Anda di halaman 1dari 15

KEPUASAN KERJA

KONSEP KERJA

Konsep kerja dalam Islam berasal daripada perkataan arab (‘amala dan
kasb) yang bermaksud kerja atau usaha yang dilakukan oleh manusia.
Kepuasan kerja dalam Islam menekankan kepada keseimbangan antara
kepuasan rohani dan jasmani. Ini kerana muslim yang berpuas hati
telah memperolehi kejayaan di dunia dan juga di akhirat yang
dikatakan sebagai al-falah.
(Surah al-baqarah).
KEPUASAN KERJA

Kepuasan kerja ada timbal balik antara nilai diri dan ganjaran
yang diperoleh. Islam melihat kepuasan kerja bermula dengan
konsep bekerja sebagai ibadah, menunaikan tugas khalifah
Allah S.W.T. Di bumi dan melaksanakan amanah.
KERJA SEBAGAI IBADAH

• Kerja sebagai ibadah menggambarkan sikap tanggungjawab seseorang pekerja


terhadap diri, bangsa, agama dan negaranya. Gabungan elemen-elemen inilah
yang akan membawa seseorang itu mendapat keredhaan dari Allah S.W.T. Dan
akan memberi kepuasan bekerja kepada individu muslim kerana ia bertepatan
dengan matlamat kejadian manusia itu sendiri seperti firman Allah :

• ‘Tidak aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadah (mengabdikan diri
kepada Allah). (Al-zariyat, ayat 56)
DEFINISI

• Kepuasan kerja boleh didefinisikan sebagai satu keseronokan atau


perasaan positif hasil daripada nilaian sesuatu kerja atau pengalaman
kerja. Perasaan ini timbul daripada persepsi setiap pekerja yang
menggambarkan nilai-nilai sebenar kerja mereka di dalam situasi
kerja. (Ramli, 2000)
• Kepuasan kerja juga melibatkan interaksi antara pekerja dengan
pekerjaannya. (Ahmad Jawaher, 2000).
KEPUASAN KERJA VS PRESTASI KERJA

• Aspek kepuasan bekerja menjadi topik penting dalam bidang


psikologi industri dan organisasi.
• Laura Koppes (2014) yang disokong oleh Faudziah (2012) telah
menyatakan bahawa terdapat korelasi yang signifikan antara
kepuasan bekerja dengan prestasi kerja. Prestasi kerja akan
meningkatkan kepuasan kerja secara langsung melalui peningkatan
ganjaran. Malah, prestasi kerja juga boleh diramalkan dengan baik
oleh kepuasan kerja.
KEPUASAN KERJA VS GANJARAN

• Musfi Efrizal (2011) melihat kepuasan kerja sebagai keadaan emosional pekerja
terhadap balasan yang diterima hasil daripada titik peluh yang dicurahkan
kepada pekerjaan tersebut. Balasan yang diberikan tersebut tidak kira sama ada
berbentuk kewangan atau bukan kewangan.
• Menurut Ahmad Jawahir (2009) kajian yang bersangkutan dengan kepuasan
kerja telah bermula di Amerika Syarikat pada tahun 1920-an. Faktor kepuasan
kerja muncul apabila individu ingin diberikan pengiktirafan, meningkatkan
pencapaian diri (self achievement) dan membina status diri
TEORI DUA FAKTOR

