Anda di halaman 1dari 17

Pernikahan dalam

Islam
Oleh :
Moh. Basthomi Alwan, M. Pd. I.
Perumpamaan
Suami Istri dalam Al Qur’an

1. Pasangan hidup (QS. Ar Rum : 21 )


‫ ومن ايته ان خلق لكم من انفسكم ازواجا لتسكنوا اليها‬...
“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan Allah, adalah diciptakan
pasangan dari jenismu, agar kamu merasa tentram…..

2. Ladang dan benih (QS. Al Baqarah : 223 )


‫نسائكم حرث ّلكم‬...
“istri-istrimu adalah ladang bagimu…..
3. Pakaian (QS. Al Baqarah : 197)
ّ‫ هنّ لباس ّلكم وانتم لباس ّلهن‬...
“ mereka (suami/istri) adalah pakaian bagimu, dan kamu adalah
pakaian bagi mereka….”

4. Pemimpin dan ‘bawahan’(QS. An Nisa: 34 )


‫قوامون على ال ّنساء‬
ّ ‫الرجال‬
ّ ...
“kaum lelaki adalah pemimpin bagi perempuan….”
HADITS NABI
“Wahai para pemuda, barangsiapa sudah
memiliki kemampuan untuk menafkahi,
maka hendaknya ia menikah, karena
menikah dapat meredam keliaran
pandangan, pemelihara kemaluan.
Barangsiapa yang belum mampu,
hendaknya ia berpuasa, sebab puasa
adalah sebaik-baik benteng diri.” (HR.
Bukhari-Muslim)
PENGERTIAN AKAD NIKAH
 secara bahasa : akad = membuat simpul, perjajian,
kesepakatan; akad nikah = mengawinkan wanita.

 secara syar’i : Ikrar seorang pria untuk


menikahi/mengikat janji seorang wanita lewat perantara
walinya, dengan tujuan
a) hidup bersama membina rumah tangga sesuai
sunnah Rasulullah saw.
b) memperoleh ketenangan jiwa.
c) menyalurkan syahwat dengan cara yang halal
d) melahirkan keturunan yang sah dan shalih.
Hukum Pernikahan
 Sunnah bagi orang-orang yang telah berkeinginan untuk menikah, telah pantas
untuk menikah dan dia telah mempunyai perlrngkapan untuk melangsungkan
perkawinan.
 Makruh bagi orang-orang yang belum pantas untuk menikah, belum berkeinginan
untuk menikah, sedangkan perbekalan untuk perkawinan juga belum ada. Begitu
pula ia telah mempunyai perlengkapan untuk perkawinan, namun fisiknya mengalami
cacat impoten, berpenyakitan tetap, tua Bangka dan kekurangan fisik lainnya.
 Wajib bagi orang-orang yang telah pantas untuk menikah, berkeinginan untuk
menikah dan memiliki perlengkapan untuk menikah, ia khawatir akan terjerumus ke
tempat maksiat kalau ia tidak menikah.
 Haram bagi orang-orang yang tidak akan dapat memenuhi ketentuan syara’ untuk
melakukan perkawinan atau ia yakin perkawinan itu tidak akan memcapai tujuan
syara’, sedangkan dia meyakini perkawinan itu akan merusak kehidupan
pasangannya.
 Mubah bagi orang-orang yang pada dasarnya belum ada dorongan untuk menikah
dan perkawinan itu tidak akan mendatangkan kemudaratan apa-apa kepada
siapapun.
Syarat & Rukun Nikah

