Anda di halaman 1dari 45

4.2.2.3.

APITAN KATA KERJA beR-…-


kan
Boleh digabungkan dengan kata nama dan kata
kerja

CONTOH:
KATA NAMA KATA KERJA

raja – berajakan mandi – bermandikan

lantai – berlantaikan pandu – berpandukan

ibu – beribukan siram – bersiramkan

payung - berpayungkan sandar – bersandarkan


Mempunyai satu bentuk (ber-…-kan)

Apabiladiimbuhkan pada kata dasar yang bermula dengan huruf r, huruf r


pada imbuhan itu akan gugur

Membentuk kata kerja aktif tak transitif dengan pelengkap

CONTOH:

Rumahnya berlantaikan tanah.

Ketika kehujanan budak itu berpayungkan daun pisang.

Dia mandi bersiramkan air bunga-bungaan.

Dapatan kajiannya berlandaskan ujian makmal.


MAKNA APITAN beR-…-kan
Menjadikan sesuatu sebagaimana maksud kata dasar

CONTOH:

Setiap malam, bandaraya ternama itu bermandikan cahaya.


(cahaya dijadikan alat untuk “memandikan” sesuatu).

Dia duduk berlapikan kertas suratkhabar lama.


(kertas suratkhabar lama dijadikan lapik untuk duduk).

Mereka tidur berbantalkan lengan.


(lengan dijadikan bantal untuk tidur).
4.2.2.3.3

APITAN KATA KERJA meN-


…-kan
Boleh digabungkan dengan kata nama, kata kerja, kata
adjektif dan kata tugas.

CONTOH:
KATA NAMA KATA KERJA
Membuahkan Membuatkan
Menghasilkan Me(t)nidurkan
Membukukan Menaikkan
Mencerminkan Membangunkan

KATA ADJEKTIF KATA TUGAS


Memutihkan Mendalamkan
Meny(s)ejukkan Meng(k)ecualikan
Meny(s)enangkan Meny(s)atukan
Menjauhkan Meny(s)ertakan
Mempunyai 6 kelainan bentuk (sama seperti alomorf bagi awalan meN-)

Alomorf :
me-…-kan, men-…-kan, mem-…-kan, meny-…-kan, meng-…-kan dan menge-…-kan

Membentuk kata kerja transitif dengan satu objek dan dua objek

CONTOH KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DENGAN SATU OBJEK:

Abu menjelaskan masalahnya.

Abang tidak melakukan perbuatan itu. Huruf condong:


Kata kerja aktif
transitif dengan
Kakak membersihkan bilik.
apitan meN-…-kan
Huruf bercetak tebal:
Ayah menggalakkan anak-anak supaya belajar. objek

Syarikat perlu mempertingkatkan prestasi pekerjanya.


CONTOH KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DENGAN DUA OBJEK:

Kakak merebuskan kucing ikan.


Huruf condong:
Ibu memakaikan adik kasut baharu. objek tepat

Huruf bercetak tebal:


Kakak membelikan abang baju kurung. Objek sipi

Abang membuatkan ayah secawan kopi.

Objek
tepat ialah objek yang hadir selepas sahaja kata kerja
manakala objek sipi ialah objek yang mengikutinya
MAKNA APITAN meN-…-kan
MAKNA CONTOH
Membuat/melakukan Melaksanakan, mengusahakan, membenarkan, menyerahkan, menjadikan
sesuatu sebagaimana
maksud kata dasar Kontraktor itu melaksanakan tugasnya dengan sempurna.

Guru menjelaskan definisi klausa kepada pelajarnya.

Kausatif Menurunkan, memutihkan, menghabiskan, mencerminkan, membesarkan


(menyebabkan
sesuatu menjadi Dia menurunkan harga barang jualannya.
seperti maksud kata
Abang berjaya membesarkan anak-anaknya seorang diri.
dasar)
Benefaktif Membuatkan, memasakkan, membukakan, mencarikan
(melakukan sesuatu
kepada orang lain) Ayah mencarikan abang jodoh.

Nenek membakarkan ibu lemang.

Memasukkan ke Mengetinkan, memenjarakan, membotolkan, membungkuskan,


dalam… atau menyarungkan.
memasangkan
Ibu menyarungkan baju baharu itu ke badan adik,

Proses membotolkan cecair itu mesti dibuat dengan cermat.


