2. Teori Teleologi Istilah teleologi dikemukakan oleh Christian Wolff, seorang filsuf Jerman abad ke-18.
Teleologi berasal dari perkataan Yunani τέλος,
telos, yang bererti akhir, tujuan, maksud.
Teleologi adalah ajaran yang menerangkan segala
sesuatu dan segala kejadian menuju pada tujuan tertentu. Teleologi adalah ajaran yang menerangkan segala sesuatu dan segala kejadian menuju pada tujuan tertentu.
Keputusan yang terakhir bergantung kepada
jumlah bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranyaia membawa lebih banyak atau bertujuan kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan.
Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu
dilakukan sekiranyaia membawa lebih banyak atau bertujuan kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan Sekiranya kebaikan jelas kelihatan, sesuatu itu dikatakan bermoral manakala hasil yang menampakkan keburukan dianggap tidak bermoral. Kelemahan Teori Teleologi Teori Teleologi perlu menentukan akibat perlakuan. Seseorang mungkin menghadapi kesukaran untuk menilai semua akibat tersebut. Ini berikutan daripada ketiadaan pengetahuan untuk menilai. Teori Teleologi mempunyai dua tujuan iaitu : (a) Teleologi Hedonisme (hedone = kenikmatan) iaitu tindakan bertujuan mencari kenikmatan dan kesenangan
(b)Teleologis Eudamonisme (eudamonia =
kebahagiaan) iaitu tindakan yang bertujuan mencari kebahagiaan hakiki(dalaman). Teori teleologi boleh dilihat daripada dua perspektif iaitu : (a) Egoisme iaitu suatu tindakan yang pada dasarnya bertujuan untuk mengejar kepentingan peribadi dan memajukan dirinnya sendiri. Contohnya, menghormati orang lain supaya sendiri dihormati. Teori Egoisme Egoisme ditakrifkan sebagai teori yang menggangap nilai itu baik jika menguntungkan diri sendiri dan nilai itu buruk jika sesuatu merugikan diri sendiri.
Teori Egoisme (Egoism) merujuk kepada setiap orang
perlu bersifat keakuan, iaitu sebarang perbuatan yang dilakukan oleh seseorang semata-mata untuk memanfaatkan diri sendiri dan tidak mempedulikan perasaan orang lain, tidak kira orang itu dilayan dengan buruk ataupun baik. (b)Utilitarianisme, ialah tindakan yang berguna dan membawa manfaat bagi semua pihak conntohnya, merompak orang kaya dan mendermakan hasil rampasan kepada orang orang miskin. Teori Utilitarianisme Utilitarisme berasal dari kata Latin yang bererti “bermanfaat”
Teori utilitarianisme dikenali sebagai Konsep Utiliti
atau Prinsip Kebahagiaan Terbanyak.
Kebahagiaan yang dimaksudkan ialah
kesenorokan (sesuatu yang bukan bersifat moral). Secara umum, teori ini menggalakkan manusia mengambil tindakan yang boleh menghasilkan kebaikan, keseronokan, faedah, kebahagiaan, atau kegembiraan yang maksimum ke atas sebanyak mungkin orang yang terlibat. Kegembiraan pihak majoriti adalah diutamakan berbanding dengan kesedihan yang dihadapi oleh minoriti. Menurut suatu perumusan terkenal, dalam rangka pemikiran utilitarisme (utilitarianism) kriteria untuk menentukan baik buruknya suatu perbuatan adalah the greatest happiness of the greatest number, kebahagiaan terbesar dari jumlah orang terbesar. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap serius kemahuan baik seseorang. Variabel yang dinilai tidak semuanya dapat dikualifikasi. Seandainya ketiga kriteria dari etika utilitarisme saling bertentangan, maka akan ada kesulitan dalam menentukan prioritas diantara ketiganya. Etika utilitarisme membenarkan hak kelompok minoritas tertentu dikorbankan demi kepentingan majoriti. Kelemahan-kelemahan teori Intensiti keseronokan atau kesakitan adalah sesuatu perkara yang subjektif dan sukar untuk diukur. Intensiti ini adalah subjektif kerana perasaan setiap individu adalah berbeza. Kualiti keseronokan atau kesakitan yang dialami oleh seseorang individu adalah tidak sama dengan orang lain. Manfaat merupakan konsep yang begitu luas sehingga dalam kenyataan praktis akan menimbulkan kesulitan yang tidak sedikit. Etika utilitarisme tidak pernah menganggap serius nilai suatu tindakan pada dirinya sendiri dan hanya memperhatikan nilai suatu tindakan sejauh berkaitan dengan akibatnya. 3. Teori Deontologi Deontologi berasal dari perkataan Yunani "deon" yang bermaksud "yang diharuskan atau diwajibkan".