 Rukun Nikah

1. Mempelai laki-laki
2. Mempelai Wanita
3. Wali (nasab, hakim,)
4. Shighat Nikah
Ijab-Qabul

 Islam menjadikan Ijab (pernyataan wali dalam


menyerahkan mempelai wanita kepada mempelai
pria) dan
 Qabul (pernyataan mempelai pria dalam menerima
ijab) sebagai bukti kerelaan kedua belah pihak.
 Al Qur-an mengistilahkan ijab-qabul sebagai
miitsaaqan ghaliizhaa (perjanjian yang kokoh)
sebagai pertanda keagungan dan kesucian,
disamping penegasan maksud niat nikah tersebut
adalah untuk selamanya.
Istilah-istilah dalam Pernikahan
 Thalaq :melepaskan ikatan perkahwinan atau perpisahan antara
suami dengan isteri melalui lafaz talak atau lain-lain. " Aku ceraikan
engkau "
 Talak Bid’ad, iaitu suami menjatuhi talak kepada isterinya dengan
tidak mengikut peraturan seperti, menceraikan isterinya ketika haid
atau nifas, atau menceraikan isteri dengan talak tiga sekaligus.
 Talak satu    
Suami menceraikan isterinya dengan talak satu. Semasa idah ,
suami boleh merujuki isterinya kembali
Talak dua    
Suami menceraikan isterinya dengan talak dua sekaligus atau
penceraian yang berlaku pada kali kedua. Ketika idah suami boleh
merujuki isterinya kembali
Talak tiga    
Seorang suami yang menceraikan isterinya dengan talak tiga
sekaligus atau penceraian yang berlaku kali ketiga. Apabila
seorang isteri telah dicerai dengan talak tiga, bekas suaminya tidak
boleh merujuki kembali atau berkahwin semula dengan bekas
isterinya, melainkan isterinya itu berkahwin dengan lelaki lain dan
telah disetubuhi, kemudian dicerai, dan tamat tempoh idahnya
RUJU’
 Ruju’ : berarti kembali, suami mengambil kembali isteri yang
dicerai ke pangkuannya.
( Surah al-Baqarah : Ayat 228 )
…Dan suami-suami berhak merujuki isteri-isteri mereka dalam
tempoh tersebut sekiranya mereka mahu berdamai….
 Seorang suami boleh merujuki bekas isterinya setelah dicerai
denga talak satu atau talak dua. Sekiranya suami menceraikan
isterinya dengan talak tiga tetapi ingin kembali kepada bekas
isterinya semula, mereka hendaklah dinikahkan dengan akad
nikah yang baru, dengan syarat perempuan

 elah habis idah daripada bekas suaminya yang lain.


 Suami boleh rujuk isterinya hanya semasa dalam tempoh idah
raj’i sahaja. Lafaz rujuk boleh dilakukan secara terus terang
atau secara sindiran
FASAKH
 Fasakh : ialah membatalkan ikatan perkahwinan melalui kuasa kadi
dengan sebab-sebab tertentu tanpa ucapan talak. Kedua-dua pasangan
suami isteri tidak sanggup lagi untuk meneruskan perkahwinan,dan
sekiranya diteruskan juga, ia boleh menyebabkan keruntuhan
rumahtangga.
 Isteri boleh menuntut fasakh daripada suaminya di Mahkamah Syariah
jika berlaku beberapa perkara, antaranya:

    * Suami tidak bertanggungjawab menanggung nafkah zahir atau


nafkah batin.
    * Suami menghilangkan diri tanpa berita setelah sekian lama.
    * Suami tidak berlaku adil terhadap isteri-isterinya (sekiranya suami
beristeri lebih daripada satu).
    * Suami menghidap penyakit merbahaya yang sukar untuk diubati.
    * Suami tidak taat pada ajaran Islam dan suka melakukan perkara-
perkara maksiat.
    * Suami telah melakukan kezaliman ke atas dirinya (diri isteri) , seperti
memukul dan sebagainya.
KHULU’
 Khulu’ : penceraian di antara suami dan isteri dengan cara
tebus talak, iaitu isteri dengan cara tebusan sebagai ganti rugi
atau memulangkan kembali mahar dan yang telah dipersetujui
oleh kedua-dua pihak. Hukum melakukan khuluk ialah harus. Ia
boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, sama ada waktu
suci atau waktu idah.
 kebiasaannya khuluk adalah kehendak dan kemahuan isteri
walapun suami tidak berniat untuk menceraikannya.
Penceraian yang berlaku kerana tebus talak, suami tidak boleh
rujuk dan tidak boleh menambah talak sewaktu idah kecuali
dibolehkan berkahwin dengan bekas isterinya dengan akad
baru.
 Al-Qur’an: “Tidak halal bagi kamu mengambil semula apa-apa
yang telah diberikan kepada mereka sedikit pun, kecuali kedua-
dua suami Misteri, takut tidak dapat menjalankan hukum Allah.
Jika kamu ( wali-wali ) khuatir mereka tidak dapat menjalankan
hukum Allah, maka kedua-duanya tidak berdosa tentang apa-
apa bayaran ( tebus talak ) yang dibayarnya "
NUSYUZ
 Nusyuz ialah isteri yang derhaka atau ingkar kepada suami tanpa alasan
yang munasabah mengikut hukum syarak.
 Sebab-sebab terjadinya nusyuz ialah:
    * Isteri keluar dari rumah tanpa pengetahuan atau tanpa izin daripada
suaminya.
    * Isteri menolak ajakan suami ke tempat tidur.
    * Isteri bersikap kasar terhadap suaminya.
    * Isteri tidak mengikut perintah suami yang tidak bertentangan dengan
ajaran Islam.
 Akibat daripada perbuatan nusyuz ialah:
   * Isteri hilang haknya sebagai isteri.
    * Suami tidak lagi bertanggungjawab memberi nafkah kepadanya.
    * Isteri tidak berhak mendapat layanan dan keadilan daripada suaminya.
    * Isteri tidak boleh membuat tuntutan daripada suaminya.
 Cara memukul yang diharuskan ialah:
   * Tidak keterlaluan sehingga boleh mencederakannya.
    * Tidak memukul di bahagian-bahagian yang sensitif.
    * Memukul dengan tujuan untuk mengajar dan menginsafkannya.
    * Memukul dengan menggunakan alat yang tidak berbahaya.
LI’AN
 Li’an : saling melaknat yang terjadi di antara dua orang atau lebih
 Sumpah dengan redaksi tertentu yang diucapkan suami bahwa isterinya
telah berzina atau ia menolak bayi yang lahir dari isterinya sebagai anak
kandungnya, dan kemudian sang isteri pun bersumpah bahwa tuduhan
suaminya yang dialamatkan kepada dirinya itu bohong.
 Kekuatan Hukum Li’an
Apabila suami isteri melakukan mula’anah atau li’an, maka berlakukan
pada keduanya hukum-hukum berikut ini :
 1. Keduanya harus diceraikan, berdasarkan hadist:
Dari Ibnu Umar r.a , ia berkata, “Nabi saw memutuskan hukum di antara
seorang suami dan isteri dari kaum Anshar, dan menceraikan antara
keduanya.”
 2. Keduanya haram ruju’ untuk selama-lamanya.
Dari Sahl bin Sa’d ra, ia berkata, “Telah berlaku sunnah Nabi saw
tentang suami isteri yang saling bermula’anah di mana mereka
diceraikan antara keduanya, kemudian mereka tidak (boleh) ruju’ buat
selama-lamanya.”
 3. Wanita yang bermula’anah berhak memiliki mahar
 4. Anak yang lahir dari isteri yang bermula’anah, harus diserahkan
kepada sang isteri (ibunya).
 5. Isteri yang bermula’anah berhak menjadi ahli waris anaknya dan
begitu juga sebaliknya.
DZIHAR
 Dzihar : ucapan seorang lelaki kepada istrinya “kamu seperti
punggung ibuku”. Akan tetapi maknanya secara asli adalah
menyamakan punggung dengan punggung.
 diharamkan bersetubuh dengan istri selagi belum membayar kafârah
dzihâr.
 Orang-orang yang menzhihar isterinya di antara kamu, (menganggap isterinya
sebagai ibunya, padahal) Tiadalah isteri mereka itu ibu mereka. ibu-ibu mereka
tidak lain hanyalah wanita yang melahirkan mereka. dan Sesungguhnya mereka
sungguh-sungguh mengucapkan suatu Perkataan mungkar dan dusta. dan
Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. 3. Orang-orang yang
menzhihar isteri mereka, kemudian mereka hendak menarik kembali apa yang
mereka ucapkan, Maka (wajib atasnya) memerdekakan seorang budak sebelum
kedua suami isteri itu bercampur. Demikianlah yang diajarkan kepada kamu,
dan Allah Maha mengetahui apa yang kamu kerjakan. 4. Barangsiapa yang
tidak mendapatkan (budak), Maka (wajib atasnya) berpuasa dua bulan berturut-
turut sebelum keduanya bercampur. Maka siapa yang tidak Kuasa (wajiblah
atasnya) memberi Makan enam puluh orang miskin. Demikianlah supaya kamu
beriman kepada Allah dan Rasul-Nya. dan Itulah hukum-hukum Allah, dan bagi
orang kafir ada siksaan yang sangat pedih.

