Anda di halaman 1dari 17

BAB 11 :

ALIRAN TAJDID
DAN MODENISASI
: PENDEKATAN
DAN CABARAN
MAKNA TAJDID DAN
ISLAH

B11
Pengertian Tajdīd

– Dari segi bahasa, perkataan tajdid berasal daripada kata kerja‫ ُ ي َجد ُِّد‬،‫ َجد ََّد‬yang
membawa maksud ‘sesuatu menjadi baharu’204 atau ‘diperbaharui sesuatu yang
sudah dalam keadaan statik’.
– Menurut istilah pula, tajdīd disandarkan kepada tiga (3) kompenan :
– Al-‘Ihyā; bermaksud, menghidupkan ajaran Islam dalam konteks penghayatannya yang
sekian lama terbengkalai disebabkan berhadapan dengan pelbagai halangan.
– Al-‘Ibādat; bermaksud memulihkan (memurnikan) ajaran Islam kepada kemurnian
aslinya daripada unsur-unsur negatif lagi meragukan serta mengelirukan Islam.
– Al-Ibanāt; yang bermaksud, membezakan antara al-sunnah dengan yang bukan al-
sunnah.
Pengertian Tajdīd

– Pengasas kepada aliran ini di panggil mujaddid.


– Walau bagaimanapun Tajdīd bukan bermaksud memperbaharui agama, tetapi
menjurus kepada memperbaharui tingkat keimanan dan kesedaran dalam
beragama, cara berfikir dan memahami agama lebih mendalam dengan
berlandaskan kepada keyakinan dan kebenaran wahyu.
– Sabda Nabi S.A.W. :
“Sesungguhnya Allah akan membangkitkan untuk umat ini pada awal setiap
seratus tahun orang yang akan memperbaharui perkara agamanya”.
Pengertian Tajdīd

– Objektif utama gerakan pemurnian adalah kembali kepada sumber ajaran Islam
yang asal iaitu Al-Qur’an dan al-Hadis, serta berdasarkan amalan para sahabat
terdahulu, ashāb al-salafiyīn.
– Maka dari sinilah lahirnya gerakan salafiyah yang dikembangkan oleh
Muhammad Abduh dan Rasyid Rida.
– Dalam hal slogan “kembali kepada Al-Qur’an dan al-Hadis”, pemahaman
kumpulan salaf berpegang kepada pemahaman literal, iaitu berpandukan
kepada teks sahaja.
Pengertian Islāh

– Perkataan Islāh (kata nama) adalah daripada kata kerja ‫ َصلَ َح‬bermaksud 'telah
menjadi baik', dalam keadaan baik, atau berfaedah. Istilah‫ص َالح ِإص َال َحات‬
ْ ‫ِإ‬
membawa maksud pembaikan, pemulihan atau melakukan reformasi untuk
menjadi lebih dinamik.
– Menurut Ghazali Basri bahawa pertumbuhan dan perkembangan gerakan Islam
yang membawa perubahan ke dalam masyarakat yang disebut sebagai Islāh
pada dasarnya lebih difahami sebagai sebuah proses pendidikan ummah,
kerana Islāh mempunyai hubungan rapat dengan hati nurani ummah.
Pengertian Islāh

– Islāh pada umumnya wujud dalam bentuk dakwah dan tarbiyah, dan ia
diGerakan menerusi kegiatan-kegiatan sesebuah badan atau organisasi
masyarakat, sama ada berlandaskan dakwah ataupun pendidikan atau
kombinasi antara keduanya.
– Semua ini bersandarkan kepada munculnya beberapa badan yang ada di dunia
Arab seperti di Mesir dengan kewujudan gerakan al-Ikhwān al-Muslimūn, di
Indo-Pakistan dengan kewujudan gerakan Jama’at Islamiy, di Indonesia pula
dengan kewujudan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi, di Malaysia pula
kewujudan gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Gerakan Modernisme

– Gerakan modenisme atau pembaharuan Islam bertujuan untuk mengadaptasi


ajaran Islam kepada pemikiran moden. Gerakan ini bermula dari Timur Tengah dan
tersebar ke seluruh pelusuk negara Islam pada awal abad ke-20 yang dibawa oleh
ulama Nusantara dan Timur Tengah melalui ibadah haji.
– Hal ini mendorong munculnya tokoh pembaharuan (mujaddid) modernisme di
kalangan umat Islam seperti :
– Sayid Jamaluddin al-Afghani (1839-1897),
– Muhammad Abduh (1849-1905),
– Rasyid Rida’ (1865-1935) yang mengembangkan gagasan pembaharuan Islam di Mesir.
TOKOH-TOKOH
PEMIKIRAN TAJDID DAN
REFORMASI

MUHAMMAD ASAD
AL-MAUDUDI
Sejarah Reformasi

– Awal abad ke-20M masyarakat Melayu digegarkan dengan gerakan pembaharuan


yang diilhamkan gerakan Islāh Muhammad ‘Abduh dan Rasyid Ridha’ di Asia
Barat.
– Gerakan tersebut membawa gagasan besar pembukaan semula pintu ijtihad,
pembasmian amalan bertaqlid, mengugat peranan akal, penganjuran kebebasan
berfikiran, pemurnian agama dari segala unsur bid’ah dan pengembaliannya
kepada sumber asasi al-Quran dan al-Sunnah.
– Dari satu segi, gerakan ini telah berjaya mencipta sejarah dalam menerokai
kepelbagaian bidang seperti bidang kesusasteraan, kewartawanan, sistem
persekolahan agama dan pembabitan nasionalisme Melayu.
Jalan Reformasi

– Penelitian kita terhadap program Islāh yang dibawa oleh pelbagai kelompok dan
organisasi dakwah di beberapa Negara umat Islam, dapat disimpulkan bahawa
ia tergolong ke dalam dua bidang iaitu :

1 : Pendidikan.

