perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Bahasa membantu kanak-kanak membentuk idea (Bruner,1983) Terdapat 3 konsep dalam perkembangan bahasa iaitu: i. Konsep pemerolehan bahasa (Language acquisition) ii. Konsep perkembangan bahasa (Language development) iii.Konsep pembelajaran bahasa (Language learning) Proses manusia memahami bahasa serta menghasilkan dan menggunakan perkataan dan ayat tersebut untuk berinteraksi. Perkembangan bahasa ialah satu proses yang bermula seawal kehidupan manusia. Bayi-bayi bermula tanpa bahasa, tetapi menjelang umur 4 bulan, bayi-bayi boleh mendiskriminasi bunyi bahasa dan mula membebel (babbling). Tiada kod genetik yang dapat membuatkan seorang kanak-kanak bercakap Inggeris atau Sepanyol atau Jepun. Manusia dilahirkan dengan keupayaan membuat 40 bunyi dan genetik manusia membenarkan otak membuat penyatuan antara bunyi dan objek, perbuatan, atau idea-idea. Ini membuatkan bunyi mempunyai makna. Kebolehan berbahasa adalah kebolehan semulajadi. Noam Chomsky adalah pelopor bagi perspektif ini. Beliau percaya bahawa kanak-kanak dilahirkan dengan struktur linguistik yang membolehkan mereka memperolehi bahasa. Oleh kerana pemerolehan bahasa adalah semulajadi, ianya sepatutnya berlaku pada tempoh masa tertentu. Kanak-kanak yang lewat memperolehi kebolehan berbahasa akan menghadapi masalah untuk memperolehinya di luar jangka waktu yang sepatutnya. Melihat perkembangan bahasa adalah daripada faktor luaran seperti peniruan dan rangsangan. B.F Skinner (1957), menyatakan pemerolehan bahasa adalah perlakuan yang dipelajari. Menurut perspektif ini ibu bapa merangsang perkembangan bahasa bayi dengan cara bertindak balas terhadap senyuman dan bunyi-bunyi bayi. Bahasa berkembang kepada yang lebih kompleks seperti bunyi > perkataan > ayat (tatabahasa/ fungsi) Mempertemukan 2 teori. Melihat faktor-faktor seperti persekitaran sosial, kematangan, biologi, dan kognitif memainkan peranan penting dalam perkembangan bahasa. Mengambil kira pendapat perspektif kognitif yang menyatakan kebolehan kanak-kanak memahami bahasa adalah berpunca daripada perkembangan kognitif. (bahasa mewakili pemikiran ) Mengambil kira pendapat perspektif sosial yang menyatakan bahasa adalah usaha untuk menjalinkan hubungan sosialisasi. Alat utama bagi sosialisasi di kalangan kanak-kanak adalah bahasa. (Vygotsky, 1962) Semasa lahir sehingga 6 bulan bayi akan membunyikan semua bunyi yang terdapat dalam semua bahasa dunia. Bunyi-bunyi yang dikeluarkan adalah bunyi- bunyi linguistik nurani. Ini kerana bayi sedang bermain-main dengan alat-alat ucapannya. Peringkat 6 bulan dan setahun pula bayi mula mengatur pertuturannya menurut pola sukukata yang lebih teratur pada umumnya berbentuk kv. Ucapan sukukata ini telah mula mempunyai intonasi menurun mahupun menaik. Semasa berusia lebih kurang setahun bayi mula memasuki peringkat holofrasa atau peringkat satu kata yang dianggap peringkat linguistik pertama. Bayi akan berkomunikasi menggunakan hanya satu sukukata sahaja dan ucapan holofrasa ini dapat ditafsirkan sebagai satu ayat atau frasa lengkap menurut ertinya atau fungsinya dalam komunikasi. Misalnya perkataan ‘kan’mungkin bermaksud itu ikan. Erti sebenarnya dapat di tafsirkan dengan merujuk kepada persekitarannya atau situasi pada waktu ujaran itu dituturkan. Biasanya ibu atau pengasuhlah yang lebih berjaya mentafsirkan apa yang dimaksudkan oleh bayi tadi. Apabila bayi berumur lebih kurang dua tahun munculah ucapan dua kata. Mula-mula kanak-kanak mengucapkan dua holofrasa dengan urutan yang sangat cepat sperti ‘kan’ ‘dik’ yang bermaksud ikan adik. Selepas ini muncullah ucapan dua kata sebenarnya iaitu seperti ‘ikan adik’ dan lain-lain. Peringkat ini bermula lebih kurang dua tahun atau dua tahun setengah. Kanak-kanak telah mula memakai elemen tatabahasa yang lebih rumit seperti awalan dan akhiran dalam pemerolehan bahasa Melayu tetapi ayat masih dalam bentuk telegram seperti “Letak atas meja”. Ketika berumur tiga dan empat tahun ayat yang diterbitkan lebih rumit dan kanak-kanak dianggap ‘bijak bercakap’. Jumlah bilangan perkataan yang mereka perolehi juga meningkat. Ketika berumur 4 atau 5 tahun kanak-kanak yang normal telah boleh menguasai elemen- elemen sintaksis bahasa ibundanya dan telah memiliki perlakuan (pemahaman dan penerbitan) yang memadai. Walaupun penbendaharaan kata masih kurang tetapi tumbuh dengan kecepatan yang menakjubkan. Perkembangan bahasa secara amnya berlaku secara berperingkat-peringkat, semakin berkembang menjadi bahasa yang difahami dan digunakan untuk tujuan komunikasi