif.
• Pemikiran strategik kumpulan boleh mencipta lebih banyak nilai dengan mengaktifkan ,proaktif dan kreatif
dialog, di mana individu memperoleh perspektif orang lain mengenai masalah kritikal dan kompleks.
• Ini dianggap sebagai keuntungan dalam landskap organisi yang sangat kompetitif dan cepat berubah
hasilnya adalah pengurusan strategik, terutama apabila dilakukan dengan baik, adalah penting untuk
kejayaan jangka panj organisasi.
• Apabila kita mengatakan bahawa organisasi sedang menjalankan pengurusan strategik, apa yang
dimaksudkan ialah "pengurusan strategik" mendefinisikan strategi untuk kegiatan perniagaannya, dengan
matlamat yang jelas.
• Organisai itu kemudiannya akan mewujudkan rancangan yang jelas, jelas bahawa ia kemudiannya akan
berupaya untuk mencapai matlamatnya dan menyelaraskan kegiatan organisasi, sehingga usaha itu akan
selaras dengan tujuan tersebut.
• Ia juga akan memperuntukkan semua sumber yang diperlukan untuk mencapai matlamat tersebut.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Menghuraikan kepentingan menjamin keamanan negara.(8M)
• Kestabilan,keamanan, keharmonian perpaduan dikecapi membawa kepada
kehidupan rakyat bersatu-padu, erat dan sekali gus meningkatkan aktiviti
ekonomi bagi menjana kekayaan untuk kita kongsi bersama.
• Kita perlu mengambil iktibar daripada kehancuran yang dialami oleh negara-
negara luar akibat perpecahan hingga berlaku konflik dan peperangan.
• Sebagai rakyat Malaysia kita harus sedar tanggungjawab dipikul terhadap
menjaga keamanan negara, khususnya bagi mempertahankan perpaduan
dibina demi kesenangan serta keselesaan telah dinikmati.
• Keamanan negara Malaysia telah memberikan keyakinan kepada pelabur-
pelabur asing untuk melabur di Malaysia.
• Oleh itu, perpaduan kaum yang telah menyumbang ke arah keamanan negara
memberikan kebaikan kepada Malaysia.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan kepentingan sikap sedia berkorban untuk negara.(8M)
• Tanpa kita sedar sedia berkorban untuk negara memainkan peranan yang sangat penting
dalam diri setiap rakyat Malaysia dalam mengekalkan kemerdekaan yang telah kita capai
selama ini.
• Antara kepentingan sikap sedia berkorban untuk negara adalah dapat membina nilai
persefahaman dan penyatuan antara kaum.
• Seterusnya menjadi pemacu kepada kemajuan negara serta satu pelaburan strategik ke arah
keselamatan negara.
• Demi mencapai persefahaman antara kaum pelbagai usaha telah kerajaan lakukan.
• Mungkin kita tidak pernah perasan, kebanyakan tema kemerdekaan berkaitan dengan
perpaduan rakyat.
• Antaranya ialah muhibah dan perpaduan, bersatu maju, kebudayaan sendi perpaduan,
nasionalisme teras perpaduan dan lain-lain lagi.
• Dari sini, kita dapat lihat bertapa pentingnya perpaduan sebagai pengikat dalam kalangan
rakyat Malaysia yang bersifat majmuk dan sedia berkorban untuk negara demi keharmonian
negara. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan mempertahankan kedaulatan negara.(8M)
• Kedaulatan negara penting bagi menjalankan pemerintahan, serta membatasi dan mengekang
ancaman negara luar.
• Seterusnya, untuk bekerja dan berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan
negaranya.
• Ini kerana melalui kedaulatan setiap rakyat di sesebuah negara akan memperoleh maruah, jati diri
dan jaminan masa depan untuk generasinya.
• Kedaulatan meruoakan nadi kepada kebebasan, kemerdekaan, kestabilan dan kemajuan sesebuah
negara.
• Tampa kedaulatan rakyat sesebuah negara akan membawa kegoyahan dan penderitaan kepada
rakyaknya.
• Kedaulatan juga sebagai tunggak utama pembangunan sesebuah negara. mereka perlu
memikirkan tentang masa depan, survival bangsa Malaysia dan perlu dijadikan sebagai wahana
dalam mengecapi kehidupan lebih bermakna.
