Anda di halaman 1dari 71

T A M A D U N I S L A M

W E E K 5

1
Selepas mempelajari bab ini, pelajar dapat:

1. Memahami pandangan semesta Islam

2. Menghuraikan Konsep Tamadun Islam

3. Menghuraikan keistimewaan Tamadun Islam

2
DEFINISI ISLAM
3
APA ITU ISLAM????

PERKATAAN ISLAM SECARA UMUM

- tidak berkaitan dengan mana-mana inidividu,kaum,


- bangsa & tempat -

MENURUT BAHASA ARAB

– SALIMA – BEBAS DARI BAHAYA


- SALLAMA – HORMAT, MENYERAH & MENGAKUI, PATUH
- ASLAMA – BERSERAH DIRI & PASRAH
- TASALLAMA – MENERIMA & RELA

segi bahasa boleh difahami sebagai tunduk, patuh,


menyerah diri dan sejahtera

MENURUT ISTILAH

Taat kepada Allah S.W.T dengan sepenuh hati tanpa ragu serta tunduk dan
patuh kepada segala perintah-Nya
4
PENGERTIAN ISLAM DALAM AL QURAN

Islam berasal darikata ‘AS-SILMU yang bermaksud “DAMAI”

dan jika mereka condong kepada perdamaian,


Maka condonglah kepadanya dan bertawakkallah kepada Allah.
Sesungguhnya Dialah yang Maha mendengar lagi Maha mengetahui.”
 (QS. Al-Anfal:61).

Islam berasal dari kata “ASLAMA” yang bermaksud MENYERAH DIRI

“Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang
ikhlas menyerahkan dirinya kepada Allah, sedang diapun
mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim yang lurus?
dan Allah mengambil Ibrahim menjadi kesayanganNya” (QS. An-Nisa:1)

5
ISLAM DALAM AL HADITH

“Suatu ketika Rasulullah s.a.w ditanya tentang Islam, Iman


dan Ihsan. Lantas baginda menjawab tentang Islam : Islam
ialah dengan engkau mengucap dua kalimah syahadah (tiada
Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu
Pesuruh Allah), mendirikan solat, berpuasa di bulan Ramadhan,
mengeluarkan zakat dan menunaikan haji bila berkemampuan.

6
PENGERTIAN ISLAM MENURUT PARA ULAMA

Syed Qutb

Merujuk kepada kumpulan peraturan yang diturunkan Allah


kepada Rasulnya, baik peraturan yang berbentuk
kepercayaan, akhlak, ibadat, muamalat dan sejarah yang
terkandung di dalam al-Quran dan Sunnah Rasul-Nya dan
diperintahkan untuk disampaikan kepada umat manusia

7
Ringkasnya

Islam itu merujuk kepada peraturan hidup yang


merangkumi sistem kepercayaan, perundangan
dan nilai (akhlak ) yang terkandung
di dalam al Qur’an, dibawa oleh
Nabi Muhammad SAW untuk seluruh umat manusia
dan tidak dikhususkan kepada sesuatu
kaum atau bangsa tertentu atau tempat
atau zaman tertentu sahaja

8
KONSEP TAMADUN ISLAM

9
ASAL PERKATAAN TAMADUN

MADDANA

membuka bandar / kota memperhaluskan budi pekerti


(Madinah-mudun-moden?) (Madani/Hadhari))

TAMADDANA

•Pemilihan sesuatu tempat untuk didiami


•Membangunkan sesuatu kawasan sehingga menjadi bandar
•Fenomena perubahan daripada liar kepada maju

MADANI

Pembangunan pembandaran serta kehalusan budi pekerti


yang terpuji 10
MADANIYYAT

FARID WAJDI & MUHAMMAD ABDUH – abad ke 20

TAMADUN

DR JURJI ZAIDAN(abad ke 19)

UMRAN

IBN KHALDUN – ABAD KE-14

HADARAH

IBN KHALDUN – ABAD KE-14


MALIK BENNABI – ABAD KE-20
11
Konsep Tamadun Islam

Bermula sebaik sahaja Islam itu disampaikan kepada Nabi


Muhammad S.A.W melalui ayat pertama ‘Iqra’ (wahyu
pertama)

Terbentuk bukan kerana pembangunan dan perkembangan material


tetapi atas sebab AGAMA – di padang pasir - berbeza dengan tamadun
lain

Konsep Tamadun Islam – tekankan pembangunan dan


kemajuan yang seimbang antara budaya material (kebendaan) dan
budaya bukan material (kerohanian)

12
Profesor Syed Naquib Al-Attas

“Satu keadaan kehidupan insan bermasyarakat yang


telah mencapai tahap kehalusan tatasusila dan
kebudayaan yang luhur bagi seluruh masyarakat.”

