Anda di halaman 1dari 9

PENGENALAN AMAL JAMAIE

Amal Jamaie adalah di antara ciri utama Harakah Islamiyyah. Malahan, tanpanya
akan hilanglah kepaduan dan keseragaman di dalam tindakan harakah. Ia
mempunyai cirri-ciri tertentu yang membezakan dengan sebarang aktiviti
berkumpulan dan ianya hanya akan dapat dilakukan di dalam konteks sebuah
jamaah.

Perlu diberi penekanan bahawa amal jamaie adalah satu tuntutan syari’e khususnya
dalam gerakan da’wah dan perjuangan Islam seluruhnya. Firman Allah swt:

Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada
kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang
baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka
yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya. (Surah Ali Imran : 104)
HUKUM AMAL JAMAIE
Tuntutan terhadap amal jamaie tidak seharusnya dipandang ringan dengan melihat beberapa
penegasan yang telah diturunkan oleh syariat Allah sama ada melalui Al-Qur’an dan as-Sunnah dan
kaedah Usul Fiqh.

•1. Al-Qur’an

•Allah swt memerintahkan Nabi Muhammad saw supaya memberitahu manusia bahawa amal
jamaie itu adalah kerja nabi dan pengikutnya. Allah telah berfirman:
 
•Katakanlah (wahai Muhammad): "Inilah jalanku, aku dan orang-orang yang menurutku, menyeru
manusia umumnya kepada ugama Allah dengan berdasarkan keterangan dan bukti yang jelas
nyata. Dan aku menegaskan: Maha suci Allah (dari segala iktiqad dan perbuatan syirik); dan
bukanlah aku dari golongan yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain." (Surah Yusuf
: 108)
2. As-Sunnah

•Kita akan dapat melihat dengan jelasnya tuntutan sunnah supaya bekerja secara amal jamaie apabila
kita meneliti hadis berikut :

•Maksudnya: “seungguhnya syaitan itu serigala kepada manusia seperti serigala kambing jua. Ia
menangkap mana-mana kambing yang jauh dan terpencil. Maka kamu berjemaah dan bercampur
dengan orang ramai serta menghadiri masjid”.

•3. Kaedah usul Fiqh

•Kerja da’wah ini sangat besar, tidak mampu dilakukan secara individu dan tentulah ia
terlebih dahulu memerlukan usaha jamaie berdasarkan kaedah fiqh:

•Maksudnya: “sesuatu yang tidak sempurna yang wajib melainkan dengannya, maka ianya
juga menjadi wajib”.
AMAL JAMAIE
Amal jamaie dapat diertikan sebagai satu usaha secara berjemaah atau kegiatan yang lahir
bersumberkan dari satu jamaah yang teratur (berorganisasi) menurut dan menepati manhaj dan
skima tertentu menjurus ke arah matlamat yang tertentu.

Untuk penelitian yang lebih mendalam, perlulah dihuraikan beberapa anasir amal jamaie di
dalam pengertian tersebut iaitu:

1.      Amal yang diputuskan oleh jamaah.


2.      Jamaah yang munazzamah (teratur).
3.      Menurut manhaj yang tertentu dan kaedah-kaedah pencapainya.
4.      Untuk mencapai matlamat yang tertentu.
 1. Amal Yang Diputuskan Oleh Jamaah

•Amal yang dimaksudkan disini ialah semua kegiatan jamaah sama ada
luaran atau dalaman. Ia akan menjadi amal apabila diputuskan oleh jamaah
dan dilakukan di atas keputusan jamaah yang diberi mandate oleh jamaah
untuk membuat sesuatu keputusan.

•Sebahagian daripada amal jamaah diperingkat luaran ialah seperti


menerbitkan sebaran am, menulis majalah atau akhbar, mengadakan
perjumpaan, menziarahi orang-orang tertentu, mengadakan tunjuk perasaan
(demonstrasi), mengadakan kelas pelajaran dan lain-lain yang diterima oleh
syara’.
Syarat-syarat Amal Jamaie

• a)  Amal tersebut tidak disyaratkan kepada semua anggota jamaah agar terlibat sama, malah
mencukupi dengan dilakukan oleh sebahagian daripadanya sahaja. Walaupun demikian, dalam
semua keadaan amal yang dilakukan itu diputuskan oleh jamaah dan mendapat persetujuan
yang jelas dari jamaah.

