Anda di halaman 1dari 28

SISTEM TAKAFUL

SDSY 1162

INDUSTRI TAKAFUL DAN PERKEMBANGANNYA DI MALAYSIA

No matrik Nama MS 32

1932010 NURHILMI KAMARUL HADZA MS32 5A

1932007 MUHAMMAD LUQMAN AL HAKIM BIN MOHD MS32 5A


SOLEH
1932004 DANIEL HAIQAL BIN ANIF MS32 5A
1.0 PENDAHULUAN

 Takaful merupakan industri yang berkembang pesat di


Malaysia selain daripada perbankan Islam.

 Ia menjadi alternatif kepada insuran konvensional yang


berasaskan riba, gharar (ketidakpastian) dan perjudian.
• Sepertimana insurans konvensional, takaful direka cipta
untuk menyediakan perlindungan dan ganti rugi kepada
individu dan syarikat akibat kerugian atau bahaya kepada
diri atau harta benda.
2.0 PERIHAL TAKAFUL

•2.1 DEFINISI TAKAFUL

Dari segi bahasa, kata dasar bagi perkataan takaful ialah kata kerja kafala yang
bererti menjamin, menjaga atau memelihara. Takaful juga merupakan kata nama
yang berasal daripada kata kerja takafala yang bermaksud saling menjamin, saling
menjaga dan saling memelihara.

Dari segi istilah, takaful merupakan suatu skim yang berasaskan prinsip kerjasama,
saling membantu dan tanggungjawab bersama yang menyediakan pertolongan dan
bantuan kewangan kepada peserta yang memerlukan di mana para peserta
bersetuju untuk memberi sumbangan bagi maksud tersebut.
2.2 KONSEP ASAS TAKAFUL
 Semua peserta yang hendak menyertai skim takaful perlu membuat
pembayaran sumbangan takaful (tabarru’). Tabarru’ adalah perkataan
Arab yang bermaksud menderma secara ikhlas.

 Sekiranya terdapat peserta yang ditimpa musibah dan menghadapi


kerugian, mereka akan dibantu dengan tabungan daripadai tabarru’
semua peserta dalam skim tersebut.

 Sumbangan dalam bentuk kewangan daripada peserta-peserta itu akan


membantu meringankan bebanan peserta yang mengalami musibah.
2.2 KONSEP ASAS TAKAFUL (SAMB.)
 Pengendali takaful bukanlah pemilik dana tetapi bertindak sebagai pemegang
amanah para peserta dalam hal-hal berkaitan takaful iaitu :

a) Membuat pelaburan yang selari dengan syarak untuk tujuan pengembangan


dana.

b) Mengurus kos-kos operasi pengendalian dana yang terlibat.

c) Membuat pembayaran perlindungan kewangan kepada peserta yang ditimpa


malapetaka yang menyebabkan kerugian.
2.3 PRINSIP TAKAFUL
A) PRINSIP TOLONG-MENOLONG

• Prinsip tolong-menolong hanya dikhususkan kepada perkara-perkara yang akan membawa


kebaikan atau kebajikan kepada manusia dan meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT.
Dalam Islam, kebaikan dan kebajikan kepada manusia dan antara manusia disebut dalam
konsep hablum-minan-nas dan takwa kepada tuhan dalam konteks hablum minan-allah.

B) PRINSIP PENGORBANAN

• Prinsip pengorbanan dapat diterjemahkan dalam konsep tabarru’ iaitu kepentingan umum
atau masyarakat lebih utama daripada kepentingan individu. Apabila seseorang melakukan
tabarru’ atau berkorban, nescaya tabarru’ itu akan menjadi ganjaran bagi keperluannya di
akhirat kelak oleh Allah SWT.
2.3 PRINSIP TAKAFUL
C) PRINSIP JAMINAN
•Setiap umat Islam dikehendaki saling menjamin keselamatan dan kesejahteraan saudaranya. Hal ini dapat difahami
berdasarkan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
•“Seseorang mukmin terhadap sesama mukmin bagaikan satu bangunan yang sabahagiannya menguatkan bahagian
yang lain”; lalu Nabi SAW menggenggamkan jarinya. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