Syed Qutub

“Segala bentuk kemajuan yang dihasilkan oleh


sekumpulan masyarakat dalam seluruh dimensi
kehidupan mereka seperti dalam sistem sosial,
pemerintahan, politik, ekonomi dan kebudayaan yang
berteraskan syariat Allah serta bercirikan nilai-
nilai akhlak Islam.”

13
Said Hawa

“Tamadun Islam ialah segala aspek kemajuan yang


tegak di atas kebudayaan Islam serta hasilnya relevan
dengan kebudayaan itu.”

Abu Bakar Hamzah

“Sesuatu yang lahir dan berkembang bersama-sama


dengan kehidupan manusia dan perkembangan yang lahir
daripadanya sama ada sesuatu yang bersifat bukan
kebendaan ataupun sebaliknya.”

14
SUMBER-SUMBER TAMADUN
ISLAM

15
SUMBER TAMADUN ISLAM

TAMADUN
WAHYU IJTIHAD
DAN
BUDAYA
Al-QURAN
LAIN
AL- SUNNAH / Al-HA
DITH 16
Al-Quran
Iaitu wahyu yg diturunkan oleh Allah swt kpd Rasulullah saw melalui
malaikat Jibrail.
Mukjizat yg mengandungi prinsip2 asas Islam dan ilmu pengetahuan
merangkumi ilmu kerohanian dan kebendaan yg menjadi teras
membangunkan tamadun
Pendorong manusia utk menggunakan akal utk capai kesejahteraan dan
kejayaan dlm kehidupan bersumberkan al-Quran

Dan tidaklah kehidupan dunia ini melainkan permainan dan hiburan yang melalaikan; dan
sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik baik bagi orang yang bertaqwa. Oleh itu,
tidakkah kamu mahu berfikir? (al-An’am: 32)

Segala kegiatan dan kejayaan manusia mesti berpandukan syariat yg


ditetapkan.
AL QUR’AN SUMBER UTAMA
Mukjizat yang dikurniakan kepada RasululLah s.a.w., yang kekal
sehingga Hari Kiamat, agar menjadi rujukan utama manusia.

Tidak boleh dipertikaikan kesahannya (realibility) oleh mana-


mana pihak dan terbukti kesahannya oleh akal sepanjang zaman

Mengandungi prinsip-prinsip yang berkaitan seluruh kehidupan


bertemakan tauhid dan kehidupan akhirat, serta mengandungi
prinsip sosial, ekonomi, dan politik.

Merangkumi 3 hubungan

-hubungan manusia dengan manusia


-hubungan manusia dengan tuhan
-hubungan manusia dengan alam sekitar
18
HUBUNGAN MANUSIA DENGAN MANUSIA / ALLAH / ALAM SEKITAR

-hukum syariat yang berkaitan dengan urusan dunia seperti berjual beli .

Maksudnya : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan,maka


berjalanlah di merata-rata ceruk rantau dan makanlah daripada rezeki yang
dikurniakan oleh Allah s.w.t dan ingatlah kepada Allah s.w.t jualah (tempat
kembali kamu) di bangkitkan (maka hargailah nikmatnya dan takutilah
kemurkaannya)
(Surah Al-Mulk Ayat 15)
Al-Sunnah
Iaitu segala yg disandarkan kepada Rasulullah saw pada perbuatan,
percakapan dan pengakuan.
Sumber kedua selepas al-Quran - penghurai dan pelengkap al-Quran.
Pengabaian terhadap dua sumber ini akan menjadikan tamadun tidak
seimbang
KEDUDUKAN AL SUNNAH SEBAGAI
SUMBER KEDUA