4.2.2.3.4

APITAN KATA KERJA meN-


…-i
Boleh digabungkan dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas

CONTOH:

KATA NAMA KATA KERJA

Mengekori Melindungi
Meng(k)epalai Mendapati
mengairi Men(t)andingi
Mena(t)ngani Meng(k)unjungi

KATA ADJEKTIF KATA TUGAS


Menjauhi Melalui
Meny(s)antuni Menghendaki
Mem(p)atuhi Meng(k)urangi
menghampiri memulai
Mempunyai 6 kelainan bentuk (sama seperti alomorf bagi awalan meN-)

Alomorf ialah me-…-i, men-…-i, mem-…-i, meny-…-i, dan menge-…-i

Membentuk kata kerja aktif transitif (kata kerja aktif transitif dengan satu objek dan
dua objek)

CONTOH KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DENGAN SATU OBJEK:

Abu sentiasa cuba menangani masalahnya.


Huruf condong:
Abang sudah lama tidak menziarahi nenek. Kata kerja tak
transitif dengan
Kakak akan melindungi adik-adiknya. apitan meN-…-i
Huruf bercetak tebal:
Pihak polis mengekori penjenayah itu. objek

Kita harus menyatuni orang tua.


CONTOH KATA KERJA AKTIF TRANSITIF DENGAN DUA OBJEK:

Kami menghidanginya makanan tradisional.

Guru menghadiahi adik sebuah buku cerita.

Halim menyarungi jari manis tunangnya cincin berlian.

Abang mengirimi ibu wang setiap bulan.

objek tepat ialah objek yang hadir selepas sahaja kata kerja manakala objek
sipi ialah objek yang mengikutinya
MAKNA APITAN meN-…-i
MAKNA CONTOH
Membuat/melakukan mematuhi, melalui, menjalani, melawati
sesuatu sebagaimana
maksud kata dasar Dia sentiasa mematuhi arahan ketuanya.

Ketika melalui jalan itu saya berasa takut.

Kausatif (menyebabkan menghapiri, mengairi, menjauhi, membaiki, menghitami


sesuatu menjadi seperti
maksud kata dasar) Sejak itu, dia menjauhi rakan-rakannya.

Kerja hariannya membaiki kereta.


Memberkan/membubuh Menyirami, membajai, mewarnai, menggulai, menghujani
sesuatu
Ibu membajai pokok itu dua minggu sekali.

Si Kecil mewarnai lukisannya dengan pelbagai warna.

Menyatakan unsur tempat Menaiki, menuruni, menyusuri, mengelilingi


(lokatif)
Kami termengah-mengah ketika menaiki tangga yang curam itu.

Mereka menuruni lereng bukit itu dengan selamat.

Menyatakan perbuatan Memukuli, meleteri, mengusapi, mencemari


berulang-ulang
Nenek selalu meleteri cucunya.

Ibu itu mengusapi rambut bayinya,


PERSAMAAN DAN PERBEZAAN PENGGUNAAN
APITAN meN-…-kan dan meN-…-i
I. Pengimbuhannya pada perkataan tertentu boleh membawa maksud yang
sama. Oleh kerana itu, penggunaan kedua-duanya boleh bertukar ganti

CONTOH:

Datuk menhitami rambutnya.


Datuk menghitamkan rambutnya.

Saya cuba memahami maksudnya.


Saya cuba memahamkan maksudnya.
II. Pada sesetengah perkataan kedua-duanya boleh membawa maksud kausatif

CONTOH:

Dia membaiki rumahnya.


Dia membalikkan rumahnya.

III. Apitan meN-…-i membawa makna lokatif manakala meN-…-kan membawa


maksud benefaktif

CONTOH:

Mereka menziarahi guru mereka.


Guru menghadiahkan pen kepada pelajarnya.
IV. Apitan meN-…-i biasanya diikuti oleh objek yang terdiri daripada benda
bernyawa, manakala meN-…-kan biasanya diikuti oleb benda tak bernyawa

CONTOH:

Abang mengirimi ibu wang.


Abang mengirimkan wang kepada ibu.

Sultan menganugerahinya bintang kehormat.


