Anda di halaman 1dari 22

STANDARD OF PROCEDURE

(PERALATAN TANGAN)
Disediakan oleh :

Trainer: Osmera Bin Ibrahim


TUJUAN
• Standard Operating Procedures (SOP) – Peralatan tangan disediakan
adalah:
a. Menerangkan nama dan fungsi peralatan tangan.
b. untuk memahami kepentingan menggunakan peralatan tangan dengan
betul.
c. Langkah keselamatan dalam mengguna peralatan tangan.
PENGGUNAAN DAN SKOP SOP
• Tujuan SOP ini adalah untuk digunakan oleh semua kakitangan pekerja Rigging
Equipment Engineering yang terlibat dalam penggunaan peralatan tangan dalam
aktiviti pekerjaan
• SOP ini digunakan untuk mewujudkan pekerja memahami dan mahir dalam
menggunakan peralatan tangan dalam menghasilkan kerja yang bermutu tinggi.
•  SOP ini digunakan bagi mewujudkan pekerja dapat mengguna perlatan tangan
dengan keadaan keselamatan terjaga.
PENGENALAN PERALATAN TANGAN
• Peralatan tangan digunakan dalam proses pembuatan dan penghasilan sesuatu projek.
Peralatan tangan mestilah sesuai dengan bahan dan tujuan alatan digunakan. Kriteria
pemilihan peralatan tangan ialah seperti berikut:
a. kesesuaian peralatan tangan dengan bahan
b. Kemahiran mengendalikan peralatan
c. Kemudahan mendapatkan peralatan
d. Faktor keselamatan semasa menggunakan peralatan tangan.
JENIS-JENIS PERALATAN TANGAN DAN FUNGSI
Nama
Peralatan Fungsi Gambar
 
Pemutar Pemutar skru ini mempunyai mata berbentuk bintang dan digunakan untuk melonggarkan  
Skru Mata dan mengetatkan skru dengan cara memutar pemegangnya pada arah lawan jam untuk  
 
Philip melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan skru.  

Pemutar skru ini mempunyai mata berbentuk leper dan digunakan untuk melonggarkan dan
Pemutar
mengetatkan skru dengan cara memutar pemegangnya pada arah lawan jam untuk
Skru Mata
melonggarkan dan arah jam untuk mengetatkan skru.
Rata
 

Pena Digunakan untuk melihat sumber tenaga elektrik. Test pen akan menyala apa bila ada arus
Ujian /Test elektrik pada wayar dan tidak menyala apabila tiada arus elektrik.
Pen
Pemutar Skru Digunakan untuk melonggarkan dan mengetatkan skru dengan cara memutar
bersudut Kanan pemegangnya pada arah lawan jam untuk melonggarkan dan arah jam untuk
mengetatkan skru.
(Offset)

Pembaris Keluli Digunakan sebagai pembaris untuk membuat garisan tegak dan selari di
permukaan. Boleh juga digunakan untuk mengukur jarak.  
 
 

Jangka Tolok Digunakan untuk membuat lengkok dan bulatan. Dan boleh juga digunakan
untuk mnegukur dan menguji jarak.  
   
 
Sesiku L Digunakan untuk memasang dan mengukur 90 darjah sama ada di
dalam atau di luar. Dan boleh juga digunakan untuk membuat garisan
tegak dan selari pada tepi benda kerja yang rata.
 

Angkup Vernier Digunakan sebagai pengukuran yang bertepatan tinggi dan


 
(Caliper) mempunyai penggunaan kepada saiz objek yang hendak diukur.  
a. Jenis Analog    
 
b. Jenis Digital  
Pita pengukur Digunakan untuk mneyukat dan mengukur jarak.
   
Ragum Meja Digunakan untuk mengapit bahagian plat semasa kerja-kerja
memotong dan mengukir dijalankan. Rujuk pada Appendix 14.

Apit G Digunakan untuk mengapit dan mengikat bahagian kerja muka ke


muka. Kebiasaan, digunakan semasa kerja-kerja mengerudi.

Playar Gabung Digunakan untuk memotong, memegang, mengapit, memintal,  


  memusing , menolak dan membentuk.

Playar Muncung Digunakan untuk memotong, memegang, mengapit, memintal,  


Tirus memusing , menolak dan membentuk.Kelebihan playar ini dapat  

mengapit benda yang kecil atau tempat yang sempit.  