• Sekiranya kedaulatan negara hilang, kepercayaan kepada ibu pertiwi musnah maka lenyaplah harga
diri dan maruah sesuatu bangsa.
• Ini akan mengundang kelemahan bangsa
NORAINI BINTIyang
BAJOORIakan dipandang
GURU INOVASI SMK DULANG hina seluruh dunia.
Menghuraikan kepentingan permuafakatan dalam menjamin keharmonian
masyarakat.(8M)
• Permuafakatan kaum juga memainkan peranan dalam mengukuhkan lagi ekonomi negara dengan
penglibatan semua kaum dalam kegiatan ekonomi.
• Misalnya, Dasar Ekonomi Baru yang dilancarkan pada tahun 1970 oleh Tun Abdul Razak, adalah
bertujuan untuk menyusun semula ketidakseimbangan sosio-ekonomi yang wujud di negara ini.
• Pelancaran dasar ekonomi tersebut memastikan bahawa taraf hidup masyarakat dapat ditinggikan
dalam usaha untuk mencapai kemajuan dalam pembangunan negara.
• Jurang perbezaan akan terhapus dalam fungsi ekonomi mengikut kaum dan lahirnya permuafakatan
ekonomi di kalangan rakyat, sambil meningkatkan lagi taraf pembangunan ekonomi negara.
• Secara keseluruhan, permuafakatan kaum merupakan antara faktor terpenting dalam mengekalkan
keharmonian masyarakat berbilang kaum dan agama.
• Sekiranya kita berpecah atau bertelingkah antara satu sama lain, negara yang aman dan harmoni ini
akan menjadi mundur dan pertikaian akan menyebabkan ketidakstabilan ekonomi yang menjejaskan
pembangunan negara.
• Masyarakat Malaysia perlu menjadi penggerak utama dalam memupuk dan mengekalkan
permuafakatan antara kaum dalam usaha untuk mencapai matlamat ke arah status negara maju serta
memastikan pembangunan ekonomi negara yang stabil dan konsisten.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan kepentingan Pendidikan untuk kesejahteraan negara.(8M)
• Kita amat mementingkan soal pendidikan dan penguasaan ilmu pengetahuan yang sempurna.
• Ini kerana pendidikan merupakan salah satu tunjang utama dalam pembangunan sosial negara.
• Pengabaian dalam soal pendidikan bererti mengabaikan kebajikan masyarakat dan
menjejaskan pembangunan sesebuah negara.
• Kepentingan pendidikan kepada pembangunan sesebuah negara dapat dilihat dengan
peruntukan perbelanjaan negara yang besar pada setiap tahun untuk tujuan membangunkan
sistem pendidikan yang diperlukan oleh masyarakat.
• Tindakan ini dianggap sebagai satu pelaburan yang besar untuk menjamin kemajuan yang
berterusan dan bagi membangunkan modal insan ‘minda kelas pertama’ pada masa akan
datang.
• Kepentingan pendidikan ini tidak harus dilihat dari segi matlamat ekonomi sahaja, tetapi ia
berkaitan dengan melahirkan seorang insan yang beriman, bertanggungjawb, amanah,
mempunyai akhlak atau moral yang tinggi serta matang dalam menguruskan kehidupan diri dan
keluarga dengan lebih sempurna demi kesejahteraan negara.

NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG


Jelaskan kepentingan berorganisasi dalam perjuangan.(8m)

• Melambangkan matlamat yang hendak dicapai dan menjadi garis panduan


oleh sesebuah organisasi.
• Membolehkan segala sumber serta usaha digerakkan kearah pencapaian
objektif perjuangan.
• Perancangan dapat dilaksanakan sebaik mungkin dengan mengambil kira
reality masa ini, pengalaman masa lampau serta tuntutan untuk masa
hadapan.
• Membolehkan pengukuran dapat dilakukan dengan sebaik mungkin terhadap
pencapaian yang diperoleh dan mengenal pasti masalah, cabaran serta
pendekatan yang dilakukan untuk menghadapi masalah yang datang.
