Anda di halaman 1dari 18

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

Jelaskan maksud helah bela diri dan


jenis-jenis helah bela diri yang positif
dan negatif
Pengenalan
Davidoff (1976)
 cara atau taktik seseorang memberi alasan tentang

sesuatu tindakannya, sedangkan alasan yang


diberikan itu bukan sebab yang sebenarnya.
 Mekanisme helah bela diri merupakan

perlindungan atau pembelaan diri terhadap sesuatu


perbuatan yang dilakukannya.
Pengenalan
 Defense mechanisme – proses yang biasa
dilakukan oleh seseorang secara tidak sedar dalam
penyesuaian untuk mengatasi kebimbangan,
konflik, tekanan jiwa, ego dan kemungkinan
ancaman yang dihadapi.
Kenapa perlu guna helah bela diri????

i. Ingin mengekalkan keseimbangan jiwa kerana tidak


siapa pun yang inginkan kehidupan yang susah.
ii. Cuba memutarbelitkan keadaan realiti yang sebenarnya.
iii. Takut menghadapi ancaman.
iv. Ingin menutupkan kelemahan yang ada.
v. Menggunakan masa tertentu bagi menyelesaikan sesuatu
masalah.
vi. Menjaga imej serta menunjukkan perasaan keegoan.
vii. Helah belah diri terbahagi kepada aktif dan pasif.
Helah bela diri aktif/positif
1. Rasionalisasi
 Digunakan untuk menutup atau melindungi
keadaan yang sebenarnya berlaku.
 Tekanan dapat dikurangkan kerana puncanya
secara rasional telah dijelaskan kepada orang
berkenaan.
 Tetapi, punca atau alasan tidak betul.
 Cth: murid yang gagal –beri alasan kepada
ayahnya bahawa soalan bertulis susah.
Helah bela diri aktif/positif
2. Sublimasi
 Bagi individu mencari cara lain yang dapat diterima

oleh masyarakat setelah impuls atau dorongan asal


terhadap sesuatu tidak diterima oleh masyarakat.
 Dianggap matang kerana seseorang berjaya
menyelesaikan konflik psikologi dgn
menyelesaikan konflik psikologi dengan mengganti
dorongan lain yang boleh diterima masyarakat.
 Cth: ssorg yg nak berhenti merokok, melibatkan diri

dlm sukan utk mengurangkan nafsu atau keinginan


trsebut.
Helah bela diri aktif/positif
3. Pemindahan
 Seseorang memindahkan sesuatu impuls daripada

objek asalnya kepada objek lain yang lebih senang


diterima oleh ego.
 Cth: seorang guru perempuan yang menghadapi

tekanan perasaan akibat dimarahi guru besar


mungkin melepaskan tekananitu dengan tidak tentu
arah kepada anak-anaknya di rumah.
Helah bela diri aktif/positif
4. Projeksi
 Dilakukan apabila seseorang tidak boleh menerima

kelemahan sendiri dan sebaliknya menyalahkan


orang klain.
 Cth: seorang pelajar yang tinggal di sebuah asrama

telah berlaku sombong dan tidak mahu berkawan


dengan pelajar di bilik sebelahnya dengan alasan
bahawa pelajar tersebut berlaku sombong
kepadanya.
Helah bela diri aktif/positif
5. Introjeksi
 Ingin mengidentifikasikan dirinya dengan orang

lain untuk mengatasi kekecewaan.


 Cth: seseorang yang berkawan dengan orang yang

berpangkat kerana mahu menumpang dari segi


taraf atau kedudukan orang itu
 Ia ingin menyerapkan ke dalam dirinya pengaruh

atau kedudukan serta ciri istimewa orang yang


didampingi itu.
Helah bela diri aktif/positif
6. Pembentukan Reaksi
 Dilakukan oleh seseorang individu yang

bertentangan dengan perasaan dan motif asal bagi


mengelakkan sebarang konflik yang akan timbul.
 Cth: seorang mahasiswa yang benci pada

pensyarahnya terpaksalah bermuka-muka berbuat


baik dengan pensyarah itu bagi menjaga hubungan
di antara pensyarah dengan mahasiswa.
Helah bela diri aktif/positif
7. Kompensasi
 Melakukan sesuatu aktiviti lain secara sedar

mengatasi kelemahan yang ada pada aktiviti asal


dan untuk mendapatkan kepuasan pada aktiviti atau
perbuatan baru.
 Cth: seorang lelaki yang bertubuh pendek tidak

diterima menjadi pramugara mungkin berusaha


untuk menjadi pelayan di sebuah hotel.
Helah bela diri aktif/positif
8. Fantasi
 Dilakukan secara berangan-angan atau berkhayal

terhadap sesuatu yang ingin dicapai


 Banyak dilakukan oleh remaja atau orang dewasa.

 Dilakukan sementara waktu sahaja terutamanya

ketika hendak tidur.


 Fantasi ini ada kebaikan & keburukan dr

perkembangan mental-emosi seseorang.


Helah bela diri aktif/positif
9. Agresi
 Mengeluarkan punca sesuatu kekecewaan yang

dialami.
 Dilahirkan melalui sesuatu permainan iaitu pemain

yang terlibat menendang atau menumbuk di antara


satu sama lain sekiranya berlaku
ketidakpuasan/kekecewaan semasa permainan itu
sedang berjalan.
Helah bela diri aktif/positif
10. Regresi
 Individu merosot kembali ke tahap perkembangan

personaliti seperti berkeadaan lama.


 Cth: seorang isteri yang dimarahi oleh suami dan ia

terus menangis dengan menghentak-hentakkan kaki


seperti budak kecil bagi mengatasi tekanan yang
dialami.
Helah bela diri pasif/negatif
1. Represi
 Dilakukan secara sengaja oleh individu bagi
melupakan sesuatu motif,ingatan,pengalaman
pahit dan tekanan yang berkecamuk dalam
fikirannya.
 Boleh berlaku secara normal semasa tidur atau
dalam mainan kanak-kanak.
 Cth: murid sengaja melupakan peristiwa guru
besar merotannya di hadapan perhimpunan murid.
Helah bela diri pasif/negatif
2. Penafian
 seseorang itu menyakinkan dirinya bahawa sesuatu

perkara itu tidak wujud untuk mengelakkan kerisauan.


 Sepatutnya ia menerima kelemahan yang ada pada

dirinya.
 Cth: seorang gadis menafikan yang kekasihnya telah

mati akibat satu kemalangan jalan raya dan


menganggap dia masih hidup.
 Penafian boleh menyebabkan kesan negatif-tetap

berlaku
Helah bela diri pasif/negatif
3. Penukaran
 Individu mengalami tekanan mental-emosi yang

hebat.
 Cth: seseorang itu berkata kpd ahli2 Koperasi

Kakitangan Sekolah bahawa dia tidak boleh menjadi


pengerusi dalam majlis mesyuarat tahunan kerana
suaranya tidak sedap. Jika disuruh,mungkin dia akn
membuatkan suaranya tidak sedap atau tidak
bersemangat bagi mengelakkan ia dilantik menjadi
pengerusi.
Kesimpulan
 Digunakan dalam kehidupan seseorang kerana….
i. megurangkan rasa risau
ii. Kebimbangan ego
iii. Melalui penggunaan helah bela diri-penyesuaian
dapat dibuat
iv. Hidup menjadi lebih stabil

Anda mungkin juga menyukai