 

Playar Digunakan untuk memotong. Bahan yang biasa diguna adalah


Memotong memotong komponen elektrik, plastic dan juga besi yang nipis.
Sisi/Tepi  
 
Playar Klip Lengkung Luar Digunakan untuk membuka dan memasang klip gegasan luaran.  
   
 
 
Playar Klip Lengkung Digunakan untuk membuka dan memasang klip gegasan dalaman.
Dalam  
 
Playar cekam Ragum Digunakan untuk mencengkam benda kerja dan untuk memegang batang-batang
bulat.

Sepana Hujung Buka Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat. Sepana ini biasa digunakan pada
tempat yang terbuka.  

Sepana Gelang Sepana jenis ini kedua-dua hujung bentuk gelang. Ia mempunyai saiz yang berbeza  
  pada satu pepejuru dengan lain. Digunakan untuk mengetatkan atau melonggarkan
nat. Sepana ini biasa digunakan pada tempat yang sulit.
 
Sepana Gabung Sepana jenis ini adalah gabungan sepana hujung terbuka dan sepana gelang. Ia  
mempunyai saiz yang berbeza pada satu pepejuru dengan lain. Digunakan untuk
mengetat atau melonggarkan nat.

Sepana Boleh Laras Digunakan untuk mengetat atau melonggarkan nat. Sepana ini boleh dilaraskan
mengikut saiz nat.

Sepana Paip Digunakan untuk kerja pemaipan bagi mengetat atau melonggarkan penyambung
paip. Ia tidak boleh disesuaikan dengan kepala bolt atau nat.
Tukul Kepala bulat Digunakan untuk membengkok atau meratakan logam.
 

Tukul Kepala Digunakan untuk mengetuk dan mencabut paku.


Kambing
 
Gandin getah Digunakan untuk mengetuk bahagian-bahagian supaya tidak rosak.

Gergaji Tangan Digunakan untuk memotong objek kayu.


   
Gergaji Besi Digunakan untuk memotong objek besi dan plastik .
 
 
Gergaji Digunakan untuk memotong objek yang berbentuk rumit dan bahagian yang sempit.
Lengkung Halus

Gergaji Rantai Digunakan untuk memotong objek yang besar seperti pokok .
 

Gergaji Bulat Digunakan untuk memotong objek kayu. Gergaji merupakan salah satu mesin untuk
mempercepatkan proses memotong kayu
 
 
Gunting Digunakan untuk memotong bahan yang nipis seperti kertas, kertas perak, plastic nipis,
tali atau kabel.
Gunting Tangan Digunakan untuk memotong logam yang nipis.
Logam  
 
 
Penjalur Wayar Digunakan menjalur dan memotong wayar.

Kikir Digunakan untuk mengikis , meratakan dan mengahaluskan benda kerja. Boleh digunakan
  untuk mengasah mata gergaji menjadi tajam.

Pahat besi Digunakan untuk memotong , membuat lubang dan memahat logam.

Kunci Allen Digunakan untuk mengetat dan melonggarkan skru kepala Allen
     

NT Cutter Digunakan untuk memotong bahan yang nipis.


( Pisau)  
 
Hydraulic Digunakan untuk mengangkat bahan terangkat dengan jarak yang rendah dari lantai.
Bottle Jack  
 
Penebuk Digunakan untuk menanda permukaan logam sebelum kerja mengerudi. Dan boleh
Pusat digunakan menandakan pusat bulatan. 

Ragum Digunakan untuk mengeluarkan paku,memutarkan dawai, dan memotong dawai.  


Kakak Tua
Scraper Hand tool Digunakan untuk untuk melepaskan dan membersihkan material yang melekat seperti  
sisa-sisa cat, karat dan grease.   

Set Tap & Die Digunakan untuk membesar lubang dan membuat alur pada bahan projek secara
manual.
Air Gun Digunakan sebagai penyembur angin air compressor. Kebiasaanya, diguna untuk
  membersih kotor dengan angina yang kuat

T-Wrench Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan nat atau plug.


 
Wheel Brace Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan nat.  

   
Cross Wheel Brace Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan nat pada roda.  
 