D) PRINSIP KESELAMATAN DAN PERLINDUNGAN


•Prinsip ini menetapkan bahawa bahawa apabila seseorang ditimpa sesuatu musibah, saudara-saudaranya harus
membelanya secara proaktif. Keinginan kepada keselamatan dan perlindungan ini adalah suatu keperluan.
•Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesunguhnya seseorang yang beriman ialah sesiapa yang
memberikan keamanan (keselamatan dan perlindungan) terhadap harta dan jiwa raga manusia”. (Riwayat Ibn
Majah)
2.4 KLASIFIKASI TAKAFUL

 Pada umumnya, takaful dapat dibahagikan kepada dua sektor


utama iaitu sektor takaful keluarga dan sektor takaful am.

 Setiap klasifikasi ini pula menyediakan pelbagai bentuk dan


jenis perlindungan mengikut risiko yang terdapat dan boleh
diinsuranskan.
A) TAKAFUL KELUARGA

• Takaful keluarga merupakan satu pelan perlindungan yang berhasrat menyediakan satu
sumber kewangan untuk tujuan simpanan dan pelaburan oleh peserta atau untuk
keluarganya sekiranya musibah menimpa dirinya. Ia merupakan alternatif kepada pelan
insurans hayat dalam insurans konvensional.

• Contoh pelan-pelan takaful keluarga adalah seperti berikut:

1) Takaful keluarga individu

2) Takaful kesihatan individu

3) Takaful keluarga – pendidikan

4) Takaful keluarga berkelompok

5) Takaful kesihatan berkelompok


B) TAKAFUL AM
•Takaful am menyediakan perlindungan bagi menghadapi bencana-bencana yang menyebabkan

kerugian ke atas harta benda yang dimiliki oleh seseorang peserta seperti rumah, bangunan atau

kenderaan. Penyertaan peserta dengan sumbangan tabarru’ akan membentuk dana takaful am yang

diuruskan oleh pengendali takaful. Takaful am merupakan alternatif kepada pelan insurans am dalam

insurans konvensional.

•Terdapat pelbagai skim takaful am yang memberikan perlindungan kerugian kepada harta dan liabiliti,

antaranya ialah seperti berikut:


1) Takaful kebakaran
2) Takaful kenderaan berenjin
3) Takaful rumah kediaman
4) Takaful liabiliti awam
5) Takaful liabiliti produk
2.5 MODEL TAKAFUL
•Terdapat dua model utama bagi operasi takaful di Malaysia yang diguna pakai oleh
pengendali-pengendali takaful iaitu:
1) Model mudharabah
2) Model wakalah

A) MODEL MUDHARABAH

Pengurus dana akan menggunakan dana-dana takaful untuk membuat pelaburan bagi tujuan
pengembangan dana. Untuk tujuan itu, pengurus dana menggunakan konsep mudharabah
(perkongsian keuntungan).
Di bawah konsep mudharabah, peserta takaful bertindak sebagai pemodal dan pengendali
takaful bertindak sebagai pengusaha.
A) MODEL MUDHARABAH (SAMB.)

 Wang sumbangan tabarru’ merupakan modal dalam kontrak mudharabah. Pengusaha


akan melaburkan modal tersebut ke tempat atau projek yang selari dengan kehendak
syarak.

 Keuntungan akan dibahagikan mengikut peratusan yang telah dipersetujui ketika


kontrak dibuat.

 Sekiranya projek yang dijalankan itu mengalami kerugian dan ia di luar kawalan
pengusaha, maka kerugian itu akan ditanggung oleh pemodal. Pengusaha pula telah
mengalami kerugian dari segi masa dan tenaga.
B) MODEL WAKALAH
Wakalah merupakan perkataan daripada bahasa Arab yang membawa maksud
perwakilan. Al-wakalah dari segi bahasa bermaksud memelihara, menjaga, menjamin,
menyerahkan dan mengganti.

Manakala dari segi syarak pula, wakalah bermaksud satu pihak menyerahkan sesuatu
urusan yang boleh diwakilkan mengikut syarak kepada pihak yang lain ketika pihak yang
pertama itu masih hidup.

