Anda di halaman 1dari 9

Konsep bekerja menurut pandangan

Islam
Pengertian Kerja:
Kerja atau amal menurut Islam dapat diertikan dengan makna yang umum dan makna yang
khusus. Amal dengan makna umum ialah melakukan atau meninggalkan apa jua perbuatan
yang disuruh atau dilarang oleh agama yang meliputi perbuatan baik atau jahat. Perbuatan
baik dinamakan amal soleh dan perbuatan jahat dinamakan maksiat.
Adapun kerja atau amal dengan maknanya yang khusus iaitu melakukan pekerjaan atau usaha
yang menjadi salah satu unsur terpenting dan titik tolak bagi proses kegiatan ekonomi
seluruhnya. Kerja dalam makna yang khusus menurut Islam terbahagi kepada:
1 Kerja
. yang bercorak jasmani (fizikal)

2 Kerja yang bercorak aqli/fikiran (mental)


.

Dari keterangan hadis-hadis Rasulullah (s.a.w), terdapat kesimpulan bahawa konsep kerja menurut
Islam adalah meliputi segala bidang ekonomi yang dibolehkan oleh syarak sebagai balasan kepada upah
atau bayaran, sama ada kerja itu bercorak jasmani (flzikal) seperti kerja buruh, pertanian, pertukangan
.tangan dan sebagainya atau kerja bercorak aqli (mental) seperti jawatan pegawai, baik yang berupa

perguruan, iktisas atau jawatan perkeranian dan teknikal dengan kerajaan atau swasta. Antara hadis-
hadis tersebut ialah:
"Tidaklah ada makanan seseorang itu yang lebih baik daripada apa yang dimakannya dari hasil usaha
tangannya sendiri". (Riwayat al-Bukhari)
Oleh yang demikian konsep kerja seperti ini membawa implikasi sosial yang
penting, antaranya:

1.) Bahawa asal manusia adalah sama sebagai manusia dan pekerja yang
mempunyai kemuliaan dan kehormatan sekalipun perbezaan itu tidaklah
merupakan keistimewaan satu pihak terhadap yang lain.
2.) Para pekerja bukanlah hanya satu kelompok dari masyarakat, bahkan mereka
adalah semua anggota masyarakat. Jadi mengikut konsep Islam bahawa
masyarakat itu adalah tersusun atau terbentuk dari kerjasama antara sesama para
pekerja di dalamnya, bukan terdiri dari kumpulan para pekerja dan para majikan
seperti yang difahami menurut sistem ekonomi
komunis atau kapitalis.
Kerja Menurut Tuntutan Islam:
Islam menjadikan kerja sebagai tuntutan fardu atas semua umatnya selaras
dengan dasar persamaan yang diisytiharkan oleh Islam bagi menghapuskan
sistem yang membeza-bezakan manusia mengikut darjat atau kasta dan
warna kulit. Firman Allah yang bermaksud:

"Wahai sekalian manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada


lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan
berpuak-puak supava kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya orang yang
termulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang taqwa." (al-Hujurat:
13)
Kerja Sebagai Sumber Nilai:
Islam menjadikan kerja sebagai sumber nilai insan dan ukuran yang
tanggungjawab berbeza. Firman Allah bermaksud:
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada balasan bagi seseorang itu
melainkan balasan apa yang diusahakan". (al-Najm: 39)

Firman-Nya lagi bermaksud:


"Dan bagi tiap-tiap seseorang beberapa darjat tingkatan balasan
disebabkan amal yang mereka kerjakan dan ingatlah Tuhan itu tidak lalai
dari apa yang mereka lakukan". (al-An'am: 132)
 
Kerja Sebagai Sumber Pencarian:
Islam mewajibkan setiap umatnya bekerja untuk mencari rezeki dan pendapatan bagi
menyara hidupnya. Islam memberi berbagai-bagai kemudahan hidup dan jalan-jalan
mendapatkan rezeki di bumi Allah yang penuh dengan segala nikmat ini. Firman-Nya
bermaksud:

"Dan sesungguhnya Kami telah menetapkan kamu (dan memberi kuasa) di bumi dan
Kami jadikan untuk kamu padanya (berbagai-bagai jalan) penghidupan." (al-A'raf: 168)
Dan firman-Nya lagi bermaksud:
"Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di
merata-rata ceruk rantaunnya, serta makanlah dari rezeki yang dikurniakan Allah dan
kepada-Nya jualah dibangkitkan hidup semula." (al-Mulk: 15)
 
Kerja Sebagai Asas Kemajuan Umat:
Islam mewajibkan kerja untuk tujuan mendapatkan mata pencarian hidup dan secara langsung mendorongkan
kepada kemajuan sosioekonomi. Islam mengambil perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kemajuan umat
kerana itu ia sangat menekankan kemajuan di peringkat masyarakat dengan menggalakkan berbagai kegiatan
ekonomi sama ada di sekitar pertanian, perusahaan dan perniagaan. Dalam hadis Rasulullah (s.a.w) sangat ketara
dorongan ke arah kemajuan ekonomi di sektor tersebut, sebagai contoh:
1.) Di bidang Pertanian
Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud:
"Tidaklah seseorang mukmin itu menyemai akan semaian atau menanam tanaman lalu dimakan oleh burung atau
manusia melainkan ianya adalah menjadi sedekah".
2.) Di bidang Perusahaan
Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud:
"Sebaik usaha ialah usaha seorang pengusaha apabila ia bersifat jujur dan nasihat- menasihati.
3.) Di bidang Perniagaan
Rasulullah (s.a.w) pernah meletakkan para peniaga yang jujur dan amanah kepada kedudukan yang sejajar dengan
para wali, orang-orang yang benar, para syuhada' dan orang-orang soleh dengan sabda bermaksud:

"Peniaga yang jujur adalah bersama para wali, orang-orang siddiqin, para syuhada' dan orang-orang soleh".
Islam Menolak Pengangguran:

Islam menuntut umatnya bekerja secara yang disyariatkan atau dibenarkan menurut
syarak bagi menjamin kebaikan bersama dengan mengelakkan dari meminta-minta
dan sebaliknya hendaklah berbagi. Berdasarkan kepada banyak hadis mengenai
perkara ini, para ulama membuat kesimpulan bahawa larangan meminta-minta itu
bukanlah sekadar perintah bersifat akhlak sahaja bahkan orang yang menjadikan
kerja meminta-minta itu sebagai "profesion", hendaklah dikenakan hukuman yang
berpatutan.

Anda mungkin juga menyukai