• Program perjuangan mengandungi dan menerangkan secara menyeluruh
aktiviti yang akan dijalankan seperti langkah demi langkah yang perlu diikuti
oleh kakitangan yang dipertanggungjawab melalui jadual penyediaan program
perjuangan. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan integriti dan jati diri dalam kehidupan harian.(8m)
• Individu yang berintegriti akan tetap mematuhi peraturan, kerana takrif integriti
memerlukan individu bertingkah laku berdasarkan prinsip moral dan nilai etika,
tanpa mengambil kira, sama ada dilihat ataupun tidak dalam kehidupan seharian.
• Justeru, untuk menjadi manusia yang berintegriti memerlukan seseorang individu
itu menjadi manusia bermoral dan beretika dalam semua aspek kehidupan.
• Dalam kehidupan harian keruntuhan integriti menyebabkan berlaku pelbagai
kepincangan seperti peningkatan amalan rasuah dan pecah amanah.
• Tidak kira, sama ada dalam organisasi awam mahupun swasta, pemegang jawatan
ataupun pekerja yang tidak memiliki integriti diri yang tinggi akan sentiasa mencari
peluang melakukan penyelewengan demi kepentingan peribadi, tanpa memikirkan
implikasi terhadap imej organisasi dan negara.
• Dalam aspek pendidikan pula, tindakan individu tidak berintegriti boleh mencemar
kesucian bidang yang sangat penting untuk membangunkan modal insan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan pilihan raya sebagai lambang demokrasi.(8m)
• Melibatkan rakyat dalam pemerintahan Negara.Mengekalkan amalan demokrasi.
• Memilih kerajaan yang berwibawa.Memilih wakil rakyat yang berkebolehan.
Menjamin pemerintahan yang adil.
• Memastikan pentadbiran berjalan lancar. Memelihara amalan demokrasi.
• Memastikan kerajaan yang dipilih adalah pilihan rakyat. Memilih kerajaan yang
berwibawa.
• Memilih wakil rakyat yang berkebolehan. Menjamin keamanan negara.
Memastikan pilihan raya dijalankan secara adil.
• Menunjukkan kewibawaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) .
• Rakyat mengharapkan sesuatu yang dibuat atau diberi oleh pemimpin kepada
negara bukannya sumbangan rakyat kepada negara.
• demi menjamin kelangsungan pentadbiran mereka dalam pilihan raya akan datang
kerana rakyat ada hak mengekalkannya.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Huraikan kepentingan kepemimpinan yang berwibawa.(8m)
• pemimpinnya berwibawa dan rakyatnya hidup sejahtera serta mengembangkan
kemampuan yang ada untuk kemakmuran semua.
• kepimpinan yang ada perlu berusaha bersungguh-sungguh menangani masalah yang
sering tercetus antaranya perpaduan, persepsi serta isu-isu hak asasi manusia,
pendidikan, kesihatan dan kepelbagaian identiti dalam satu masyarakat, serta yang
utamanya menangani isu rasuah yang berbahaya kepada masyarakat.
• Dalam inti kepemimpinan yang berwibawa, ia perlu memiliki dua kemahiran khusus
iaitu kemampuan untuk menghadapi perubahan dan mendepani kenyataan serta berani
untuk memikul tanggungjawab untuk mencipta masa depan yang lebih sejahtera.
• Memiliki kedua-dua kemahiran tersebut sangat penting untuk kelangsungan hidup dan
keharmonian di dunia ini.
• Keluarga, organisasi, masyarakat dan negara perlu berjaya memperkukuhkan
kemampuannya untuk menghadapi serta bersikap fleksibel dalam menghadapi cabaran
yang kompleks serta merebut peluang yang muncul.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan perkongsian kuasa dalam kalangan masyarakat berbilang kaum.(8m)

• Malaysia dijadikan contoh oleh negara lain kerana berjaya menyatukan semua kaum
melalui perkongsian kuasa dan hidup aman damai.
• Perbezaan agama, budaya dan tradisi tidak menghalang perpaduan dalam
kepelbagaian kaum, agama dan bangsa yang menjadi aset penting kepada negara.
• Ini sekali gus menjadikan rakyat berfikiran terbuka serta dapat mengikis fahaman
sempit daripada terus menular dalam kalangan masyarakat.