Spanar Bolt Digunakan untuk mengetatkan dan melonggarkan nat secara cepat dan mudah. 

Oil Filter Opener Digunakan untuk memasang dan menanggalkan filter atau bahan berbentuk bulat.
( Jenis Rantai )

Riveter Digunakan untuk mencantumkan kepingan-kepingan logam.


Punch Number Digunakan untuk menanda bagi memberi nombor atau huruf tertentu pada benda kerja. Sebarang
tanda yang dihasilkan tidak akan hilang kerana ia meninggalkan kesan terbenam dan timbul.

Silicone Gun Digunakan untuk mengeluarkan cecair dari botol silicon.

Chipping Hammer Digunakan untuk membuang sisa-sisa kimpalan pada permukaan logam yang dilakukan kimpalan.  
   
 
   

Ratchet Digunakan untuk melepaskan/memasang bolt nut yang dalam keadaan longgar, tanpa melepaskan
  kunci shock dari bolt nut dengan mudah dan cepat. 

Sledge Wrench Digunakan untuk membuka dan lepas nut berbentuk gelang atau cincin.

Tolok Jejari Digunakan untuk mengambil ukuran yang kecil seperti lurah-lurah sempit. Dan boleh digunakan  
  untuk menetapkan telusan atau kelegaan bagi injap atau palam pencucuh.

Berus Dawai Digunakan untuk membersihkan permukaan logam.  


 

Berus Cat Digunakan untuk menayapu minyak, cat atau cecair kimia. Boleh juga digunakan untuk
membersihkan bahan kerja.
Playar Sendi Digunakan untuk mencengkam benda berbentuk silinder atau membengkokkan dawai.
Kalih
Gerimit Digunakan untuk membuat lubang bagi memandu mata skru dan kebiasaanya digunakan
  untuk membuat lubang pada bahan lembut.

Gunting Besi Digunakan untuk memotong kepingan logam.

Penggarit Digunakan untuk melakarkan garisan pada permukaan logam.


 

Stappler Gun Digunakan untuk mencantum permukaan kertas , plastik, dank ain denagn permukaan
kayu .
 
Senggerek Digunakan untuk membuka dan lepas nut berbentuk gelang atau cincin.

Alat Penempa Digunakan sebagai tempat unutk memukul atau membentuk besi yang dipanaskan dengan  
Besi suhu yang tinggi.
 
Permanent yoke Digunakan untuk memeriksa ujian NDT (MPI). Tujuan peralatan ini adalah memeriksa  
garis permukaan sesuatu di mana ia telah berpecah tanpa putus selepas dan sebelum  

proses pengimpalan.

Mesin Digunakan untuk menyukat berat atau kapasiti beban bahan.


Penimbang  
Elektronik  
Beam Clamp Digunakan untuk mengangkat dan mencengkam beban material atau permukaan seperti besi
H-beam dan boleh juga digunakan untuk menahan ikatan seperti tali dan webbing sling.

Chain Block /Hand Merupakan peralatan lifting portable yang digunakan untuk mengangkat, menurun, dan
Chain / Chain Hoist memindah beban dari satu tempat ke tempat lain dengn mudah.
Manual

Lever Block / manual Merupakan peralatan lifting portable yang dioperasikan secara manual untuk mengangkat,
Lever Hoist / Come menurunkan dan menarik beban.
Along
Webbing Sling Digunakan untuk mengangkat, menarik, dan mengikat barang.

Shackle Digunakan sebagai alat untuk menyambung atau mengkaitkan dalam proses mengangkat,
menurun, menarik dan menahan antara sling, rantai atau webbing sling dengan objek.

Mesin Gerudi Mudah Digunakan untuk menggerudi lubang. Dan digunakan untuk membuat kerja-kerja yang ringan
Alih seperti mengerudi lubang pada dinding.

Mesin Gerudi Meja Digunakan untuk menggerudi lubang. Dan digunakan untuk menggerudi benda kerja yang
keras dan besar.
Mesin Canai Digunakan untuk proses pemotongan logam atau konkrit. Dah boleh juga digunakan untuk
Mudah Alih membuang serpihan dipermukaan benda kerja dan boleh digunakan di tempat sempit.

