Anda di halaman 1dari 18

PENGENALAN KEPADA

FALSAFAH
BAB SATU
Apakah Maksud Falsafah ?
• Falsafah berasal dari perkataan Greek iaitu philosophia
• Cantuman daripada dua perkataan iaitu philo dan sophia.
• Philo bermakna love ataupun cinta. Sophia bermakna wisdom iaitu
kearifan atau kebijaksanaan.
• Apabila digabungkan keduanya menjadi love of wisdom atau cinta
terhadap kebijaksanaan atau kearifan sebagai satu ciri kemanusiaan.
• Dalam Bahasa Inggeris disebut philosophy.
• Dalam Bahasa Melayu disebut falsafah- berasal dari perkataan Bahasa
Arab iaitu ‫ فلسفة‬--Falsafah.
• Terdapat 3 pendekatan yang dapat difahami daripada maksud falsafah iaitu:
• Pertama- Falsafah boleh difahami sebagai pemikiran yang dasar, asas atau
fundamental mengenai sesuatu perkara atau isu.
• Kedua - Falsafah juga adalah pemikiran yang mendalam mengenai sesuatu
perkara dan ia juga bersifat menyeluruh dan tidak terhad kepada sesuatu subjek,
topik atau daerah pemikiran.
• Contohnya - persoalan-persoalan yang terdapat dalam ilmu falsafah ialah soalan-
soalan umum seperti:
• apakah makna kehidupan? Apakah sifat kewujudan? Apakah hakikat kewujudan
itu?(persoalan ini terdapat dalam kajian metafizik)
• Persoalan-persoalan dasar seperti ini hanya boleh ditimbulkan dalam bidang
falsafah dan bukannya dalam bidang-bidang yang lain.
• Falsafah berperanan membuatkan kita berfikir secara mendalam mengenai
perkara yang asas dan persoalan pokok mengenai sesuatu isu supaya kita dapat
satu pemikiran yang jelas tentang apakah persoalan pokok yang terdapat dalam
sesuatu bidang itu.
• Ketiga – pandangan falsafah moden barat dan bukan barat menjelaskan -
falsafah adalah kegiatan untuk menjelaskan konsep-konsep dan
pemikiran asas mengenai sesuatu itu supaya kita dapat menjelaskan
dalam pemikiran kita tentang apakah makna, signifikan sesuatu konsep
yang digunakan itu, sama ada konsep itu mempunyai makna ataupun
sebaliknya.
• Ini dapat memberikan kita satu clarity atau penjelasan tentang isu-isu
yang mendasari pelbagai bidang ilmu dan sistem pemikiran.
Hubungan Falsafah Dengan Pembinaan Sesebuah Negara
• Falsafah itu pada asasnya bersifat universal dan tidak terbatas kepada mana-mana tempat
atau lokasi geografi.
• Namun, falsafah boleh ditujukan kepada sesuatu konteks yang spesifik khususnya dalam
konteks pemikiran sesebuah negara ataupun budaya itu kerana ini adalah realiti kehidupan
dunia pada hari ini.
• Terdapat ciri-ciri yang berbeza antara satu budaya itu dengan satu masyarakat dan budaya
yang lain.
• Contohnya keadaan di Amerika Syarikat atau Eropah berbeza dengan keadaan di Asia atau
Malaysia umpama sejarahnya, pemikirannya, sifat tempatan dan sebagainya.
• Wajar bagi falsafah yang dibangunkan dalam sesuatu masyarakat itu mempunyai kaitan
dengan persoalan-persoalan yang dihadapi masyarakat setempat. Ini menunjukkan bahawa
falsafah juga mempunyai sifat lokal yang tersendiri walaupun isu-isu yang ditanganinya
bersifat universal dan global.
• Kepelbagaiaan falsafah dicerminkan dalam falsafah yang terdapat dalam tamadun yang
berbeza di dunia ini seperti Tamadun Barat, Tamadun Islam, Tamadun Asia dan sebagainya.
Hubungan Falsafah Dengan Rukun Negara Malaysia
• Mengaitkan falsafah dengan satu ideologi tempatan atau
pemikiran kebangsaan seperti terdapat dalam Rukun Negara
bukan menjadi satu kesalahan. Malahan ini adalah satu
perkembangan yang positif.
• Falsafah Kebangsaan yang termaktub dalam Rukun Negara
adalah bertujuan membentuk dan membina ideologi
kebangsaan.
• Terdapat 5 Rukun Negara – Kepercayaan Kepada Tuhan,
Kesetiaan Kepada Raja dan Negara, Keluhuran Perlembagaan,
Kedaulatan Undang-Undang, Kesopanan dan Kesusilaan.
1- Kepercayaan Kepada Tuhan
• Ini adalah satu ciri umum yang dianuti oleh ramai peduduk di Malaysia yang juga
mewakili masyarakat yang berbilang kaum.
• Prinsip ini tidak menimbulkan kontroversi atau masalah kerana kepercayaan kepada
Tuhan adalah satu kepercayaan yang dianuti oleh mereka dari pelbagai agama.
• Contohnya, Islam, Kristian, Hindu atau agama yang dikaitkan dengan masyarakat Cina
seperti Taoisme dan Budhisme. Semua mempunyai konsep ketuhanan. Walaupun
dalam fahaman Budhisme tidak ada secara eksklusif disebut tentang Tuhan namun
ada unsur-unsur kerohanian yang boleh dikaitkan dengan konsep ketuhanan.
• Rukun pertama ini merupakan sebagai suatu common denominator; iaitu suatu titik
pertemuan antara pelbagai budaya dan kaum yang mempunyai fahaman agama
masing-masing.
• Oleh itu, kepercayaan kepada Tuhan wajar diserapkan sebagai prinsip yang pertama
dalam Rukun Negara dan ianya mempunyai unsur pemikiran falsafah kerana dikaitkan
dengan fahaman keagamaan.
2- Kesetiaan Kepada Raja dan Negara