Menjelaskan keterangan al-Quran serta


memberikan gambaran tentang tujuannya

Menegaskan hukum yang terdapat dalam al-Quran

Mengeluarkan hukum-hukum berdasarkan hadis


yang sahih

Mentafsirkan al-Quran
21
IBADAH
Surah Al-bayyinah ayat 5:
ۚ
‫وﯾﺅﺘوﺍﺍﻟﺯﻛوﺓ وﺬا ﻟﻙ ﺪ ﯾﻥ ﺍ‬ ‫وﻤﺎ ﺃ ﻤﺮوﺍﺇﻻ ﻟﯾﻌﺑﺪوﺍﺍﷲ ﻤﺨﻟﺼﯾﻦ ﻟﻪ ﺍ ﻟﺪ ﯾﻦ ﺤﻨﻓﺎﺀ وﯾﻘﯾﻤوﺍﺍ ﻟﺼﻟوﺓ‬
‫ﻟﻘﯾﻣﺔ‬
Artinya: Padahal mereka tidak disuruh kecuali supaya menyembah Allah
dengan memurnikan ketaatan kepada-Nya dalam (menjalankan) agama yang
lurus, dan supaya mereka mendirikan solat dan menunaikan zakat; dan yang
demikian Itulah agama yang lurus.
( Al-Bayyinah: 5)

Daripada Abu Ayyub Khalid bin Zaid al-Ansori RA bahawasanya


seorang lelaki berkata “Wahai Rasulullah, beritahu daku tentang amalan
yang membolehkan aku masuk syurga”. Jawab Rasulullah,
“Beribadatlah kepada Allah, janganlah menyekutukan dengan sesuatu,
dirikan solat, keluarkan zakat dan eratkan hubungan silaturahim”.
KEWAJIPAN MEMBAYAR
ZAKAT
Al-Baqarah: 271 “Hai orang-orang yang beriman! Nafkahkanlah
sebagian dari hasil usahamu yang baik-baik” jika kamu
Menampakkan sedekah(mu), Maka itu adalah baik sekali. dan jika
kamu menyembunyikannya dan kamu berikan kepada orang-orang
fakir, Maka Menyembunyikan itu lebih baik bagimu. dan Allah
akan menghapuskan dari kamu sebagian kesalahan-kesalahanmu;
dan Allah mengetahui apa yang kamu kerjakan”.

Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: Rasulullah SAW telah menentukan


wajibnya zakat fitrah, untuk membersihkan orang yang
mengerjakan puasa dari perkataan yang sia-sia dan perkataan yang
buruk, dan juga untuk menjadi makanan orang-orang miskin, oleh
itu sesiapa yang menunaikannya sebelum sembahyang hari raya
maka menjadilah ia zakat fitrah yang makbul, dan sesiapa yang
menunaikannya sesudah sembahyang hari raya maka menjadilah ia
sedakah biasa seperti sedekah sunat yang lain.
MUNAKAHAT
Firman Allah‫بحانه وتعالى‬ii‫ س‬dalam Surah An-Nisaa’ 4; Ayat 1 :

۟ ُ‫ث ِم ْنهُما ر َجااًۭل َكثِي ًرا َونِ َسٓا ۭ ًء ۚ َوٱتَّق‬ ۟ ٓ


َ ‫وا ٱهَّلل‬ ۭ ِ َ َّ َ‫ق ِم ْنهَا َز ْو َجهَا َوب‬ ٍ ۢ ‫ٰيََأ ُّيهَا ٱلنَّاسُ ٱتَّقُوا َربَّ ُك ُم ٱلَّ ِذى َخلَقَ ُكم ِّمن نَّ ْف‬
َ َ‫س ٰ َو ِح َد ۢ ٍة َو َخل‬
١﴿‫ان َعلَ ْي ُك ْم َرقِي ۭبًا‬ َ ‫ون بِِۦه َوٱَأْلرْ َحا َم ۚ ِإ َّن ٱهَّلل َ َك‬َ ُ‫﴾ٱلَّ ِذى تَ َسٓا َءل‬
“Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan-mu yang telah menciptakan
kamu dari diri yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isterinya; Dan
daripada keduanya Allah memperkembang biakkan lelaki dan perempuan yang
ramai. Dan bertakwalah kepada Allah yang dengan (mempergunakan) nama-Nya
kamu saling meminta satu sama lain, dan (peliharalah) hubungan silaturahmi.
Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu.”