Mesin Pemotong Digunakan untuk proses pemotongan bahan-bahan yang keras seperti besi.
Cakra  
 
Mesin kimpalan Digunakan untuk mencantum dua keeping logam sama ada dengan melebur atau tidak melubur
dengan menggunakan haba. Terdapat 2 kabel
a. Kabel Pemegang Elektrod
b. Kabel Bumi

Pemotong Gas Adalah satu proses memotong logam dengan menggunakan gas bahan api dan oksigen.
Oxy Acetylene

Mesin Potong Gas Adalah satu proses memotong logam dengan menggunakan gas bahan api dan oksigen dengan
Garis Lurus kedudukan lurus.
HAZARD DARI PENGGUNAAN PERALATAN

• Pengenalpasti bahaya terhadap penggunaan peralatan adalah sebahagian besar peranan


pihak pengurusan REE bagi mengelakkan kemalanagan berlaku di tempat kerja. Semua
peralatan yang digunakan oleh pekerja tanpa mempertimbangkan keselamatan boleh
menyebabkan berlaku kemalangan.
• Bahaya boleh juga timbul oleh penyalahgunaan dan penyelenggaraan yang tidak betul.
Beberapa contoh:
• Menggunakan pemutar skru sebagai pahat boleh menyebabkan hujung pemutar skru
pecah dan terbang, terpelanting kea rah penguna atau pekerja lain.
• Pemegang kayu pada alat seperti tukul atau kapak longgar, pecah , atau retak, kepala
alat boleh terbang dan menyerang pengguna atau pekerja lain.
Antara lain-lain punca bahaya yang telah dikenalpasti dari penggunaan
peralatan tangan adalah seperti:- 

•Terpotong (peralatan mesin mudah alih)


•Elektrik (peralatan mesin mudah alih)
•Tersangkut dan tertarik (peralatan mesinmudah alih)
•Bahan / peralatan terpelanting (serpihan,dari peralatan)
•Tersepit di antara peralatan
•Terketuk oleh peralatan
•Pendedahan kepada bunyi bising
•Getaran habuk atau wasap daripada aktiviti yanag dijalankan.
•Menggunakan kaedah yang salah
•Tidak menyimpan peralatan dengan sempurna
•Gagal menyenggara peralatan
•Menggunakan peralatan yang rosak
LANGKAH KESELAMATAN PENGUNAAN PERALATAN
• Pengenalpasti bahaya diambil untuk mencari dan mengelakkan atau menghapuskan bahaya
yang berkaitan dengan pelbagai jenis alat dan langkah keselamatan yang diperlukan untuk
mencegah bahaya tersebut Pekerja mempunyai tanggungjawap dalam mengguna dan
menyelenggara alat dengan betul
• Pekerja perlu bertanggungjawap dalam memastikan keadaan alat dan peralatan yang selamat
digunakan oleh pekerja. Sebagai Langkah dalam menentukan pekerja dapat bekerja dalam
keadaan selamat dalam pengendalian peralatan adalah seperti :

A. Pilih peralatan yang sesuai dengan kerja


B. Periksa peralatan sebelum digunakan
C. Ikut arahan pembuat bagi kendalian peralatan
D. Pilih dan guna kelengkapan pelindung diri yang sesuai
• REE menyediakan Peralatan pelindung diri kepada pekerja dalam membantu pekerja
mengurangkan risiko bahaya dalam melaksanakan tugas dan aktiviti. Sebagai contohnya:-
A. Topi Keselamatan
B. Kasut keselamatan
C. Cermin mata keselamatan
D. Sarung tangan
E. Alat pelindungan muka
F. Topeng debu
G. Dan lain-lain.
•  REE mengadakan latihan dalaman terhadap pengendalian peralatan sewaktu bekerja
sebagai langkah mengelakkan berlakunya kemalangan di tempat kerja sewaktu mengguna
peralatan tangan
•  REE mementingkan tahap kebersihkan yang tinggi di tempat kerja bagi mengelakkan
kemalangan seperti gelinciran, atau terjatuh sewaktu mengguna peralatan tangan. Pekerja
hendaklah membersihkan dan menjaga persekitaran tempat penyimpanan peralatan supaya
berada dalam keadaan bersih.
•  REE menyediakan peralatan pemadam api sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya wujud
kebakaran yang disebabkan oleh peralatan.
Sesi Soal Jawap

Anda mungkin juga menyukai