Anda di halaman 1dari 13

SFFEF

EF
Ahli Kumpulan

Fatin Nurul Amirah Binti Farah Nabilah Binti Nor Fadhila Binti Nur Shahida Binti Kipli Muhammmad Shamsul
Muin Ghazali Ahamad D20191087918 Hamzar bin Mohd Jalani
D20191087839 D20191087848 D20191087871 D20192090913

MANAGE REPORTERS
CERITA
MITOS
Asal usul cerita

1
mitos
- - Mitos merupakan cerita pada zaman dahulu yang
dianggap benar terutamanya ia mengandungi unsur-
unsur konsep atau kepercayaan tentang sejarah awal
kewujudan sesuatu suku bangsa dan kejadian alam.
Selain itu, mitos juga merupakan cerita tentang
seseorang atau sesuatu yang tidak benar atau direka-
reka.

- - Bagi masyarakat zaman silam, mereka menganggap


mitos sebagai perkara yang pernah berlaku di alam
maya. Mereka juga menganggap semua perkara yang
berlaku di alam maya ini adalah sejarah dan perlu dicatat
agar semua peristiwa itu diketahui oleh masyarakat atau
generasi akan datang.

SUB TOPIC Part 1


2
Konsep cerita
mitos
- - Menurut pandangan sarjana Melayu seperti Ismail Hamid,
mitos adalah mitologi melayu. Ia merupakan suatu bentuk
penceritaan yang lebih menumpukan tentang pandangan Alam
Melayu sebelum kedatangan Islam.

- - Bascom bertanggapan bahawa mitos itu suatu jenis prosa


kisah yang bercorak tradisional yang dianggap oleh masyarakat
bahawa cerita itu sebagai suatu yang benar dan pernah terjadi
pada suatu ketika dahulu. Oleh itu, mitos diterima oleh anggota
masyarakat dengan penuh keyakinan malah diajar
mempercayainya lagi. Pendapat R. Bascom mengelompokan
cerita prosa lisan menjadi tiga golongan besar iaitu mite (myth),
legenda (legend) dan dogeng (folktale).

SUB TOPIC Part 2


3
Ciri-ciri cerita
-

-
mitos
- Dipercayai benar-benar terjadi oleh masyarakat
pendukungnya.
- Walaupun aneh tetapi sungguh bererti dan sangat penting
kepada masyarakat.
- - Cerita yang sederhana yang terdiri daripada beberapa motif
dan plot mudah.
- - Cara pertuturan disertai dengan upacara yang tertentu.
- - Masyarakat menganggap cerita yang terkandung di dalamnya
sebagai suci dan keramat.
- - Latar belakang: Zaman lampau (distant past)
- - Tokoh-tokoh yang terdapat berkaitan dengan makhluk penting
dalam pengertian budaya dan masyarakat khalayak.
- - Lambang kepada masyarakat khalayak kerana ketahanannya
bergantung kepada kekuatan,kepercayaan dan penerimaan
masyarakat di khalayak.

SUB TOPIC Part 3


CERITA MITOS TENTANG ASAL
JENIS DAN USUL
Dikaitkan dengan SESUATU TEMPAT
sesuatu kejadian luar biasa yang
mana dari situ timbulnya kepercayaan hendak

CONTOH mendirikan dan menamakan sesuatu


tempat.Kebiasaannya dikaitkan dengan unsur-unsur
binatang dan anasir-anasir alam.

CONTOH CERITA
Contohnya : Singapura, Melaka, Naga Tasik Chini dan
sebagainya.

Menurut Sejarah Melayu, pembukaan negeri Singapura

MITOS dikaitkan dengan peristiwa kemunculan seekor binatang


iaitu ‘Singa” di hadapan Sang Nila Utama yang ketika
itu singgah berehat selepas kapalnya dilanda ribut.
Ketangkasan dan rupa paras haiwan tersebut telah
menarik perhatian Sang Nila Utama dan menganggap
bahawa tempat tersebut bertuah dan berpotensi untuk
dibangunkan Lalu terbentuklah kerajaan Singapura,
iaitu diambil nama dari singa dan Pura merujuk kepada
bandar dalam bahasa Sanskrit.
4
CERITA MITOS
POPULAR
- - Berhubung dengan sesuatu peristiwa aneh dan ajaib
berlaku.
- - Dipercayai hanya dialami oleh raja ataupun dalam
kalangan mereka yang mempunyai hubungan yang rapat
dengan istana.