Dalam model wakalah, para peserta bersetuju melantik syarikat takaful sebagai wakil
mereka untuk menguruskan dan melaburkan dana. Para peserta juga memberi kebenaran
mutlak kepada syarikat takaful mengenakan sebarang yuran yang berkaitan dengan
pentadbiran termasuklah melantik wakil (ejen) bagi pihak mereka.
2.6 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
KONVENSIONAL

1) RISIKO

Dalam insurans konvensional, risiko adalah dipindahkan daripada peserta


kepada pihak syarikat insurans tersebut. Ia merupakan satu proses
pemindahan risiko.

Manakala dalam sistem takaful, risiko tidak dipindahkan kepada mana- mana
pihak, tetapi risiko ditanggung bersama oleh para peserta.
2.6 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN
INSURANS KONVENSIONAL (SAMB.)
2) KONTRAK
Insurans konvensional merupakan satu kontrak jual-beli yang melibatkan dua
pihak iaitu pembeli insurans dan syarikat insurans. Pihak pembeli insurans
perlu membayar premium kepada syarikat insurans. Sebagai balasan
premium, risiko akan dipindahkan kepada syarikat insurans dan jika berlaku
kerugian syarikat insurans akan membayar secara tunai sebagai pampasan.
Sebaliknya, takaful bukanlah kontrak jual-beli tetapi merupakan kontrak
keahlian atau penyertaan. Seseorang membayar sumbangan (tabarru’) untuk
menjadi ahli kumpulan dan oleh sebab itu, individu berkenaan berhak
mendapat faedah tertentu di bawah peraturan dana tersebut.
2.6 PERBEZAAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS
KONVENSIONAL (SAMB.)
3) PATUH SYARIAH

Takaful adalah berlandaskan syariah di mana ia adalah bebas dari unsur- unsur
gharar (ketidakpastian), maisir (judi) dan riba. Terdapat Majis Pengawasan Syariah yang
bertanggungjawab memastikan semua transaksi syarikat takaful adalah berpandukan
syariat Islam. Wang sumbangan takaful hanya dilaburkan di platfom patuh syariah.

Sebaliknya, insurans konvensional adalah haram di sisi Islam di mana ia melibatkan


unsur-unsur gharar, maisir dan riba. Tiada Majlis Pengawasan Syariah yang
memantau transaksi syarikat insurans tersebut. Manakala, wang premium dalam
insurans konvensional tidak wajib dilaburkan di platfom patuh syariah.
3.0 PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA
3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA

 Keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Malaysia pada bulan Jun 1972 telah memutuskan
bahawa insurans berbentuk konvensional adalah suatu kontrak yang tidak sah dan
keadaan ini telah banyak mempengaruhi kewujudan dan perkembangan industri takaful
pada ketika itu.

 Pada tahun 1982, Kerajaan telah memutuskan untuk menubuhkan pasukan petugas khas
bagi tujuan kajian pembangunan syarikat insurans berteraskan Islam di negara kita.

 Pasukan petugas ini telah mewujudkan Akta Takaful yang mula berkuatkuasa pada tahun
1984.

 Lanjutan itu, syarikat takaful yang pertama di Malaysia iaitu Syarikat Takaful Malaysia
Berhad (STMB) telah ditubuhkan pada bulan November 1984.
3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN TAKAFUL
DI MALAYSIA (SAMB.)
 Perkembangan industri takaful di Malaysia boleh dibahagikan kepada empat fasa utama:

I) FASA I (1984-1992)

• Ini merupakan tempoh pembangunan infrastruktur asas dengan penggubalan undang-


undang pengawal seliaan khusus iaitu Akta Takaful 1984 dan penubuhan satu pengendali
takaful iaitu Syarikat Takaful Malaysia Berhad.

II) FASA II (1993-2000)

• Dalam tempoh ini, elemen persaingan diperkenalkan secara beransur-ansur di mana satu
lagi lesen pengendali takaful diluluskan pada tahun 1993 bagi memasuki perniagaan iaitu
MNI Takaful Sdn. Bhd yang merupakan anak syarikat kepada Malaysia Nasional Insurance.
3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN PERKEMBANGAN
TAKAFUL DI MALAYSIA (SAMB.)