Teori ini menegaskan bahawa betul atau
salahnya sesuatu tindakan itu tidak berdasarkan atau ditentukan oleh akibat- akibat tindakan tersebut. Teori Deontologi selalu dikaitkan dengan Immanuel Kant, seorang ahli flasafah German (1724-1804) yang pernah mengajar di University of Konigsberg di bahagian barat Rusia. Kant percaya bahawa apa yang memberi nilai moral kepada sesuatu tindakan bukan akibatnya kerana akibat-akibat tindakan kita tidak sentiasa berada di bawah kawalan kita. Akan tetapi motif (niat) tindakan kita adalah di bawah kawalan kita dan, oleh itu, kita harus bertanggungjawab secara moral atas motif kita untuk membuat kebaikan atau keburukan. :
Teori Deontologi terbahagi kepada dua
bahagian iaitu: (a) Deontologi Tindak (Act) - Eksistensialisme (Etika Situasi)
(b) Deontologi Peraturan (Rule) - Prinsip
Kewajipan. (a)Deontologi Peraturan-Prinsip Kewajipan Menurut Kant, prinsip kemoralan ialah kewajipan (duty). Kecuali good will atau tekad baik, tiada yang baik tanpa syarat.Tekad baik diterangkan sebagai taakulan praktikal (keupayaan untuk melaksanakan prinsip atau peraturan). Prinsip ini mempunyai dua ciri utama iaitu: (i) Konsep tekad baik menegaskan sesuatu tindakan yang datang daripada kesedaran untuk menunaikan tanggungjawab akan melahirkan perbuatan yang benar dari segi moral.
Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral
apabila dilakukan dengan kerelaan seseorang. (ii) Perintah Mutlak Tanpa Syarat perintah ini menjelaskan bahawa seseorang perlu mematuhi peraturan yang dibentuk setiap masa tanpa sebarang pengecualian dan prinsip moral yang ditetapkan oleh diri sendiri patut dipatuhi oleh orang lain . Kant menyatakan bahawa "bakat minda" seseorang seperti kecerdasan, kebijaksanaan dan pertimbangan; "hadiah atau pemberian alam" seperti kekuasaan, kekayaan, dan kehormatan, dan "ciri watak" seperti keberanian, ketabahan hati, dan sifat-sifat lain memang baik dan diingini dalam banyak hal atau perkara. Walaupun begitu sifat-sifat ini tidak boleh dianggap baik tanpa syarat.Tumpuan diberi dan diletak atas niat, tujuan dan motif seseorang, dan bukan atas apa yang dilakukannya. Motif yang menjadikan sesuatu tekad itu baik bukanlah cita rasa, kemahuan atau kecenderungan semula jadi. Sesuatu tindakan akan mempunyai nilai moral apabila dilakukan dengan kerelaan dan seseorang itu akan mempunyai kerelaan hati jika motif tindakannya ialah satu tanggungjawab moral yang diakui. Satu-satu tindakan yang dianggap betul dari segi moral tidak dianggap memadai jika ia dilakukan semata-mata untuk kepentingan diri.
(b) Deontologi Eksistensialisme Eksistensialisme berasal daripada perkataan existent yang bermaksud wujud atau ada.
Eksistensialisme melemahkan peraturan tradisional dan
mutlak yang berfungsi sebagai panduan moral.
Bagi eksistensialisme, kemoralan berasaskan andaian
"kebebasan". Menurut Satre, jika individu mematuhi peraturan masyarakat secara buta tuli, dia mempunyai pandangan "mitologi" yang menjejaskan kebebasannya. Mitos ini mesti dihapuskan dari alam kemoralan. Tidak dapat dinafikan bahawa individu tidak dapat membuat apa-apa terhadap hakikat bahawa dia telah lahir, bagaimana dia lahir, dalam abad berapa dia lahir, ibu bapanya dan lain-lain, tetapi dia boleh menentukan bagaimana dia hendak hidup.Individu mesti bertanggungjawab terhadap pertimbangan dan tingkah laku moralnya sendiri. Golongan eksistensialisme menitikberatkan kebebasan memilih (freedom of choice) dalam situasi yang mereka berada.
Terdapat tiga bentuk kebebasan:
• Kebebasan jasmani • Kebebasan kehendak • Kebebasan moral Kelemahan dan Kekuatan Teori Kant Kekuatan Melahirkan insan yang patuh dan taat kepada kewajipan, peraturan, undang-undang dan agama Mewujudkan individu yang bertanggungjawab terhadap dirinya Sifat ikhlas adalah dasar utama teori ini. Tanpa kerelaan dan keikhlasan sesuatu tindakan tiada nilainya. Bolehkah kita mengetepikan langsung akibat suatu tindakan di dalam menentukan satu sistem moral yang berkesan? Kelemahan Apakah faedah sesuatu sistem moral itu kalau tidak membawa akibat baik terhadap diri kita sendiri, orang lain dan kedua-duanya? Apa gunanya mengamalkan sistem moral yang begitu rigid sedangkan ia tidak semestinya boleh membawa kebaikan pada masa-masa tertentu? Kesimpulan Teori moral barat mempunyai kekuatan dan kelemahannya. Tiada kata putus untuk menentukan fahaman moral barat yang sesuai diamalkan.Sebagai tambahan, teori moral menjadi garis panduan moral dalam menentukan betul atau salah sesuatu perbuatan.