IDDAH
Iddah: ialah masa menunggu yang telah ditetapkan oleh syarak ke atas
seorang perempuan yang dicerai oleh suaminya sama ada cerai hidup atau
cerai mati.
 Sebab-sebab disyaratkan idah ialah:
    * Memberi peluang kepada suami untuk merujuki bekas isterinya jika
dalam idah raj’i.
    * Sebagai masa berkabung bagi isteri yang telah kematian suami.
    * Memberi peluang kepada isteri membuat persediaan untuk memulakan
penghidupan yang baru.
    * Untuk memastikan rahim isteri bersih dan bebas daripada benih  (zuriat)
bekas suaminya.
 Tempoh Idah
Bagi isteri yang dicerai oleh suaminya:
    * Tiga kali suci daripada haid bagi perempuan yang belum putus haid.
    * Tiga bulan bagi perempuan yang telah putus haid.
    * Tidak ada idah bagi isteri yang belum disetubuhi oleh suaminya.
    * Jika perempuan itu hamil, idahnya setelah melahirkan anak.
Bagi isteri yang kematian suami:
    * Empat bulan sepuluh hari bagi perempuan yang tidak hamil.
    * Setelah melahirkan anak, jika perempuan itu hamil.
Keadaan Isteri Ketika Idah Raj'i
    * Suami boleh rujuk kembali jika bercerai talak satu atau talak dua.
    * Suami bertanggungjawab menanggung segala segala nafkah hidupnya
( nafkah zahir ).
Hikmah Pernikahan
 Demikian pula dalam nikah, terdapat beberapa hikmah
dan maslahat bagi pelaksananya :
1. Sarana pemenuh kebutuhan biologis (QS. Ar Ruum :
21) “Dan persetubuhan salah seorang di antara kamu
(dengan istrinya) adalah sedekah ( Hadits)
2. Sarana menggapai kedamaian & ketenteraman jiwa
(QS. Ar Ruum : 21)
3. Sarana menggapai kesinambungan peradaban manusia
(QS. An Nisaa’ : 1, An Nahl : 72), menikah adalah
melahirkan anak-anak yang salih, berkualitas iman dan
takwanya, cerdas secara spiritual, emosional, maupun
intelektual
Rasulullah berkata : “Nikahlah, supaya kamu berkembang
menjadi banyak. Sesungguhnya saya akan
membanggakan banyaknya jumlah ummatku.” (HR.
Baihaqi)
4. Sarana untuk menyelamatkan manusia dari dekadensi
moral. “Wahai saudaraku, istriku adalah yang memasak
masakan untukku, mencuci pakaian-pakaianku,
menunaikan hajat-hajatku, menyusui anak-anakku. Jika
beberapa kali ia berbuat tidak baik kepada kita, janganlah
kita hanya mengingat keburukannya dan melupakan
kebaikannya.”
5. memotivasi semangat ibadah, pasangan suami-istri
saling mengingatkan kesalahan dan kealpaan,.”

Anda mungkin juga menyukai