Anda di halaman 1dari 7

PERENGGAN PENUTUP

KARANGAN TIDAK BERFORMAT


STPM
TEKNIK : KPPCP
 KESIMPULAAN
 PENDAPAT
 PENILAIAN
 CADANGAN DAN HARAPAN
 PENEGAS/KESIMPULAN KECIL
Tema : Langkah menangani gejala buli di sekolah.

 Ayat Kesimpulan
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding
bahu untuk menangani gejala buli di sekolah.

 Ayat Pendapat
Hal ini dikatakan demikian gejala kerana buli
yang semakin berleluasa akan merosakkan
kehidupan anak-anak muda jika tidak ditangani
dari awal.
 Ayat Penilaian
Masalah buli dalam kalangan remaja yang
semakin berleluasa akan menyebabkan negara
kekurangan bakal pemimpin yang berjiwabawa
dan berdisiplin.

 Ayat Cadangan dan Harapan


Oleh itu, semua pihak terutama ibu bapa, pihak
sekolah dan kerajaan perlu memainkan peranan
untuk melahirkan remaja yang berdisiplin dan
bertanggungjawab supaya dapat menjadi bakal
pemimpin yang berjaya.
 Ayat Penegas
Tegaslah bahawa, gejala buli perlu dibendung
dari awal supaya tidak merosakkan jiwa anak-
anak remaja dan dapat melahirkan remaja yang
berdisiplin.
PERENGGAN PENUTUP LENGKAP
Kesimpulannya, semua pihak perlu berganding bahu untuk
menangani gejala buli di sekolah. Hal ini dikatakan demikian gejala
buli yang semakin berleluasa akan merosakkan kehidupan anak-
anak muda jika tidak ditangani dari awal. Masalah buli dalam
kalangan remaja yang semakin berleluasa akan menyebabkan
negara kekurangan bakal pemimpin yang berjiwabawa dan
berdisiplin. Oleh itu, semua pihak terutama ibu bapa, pihak sekolah
dan kerajaan perlu memainkan peranan untuk melahirkan remaja
yang berdisiplin dan bertanggungjawab supaya dapat menjadi bakal
pemimpin yang berjaya. Tegaslah bahawa, gejala buli perlu
dibendung dari awal supaya tidak merosakkan jiwa anak-anak
remaja dan dapat melahirkan remaja yang berdisiplin.

(97 PATAH PERKATAAN)


Latihan
Tema : Punca penyakit berjangkit
dalam kalangan masyarakat.
Sila bina satu perenggan penutup yang lengkap
berdasarkan tema di atas.

Anda mungkin juga menyukai