• Nilai perpaduan yang tinggi adalah kekuatan dan kelebihan yang membolehkan
wujudnya kestabilan politik dan ekonomi, sekali gus melancarkan lagi proses
pembangunan dan kemajuan negeri.
• Ini antara lain, disumbangkan oleh kestabilan politik hasil perkongsian kuasa yang
diperkukuhkan sejak kerajaan Barisan Nasional.
• Keamanan dan tadbir urus kerajaan negeri yang baik secara keseluruhannya bukan
sahaja berjaya menyatukan semua kaum di negeri ini, tetapi juga telah merangsang
pertumbuhan ekonomi serta membawa pembangunan negeri ke tahap yang lebih baik.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan menghormati keputusan pemimpin negara.(8m)
• Keupayaan negara menguruskan rakyat pelbagai bangsa selama ini menjadi tunjang kepada
pembangunan negara dan masa depannya yang digalas oleh pemimpin negara.
• Menguruskan kepelbagaian itu tidak datang percuma dan ia juga tidak berlaku secara semula
jadi.
• Menguruskan kemajmukan itu menuntut suatu usaha yang bersepadu, melibatkan pengorbanan
dan membawa kepada sikap saling mempercayai terutama kepada keputusan pemimpin.
• Perkara itu harus dipegang oleh setiap ahli masyarakat jika tidak mahu melihat masalah
perkauman menjadi pisau yang boleh merobek nilai kepercayaan sekali gus terperangkap dengan
sentimen perkauman dan buruk yang sentiasa dielakkkan Ketika pemimpim membuat
keputusan.
• Kita boleh lihat puak-puak pelampau ini takkan berhenti selagi tidak berlaku huru-hara.
• Semuanya kerana perasaan hasad dengki dan niat jahat untuk menghalang usaha ke arah.
• Masyarakat juga diseru untuk turut menyumbang dalam usaha menjayakan kempen ini melalui
pendapat, maklum balas serta perkongsian pengalaman mahupun cerita-cerita menarik yang
akhirnya boleh membangkitkan lagi rasa kebersamaan kita sesama kaum apabila kita sama-sama
menghormati keputusan pemimpin.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Huraikan kepentingan permuafakatan untuk kestabilan negara.(8m)
• Kegagalan membuktikan kesepakatan atau persefahaman dalam kalangan kita akan
menjejaskan usaha berkaitan pembangunan dan kesejahteraan negara.
• Persaingan melampau dalam berpolitik akan memberi kesan dan imej tidak baik kepada
kestabilan negara.
• Kelemahan pada permuafakatan akan dinilai berlandaskan kegagalan mensabilkan
ekonomi dan kemakmuran negara.
• Kesepakatan dalam politik bagi negara tidak semestinya diterjemahkan dalam bentuk
pembabitan dalam satu parti politik saja tetapi diterjemahkan melalui kestabilan negara.
• Memandangkan demokrasi juga boleh disuburkan dalam negara, permuafakatan atas
perkara benar dan mendatangkan kebaikan kepada masyarakat harus dijadikan asas
kepada tujuan ini.
• Perlu ada noktah kepada persaingan tidak sihat dalam negara. Perjuangan kita harus
berpaksikan perkara yang dapat menjamin kemaslahatan masyarakat secara
keseluruhan demi kestabilan negara.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Bahaskan kepentingan sikap keterbukaan untuk kemajuan negara.(8m)

• Menciptakan masyarakat lebih terbuka untuk mendapatkan kebahagiaan perseorangan, bagi


menjamin kemerdekaan warganegara dan membebaskan akal dan fikiran.
• Ia bertujuan membebaskan diri daripada cengkaman pengaruh asing dan membentuk
perpaduan dan kesefahaman .
• Namun, pengertian keterbukaan pula lebih sebagai satu perjuangan mempertahankan
maruah dan mempertinggikan martabat serta kedaulatan negara yang dihuni masyarakat
majmuk.
• Hal ini menjadi menjadi pendorong setiap rakyat yang cintakan negaranya, untuk bekerja dan
berusaha bersungguh-sungguh bagi membangun dan memajukan negaranya.
