Anda di halaman 1dari 18

Khulafa’ Ar Rasyidin

Abu Bakar as-Siddiq


Disediakan oleh:
SITI NUR ADIBAH BINTI
M.ANUAR
Pengenalan Pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin

• khalifah ialah orang yang memegang jawatan sebagai


ketua negara Islam
• tempoh pemerintahan 29 tahun (11-41 H)
• Khulafa Ar-Rasyidin ialah gelaran kepada 4 sahabat
yang memegang jawatan dalam negara selepas
kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu:
• khalifah Abu Bakar
• khalifah Umar Al-khattab
• khalifah Usman bin Affan
• khalifah Ali bin Abi Talib
• Khalifah membawa maksud pengganti,
kemudian ia digunakan kepada jawatan
ketua
• umum dalam pentadbiran urusan dunia
dan hal-ehwal agama selepas Rasulullah.
• Kerana itu kedudukan dan taraf seorang
khalifah dari segi kuasanya adalah sama
• sahaja seperti taraf Rasulullah. Setiap
orang hendaklah patuh kepada segala
perintahnya.
Riwayat Hidup
•Khalifah Abu Bakar (11-13H/ 632-634M)
•nama sebenar Abdullah bin Abi Quhafah
•lahir 2 tahun selepas kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
•keturunan Bani Tamim
•digelar As-Siddiq kerana mengakui kebenaran Nabi
Muhammad s.a.w. dalam peristiwa Israk dan Mikraj
•orang pertama memeluk Islam
•seseorang yang jujur, pekerti baik dan perangai yang terpuji
•wafat 23 jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan dimakamkan di
Madinah berhampiran dengan makam Rasulullah
BIODATA
Abu Bakar as-Siddiq (Arab: ‫ أبو بكر الصديق‬Abū Bakr
al-Siddīq) ialah khalifah pertama orang Muslim dari
tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar 
Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas 
pengislamannya, beliau menukar namanya
kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu
Bakar (daripada perkataan Arab Bakar yang
bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar
membiak unta. Beliau amat terkenal dengan
gelaran As-Siddiq (yang membenarkan). Nama
sebenar beliau ialah 
Abdullah ibni Abi Qahafah.
Kehidupan awal
Saidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan sahabat Nabi
Muhammad s.a.w. yang paling rapat sekali. Semasa Nabi
Muhammad s.a.w. berhijrah dari Makkah ke Madinah
 pada tahun 622, hanya beliau seorang yang mengikuti
Rasulullah s.a.w. tanpa ditemani oleh orang lain.
Rasulullah S.A.W mengahwini anak perempuan beliau
iaitu Saidatina Aishah tidak lama selepas penghijrahan ke
Madinah berlaku. Pernah menjadi kaya, dia juga
dikenangi kerana jasanya membebaskan beberapa hamba
yang beragama Islam daripada tuan mereka yang kafir
termasuklah Bilal Bin Rabah. Beliau juga merupakan salah
seorang Muslim yang pertama sekali memeluk Islam.
• Beliau seorang yang jujur, berbudi pekerti, adil, tegas dan
memiliki sifat yang terpuji. Dilahirkan 2 tahun selepas
kelahiran Rasulullah S.A.W.
• Beliau mendapat gelaran as-Siddiq kerana sentiasa
membenarkan setiap perkataan dan tindakan Rasulullah
S.A.W. Peristiwa yang membawa kepada gelaran ini ialah
apabila berlakunya peristiwa Isra dan Mi'rajyang telah
dialami oleh Rasulullah S.A.W. Apabila orang ramai
mengatakan baginda berdusta, malah ada dikalangan
sahabat yang ragu-ragu tentang peristiwa tersebut, Saidina
Abu Bakar menjadi orang pertama membenarkan dan
mempercayai peristiwa tersebut dengan penuh keyakinan
tanpa ragu-ragu.
Menjadi khalifah pertama
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda
mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan 
solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad
s.a.w., Rasulullah s.a.w. tidak menetapkan seseorang
sebagai pengganti selepas kewafatan baginda

sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan 


Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah
 bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada
perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi
khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat
tentangan daripada beberapa orang yang ingin
melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah
 kerana Saidina Ali merupakan menantu dan
sepupu Rasulullah s.a.w. Golongan Syiah yang
merupakan golongan daripada keluarga Bani
Hashim menentang perlantikan Saidina Abu Bakar.
Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib
membaihkan Saidina Abu Bakar. Ada pendapat
mengatakan bahawa Saidina Ali Abi Talib hanya
membaihkan Saidina Abu Bakar selepas enam
bulan.
• Setelah saidina Abu Bakar dipilih sebagai
Khalifah Rasulallah s.a.w. maka beliau
menyampaikan ucapannya yang pertama
kepada orang ramai:

• "…..Saudara-saudara sekalian, saya sudah


terpilih untuk memimpin kamu semua, dan
saya bukanlah orang yang terbaik diantara
kamu sekalian. Kalau saya berlaku baik
bantulah saya, kalau anda sekalian melihat
saya salah, maka luruskanlah. Kebenaran
adalah suatu amanah, dan dusta adalah
pengkhianatan.
• Orang yang lemah diantara kamu adalah kuat
dipandangan saya, sesudah haknya saya
berikan kepadanya, Insya Allah. Orang yang
kuat diantara kamu adalah lemah
dipandangan saya , sehingga saya terpaksa
menarik kembali hak daripadanya, Insya
Allah ! Janganlah ada seseorang dari anda
sekalian yang mau meninggalkan jihad.
• Apabila sesuatu kaum telah meninggalkan
jihad (perjuangan dijalan Allah), maka Allah
akan menimpakan kehinaan kepadanya.
• Apabila kejahatan sudah meluas pada sesuatu
golongan, maka Allah akan menyebarkan
bencana kepada mereka.
• Ikutlah saya selama saya taat kepada perintah
Allah dan RasulNya. Tetapi apabila saya
melanggar (perintah) Allah dan RasulNya
maka tidak wajib anda sekalian mentaati saya.
Marilah kita solat, semoga Allah memberi
Rahmat kepada anda sekalian."
Peperangan Islam-Riddah
Masalah mula timbul apabila Saidina Abu Bakar dilantik
menjadi khalifah. Masalah ini mengugat kestabilan dan
keamanan kerajaan Islam. Banyak puak-puak Arab
 memberontak dan menentang khalifah. Sesetengah
daripada mereka enggan membayar zakat manakala ada
pula yang kembali kepada menyembah berhala dan
mengikut tradisi lama mereka. Puak-puak ini mendakwa
bahawa mereka hanya menurut perintah Rasulullah s.a.w.
dan memandangkan Rasulullah s.a.w. telah wafat maka
mereka tidak perlu lagi mengikut ajaran Islam dan mereka
telah bebas.
Saidina Abu Bakar menegaskan bahawa mereka bukan
sahaja menyatakan taat sembah kepada seorang
pemimpin malah mereka kini tergolong dalam
golongan Muslim. Ada diantara mereka mendakwa
bahawa mereka ialah nabi dan rasul. Bagi
menumpaskan penghinaan dan perbuatan murtad ini
maka Saidina Abu Bakar melancarkan perang terhadap
golongan yang digelar golongan Riddah. Hal ini
merupakan permulaan siri Peperangan Islam-Riddah.
Antara orang yang mengaku menjadi nabi ialah 
Musailamah al-Kazzab. Khalid Al-Walid berjaya
menumpaskan Musailimah dalam suatu pertempuran.
[2
Ekspedisi ke Utara
Selepas berjaya mengurangkan golongan riddah, Saidina
Abu Bakar mula menghantar panglima-panglima perang
Islam ke utara untuk memerangi Byzantine (Rom Timur)
dan Empayar Parsi. Khalid Al-Walidberjaya menawan Iraq
 dalam hanya satu kempen ketenteraan. Beliau juga
menempuh kejayaan dalam beberapa ekspedisi ke Syria.
Menurut seorang orientalis Barat, kempen Saidina Abu
Bakar hanyalah sebuah lanjutan daripada Perang Riddah.
Hal ini jelas salah memandangkan kebanyakan
golongan riddah terletak di selatan Semenanjung Arab dan
bukannya di utara.
Pengumpulan al-Quran
Menurut ahli sejarah Islam, selepas siri 
Peperangan Islam-Riddah ramai orang yang mahir
menghafaz al-Quran terbunuh. Saidina Umar Al-
Khatab (khalifah yang berikutnya) meminta
Saidina Abu Bakar untuk mula menjalankan
aktviti pengumpulan semula ayat-ayat al-Quran[3]
. Saidina Uthman Affan kemudiannya
melengkapkan aktiviti pengumpulan al-Quran
semasa beliau menjadi khalifah.
Kewafatan Saidina Abu Bakar
• Saidina Abu Bakar wafat pada 23 Ogos 634 di Madinah iaitu
dua tahun selepas menjadi khalifah. Ada dua pendapat
mengenai sebab kematian Saidina Abu Bakar. Ada yang
mengatakan disebabkan keracunan dan ada pula yang
mengatakan Saidina Abu Bakar meninggal dunia secara
biasa. Sebelum kewafatannya, Saidina Abu Bakar mengesa
masyarakat menerima Saidina Umar Al-Khatab 
sebagai khalifah yang baru.
• Saidina Abu Bakar dikebumikan di sebelah makam Nabi
Muhammad s.a.w. di Masjid an-Nabawi yang terletak di 
Madinah.
Sumbangan Saidina Abu Bakar

Saidina Abu Bakar walaupun hanya memerintah selama


dua tahun (632-634), tetapi beliau banyak menyumbang
terhadap perkembangan Islam. Beliau berjaya
menumpaskan golongan Riddah yang ada diantaranya
murtad dan ada diantaranya mengaku sebagai nabi.
Beliau juga mula mengumpulkan ayat-ayat al-Quran dan
beliau juga berjaya meluaskan pengaruh Islam.

Anda mungkin juga menyukai