2 : Dakwah.
Muhammad Asad

– Mohammad Asad Leopold Weiss dilahirkan di Livow, Austria


pada tahun 1900. Pada umur 22 tahun, beliau mengunjungi
Timur Tengah dan selanjutnya menjadi wartawan luar
negeri dari harian "Frankfurter Zeitung“.
– Setelah masuk Islam, ia pergi dan bekerja di seluruh dunia
Islam, mulai Afrika Utara sampai Afghanistan di bahagian
Timur, dan setelah beberapa tahun mempelajari Islam, ia
telah menjadi seorang Muslim terpelajar yang terkemuka di
abad kita sekarang.
PENDAPAT MUHAMMAD ASAD
TENTANG NEGARA ISLAM

Negara menciptakan serangkaian undang-undang


Menjalankan syariat Islam. Kewajiban yang yang ada dibawah perlembagaan tertinggi. Namun
demikian undang-undang yang di bawah
paling didahulukan dari negara semacam itu
perlembagaan harus bersifat organik, iaitu bersifat
ialah menjalankan peraturan-peraturan syariah melaksanakan aturan perlembagaan tertinggi.
di keseluruhan negara.
NEGARA ISLAM
Asas persetujuan rakyat (popular consent)
Warganegara harus taat dan patuh mengandungi erti bahawa terbentuknya pemerintah
sebagai demikian adalah berdasarkan pilihan rakyat
kepada pemerintah. yang bebas dan sepenuhnya mewakili pilihan ini.
Al-Maududi

– Al-Mawdūdī, atau nama penuhnya Sayyid Abū al-A'la al-Mawdūdī dilahirkan di


Aurangabad, wilayah Hyderabab, Dhaka India pada 3 Rejab 1321H bersamaan
25 September 1903M.217 Al-Mawdūdī dari keluarga keturunan yang ada
hubung kait dengan Khawājah Qutub al-Dīn Mawdūd, pengasas satu tareqat
sufi yang terkenal di dunia Islam.
– Al-Mawdūdī mendapat pendidikan awal secara langsung daripada ayahnya
Sayyid Ahmad Hassan, yang merupakan seorang Peguam. Pendidikan al-
Mawdūdī dengan ayahnya berlangsung di rumah, tanpa dihantar ke sekolah
kerana ayahnya bimbang dia akan diresapi pengaruh penjajahan British di
sekolah-sekolah yang begitu kuat pada masa itu.
Al-Maududi

– Sejak kecil lagi al-Mawdūdī terserlah dengan kecerdikannya, di mana pada usia beliau
13 tahun, telah mampu menterjemah kitab al-Islām wa al-Islāh karya Sheikh Aziz
Jawziy ke bahasa Urdu.
– Ayah al-Mawdūdī meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun, maka dari saat itu,
beliau berdikari dengan bekerja sendiri dalam bidang kewartawanan pada tahun
1920M untuk menyara kehidupannya.
– Al-Mawdūdī merupakan tokoh yang paling produktif mengeluarkan pandangan-
pandangan tajdīd, yang hidup di zaman modern. Sebagaimana tulisan para mujaddid
waktu itu, al-Mawdūdī sering memancing para pembacanya untuk berfikir lebih jauh
dan juga sering menimbulkan kontroversi.
AL-MAUDUDI:
KONSEP NEGARA
– Bidang kewartawanan yang diceburi adalah menjadi titik tolak kecenderungan al-
Mawdūdī menyebarkan pemikirannya kepada ummah Islam ketika itu.
– Pemikiran al-Mawdūdī yang sangat mempengaruhi masyarakat Islam ketika itu
ialah tentang konsep sebuah negara.
– Menurutnya, negara perlu di bangun dengan mencontohi pemerintahan pada
zaman Nabi Muhammad sallallahi alayhi salam dan para sahabatnya yang
senantiasa kembali kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis.
– Berlaku Islamic resurgence dengan gelombang dakwah dan perubahan yang
drastik. Fenomena ini bukan ditimbulkan oleh kerajaan tetapi tercetus daripada
gerakan rakyat Islam. Ia adalah lahir daripada kesedaran umat Islam tentang
makna iltizam keislaman dan kewajipan memenuhi tuntutan mendaulatkan syariat.
Al-Maududi

– Melalui Jemaah Islamiah, al-Mawdūdī memperjuangkan Islam. Banyak buah fikirannya tersebar
melalui buku, majalah dan akhbar. Di samping itu, fikirannya juga tersebar melalui ceramah-ceramah
dan kepimpinannya.
– Pengaruh al-Mawdūdī melalui Jemaah Islamiah sangat kuat, terutamanya di Pakistan dan di India.
– Usaha al-Mawdūdī mengembalikan masyarakat Islam supaya kembali berpegang kepada agama asal
mereka dan menyatupadukan mereka mendatangkan hasil yang sungguh baik.
– Namun, usaha tersebut dituduh sebagai menentang kerajaan dan beliau terpaksa menghadapi banyak
masalah, khususnya daripada pihak kerajaan sehinga membawa kepada beliau telah dipenjara sekitar
tahun 1948M hingga 1950M.
– Beliau meneruskan perjuangannya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1979M.

Anda mungkin juga menyukai