• Perbezaan ideologi, kaum dan parti politik dalam sesebuah negara sepatutnya tidak dijadikan
halangan kepada usaha memakmurkan negara dengan adanya sikap keterbukaan.
• Semangat keterbukaan akan menghalang rakyat Malaysia bersikap prejudis terhadap mana-
mana kaum, agama mahupun ideologi parti yang berbeza dengan mereka.
• Sikap keterbukaan juga merujuk ikatan spiritual antara individu dan negara.
• Ikatan itu berasaskan semangat cintakan negara dan sanggup berkorban untuk
mempertahankannya. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan menjunjung keluhuran perlembagaan.(8m)
• Apa yang lebih mendukacitakan kita lagi andainya terdapat sebilangan rakyat negara ini yang terus
mempersoalkan dan mengkritik Perlembagaan Negara Malaysia ini tanpa mengetahui langsung asal-usul ,
sejarah penggubalannya dan kepentingannya kepada negara.
• Justeru itu, menyanjung, menjunjung tinggi, dan mendaulat serta mempertahankan Perlembagaan Negara
Malaysia adalah satu tanggungjawab yang mulia dan terpuji bagi setiap warganegara Malaysia, tidak kira
bangsa, keturunan, agama, dan kebudayaannya demi kedaulatan negara.
• Melalui keluhuran perlembagaan kestabilan negara menjadi pedoman kepada seluruh rakyat Malaysia yang
berbilang kaum, ke arah pembentukan perpaduan nasional.
• Ketiga-tiga prinsip ini jelas kelihatan bertujuan supaya rakyat Malaysia bersatu-padu di bawah satu negara
yang mempunyai perpaduan kukuh, sehingga sukar diganggu-gugat oleh apa juga anasir negatif yang cuba
memecah-belahkan kita dengan menjunjung keluhuran perlembagaan.
• Sesungguhnya, apabila wujudnya perpaduan nasional, maka barulah terjamin kesejahteraan masyarakat
majmuk, dan seterusnya akan melahirkan pula sebuah negara dan bangsa Malaysia yang bersatu,
demokratik, adil, liberal, dan saintifik tanpa mengira keturunan dan kepercayaan.
• Pendeknya, jelas sekali prinsip ini merupakan kunci kepada masyarakat pelbagai kaum di Malaysia ini, demi
untuk memelihara serta mengekalkan keharmonian dan perpaduan kaum bagi kesejahteraan rakyat dan
kemakmuran negara Malaysia itu sendiri yang berpegang kepada menjunjung keluhuran perlembagaan.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Terangkan kepentingan jati diri dalam pengisian kemerdekaan.(8m)
• rakyat yang mempunyai jati diri adalah rakyat yang sayangkan bangsa dan negaranya.
• Selain itu, Jati Diri Kebangsaan yang akan ditekankan di negara ini perlulah mengambil
kira kepelbagaian etnik dan budaya yang ada tanpa mempersoalkan tentang bagaimana
pemakaian budaya dalam sesebuah bangsa itu.
• Apa yang diharapkan ialah kepada ‘output’ iaitu masih mengamalkan adat dan budaya
bangsanya.
• rakyat dikehendaki mematuhi dan menghormati undang-undang negara pada setiap
masa demi kemakmuran dan keamanan negara.
• Selain itu, identity jati diri yang diwujudkan tidak membawa kepada perpecahan kaum.
• Ini bermakna individu daripada kaum yang berlainan bebas mengamalkan adat dan
budaya masing-masing namun berkongsi suatu Jati Diri Kebangsaan yang sama dengan
individu dari kaum lain melalui perasaan keterikatan kuat dan kecintaan abadi kepada
negara dalam konsep tanah air.
• Dengan ini, kita bukan sahaja berkongsi destini yang bersama, tetapi juga kesediaan
semua rakyat tanpa mengira keturunan untuk
NORAINI BINTI BAJOORI mempertahan
GURU INOVASI SMK DULANG negara ini.
Jelaskan rasa bangga tentang keunikan kemerdekaan negara kita.(8m)
• Isu-isu melibatkan perkauman yang cuba dimainkan pihak tertentu, asas yang penting adalah
semua pihak perlu kembali kepada Rukun Negara untuk sedar bahawa kemerdekaan negara
kita adalah dicapai hasil Kerjasama semua kaum.