III) FASA III (2001- 2010)


• Tempoh ini bermula dengan pelaksanaan pelan induk sektor kewangan (PISK) pada tahun 2001.
PISK adalah pelan pembangunan yang berstruktur bagi industri takaful dengan memberi fokus
kepada pelan tindakan yang spesifik bagi membina kapasiti pengendali takaful serta memantapkan
rangka kerja pengawalan syariah dan perundangan.

• Ia juga bertindak sebagai ‘road map’ bagi merealisasikan aspirasi Malaysia untuk menjadi pusat
serantau bagi industri kewangan Islam. . Beberapa buah syarikat pengendali takaful telah ditubuhkan
dalam tempoh ini seperti Takaful Ikhlas, Hong Leong MSIG Takaful dan Prudential BSN Takaful.

 
3.1 SEJARAH PEMBENTUKAN DAN
PERKEMBANGAN TAKAFUL DI MALAYSIA (SAMB.)
IV) FASA IV (2011 - HINGGA KINI)
• Bank Negara Malaysia telah melancarkan Pelan Sektor Kewangan 2011-2020
pada 21 Disember 2011. Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 turut digubal
pada tahun 2013.

• Tempoh ini telah memperlihatkan perkembangan pesat pembangunan dan


persaingan dengan tertubuhnya beberapa buah syarikat pengendali takaful lagi
seperti AIA AFG Takaful dan Ammet Life Takaful.
3.2 PERTUMBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA PADA MASA KINI

 Industri takaful di Malaysia berada pada posisi kukuh untuk terus berkembang
selaras dengan perkembangan persekitaran prestasi ekonomi negara yang
dijangkakan bertambah kukuh daripada tahun ke tahun.

 Menurut agensi penarafan antarabangsa Fitch Ratings, industri takaful di


Malaysia terus mendapat tempat di pasaran insurans semasa berlakunya
penularan pandemik Covid-19 pada tahun 2020. Industri takaful keluarga
menguasai 38 peratus daripada pasaran insurans hayat domestik pada separuh
pertama 2020 berbanding 34 peratus pada tahun 2019, sementara takaful am
stabil pada 16 peratus daripada keseluruhan pasaran insurans am.
3.2 PERTUMBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA PADA MASA KINI (SAMB.)

 Walau bagaimanapun, industri takaful mencatatkan pertumbuhan rendah pada tahun 2020
berikutan penurunan caruman baharu akibat daripada larangan pergerakan berkaitan
pandemik Covid-19, kata agensi penarafan kredit tersebut.

 Pertumbuhan industri takaful Malaysia dijangka terus stabil pada tahun 2021, iaitu
didorong oleh inisiatif kerajaan serta sokongan daripada ekosistem kewangan Islam, kata
Fitch Ratings.

 Faktor-faktor lain termasuklah pertumbuhan ekonomi yang kukuh yang mana agensi
penarafan kredit itu mengunjurkan pada 6.7 peratus bagi tahun 2021, peningkatan
pendigitalan, kesedaran yang lebih tinggi dan kadar penembusan insurans hayat yang
rendah.
3.2 PERTUMBUHAN INDUSTRI TAKAFUL DI
MALAYSIA PADA MASA KINI (SAMB.)
 Fitch menjangkakan penembusan pasaran takaful akan terus meningkat, iaitu
dirangsang oleh inisiatif kerajaan untuk menyediakan bantuan kewangan kepada
kumpulan berpendapatan isi rumah 40 peratus terendah (B40) untuk membeli
perlindungan insurans dan takaful di bawah skim ‘Perlindungan Tenang’.

 Fitch berkata ekosistem kewangan Islam Malaysia yang rancak merangkumi


Bank Islam, syarikat patuh syariah, pengurus dana Islam dan industri halal turut
mencari produk takaful yang mana bancasurans (bancassurance) adalah salah
satu saluran pengedaran utama.
3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERKEMBANGAN
INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA
• Antara faktor-faktor yang menghalang perkembangan industri takaful di Malaysia adalah seperti
berikut:

1) KESEDARAN DALAM KALANGAN ORANG ISLAM

 Walaupun sistem perbankan Islam dan takaful telah lama bertapak di Malaysia, namun masih
terdapat sebahagian masyarakat Islam yang tidak prihatin dan bersikap sambil lewa untuk
melaksanakan urusan muamalat mereka dengan sistem yang berlandaskan syarak.