- Contoh – kisah Singapura dilanggar todak (Sejarah


Melayu), mitos mengenai Puteri Gunung Ledang
(mengkritik kezaliman raja dan sifat buruk yang dimiliki
oleh Sultan Mahmud Syah) dan cerita badang yang
menjadi gagah

SUB TOPIC Part 4


JENIS DAN - Iskandar Zulkarnain dipercayai hidup lebih 3500 tahun yang

CONTOH lalu. Mengikut Kitab Sulalatus Salatin, raja-raja Melayu


merupakan keturunan Iskandar Zulkarnain. Ianya bersifat mitos
dan lagenda untuk mengangkat martabat dan menunjukkan

CONTOH CERITA
kehebatan serta kemuliaan raja-raja zaman dahulu.

- Hikayat Raja-raja Pasai – menyatakan bahawa raja-raja


asalnya berasal daripada buluh betung dan anak raja yang

MITOS
ditemui di atas seekor gajah sakti – menunjukkan unsur-unsur
mitos

- Mitos yang paling popular ialah berkaitan dengan buluh


CERITA MITOS ASAL USUL RAJA- betung, buih atau air, binatang-binatang buas yang sakti, ular
dan lain-lain. Contohnya, Salasilah Kutai yang mengaitkan asal-
RAJA
- Asal usul raja-raja kerajaan Melayu tua kebiasaannya
usul raja dengan bola emas (bulan), ular yang kemudiannya
dihubungkan dengan objek-objek seperti buluh, buih dan
mengeluarkan buih dan didalamnya ada seorang perempuan.
mayang pinang.
- Tujuan – untuk meningkatkan taraf dan kedudukan raja-raja
kerana raja-raja mempunyai keupayaan untuk berhubung
dengan tokoh-tokoh jin, lembu dan Batala dan sebagainya.

Contohnya : Kisah berkenaan dengan Raja Suran, yang mana


mengagung-agungkan kebolehan dan keistimewaan raja.
CERITA MITOS SEJARAH

5
KEMASUKAN AGAMA
ISLAM KE MELAKA DAN
- - Tujuan utama cerita mitos tentang pengislaman dibuat adalah
untuk membezakan cara rakyat dan raja memeluk islam.

- PASAI
- Contohnya : kisah pengislaman Raja Kecil Besar. Dalam
Sejarah Melayu, Raja Kecil Besar dikatakan bermimpi bertemu
dengan Rasulullah S.A.W dan diajarkan mengucap dua kalimah
syahadah. Dalam mimpi tersebut, namanya juga telah
ditukarkan menjadi Sultan Muhammad. Sedar dari mimpi,
badannya berbau wangi dan lancar mengucap dua kalimah
syahadah.
-
- - Rasional disebalik peristiwa ini adalah mimpi dianggap benar
dan hanya orang tertentu sahaja yang berpeluang – antara
kelebihan raja atau sultan untuk membezakannya dengan
golongan bawahan.

SUB TOPIC Part 5


S um m a
Dalam kesusasteraan Melayu tradisional terdapat beberapa teks yang mengaitkan asal-usul kejadian

r y
manusia dengan Nabi Adam a.s.. Contohnya teks cerita mitos (Asal-Usul Kejadian Isi Dunia), sastera
agama (Hikayat Nur Muhammad) dan juga teks sastera sejarah (Sulalatus Salatin).

Cerita mitos memberikan sifat-sifat luarbiasa kepada para dewa dan raja-rajanya. Dalam Islam sifat
luarbiasa ini diberikan berupa mukjizat kepada nabi-nabi.  Dengan sendirinya nabi-nabi akan
dikagumi dan dimuliakan. Maknanya cerita mitos telah mengangkat martabat para Nabi-nabi.

Unsur mitos berunsur Hindu yang seringkali dimasukkan dalam kesusasteraan Rakyat (cerita mitos),
Hikayat, Panji, Agama dan juga sejarah telah digantikan dengan mitos berunsur Islam dalam teks-
teks kesusasteraan.

Unsur mitos berunsur Hindu yang seringkali dimasukkan dalam kesusasteraan Rakyat (cerita mitos),
Hikayat, Panji, Agama dan juga sejarah telah digantikan dengan mitos berunsur Islam dalam teks-
teks kesusasteraan.
Thank you
For
100% Done 19+ 5
Sign In

listening!
Members
Reporters: Shamsul, Amirah, Shahida, Nabila, Fadhila
Subject: Prosa Melayu (BSS 3173)
Teacher: Profesor Madya Dr. Norazimah bt Zakaria Sign Out

Questions? Clarifications FAQ About Us Help Center

Anda mungkin juga menyukai