"Nikah itu sunnahku, maka barang siapa membenci sunnahku maka sesungguhnya
ia bukan dari golonganku."
(Hadis Riwayat Ibnu Majjah)
PENDIDIKAN
Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu tidak kira usia dan jantina.
Surah yang membuktikan islam menyuruh umatnya menuntut ilmu:


Tuntutlah ilmu,sesungguhnya menuntut ilmu adalah pendekatan diri kepada Allah Azza
wajalla, dan mengajarkannya kepada orang yang tidak mengetahuinya adalah sodaqoh.
Sesungguhnya ilmu pengetahuan menempatkan orangnya dalam kedudukan terhormat
dan mulia (tinggi). Ilmu pengetahuan adalah keindahan bagi ahlinya di dunia dan di
akhirat.” (HR. Ar-Rabii’)
ALAM SEKITAR
Tidakkah engkau melihat bahawa Allah menurunkan hujan dari langit, lalu Kami
keluarkan dengan air hujan itu buah-buahan yang berlainan jenis dan rupanya; dan di
antara gunung-ganang pula ada yang mempunyai jalur-jalur serta lorong-lorong putih
dan merah, yang berlainan warnanya (tua dan muda) dan ada juga yang hitam legam;
Dan demikian pula di antara manusia dan binatang-binatang yang melata serta
binatang-binatang ternak, ada yang berlainan jenis dan warnanya? Sebenarnya yang
menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah dari kalangan hamba-hamba-
Nya hanyalah orang-orang yang berilmu. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi
Maha Pengampun. (Faatir: 27 -28)

Artinya:

Sesungguhnya Allah swt. Itu baik, Dia menyukai kebaikan. Allah itu bersih, Dia
menyukai kebersihan. Allah itu mulia, Dia menyukai kemuliaan. Allah itu dermawan
ia menyukai kedermawanan maka bersihkanlah olehmu tempat-tempatmu. (H.R. at –
Tirmizi: 2723)
IJTIHAD
“Pencurahan daya pemikiran secara maksimum untuk mendapatkan hukum syara’ mengenai
suatu masalah yang tidak terdapat hukumnya dalam al-Qur’an & Sunnah”.

Ijtihad dilakukan dengan syarat-syarat ketat berasas panduan al-Qur’an & Sunnah oleh
ulama’ Islam

Menetapkan hukum-hakam baru selaras perkembangan masa dan tempat. Ijtihad = sistem
berfikir dinamik

Bolehkan umat Islam hadapi masalah & perkara baru dalam hidup  ubah cara hidup secara
luar biasa [sejarah]

Tamadun Islam dibina dengan naqli (wahyu) & aqli (akal)

BUKTI IJTIHAD DI MALAYSIA


http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa-kebangsaan/merokok-dari-pandangan-islam
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/PesertaIslamnekadtandingratucantik/Articl
e
/ 27
TAMADUN DAN BUDAYA LAIN
Islam terbuka & tak menolak hasil tamadun asing yang tidak
bercanggah dengan nilai-nilai Islam

Nilai luar diasimilasikan melalui proses interaksi yang sihat. Cth


Khalifah Umar al-Khattab ubahsuai sistem pentadbiran Rom ikut
ajaran Islam

Cth zaman awal Islam sebelum ramai boleh menulis, sarjana & saintis
adalah Yahudi, Kristian, Zaroastrian & mereka yang baru peluk Islam

28
Cth falsafah & ilmu, terima pengaruh Yunani

Cth matematik & astronomi, terima pengaruh India

Secara tak langsung bantu perkaya ilmu-ilmu Islam

Dasarnya banyak dipengaruhi Tamadun Arab

Tamadun Arab akhirnya dipanggil “Tamadun Islam” apabila satukan


bangsa Arab, Parsi, Turki dalam satu agama yang dibawa oleh
Rasulullah

29
PANDANGAN SEMESTA ISLAM

30
oPandangan semesta Tamadun Islam ada dalam al-Qur’an & al-
Sunnah

Tidak terbatas kepada bangsa, suku, warna kulit dll

Meliputi semua aspek kehidupan manusia & alam

31
PANDANGAN SEMESTA TAMADUN
ISLAM

32
Apa itu pandangan semesta?
Iaitu konsep mengenai alam semesta secara keseluruhan dilihat
melalui satu sudut pandangan yang dipengaruhi nilai tertentu.

Pandangan semesta Tamadun Islam ada dalam al-Qur’an &


al-Sunnah

Tidak terbatas kepada bangsa, suku, warna kulit dll

Meliputi semua aspek kehidupan manusia & alam

Terdapat beberapa konsep penting boleh dibincangkan


dalam memahami pandangan semesta Tamadun Islam
antaranya tiga berikut iaitu Konsep Keimanan, Kekuasaan
dan Kemanusiaan

33
PANDANGAN SEMESTA
TAMADUN ISLAM

Beberapa konsep penting perlu dibincangkan utk


memahami pandangan semesta tamadun Islam,
iaitu;

A) Konsep keimanan
B) Konsep kekuasaan
C) Konsep kemanusiaan
https://www.youtube.com/watch?v=ezgKOC8tR0g
https://www.youtube.com/watch?v=tYHt729fUpk

https://www.youtube.com/watch?v=kLRYK_Rm6vE

35
KONSEP KEIMANAN

-Iman dr segi bahasa bermaksud kepercayan yg teguh di dlm


hati tentang kewujudan Allah & sifat2 kesempurnaanNya.

-Iman dr segi istilah bermaksud mengaku dgn hati, berikrar


dgn lidah & melakukan dgn anggota segala suruhan Allah &
meninggalkan laranganNya.
KONSEP KEKUASAAN

 Al-Quran dgn jelas menerangkan bhw Allah S.W.T.


adalah Pencipta, Penguasa & Pemilik mutlak kpd
alam ini termasuklah diri manusia.

 Manusia hanya sbg khalifah atau pemegang amanah


yg tidak mempunyai kuasa mutlak dlm menguruskan
alam ini

 Justeru, dlm melaksanakan t/jwb sbg khalifah,


manusia mestilah mengikut ketetapan hukum2 tersbt

 Pelanggaran terhadap hukum2 tersbt akan meletakkan


diri manusia dlm kebinasaan & mendpt balasan drpd
Allah S.W.T.
KONSEP KEMANUSIAAN

 Manusia dr perspektif Islam ialah makhluk mukallaf iaitu


makhluk yg diberi tanggungjwb @ kewajipan2 tertentu yg
diamanahkan

 Kedudukan manusia dlm alam semesta ini adalah tinggi


berbanding makhluk2 yg lain.

 Tanggungjwb manusia adalah menjaga hubungan dgn Allah


S.W.T., hub sesama manusia; t/jwb terhadap diri sendiri,
masyarakat & negara & hubungan dgn alam semesta

 Ukuran kemuliaan manusia di sisi Tuhan adalah


ketakwaan.
ASAS TAMADUN ISLAM

 Konsep tam Islam dibina diatas kerangka agama @ al-din yang


berteraskan di atas 3 perkara asas iaitu:

1)Akidah (kepercayaan)
2) Syariah (hukum/praktis)
3) Akhlak (moral)

- Justeru, pembinaan tamadun Islam adalah didasarkan kpd


pembangunan fizikal & kerohaniaan (agama).
- Ibn Khaldun telah menyediakan mekanisme penting utk menjadi
pengukur kpd sesebuah tamadun, iaitu suatu pencapaian hanya
akan dianggap sbg tamadun apabila perkara2 berikut
disempurnakan;

1) Asas (dhuriyyah)

2) Keperluan (hajiyyah)
ASAS TAMADUN ISLAM

1) Akidah

Bermaksud kepercayaan @ keimanan kpd hakikat @


nilai2 mutlak, tetap & kukuh dlm jiwa setiap orang Islam.

Ia merupakan perjanjian yg diikat antara makhluk dgn


penciptannya iaitu Allah S.W.T.

Pegangan yg kukuh terhdp akidah dpt membebaskan


diri manusia drpd tunduk & patuh kpd sesuatu yg
lain.
Akidah sgt berbeza dgn ideologi ciptaan manusia spt sekularisme,
kapitalisme, materialisme dll

Sbg asas pembinaan tam Islam, akidah akan melahirkan tamadun yg


mantap & bebas drpd sebarang penyelewengan.

Ini kerana akidah mampu utk membentuk personaliti yg unggul dlm diri
manusia yg menjadi penggerak kpd pembinaan tamadun Islam.

Oleh itu, 2 aspek yg perlu diberi perhatian ialah aspek kepercayaan &
kaedah
Aspek kepercayaan

Ini merupakan perkara asas yg wajib diimani& diyakini oleh


setiap individu Muslim.
Keimanan & kepercayaan adalah diasaskan kpd kebenaran mutlak.
Terdpt 6 aspek kepercayaan spt yg dijelaskan di dlm al-Quran &
Sunnah;
1) Beriman kpd Allah S.W.T.
2) Beriman kpd Malaikat
3) Beriman kpd Rasul
4) Beriman kpd Kitab
5) Beriman kpd hari Akhirat
6) Beriman kpd Qadak & Qadar
Aspek Kaedah