• Teori kepuasan kerja dua faktor oleh Frederick Hezberg telah dikemukakan pada
tahun 1959 (Stoner 1989 dalam Che Pauziah 2001) sesuai digunakan dalam
kajian ini. Faktor pertama disebut sebagai faktor pendorong (motivator). Ia
berkaitan dengan perasaan positif terhadap kerja dan perkara-perkara yang
berkaitan dengan kerja seperti pengiktirafan, pencapaian, pekerjaan yang
bermakna, penghormatan, perkembangan dan pertumbuhan individu itu sendiri.
TEORI DUA FAKTOR
• Faktor kedua dikenali sebagai faktor hygiene. Ini merujuk kepada persekitaran kerja itu sendiri.
Sekiranya faktor ini wujud ia akan memberi kepuasan kerja jika ia tidak wujud menyebabkan
ketidakpuasan dalam kerja. Elemen yang menjadi faktor penentu utama kepada ketidakpuasan
kerja ialah polisi dan pentadbiran organisasi, penyeliaan terhadap pekerja dan gaji yang
diberikan. Selain itu, perhubungan dengan rakan sebaya merujuk kepada interaksi di antara satu
sama lain dalam organisasi juga menjadi faktor kepada ketidakpuasan kerja. Terdapat juga faktor
suasana tempat kerja yang meliputi kawalan fizikal dan kemudahan yang disediakan untuk
menjalankan sesuatu pekerjaan memberi implikasi kepada kepuasan kerja. Status dan pangkat
seseorang di dalam organisasi juga diambil kira sebagai penentu kepada kepuasan kerja. Faktor
terakhir ketidakpuasan kerja ialah jaminan pekerjaan dan keselamatan yang merangkumi
kebajikan sebagai seorang pekerja.
• https://ilmumanajemenindustri.com/teori-dua-faktor-herzberg-teori-motivator-hygiene/
TEORI DUA FAKTOR

• Sebagai kesimpulannya, faktor pendorong mampu memenuhi


keperluan psikologi pekerja sehingga memberi kepuasan kerja kerana
terdapat keperluan untuk berkembang (self actualization) dan
pencapaian diri (self achievement). Manakala faktor hygiene
memenuhi keperluan fizikal dan boleh menyebabkan ketidakpuasan
kerja berdasarkan fakta terdapat keperluan pekerja untuk mengelak
kepada perkara yang tidak seronok.
KEPUASAN KERJA GURU
KAITAN ANTARA KEPUASAN KERJA, SIKAP
TERHADAP GANJARAN KEWANGAN DAN
KEINGINAN UNTUK BERHENTI SECARA
SUKARELA:
• Keputusan ujian statistik ini menunjukkan bahawa sikap positif terhadap ganjaran kewangan
berupaya menghalang pekerja yang mempunyai kepuasan kerja intrinsik yang tinggi untuk
berhenti kerja secara sukarela. Manakala, sikap positif terhadap ganjaran kewangan tidak
berupaya untuk menghalang pekerja yang mempunyai kepuasan kerja ekstrinsik yang tinggi
untuk berhenti kerja secara sukarela. Dapatan kajian mengesahkan bahawa sikap terhadap
ganjaran kewangan hanya bertindak sebagai pemboleh ubah penyederhana separa dalam model
kepuasan kerja di organisasi kajian
• File:///C:/users/MOE/downloads/jurnalteknologi2012.Pdf
TAHAP KEPUASAN KERJA DAN KOMITMEN ORGANISASI
DALAM KALANGAN GURU KOLEJ VOKASIONAL:
PENDEKATAN STRUCTURAL EQUATION MODEL

• Kajian mendapati bahawa peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan rakan
sekerja dengan ketara mempengaruhi kepuasan kerja guru. Kajian ini juga mengesahkan bahawa
terdapat hubungan yang signifikan di antara kepuasan kerja dan komitmen kerja. Secara
keseluruhannya, hasil kajian ini menunjukkan bahawa guru-guru berpuas hati dalam melakukan
pekerjaan, dan ini bermaksud peluang kenaikan pangkat, beban kerja dan hubungan dengan
rakan sekerja perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya kerana ianya ketara memberi kesan
kepada tahap kepuasan kerja di kalangan guru. (Fatimah binti Afendi, 2014)
• Http://eprints.Uthm.Edu.My/id/eprint/7084/1/FATIMAH_BINTI_AFFENDI_24.Pdf
RUJUKAN

• FILE:///C:/USERS/MOE/DOWNLOADS/2089-5531-1-SM.PDF
• HTTP://
WWW.KKLEJ.EDU.MY/V3/FILES/INOVASI_PENYELIDIKAN/FAKTOR_KEPUASAN_KE
RJA.PDF
SEKIAN

Anda mungkin juga menyukai