Anda di halaman 1dari 5

PEMIKIRAN DIVERGEN

- Dikenali sebagai pemikiran bercapah

- Tujuan: untuk murid menjanakan seberapa banyak idea mengenai


sesuatu topik dalam jangka masa yang telah ditetapkan.

- Juga melibatkan kemahiran guru-guru dalam membahagikan


sebuah topik kepada unit-unit kecil

- Pemikiran divergen ini harus berlaku dalam keadaan spontan dan


murid-murid harus diberi peluang untuk mengeluarkan idea-idea
tanpa apa-apa sekatan.

- Guru harus gunakan soalan terbuka dalam bilik darjah


CARA-CARA UNTUK MENGGALAKKAN
PEMIKIRAN DIVERGEN

i. Sumbangsaran
- penjanaan senarai idea-idea dalam keadaan yang kreatif dan
tidak berstruktur
- untuk menjana idea-idea spontan
- guna atu idea untuk jana idea kreatif yang lain
- idea-idea direkodkan dan tiada idea yang dikritik atau
diketepikan.

ii. Menyimpan Jurnal


- cara efektif untuk rekod idea-idea spontan
- murid boleh menggunakan idea-idea di dalamnya pada masa-
masa yang berlainan khasnya bila mereka menyusun bahan-
bahan di peringkat pra penulisan.
iii. Penulisan Bebas
- murid akan memfokus kepada sesuatu topik dan menulis
secara tanpa berhenti untuk jangka masa yang pendek.
- menulis apa jua idea yang timbul dalam minda

iv. Pemetaan Subjek Atau Minda


- idea-idea yang disumbangsarankan dalam bentuk peta visual
atau gambar yang menunjukkan hubungan antara idea-idea
- murid akan bermula dengan idea atau topik utama, kemudian
membuat cabang ranting kepada idea-idea yang mencerminkan
idea yang lain tentang idea pokok atau idea utama.
PEMIKIRAN KONVERGEN
- Menurut Free Dictionary, pemikiran konvergen didefinisikan sebagai
pemikiran yang membawa maklumat yang bertumpu kepada
penyelesaian sesuatu masalah.

- Juga dikenali sebagai pemikiran yang tertumpu atau berpandu

- Merupakan satu proses yang menggabungkan idea-idea yang


berlainan berdasarkan tema yang tertentu dalam satu struktur yang
tersusun dan yang boleh difahami.

- Menjurus kepada satu penyelesaian, digunakan dengan kerap


dalam soalan aneka jawapan.

- Biasanya soalan-soalan konvergen bermula dengan ‘kenapa,


mengapa, bagaimana atau dalam cara apa’.
CARA-CARA MENINGKATKAN
PEMIKIRAN KONVERGEN DALAM
P&P

- Memberi soalan tertutup yang menekankan satu jawapan, satu


cadangan atau satu penyelesaian sahaja.

- Memberi aktiviti pembelajaran dengan arahan yang jelas, ringkas


dan lengkap. Tumpu kepada perkara fakta dan teknikal.

- Menggunakan teknik penyoalan tertutup atau berstruktur.

- Berikan soalan-soalan berasaskan hukum, prinsip atau konsep-


konsep tertentu demi memperolehi jawapan yang tepat.

Anda mungkin juga menyukai