Yg dimaksudkan dgn aspek ini ialah kaedah pelaksanaan


akidah itu sendiri

Terdpt 3 prinsip yg menjadi kriteria asas akidah iaitu aspek


kesatuan, rasional & toleransi
1) Kesatuan

Akidah merupakan asas pegangan yg penting kpd kehidupan


manusia

Akidah merupakan paksi penyatuan manusia yg terdiri drpd


pelbagai keturunan, bangsa, pangkat 2 darjat

Ini adalah kerana akidah meletakkan kepercayaan


hanya kpd Allah S.W.T & bersumber drpd Al-Quran &
Sunnah

Melalui akidah juga kesatuan fikiran manusia dlm


semua aspek kehidupan yg sama iaitu mencari
keredaan Allah S.W.T.
2) Rasional

Akidah tidak hanya disandarkan kpd


kepercayaan yg bersifat dogmatik semata2,
tetapi disandarkan juga kpd penggunaan
akal fikiran logika yg rasional
Oleh sebab itu, al-Quran menganjurkan agar manusia sentiasa menyelidik,
memahami & mengkaji kejadian alam ini yg menjadi bukti keaguangan
Allah S.W.T.

Dlm hal ini, terdpt beberapa aspek rasional yg boleh dijelaskan bagi
mencapai tahap kebenaran tersbt;

A) Menolak semua yg tidak bersesuaian dgn realiti

B) Menolak pertentangan antara akal dgn wahyu

C) Bersifat terbuka kpd penemuan baru


3) Toleransi

Islam menuntut umatnya agar memiliki sifat toleransi.


Bagaimanapun sifat toleransi itu hendaklah
berlandaskan 2 prinsip tersebut; akidah & syariah
SYARIAH

Syariah bermaksud undang2, aturan2 & ketetapan2


Allah S.W.T

Ia diperuntukkan kpd manusia bg mengatur hubungan


manusia dgn Penciptanya, hubungan manusia
sesama manusia & hubungan manusia dgn alam utk
mencapai kesejahteraan, keamanan & kedamaian di
dunia bg menjamin kebahagiaan kehidupan yg abadi
di akhirat
Keistimewaan Syariah

1) Sempurna

2) Lengkap

3) Bersifat bersepadu

4) Universal

5) Mendapatkan keredaan Allah S.W.T.

6) Tetap
Manifestasi Syariah dalam Tamadun Islam

i) Memelihara agama

ii) Memelihara nyawa

iii) Memelihara akal

iv) Memelihara kehormatan & keturunan

v) Menjaga harta benda


1. Memelihara Agama
 Agama Islam = teras tamadun Islam yg wajib dipertahankan kerana ianya merupakan
nikmat paling besar.
Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagimu agama kamu, dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu,
dan Aku telah redhakan Islam itu menjadi agamamu. (al-Maidah: 3)

2. Memelihara Nyawa
 Islam melarang manusia membunuh tanpa hak.

Katakanlah: Marilah aku bacakan apa yang telah diharamkan


oleh Tuhanmu kepadamu, iaitu janganlah kamu sekutukan
dengan Allah sesuatu apapun; dan hendaklah membuat baik
kepada ibu bapa; dan janganlah kamu membunuh anak-
anak kamu kerana kepapaan, Kamilah yang memberi rezeki
kepadamu dan kepada mereka; dan janganlah kamu hampiri
kejahatan-kejahatan yang terang daripadanya dan yang
tersembunyi; dan janganlah kamu membunuh jiwa yang
telah diharamkan Allah melainkan dengan jalan yang hak.
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya
kamu memahaminya. (al-An’am: 151)
3. Memelihara Akal
 Membezakan manusia dgn haiwan, melayakkan manusia menerima tggjwb, membezakan baik
& buruk.
 Manusia dilarang melakukan perkara yg boleh merosakkan akal.

