SLIDE BAB 1 (FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN) (7) - Teaching
SLIDE BAB 1 (FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN) (7) - Teaching
FALSAFAH
BAB SATU
Apakah Maksud Falsafah ?
• Falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia
• Cantuman daripada dua perkataan iaitu philo dan sophia.
• Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna wisdom iaitu
kearifan atau kebijaksanaan.
• Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau cinta
terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan.
• Dalam Bahasa Inggeris disebut philosophy.
• Dalam Bahasa Melayu disebut falsafah- berasal dari perkataan Bahasa
Arab iaitu فلسفة--Falsafah.
• Terdapat 3 pendekatan yang dapat difahami daripada maksud falsafah iaitu:
• Pertama- Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau
fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu.
• Kedua - Falsafah juga adalah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu
perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu subjek,
topik atau daerah pemikiran.
• Contohnya - persoalan-persoalan yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-
soalan umum seperti:
• apakah makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan? Apakah hakikat kewujudan
itu?(persoalan ini terdapat dalam kajian metafizik)
• Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang
falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang lain.
• Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai
perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu supaya kita dapat
satu pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat dalam
sesuatu bidang itu.
• Ketiga – pandangan falsafah moden barat dan bukan barat menjelaskan -
falsafah adalah kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep dan
pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan
dalam pemikiran kita tentang apakah makna, signifikan sesuatu konsep
yang digunakan itu, sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun
sebaliknya.
• Ini dapat memberikan kita satu clarity atau penjelasan tentang isu-isu
yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran.
Hubungan Falsafah Dengan Pembinaan Sesebuah Negara
• Falsafah itu pada asasnya bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat
atau lokasi geografi.
• Namun, falsafah boleh ditujukan kepada sesuatu konteks yang spesifik khususnya dalam
konteks pemikiran sesebuah negara ataupun budaya itu kerana ini adalah realiti kehidupan
dunia pada hari ini.
• Terdapat ciri-ciri yang berbeza antara satu budaya itu dengan satu masyarakat dan budaya
yang lain.
• Contohnya keadaan di Amerika Syarikat atau Eropah berbeza dengan keadaan di Asia atau
Malaysia umpama sejarahnya, pemikirannya, sifat tempatan dan sebagainya.
• Wajar bagi falsafah yang dibangunkan dalam sesuatu masyarakat itu mempunyai kaitan
dengan persoalan-persoalan yang dihadapi masyarakat setempat. Ini menunjukkan bahawa
falsafah juga mempunyai sifat lokal yang tersendiri walaupun isu-isu yang ditanganinya
bersifat universal dan global.
• Kepelbagaiaan falsafah dicerminkan dalam falsafah yang terdapat dalam tamadun yang
berbeza di dunia ini seperti Tamadun Barat, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan sebagainya.
Hubungan Falsafah Dengan Rukun Negara Malaysia
• Mengaitkan falsafah dengan satu ideologi tempatan atau
pemikiran kebangsaan seperti terdapat dalam Rukun Negara
bukan menjadi satu kesalahan. Malahan ini adalah satu
perkembangan yang positif.
• Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara
adalah bertujuan membentuk dan membina ideologi
kebangsaan.
• Terdapat 5 Rukun Negara – Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
1- Kepercayaan Kepada Tuhan
• Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai peduduk di Malaysia yang juga
mewakili masyarakat yang berbilang kaum.
• Prinsip ini tidak menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada
Tuhan adalah satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka dari pelbagai agama.
• Contohnya, Islam, Kristian, Hindu atau agama yang dikaitkan dengan masyarakat Cina
seperti Taoisme dan Budhisme. Semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun
dalam fahaman Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun
ada unsur-unsur kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.
• Rukun pertama ini merupakan sebagai suatu common denominator; iaitu suatu titik
pertemuan antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama
masing-masing.
• Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar diserapkan sebagai prinsip yang pertama
dalam Rukun Negara dan ianya mempunyai unsur pemikiran falsafah kerana dikaitkan
dengan fahaman keagamaan.
2- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara