Anda di halaman 1dari 11

PENYELESAIAN

KONFLIK MORAL
1. DEFINASI KONFLIK MORAL
 Konflik moral bermaksud berlakunya
percanggahan nilai-nilai moral antara
individu atau beberapa pihak yang terlibat
dalam melakukan sesebuah keputusan atau
tindakan.
 Konflik moral timbul akibat percanggahan
nilai, kepercayaan, peraturan dan sistem
pemerintahan, keperluan, kehendak, tradisi,
budaya dan pandangan yang berbeza.
2. JENIS-JENIS KONFLIK MORAL
2.1 Konflik Intrapersonal
Konflik ini terjadi dalam diri seseorang
individu tanpa melibatkan orang lain.
Individu yang mengalami konflik ini akan
mempunyai percanggahan nilai moral di
dalam dirinya sendiri.
Contoh:
seorang pelajar perempuan berfikir intuk
melakukan aktiviti perlacuran untuk mendapat
wang yang lebih. Konflik yang berlaku adalah
perlukah pelajar tersebut mengabaikan nilai-nilai
moral yang ada di dalam dirinya semata-mata
untuk mendapatkan keuntungan dari segi wang
atau ingin menegakkan nilai moralnya sendiri
dan mengabaikan keinginan tersebut. Pelajar
tersebut perlulah membuat pertimbangan atau
memikirkan kesan-kesan yang akan berlaku
sekiranya dia terlibat dalam aktiviti perlacuran.
2.2 Konflik Interpersonal
Konflik interpersonal adalah konflik yang
melibatkan percanggahan nilai moral antara
dua atau lebih pihak.
Contoh:
seorang pelajar mengajak kawannya untuk
ponteng kelas, manakala kawannya tersebut
juga cuba untuk memujuk supaya pelajar
tersebut untuk tidak ponteng kelas. Konflik
tersebut berlaku kerana percanggahan idea
daripada kedua-dua pihak dan masing-masing
ingin menegakkan pendirian sendiri.
3. STRATEGI PENYELESAIAN
KONFLIK
3.1 Strategi-strategi yang dapat digunakan untuk
menyelesaikan konflik moral adalah seperti
berikut:
a) Pembinaan Hierarki
Pembinaan Hierarki ini dilakukan dengan
menyusun nilai- nilai moral yang bercanggah
menurut keutamaan atau kepentingan nilai
moral tersebut.
 
 
 
 
Contoh:
seorang pelajar telah mendapati bahawa
tugasan yang dilakukan oleh kawannya
sendiri telah diciplak sepenuhnya daripada
laman web. Pelajar tersebut mengalami
konflik moral dimana dia perlu memilih
sama ada untuk mempertahankan nilai
setia kawan atau nilai kejujuran.
Strategi Pembinaan Hierarki dapat
membantu pelajar tersebut untuk
menyusun kedua-dua nilai tersebut menurut
keutamaan. Biasanya, nilai moral yang
mempunyai keutamaan yang lebih tinggi
akan dipilih manakala nilai yang satu lagi
akan diabaikan.
b) Pencairan Masalah
Strategi pencairan masalah
dilakukan dengan berusaha
untuk mencari alternartif lain antara
nilai-nilai moral yang bercanggah
tersebut. Strategi ini
dilakukan dengan memfokuskan kepada
matlamat akhir yang ingin dicapai oleh
seseorang individu atau beberapa pihak
yang terlibat.
Contoh:
Dua pelajar yang saling memberkan idea masing-
masing untuk menyelesaikan projek yang telah
diberikan. Idea kedua-dua perlajar tersebut adalah
bercanggah antara satu sama lain dan kedua-dua
pihak juga berpendapat bahawa idea masing-
masing merupakan yang terbaik. Jadi, untuk
membantu menyelesaikan konflik ini, kedua-dua
pelajar tersebut perlu bertolak ansur antara satu
sama lain dan berfikir bersama-sama untuk mencari
alternatif lain atau idea lain yang disetujui oleh
kedua-dua pihak untuk mencapai matlamat yang
sama iaitu menyiapkan projek tersebut.

Anda mungkin juga menyukai