Wahai orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan
batang-batang anak panah, adalah perbuatan keji dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya
kamu berjaya. (al-Maidah: 90)

4. Memelihara kehormatan
 Kehormatan diri seperti maruah dan keturunan di kawal menerusi perkahwinan yg sah.
Justeru, jauhi larangan yg merosakkan kehormatan.
“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang
jahat.(al-Israa: 32)

“Wahai orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak merendah-rendahkan puak yang lain, mungkin puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah pula kaum wanita ke atas kaum wanita yang lain, mungkin
puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka; dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri; dan jangan kamu
panggil-memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk. Amatlah buruknya sebutan nama fasik sesudah ia
beriman. Dan sesiapa yang tidak bertaubat maka merekalah orang yang zalim. (al-Hujurat: 11)
5. Memelihara Harta Benda
Harta merupakan keperluan manusia. Manusia dilarang mengumpulkan
harta dengan cara yang salah.
Manusia juga disarankan agar menafkahkan harta pada jalam Allah melalui
sedekah atau zakat
“Dan janganlah kamu makan harta orang lain di antara kamu dengan jalan
yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya). (al-
Baqarah: 188)

“Dan belanjakanlah (harta bendamu) di jalan Allah, dan janganlah kamu


sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan dan berbuat
baiklah kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berusaha
memperbaiki amalannya. “(al-Baqarah: 195)
Akhlak
Akhlak adalah berasal dari perkataan Arab, khuluk yg bermaksud budi
pekerti, tingkah laku & tabiat
Imam al-Ghazali mendefinisikan akhlak sbg sifat yg tertanam di dlm jiwa
seseorang & drpdnya terbentuk perbuatan dgn mudah tanpa
memerlukan pertimbangan fikiran terlebih dahulu
Akhlak dari sudut perspektif Islam berbeza dgn konsep etika yg dibawa
oleh Barat
Akhlak dlm islam ialah sikap rohaniah yg memuliakan tingkah laku
manusia terhadap Allah S.W.T., terhadap diri sendiri & makhluk lain
Prinsip2 akhlak Islam adalah bersifat universal,
terperinci & tidak boleh diubahsuai lagi bagi
memenuhi kehendak manusia yg sentiasa berubah
& tidak sempurna

Akhlak terbahagi kpd 2;

1) Mahmudah-perbuatan yg baik & terpuji


menurut akal & syariah terbit drpd jiwa

2) Mazmumah-perbuatan yg buruk yg bercanggah


dgn ajaran Islam
Islam amat menekankan persoalan akhlak, kerana;

i) akhlak merupakan ciri yg membezakan manusia


dgn haiwan

ii) seseorang yg mempunyai ketinggian akhlak


juga mempunyai darjat keislaman & keimanan yg
tinggi

iii)banyak tamadun yg telah runtuh & menjadi


sejarah disebabkan oleh kepincangan & kerosakan
akhlak manusia

iv) tujuan nabi Muhammad S.A.W. diutuskan


adalah utk menyempurankan akhlak yg mulia
KONSEP KEHIDUPAN
MANUSIA MUSLIM

57
PERINGKAT KEHIDUPAN MANUSIA

ALAM ALAM
ALAM
RUH AKHIRAT
DUNIA

ALAM ALAM
JANIN BARZAKH

58
Alam Roh

Alam roh adalah merupakan alam yang


tidak dapat dikaji dengan akal tetapi
boleh diketahui menerusi wahyu.
Hakikat alam roh: Menurut Islam,
manusia telah mengakui keesaan Allah
di alam roh.

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh. Katakan: "Roh itu dari
perkara urusan Tuhanku; dan kamu tidak diberikan ilmu pengetahuan
melainkan sedikit sahaja". 
(Al-Isra’: 85)

59
Alam Janin

Alam janin adalah merupakan proses pertemuan


roh dan jasad selama empat bulan, dari setitis
mani, segumpal darah, seketul daging, terbentuk
tulang temulang, dibaluti daging dan ditiupkan
roh.

Hakikat alam janin: Apabila roh ditiupkan ke


dalam diri janin, ditentukan empat perkara
apabila di dunia iaitu ajal, rezeki, jodoh,
kesudahan hidupnya. Pembentukan dan
pertumbuhan yang berlaku dalam alam ini akan
mempengaruhi kehidupan di dunia.
60
Kehidupan Dunia

Ujian sama ada kembali kepada fitrahnya sebagaimana di


alam roh atau menolak fitrah asalnya.

Berusaha mencapai ketetapan yang terbaik dalam hidup atau


berserah kepada taqdir dan menurut runtunan nafsu semata-
mata.

Fasa kehidupan manusia diberi pilihan untuk melakukan


kebaikan atau sebaliknya dan alam ini akan menjadi penentu
kehidupan di alam Barzakh dan alam Akhirat.

Menjelaskan kedudukan Manusia sebagai hamba Allah swt. di


samping peranan manusia sebagai Khalifah.

61
Alam Barzakh

Peringkat terpisahnya roh dari jasad manusia.

