Anda di halaman 1dari 5

JENIS JENIS

KEUTUHAN WACANA
1.Keutuhan semantik
2. Keutuhan leksikal
3. Keutuhan gramatikal 
4. Keutuhan fonologi
Keutuhan semantik
*jalinan makna di antara satu ayat dengan ayat lain atau
peranggan-perenggan lain

a)Hubungan sebab dan akibat - Dia sangat rajin. Dia cerdik


b)Hubungan sebab dan hasil -Dia sangat malas. Dia miskin

c) Hubungan sebab dan tujuan -Hassan berpakain kemas. Dia mahu


memikat amirah
d)Hubungan syarat dan hasil - Kita mesti rajin berusaha. Kerajinan
menjamin kejayaan.
e) Hubungan latar dan kesimpulan - Lagu itu sungguh enak didengar.
Sebenarnya M. Nair yang menciptanya.
f) Hubungan perbandingan - Hasnah cantik. Kakaknya lebih cantik
lagi
g) Hubungan sampingan - Saya sudah membuat kerja rumah. Saya
letih jadi saya ingin tidur
h) Hubungan memperkuat isi - Sungguh cantik gadis itu. Rambut ikal
mayang, berlesung pipit dan hidung
mancung.
Keutuhan fonologi
*dilihat dari segi hentian suara, nada suara dan intonasi suara.
Ini dapat menimbulkan hubungan semantik di antara wacana

O Intonasi suara amat penting sebagai penanda


dan pemisah frasa dan pembeza struktur ayat.
Contohnya:
a. Malaysia negara yang aman.
b. Negara yang aman, Malaysia. (ayat penyata)
c. Aman negara Malaysia ? (ayat tanya)
Keutuhan leksikal
*Hubungan wacana berdasarkan pemilihan dan
penggunaan perkataan yang sesuai dengan makna yang
ingin disampaikan

O i. Antonim: Pemuda harapan bangsa. Pemudi tiang negara


O ii. Sinonim: Ali seorang yang rajin. Kegigihannya belajar
membolehkan dia melanjutkan pelajaran ke universiti.
O iii. Hiponim: Dia menanam pokok melur, cempaka, bunga
raya dan bunga kertas di halaman rumahnya. Jadi halaman
rumahnya nampak indah dengan pokok-pokok bunga
tersebut.
O iv. Himonim: Bukit yang aku daki sebentar tadi sangat
tinggi. Aku berasa sangat letih kerana mengeluarkan
banyak peluh sehingga badanku dipeluhi dengan daki.
Keutuhan gramatikal
Wacana berkualiti mesti memperlihat hubungan
berdasarkan binaan tatabahasa. Ini dapat dilihat
daripada penggunaan penanda gramatik
O Kata hubung: menghubungkan di antara ayat dengan ayat atau perenggan dengan
perenggan yang lain.
i. Berfungsi sebagai penghuraian: Seterusnya, selain itu, pada sudut yang lain dan
sebaliknya.
ii. Berfungsi sebagai pengembangan idea: Seperti, dan, tetapi, oleh itu, kerana dan
dengan.
iii. Berfungsi sebagai penambahan: Sebelum, selepas, kemudian, berikutnya, pada
masa dan ketika itu

O Kata rujukan: kata yang boleh menggantikan sesuatu sama ada benda atau manusia.
i Kata ganti nama: Saya, dia, mereka, kami, kita, itu, ini dan siapa.

O Peleburan dan penggantian: untuk mengelakkan pengulangan terhadap sesuatu


maklumat daripada penyataan yang diberikan.
Contoh: Ali menendang bola dengan laju manakala Hassan menendang dengan
perlahan.

Anda mungkin juga menyukai