• b)   Amal yang diputuskan itu hendaklah menepati syara’. Apabila amal itu diterima syara’,
maka tidak perlulah lagi dipertikaikan jenis, kadar, masa amal tersebut. Termasuk dalam amal
yang disyariatkan ialah semua amal yang diharuskan oleh syariat dalam keadaan darurat atau
yang diharuskan kerana rukhsah.

• c)  Amal yang diputuskan oleh jamaah mestilah disertakan dengan niat yang baik dan ikhlas
dan dilakukan semata-mata kerana Allah.

• d)   Amal yang dilakukan mestilah disertakan dengan muqarabah bkepada Allah, berjihad
melawan nafsu agar amal tersebut tidak ditulari oleh sifat-sifat syirik dan riya’.
2. Jamaah Yang Munazzamah (Teratur)

Jamaah yang membuat keputusan terhadap sebarang amal jamaie itu mestilah berada dalam satu tanzim
yang kemas, teratur dan berencana serta berstrategi, unsur ini merupakan suatu yang asasi dan dharuri
bagi mana-mana jamaah yang mempunyai matlamat tertentu. Tanpa tanzim, jamaah tidak akan berjaya
dalam gerak kerjanya. Terdapat beberapa aspek yang perlu wujud dalam jamaah munazzamah:

• a) Baiah: Iaitu janji taat setia ahli jamaah kepada pimpinan untuk taat dan hidup di atas landasan yang
      

ditentukan oleh jamaah dalam memperjuangkan Islam. Baiah hendaklah diberikan dengan kefahamn
yang jelas tentang setiap aspek jamaah dengan keyakinan yang tinggi dan disusuli dengan iltizam
kepada jamaah.

• b) Imarah: Kepimpinan merupakan cirri asas dalam jamaah Islam. Adanya baiah beerti adanya
      

kepimpinan. Dalam konteks sebuah jamaah, kepimpinan mestilah dipilih oleh jamaah dan ia mampu,
cekap dalam melaksanakan tugas serta amanah dalam mentadbir menurut lunas-lunas Islam.

• c) Ta’at: Bai’ah adalah untuk memastikan ketaatan kepada jamaah. Pendokong dan ahli jamaah wajib
      

mentaati pemimpin terutamanya dalam melakukan amal jamaie.

• d) Musyawarah: Pemimpin bertanggungjawab menjalankan syura kerana ia adalah tuntutan syara’


     

bagi menjamin perkembangan jamaah berjalan dengan baik.


3. Manhaj

•Manhaj ialah methodology atau kumpulan tindakan-tindakan atau perencanaan-perencanaan yang digunakan oleh
harakah Islamiyyah untuk mencapai matlamatnya. Ia mestilah dibentuk berlandaskan kepada sumber-sumber berikut:

• a)
       Al-Qur’an
• b)        Sunnah Rasulullah
• c)
       Sirah para sahabat
• d)       Pendapat fuqaha’
• e)
       pengalaman para duat.

•Perlu dijelaskan disini bahawa manhaj itu dibentuk berdasarkan kepada prinsip-prinsip berikut:

A) Berusaha sedaya upaya menyelaraskannya dengan kehendak-kehendak syara’. Pencapaian matlamat yang murni
hendaklah melalui jalan yang murni juga. Oleh itu, islam tidak menerima dasar matlamat menghalalkan cara.

b) Hendaklah bersesuaian dengan kemampuan jamaah dan suasana.


      

c) Bersedia untuk mengalami proses ubah suai jika keadaan memerlukan.


      

d) Dasar beransur-ansur dalam perlaksanaan.


     

e) Hazar dan waspada.


      
4. Matlamat

•Jamaah adalah satu wadah untuk mencapai dakwah. Amal jamaie sebagai satu
program pengembelingan tenaga kea rah menjayakan aspisari perjuangan suci ini sudah
tentu matlamatnya ialah untuk menegakkan Uluhiyyah Allah dengan mengajak
manusia mengabdikan diri kepadaNya.

Penutup

•Keperluan dan kepentingan bekerja secara amal Jamaie sebenarnya dapat dirasakan
apabila menceburkan diri dalam gerak kerja di dalam harakah Islamiyyah. Teori yang
tersebut di atas diharap dapat dipraktikkan dan bukan hanya bahan perbincangan
intelektual semata-mata dan sekadar mengisi ruang-ruang waktu kursus.

Anda mungkin juga menyukai