• Dunia moden kini mempunyai sistem politik berdasarkan kepada konsep


negara bangsa iaitu nation state .
• Malaysia tidak terkecuali adalah satu bentuk nation state; negara bangsa.
• Namun, ciri-ciri nation state Malaysia mengandungi unsur sejarah
tersendiri yang diserap melalui sistem beraja ataupun sistem monarki
melalui Kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-14 atau 15.
• Unsur kesetiaan ini adalah penting bagi memastikan bahawa ada aspek
kesepaduan dalam kalangan rakyat dan kesepaduan itu berdasarkan
kepada kesetiaan mereka kepada Raja yang menjadi lambang sebagai
ketua negara berpelambagaan.
3- Keluhuran Perlembagaan
• Setiap nation state termaktub secara eksklusif mempunyai perlembagaan
dan perundangan tersendiri.
• Keluhuran perlembagaan dipegang untuk menyelesaikan pertikaian
dengan merujuk kepada prinsip perundangan yang paling tinggi iaitu
perlembagaan negara.
• Prinsip ini penting bagi memastikan kestabilan sesebuah negara kerana
konsep masyarakat yang berasaskan kepada law and order hanya boleh
dilaksanakan dengan adanya perundangan yang jelas.
4- Kedaulatan Undang-undang
• Perlaksanaan undang-undang berasaskan perlembagaan the highest form
of law.
• Kedaulatan undang-undang bermaksud tidak ada sesiapa boleh mengatasi
melebihi atau melanggari undang-undang.
• Melalui prinsip ini akan dapat mengekalkan keharmonian dalam negara ini
kerana sebarang pertikaian yang mungkin muncul atas dasar agama atau
bangsa dan sebagainya boleh diselesaikan melalui sistem perundangan
yang ada.
5- Kesopanan dan Kesusilaan
• Prinsip yang terakhir ini merujuk kepada sesuatu yang lebih bersifat personal dan
berkaitan dengan perhubungan manusia.
• Ia boleh menjamin dan mengekalkan harmoni hubungan yang baik antara rakyat
walaupun ia tidak mempunyai suatu kuasa perundangan.
• Ciri ini melahirkan rakyat Malaysia dengan perasaan bertolak ansur,
berkesopanan dan kesusilaan serta harmonis dan lebih bertimbang rasa terhadap
fellow human beings; atau fellow citizens; rakan senegara.
• Mereka akan sentiasa mengambil kira perasaan, mempunyai rasa hormat dan
bertindak balas dengan orang lain dengan secara sopan dan mengekalkan
kesusilaan.
• Semua perkara ini penting dan perlu dipegang oleh setiap rakyat Malaysia untuk
menjamin kestabilan politik dan sebagainya.
• Pada masa yang sama kita telah mengenalpasti unsur pemikiran falsafah yang
mendasari prinsip-prinsip tersebut.
Ciri-Ciri Falsafah dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan

• Falsafah Pendidikan Kebangsaan bertujuan untuk melahirkan insan


yang seimbang melalui proses pendidikan di peringkat sekolah,
universiti dan sebagainya.
• Ia bukan hanya melihat pendidikan sebagai satu proses untuk
melahirkan graduan yang mempunyai kemahiran tertentu untuk
mengisi jawatan di pasaran buruh iaitu melahirkan labour force yang
cekap dan efisien sahaja.
• Tetapi melahirkan graduan yang seimbang dari segi kemahiran pekerja
serta mempunyai sifat kemanusiaan yang tinggi dan menjadi insan
yang mulia.
• Kesembangan yang di maksudkan ialah Keseimbangan jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Secara akronimnya disebut JERI.
Pertama- Aspek Jasmani
• Iaitu jasad tubuh badan kita.
• Walaupun mahu melahirkan manusia yang pintar mengenai sesuatu
yang mendalam dan pengetahuan yang luas, tetapi harus akur bahawa
manusia mempunyai jasad. Jika tidak diberikan perhatian kepada jasad
sudah tentulah pemikiran akan terjejas dan tidak dapat berfungsi secara
optimum.
• Pendidikan Jasmani umpamanya adalah satu subjek yang diadakan di
sekolah-sekolah dengan penuh kesedaran bahawa aspek tubuh badan
itu harus diberi perhatian.
• Jadi, ini dicerminkan dalam sistem pendidikan itu sendiri dengan adanya
subjek seperti Pendidikan Jasmani yang mempunyai kegiatan
kokurikulum yang menekankan aspek sukan sebagai pembinaan
jasmani.
Kedua- Aspek Emosi.
• Emotional Quotion (EQ) menjadi pengukur kestabilan emosi.
• Fungsi kognitif bergantung pada keadaan emosi yang stabil. Jika
emosi tertekan misalnya, tidak mungkin kita dapat berfikir dengan
baik dan tidak mungkin kita dapat mencapai kognitif yang maksima.
• Dalam sistem pendidikan negara dinyatakan beberapa cara yang
digunakan oleh guru-guru untuk berinteraksi dengan pelajar seperti
elemen kasih-sayang, mengambil berat tentang permasalahan yang
dihadapi pelajar dan juga dengan satu saluran formal seperti ada
kaunselor dan sesi kaunseling.
• Ini semua memainkan peranan dalam menimbulkan emosi yang stabil
dalam kalangan pelajar.
Ketiga- Aspek Rohani
• Bila kita sebut tentang kerohanian ada kaitannya dengan keagamaan.
• Kerohanian itu tidak terpisah dari fahaman atau kegiatan asas dari segi
pemikiran atau fahaman fundamental yang dipunyai seorang pelajar itu
dalam bentuk keagamaan.
• Ini untuk menjamin bahawa perkembangan rohani seorang pelajar itu
tidak terputus apabila mereka melalui pendidikan yang formal.
• Selain itu, terdapat subjek-subjek yang memberi pendidikan dalam
aspek kerohanian iaitu subjek mata pelajaran agama dan sebagainya.
Empat- Aspek Intelek

• Sistem pendidikan yang mementingkan mata pelajaran bersifat akademik


bertujuan membina ilmu dan juga minda pelajar ke arah pemikiran yang
lebih tajam dan lebih luas.
• Bagi meningkatkan pencapaian ini penggunaan sistem penilaian yang tidak
hanya tertumpu kepada keputusan peperiksaan akhir semata-mata dan
sebagainya tetapi sistem penilaian juga memberi ruang kepada penilaian
yang lebih kreatif dan lebih sihat.
• Ini adalah penting untuk menghadapi cabaran-cabaran masa depan
khususnya dengan adanya cabaran yang dikemukakan iaitu Industrial
Revolution 4.0 (IR 4.0) di mana intellectual development; kreativiti dalam
pemikiran diperlukan bagi membina seorang insan yang dapat menangani
masalah-masalah akademik dan intelektual dalam masyarakat akan datang.
Menarik Minat Orang Awam Terhadap Falsafah

• Bidang falsafah itu merupakan bidang akademik yang bersifat


rasional, intelektual dan konsep-konsepnya banyak yang abstrak.
• Jika gunakan pendekatan yang hanya memberi perhatian kepada
intelektual, akademik dan pemikiran abstrak semata mata, sudah
tentu ia tidak dapat disampaikan kepada masyarakat awam kerana
sebahagian besar mereka tidak mempunyai kecenderungan ke arah
pemikiran intelektual, abstrak dan sebagainya.
Cara Menarik Minat Pada Falsafah
• Iaitu dengan cara menyampaikan falsafah bukan secara akademik.
• Gunakan cara bercerita. contoh, buku cerita ataupun novel Sophie’s World. Di situ
falsafah disampaikan dalam bentuk cerita tetapi mengandungi idea-idea falsafah.
• Gunakan teater dan lakonan sebagai medium penyampaian idea-idea falsafah.
• Gunakan medium sejarah dari segi sejarah dan konteks di mana isu-isu falsafah itu
dibincangkan.
• Misalnya sejarah pemikiran Islam berkaitan perdebatan di antara Al-Ghazali dan
ahli-ahli Falsafah Islam yang dipengaruhi ahli-ahli Falsafah Greek.
• Jika falsafah itu dibentangkan dalam konteks sejarah maka ini akan lebih bermakna
kerana ia ditujukan kepada satu persoalan yang realistik yang dihadapi oleh
masyarakat pada masa itu.
• Dengan itu falsafah dapat dikaitkan dengan kehidupan manusia itu sendiri bukan
sebagai satu abstraction yang hanya bersifat intelektual cuma difahami dan
kemudian dihafal sebagai satu bahan intelektual.

Anda mungkin juga menyukai