B11 PNP
B11 PNP
ALIRAN TAJDID
DAN MODENISASI
: PENDEKATAN
DAN CABARAN
MAKNA TAJDID DAN
ISLAH
B11
Pengertian Tajdīd
– Dari segi bahasa, perkataan tajdid berasal daripada kata kerja ُ ي َجد ُِّد، َجد ََّدyang
membawa maksud ‘sesuatu menjadi baharu’204 atau ‘diperbaharui sesuatu yang
sudah dalam keadaan statik’.
– Menurut istilah pula, tajdīd disandarkan kepada tiga (3) kompenan :
– Al-‘Ihyā; bermaksud, menghidupkan ajaran Islam dalam konteks penghayatannya yang
sekian lama terbengkalai disebabkan berhadapan dengan pelbagai halangan.
– Al-‘Ibādat; bermaksud memulihkan (memurnikan) ajaran Islam kepada kemurnian
aslinya daripada unsur-unsur negatif lagi meragukan serta mengelirukan Islam.
– Al-Ibanāt; yang bermaksud, membezakan antara al-sunnah dengan yang bukan al-
sunnah.
Pengertian Tajdīd
– Objektif utama gerakan pemurnian adalah kembali kepada sumber ajaran Islam
yang asal iaitu Al-Qur’an dan al-Hadis, serta berdasarkan amalan para sahabat
terdahulu, ashāb al-salafiyīn.
– Maka dari sinilah lahirnya gerakan salafiyah yang dikembangkan oleh
Muhammad Abduh dan Rasyid Rida.
– Dalam hal slogan “kembali kepada Al-Qur’an dan al-Hadis”, pemahaman
kumpulan salaf berpegang kepada pemahaman literal, iaitu berpandukan
kepada teks sahaja.
Pengertian Islāh
– Perkataan Islāh (kata nama) adalah daripada kata kerja َصلَ َحbermaksud 'telah
menjadi baik', dalam keadaan baik, atau berfaedah. Istilahص َالح ِإص َال َحات
ْ ِإ
membawa maksud pembaikan, pemulihan atau melakukan reformasi untuk
menjadi lebih dinamik.
– Menurut Ghazali Basri bahawa pertumbuhan dan perkembangan gerakan Islam
yang membawa perubahan ke dalam masyarakat yang disebut sebagai Islāh
pada dasarnya lebih difahami sebagai sebuah proses pendidikan ummah,
kerana Islāh mempunyai hubungan rapat dengan hati nurani ummah.
Pengertian Islāh
– Islāh pada umumnya wujud dalam bentuk dakwah dan tarbiyah, dan ia
diGerakan menerusi kegiatan-kegiatan sesebuah badan atau organisasi
masyarakat, sama ada berlandaskan dakwah ataupun pendidikan atau
kombinasi antara keduanya.
– Semua ini bersandarkan kepada munculnya beberapa badan yang ada di dunia
Arab seperti di Mesir dengan kewujudan gerakan al-Ikhwān al-Muslimūn, di
Indo-Pakistan dengan kewujudan gerakan Jama’at Islamiy, di Indonesia pula
dengan kewujudan gerakan Muhammadiyah dan Masyumi, di Malaysia pula
kewujudan gerakan Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Gerakan Modernisme
MUHAMMAD ASAD
AL-MAUDUDI
Sejarah Reformasi
– Penelitian kita terhadap program Islāh yang dibawa oleh pelbagai kelompok dan
organisasi dakwah di beberapa Negara umat Islam, dapat disimpulkan bahawa
ia tergolong ke dalam dua bidang iaitu :
1 : Pendidikan.
2 : Dakwah.
Muhammad Asad
– Sejak kecil lagi al-Mawdūdī terserlah dengan kecerdikannya, di mana pada usia beliau
13 tahun, telah mampu menterjemah kitab al-Islām wa al-Islāh karya Sheikh Aziz
Jawziy ke bahasa Urdu.
– Ayah al-Mawdūdī meninggal dunia ketika beliau berusia 16 tahun, maka dari saat itu,
beliau berdikari dengan bekerja sendiri dalam bidang kewartawanan pada tahun
1920M untuk menyara kehidupannya.
– Al-Mawdūdī merupakan tokoh yang paling produktif mengeluarkan pandangan-
pandangan tajdīd, yang hidup di zaman modern. Sebagaimana tulisan para mujaddid
waktu itu, al-Mawdūdī sering memancing para pembacanya untuk berfikir lebih jauh
dan juga sering menimbulkan kontroversi.
AL-MAUDUDI:
KONSEP NEGARA
– Bidang kewartawanan yang diceburi adalah menjadi titik tolak kecenderungan al-
Mawdūdī menyebarkan pemikirannya kepada ummah Islam ketika itu.
– Pemikiran al-Mawdūdī yang sangat mempengaruhi masyarakat Islam ketika itu
ialah tentang konsep sebuah negara.
– Menurutnya, negara perlu di bangun dengan mencontohi pemerintahan pada
zaman Nabi Muhammad sallallahi alayhi salam dan para sahabatnya yang
senantiasa kembali kepada Al-Qur’an dan Al-Hadis.
– Berlaku Islamic resurgence dengan gelombang dakwah dan perubahan yang
drastik. Fenomena ini bukan ditimbulkan oleh kerajaan tetapi tercetus daripada
gerakan rakyat Islam. Ia adalah lahir daripada kesedaran umat Islam tentang
makna iltizam keislaman dan kewajipan memenuhi tuntutan mendaulatkan syariat.
Al-Maududi
– Melalui Jemaah Islamiah, al-Mawdūdī memperjuangkan Islam. Banyak buah fikirannya tersebar
melalui buku, majalah dan akhbar. Di samping itu, fikirannya juga tersebar melalui ceramah-ceramah
dan kepimpinannya.
– Pengaruh al-Mawdūdī melalui Jemaah Islamiah sangat kuat, terutamanya di Pakistan dan di India.
– Usaha al-Mawdūdī mengembalikan masyarakat Islam supaya kembali berpegang kepada agama asal
mereka dan menyatupadukan mereka mendatangkan hasil yang sungguh baik.
– Namun, usaha tersebut dituduh sebagai menentang kerajaan dan beliau terpaksa menghadapi banyak
masalah, khususnya daripada pihak kerajaan sehinga membawa kepada beliau telah dipenjara sekitar
tahun 1948M hingga 1950M.
– Beliau meneruskan perjuangannya sehingga beliau meninggal dunia pada tahun 1979M.