Menjelaskan hakikat sebuah kematian seseorang


manusia dimana Kebahagiaan atau kesengsaraan
bergantung kepada amalan yang ditinggalkan
semasa di dunia.

Alam roh tidak akan mempengaruhi alam dunia
seperti penjelmaan semula, berinteraksi dengan
alam dunia, berkuasa terhadap kehidupan
manusia yang masih hidup di dunia.

62
Alam Akhirat

Kehidupan setelah kehancuran dunia. Manusia


dihidupkan semula apabila bertemu roh dan jasad
untuk diberikan ganjaran atau balasan terhadap
amalan di dunia.

Kehidupan alam akhirat adalah merupakan


penghujung kehidupan manusia yang kekal abadi.

Seluruh manusia dihimpunkan di padang mahsyar,


dihisab, diberi syafa’at, melalui titian, dan akhirnya
ditempatkan sama ada di syurga yang penuh
kenikmatan atau di neraka yang penuh kesengsaraan.
63
Ciri-ciri Keistimewaan Tamadun Islam
1. Berifat Rabbani
 Allah swt adalah punca segala kekuasaan, manusia sebagai pemegang amanah
 Allah swt berikan manusia potensi utk capai ketamadunan
 Atas sifat Rabbani, TI mempunyai nilai kebaikan, ketenangan, redha Allah swt

2. Sesuai dengan fitrah dan akal manusia


 TI bersandarkan wahyu dan akal. Tanpanya manusia gagal laksanakan tugas sebagai khalifah.

3. Tidak Membebankan
 Perintah yang disyariatkan Allah swt sesuai dengan kemampuan manusia

4. Sempurna dan menyeluruh


 Islam adalah agama utk seluruh umat manusia meliputi semua masa, tempat dan segenap bidang
kehidupan.

5. Kesimbangan – rohani dan jasmani


 Islam tidak memisahkan dua unsur tersebut daripda kehidupan.
6. Sepanjang zaman
 Prinsip2 dlm Islam dalam bentuk yang umum, tujuannya untuk disesuaikan dengan kehidupan
manusia mengikut zaman dan tempat.

7. Terbuka dan toleransi


 TI tidak menolak unsur-unsur daripada tamadun lain jika tidak bertentangan dengan hukum syariat
Islam.
 Cth: SistemWizarah: S Umar mencontohi sistem wizarah atau
kementerian drp kerajaan Rom dengan pengolahan dan
suntikan roh Islam
 T.I = T. Arab + T. lain (Parsi, Turki, India, Melayu, Cina dll)

8. Kesatuan dalam kepelbagaian


 Kewujudan pelbagai bangsa dan bahasa bukan penghalang kepada pembentukan kesatuan umat dalam
TI kerana TI tertegak atas prinsip keadilan dan kesaksamaan.
SUMBANGAN DAN
PENCAPAIAN TAMADUN
ISLAM
https://www.youtube.com/watch?v=BpBg-4eNp9k

66
SUMBANGAN TAMADUN ISLAM

i. Akidah tauhid
ii. Sosial
iii. Ekonomi
iv. Politik
v. Ilmu pengetahuan
vi. Kesenian
Sumbangan Tamadun Islam
1. Akidah
 Islam membebaskan manusia dari sebarang bentuk penyembahan selain Allah swt.
2. Sosial
 TI memperkenalkan prinsip keadilan, persamaan, kehormatan dan kemuliaan insan dlm aspek sosial

3. Ekonomi
 Berteraskan keadilan, mengharamkan riba dan segala bentuk penindasan
4. Politik
 Perkenalkan prinsip keadilan dan amanah. Kewajipan mentaati pemimpin yang taat ke Allah swt dan rasulNya.
5. Ilmu Pengetahuan
 Islam menggalakkan manusia menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan, bukan sekadar ilmu tradisi tetapi juga ilmu
moden bg pembangunan tamadun Islam yg unggul
6. Kesenian
 TI telah melahirkan kesenian yang pelbagai termasuk seni bahasa dan tulisan, sastera, seni bina, seni muzik dsb.
JIHAD DALAM ISLAM

Jihad bermaksud setiap usaha yg memerlukan pengorbanan


tenaga, pemikiran & segala keupayaan utk menegakkan
kebenaran & memartabatkan Islam

Jihad meliputi semua aspek kehidupan manusia


HABIS DAH..

71

Anda mungkin juga menyukai