• Sebagai rakyat, kita perlu hormati raja, kembali hayati prinsip-prinsip Rukun Negara agar kita
boleh terus berbangga dengan kemerdekaan negara.
• Kemerdekaan merupakan asas kebebasab yang perlu dihargai dan dibanggakan hasil
perjuangan insan-insan terdahulu dalam menuntut kemerdekaan negara dan generasi sedia
ada perlu mempertahankan nikmat kemerdekaan yang dikecapi ketika ini.
• Kita sebagai generasi kini yang hidup dalam suasana aman, damai, harmoni dan selesa perlu
pertahankan apa yang sedia ada, jangan termakan hasutan anasir yang cuba melaga-lagakan.
• Inilah keistimewaan menjadi rakyat Malaysia.
• Kita sudah membuktikan kepada dunia bahawa kita boleh hidup bersatu padu, aman dan
bebas walaupun kita berbeza bangsa dan agama.
• Marilah kita pertahankan keunikan ini demi kelangsungan kemerdekaan dan kedaulatan
negara Malaysia yang tercinta.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Huraikan kepentingan mengekalkan kedaulatan negara.(8m)
• Kemerdekaan membawa makna yang amat besar kepada sesebuah negara, malah dari konteks
yang lebih kecil, kemerdekaan amat bermakna kepada diri kita sendiri.
• Kita akan menjadi tidak selesa jika kita akan dikongkong oleh individu yang lain
• Bagi sesebuah negara, kemerdekaan bermaksud segala-galanya dan merupakan umpama sebuah
permata yang amat bernilai.
• Kemerdekaan akan menentukan kedaulatan sesebuah negara. Negara Malaysia adalah sebuah
negara yang amat bertuah kerana setelah kita telah dijajah selama beberapa ratus tahun, tetapi kita
berjaya memperolehi kemerdekaan tanpa pertumpahan negara, tidak seperti kebanyakan negara-
negara lain.
• Oleh yang demikian, amatlah penting kita menjaganya dengan baik agar segala apa yang kita
perolehi pada hari ini tidak terlepas kepada orang lain.
• Jika kita lihat fenomena pada hari ini, kebanyakan masyarakat kita telah lupa akan menghargai
kemerdekaan tersebut.
• Mereka telah lupa akan titik peluh datuk nenek kita memperjuangkan kemerdekaan.
• Justeru itu kita harus sedar kepenyingan megekalkan dedaulatan negara demi kemakmuran
Bersama. NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG
Jelaskan kepentingan bersyukur dengan nikmat kemerdekaan.(8m)
• Menikmati kemerdekaan adalah impian hidup setiap rakyat bagi negara yang dijajah British.
• Kemerdekaan tidak ternilai nikmatnya kerana ia memberi peluang kepada sesebuah negara
menentukan hala tuju dan masa depan yang wajib disyukuri setiap dari kita.
• Kemerdekaan negara ini dikongsi oleh tiga kaum utama, iaitu Melayu, Cina dan India serta
lain-lain etnik di Sabah dan Sarawak.
• Pelbagai suka duka dilalui rakyat negara ini sehingga kita menikmati pembangunan dan
kemajuan dalam pelbagai lapangan.
• Kemajuan negara bukan sahaja sumbangan besar kepemimpinan negara, malah pelbagai
lapisan masyarakat atau rakyat bekerja keras dalam memastikan kehidupan kita berubah
dan akhirnya kita menikmati kemakmuran negara yang merdeka.
• Pelbagai dasar membabitkan aspek sosioekonomi dilaksanakan kerajaan demi menjamin
rakyat menikmati keselesaan dalam mengharungi perjalanan hidup.
• Walaupun ia dinikmati bangsa Melayu, bangsa lain juga mendapat limpahan nikmatnya.
• Bumi Malaysia sungguh bertuah buat pelbagai bangsa hasil tadbir urus negara sekian lama
yang mementingkan kestabilan politik dan ekonomi yang wajib disyukuri.
NORAINI BINTI BAJOORI GURU INOVASI SMK DULANG

Anda mungkin juga menyukai