Sultan menganugerahkan bintang kehormat kepadanya.
4.2.2.3.5

APITAN KATA KERJA di-


…-kan
Merupakan bentuk pasif bagi kata berimbuhan meN-…-kan yang membentuk
kata kerja aktif transitif

Pempasifan kata kerja aktif transitif dengan imbuhan meN-…-kan dilakukan


dengan cara mengubah imbuhan meN- kepada di- dan mengekalkan akhiran –
kan pada akhir kata

CONTOH:

KATA KERJA AKTIF DENGAN KATA KERJA PASIF DENGAN


APITAN meN-…-kan APITAN di-…kan
Melarikan Dilarikan
Memasukkan Dimasukkan
Menghitamkan Dihitamkan
Membentangkan Dibentangkan
Mencadangkan Dicadangkan
mengelapkan Dilapkan
Hanya mempunyai satu bentuk (di-…-kan)

MAKNA:

Apitan di-…-kan membawa makna yang sama dengan awalan


meN- dan akhiran -kan
4.2.2.3.6

APITAN KATA KERJA di-


…-i
Merupakan bentuk pasif bagi imbuhan meN-…-i yang membentuk kata kerja
aktif transitif

Pempasifan kata kerja aktif transitif dengan imbuhan meN-…-i dilakukan


dengan cara mengubah imbuhan meN- kepada imbuhan di- dan mengekalkan
akhiran –i pada akhir kata

CONTOH:

KATA KERJA AKTIF DENGAN APITAN KATA KERJA PASIF DENGAN APITAN
meN-…-i di-…-i
Melalui Dilalui
Memasuki Dimasuki
Mengakhiri Diakhiri
Menerangi Diterangi
Menuruni Dituruni
mengelapi Dilapi
Hanya mempunyai satu bentuk (di-…-i)

MAKNA:

Apitan di-…-i membawa makna yang sama dengan awalan di- dan
akhiran -i
4.2.2.3.7

APITAN KATA KERJA


mempeR-…-kan
Boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja

CONTOH:

KATA NAMA KATA KERJA


Memperhambakan Mempersembahkan
Memperjodohkan Mempertimbangkan
Mempertuankan Mempersembulkan
Mempertuhankan Mempertaruhkan
memperbadankan mempermainkan

Mempunyai satu alomorf sahaja

Apabilaini diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan huruf r, huruf r


pada imbuhan itu gugur
CONTOH:

Memperagakan, memperobekkan, memperebutkan

Membentuk kata kerja aktif transitif


MAKNA APITAN mempeR-…-kan
a) Kausatif/menjadikan sesuatu sebagai…,

CONTOH:

Dia mempertaruhkan wangnya sendiri untuk mencapai hasratnya itu.


(Menjadikan wang sebagai taruhan)

Perlakuan mempertuhankan selain Allah dikatakan syirik.


(menjadikan sesuatu selain Allah sebagai tuhan)
b) Menyebabkan orang lain dilakukan sesuatu

CONTOH:

Dia memperlihatkan kecekapannya bersilat.


(menyebabkan orang lain melihat dia bersilat)

Penyanyi itu memperdengarkan suaranya yang merdu.


(menyebabkan orang mendengar suaranya yang merdu)

Bendahara mempersembahkan juadah istimewa kepada baginda.


(menyebabkan baginda melihat/menerima persembahan, iaitu juadah)
PERBEZAAN PENGGUNAAN AWALAN
mempeR- DENGAN APITAN mempeR-…-kan
a. Awalan mempeR-… diimbuhkan pada kata adjektif

CONTOH:

Mempermudah, memperkecil, memperluas, memperdamai

Penggunaan mempeR-…-kan dengan kata adjektif dikatakan lewah

b. Kata nama dan kata kerja boleh menerima apitan mempeR-…-kan.


Awalan mempeR- boleh diimbuhkan pada kata nama
c. Pada sesetengah perkataan, awalan mempeR- dan apitan mempeR-…-kan
boleh membentuk kata kerja transitif dengan maksud yang berbeza

CONTOH:

Saya mempersuami jejaka itu.


(maksud: menjadikan seseorang sebagai suami untuk diri sendiri

Saya mempersuamikan adik saya.


(maksud: menjadikan adik bersuami)

Majikan kerap memperhamba pekerjanya.


(pekerja dijadikan hamba)

Saya memperhambakan diri kepada Yang Maha Berkuasa.