 Ini termasuk dalam hal untuk menguruskan risiko peribadi. Ekoran daripada keadaan ini, masih ada
orang Islam yang memilih untuk mengambil perlindungan insurans konvensional dan kekal
menyertainya sehingga ke akhir hayat. Malah ada segelintir orang Islam yang giat mempromosikan
insurans konvensional kepada orang Islam berbanding takaful.
3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG PERKEMBANGAN
INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA (SAMB.)
2) PENGETAHUAN

 Pengetahuan masyarakat yang rendah tentang ilmu dan maklumat yang berkaitan dengan
perlindungan takaful juga merupakan antara sebab mengapa perlindungan takaful tidak
menjadi pilihan dalam kalangan masyarakat.

 Satu kajian terhadap reputasi takaful secara global mendapati bahawa pengetahuan
pelanggan tentang takaful masih dianggap rendah kerana pemahaman yang minimum ke
atas kewangan Islam yang meliputi sektor perbankan dan insurans.

 Faktor pendidikan amat berkait rapat dengan permintaan takaful di mana semakin tinggi
tahap pendidikan seseorang individu maka semakin tinggi permintaan terhadap
perlindungan takaful.
3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG
PERKEMBANGAN INDUSTRI TAKAFUL DI MALAYSIA (SAMB.)
3) PRESTASI DAN KECEKAPAN PENGENDALI TAKAFUL

Kewujudan dua sistem perlindungan di Malaysia iaitu insurans konvensional dan takaful menyebabkan
pengguna sentiasa membuat perbandingan dalam usaha untuk memilih produk dan perkhidmatan yang
terbaik. Antara perbandingan yang sering dilakukan ialah dari segi prestasi, kecekapan operasi syarikat
dan perkhidmatan.

Berdasarkan kajian lepas, kecekapan pengurusan insurans konvensional adalah lebih baik berbanding
insurans Islam. Penanggung insurans konvensional mampu menawarkan perkhidmatan yang lebih baik
dari aspek keperluan perkhidmatan, perkhidmatan elektronik, reputasi dan keselesaan.

Selain itu, pengalaman, kepakaran dan kedudukan kewangan yang kukuh memberikan nilai tambah
kepada penanggung insurans konvensional untuk menarik masyarakat kepada sistem insurans
konvensional.
3.3 FAKTOR-FAKTOR YANG MENGHALANG
PERKEMBANGAN INDUSTRI TAKAFUL DI
MALAYSIA (SAMB.)
4) KEPELBAGAIAN PRODUK TAKAFUL

 Masyarakat juga berhadapan dengan pilihan produk takaful yang terhad kerana terdapat
sesetengah perlindungan tidak ditawarkan oleh pengendali takaful tetapi ditawarkan oleh
penanggung insurans konvensional.

 Malah terdapat juga produk yang seakan-akan sama dengan produk yang ditawarkan oleh
insurans konvensional dan menyebabkan masyarakat yang kurang berpengetahuan
menjadi keliru sekaligus merasakan insurans konvensional dan takaful adalah sama,
walaupun pada hakikatnya wujud perbezaan terutama dari aspek prinsip dan pelaksanaan .
4.0 KESIMPULAN

 Sejak mula diperkenalkan pada tahun 1984 di Malaysia, industri takaful telah mencapai kemajuan yang
memberangsangkan. Ia telah berkembang pesat untuk memenuhi keperluan umat Islam yang inginkan
satu pelan perlindungan risiko yang patuh syariah.

 Takaful telah berjaya menjadi alternatif kepada insurans konvensional yang mengandungi unsur-unsur
riba, gharar (ketidakpastian) dan maisir (judi). Industri takaful di Malaysia telah dapat bersaing dengan
insurans konvensional di mana ia merekodkan pertumbuhan yang lebih pesat berbanding insurans
konvensional.

 Pada masa kini, pelbagai produk takaful telah berjaya ditawarkan kepada masyarakat yang merangkumi
perlindungan harta benda, pendidikan, simpanan, perubatan, pelaburan, kesihatan dan sebagainya.
Sasaran bagi pasaran takaful tidak hanya terhad kepada orang Islam malah ia adalah terbuka juga
kepada orang bukan Islam.

Anda mungkin juga menyukai