(diri sendiri menjadi sebagai hamba)
4.2.2.3.8

APITAN KATA KERJA


mempeR-…-i
Menurut Tatabahasa Dewan (2008:211), apitan mempeR-…-i kini tidak
produktif lagi

Imbuhan ini hanya digunakan pada perkataan tertentu apabila wujud


keperluan untuk membentuk kata kerja yang sebelumnya tidak ada dalam BM

CONTOH:

Memperingati, memperkawani, mempersuami dan memperisteri

Perkataan mempersuami dan memperisteri dikatakan asalnya ialah memperisterii dan mempersuamii

Akhiran –i itu digugurkan

Penggunaan mempeR-…-i pada perkataan yang terdiri daripada kata adjektif


dianggap lewah
Penggunaan mempeR-…-i pada perkataan yang terdiri daripada kebanyakkan
kata kerja dianggap lewah

Imbuhan yang sesuai ialah apitan meN-…-i

CONTOH:

membaiki bukan memperbaiki


menghalangi memperhalangi
menghiasi memperhiasi

Fungsi : apitan ini membentuk kata kerja aktif transitif


MAKNA APITAN mempeR-…-i
Melakukan sesuatu seperti kata dasar:

CONTOH:

Mempelajari Memperingati Memperhantui

Menjadikan sebagai…

CONTOH:

Memperisteri Mempersuami Memperkawani


4.2.2.3.9

APITAN KATA KERJA ke-


…-an
Boleh diimbuhkan pada nama, kata kerja dan kata adjektif

KATA NAMA KATA KERJA KATA ADJEKTIF


Ketulangan Kematian Ketandusan
Kehujanan Kehilangan Kemalangan
Kesiangan Ketinggalan Kemurungan
Kemalaman Kecurian Keberatan
Keracunan
kehabisan kekejangan

Hanya mempunyai satu bentuk (ke-…-an)


Membentuka kata kerja pasif

Boleh digantikan oleh penanda pasif kena atau imbuhan pasif (di-)

CONTOH:

Dompetnya kecurian minggu lalu.


(Dompetnya kena curi.)

Adik ketinggalan bas.


(Adik kena tinggal oleh bas / Adik ditinggalkan oleh bas)

Saya kehujanan ketika pulang.


(Saya kena hujan)
MAKNA ke-…-an
Berasa, kena/terkena atau mengalami

CONTOH:

Emak keberatan untuk mengikut kami.


(Berasa berat)

Mereka keracunan makanan.


(Terkena keracunan makanan)

Gadis itu kematian ibu.


(Mengalami keadaan ibu mati)

Dia ketulangan ketika makan ikan parang.


(Dia terkena tulang ikan parang ketika makan (tulang tersangkut di tekak/mulut)
4.2.2.3.10

APITAN KATA KERJA


dipeR-…-i
Boleh diimbuhkan pada kata nama dan kata kerja

CONTOH:

KATA NAMA KATA KERJA


Diperbadankan Dipertontonkan
Diperanakkan Diperagakan
Dipertuankan Diperguraukan
Dipertalikan Dipertaruhkan
dipertuhankan dipermainkan

Mempunyai satu alomorf sahaja

Apabila apitan ini diimbuhkan pada perkataan yang bermula dengan huruf r,
huruf r pada imbuhan itu gugur
CONTOH:

Diperagakan, diperacikkan, diperebutkan

Membentuk kata kerja pasif diri orang ketiga daripada kata kerja aktif
transitif dengan imbuhan mempeR-…-kan

CONTOH:

Mempertontonkan > dipertontonkan


Memperbadankan > diperbadankan
Mempermainkan > dipermainkan
MAKNA APITAN dipeR-…-kan
MAKNA CONTOH
Sesuatu dijadikan Diperbadankan, dipertuhankan, diperguraukan
sebagai… (seperti
Beberapa syarikat kewangan di negara ini telah diperbadankan.
maksud kata dasar) (Dijadikan sebagai suatu badan/institusi)

Harta dan wang dipertuhankan oleh mereka yang terlalu materialistik.


(Dijadikan sebagai tuhan)

Perkara yang mengaibkan janganlah diperguraukan.


(Dijadikan sebagai bahan gurauan)

Menyebabkan sesuatu Dipertontonkan, dipersembahkan, diperdengarkan


perbuatan seperti
Drama bersiri itu dpertontonkan kepada khalayak.
maksud kata dasar (Khalayak menonton drama bersiri)
dilakukan oleh orang
lain Alunan muzik tradisional diperdengarkan kepada hadirin.
(Hadirin mendengar akunan muzik tradisional)
SEKIAN TERIMA KASIH
DISEDIAKAN OLEH:
CHIANA MARSHALY

Anda mungkin juga menyukai