Anda di halaman 1dari 10

Perbandingan & Penilaian Teori-teori Etika

Dalam kumpulan, bincang dan hasilkan


satu pembentangan banding-beza
mengenai kelebihan & kelemahan

Teori Ahli Kumpulan:

Utilitarianisme Chai Ai Cheak


Christina Tian
Chai Hiaw Wei
Gloria Tiong
Lieu Jing Ling
KELEBIHAN 1
Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan
maksimum kepada setiap orang atau membawa kebahagiaan maksimum kepada
majoriti.

Contoh: Seorang pemandu di China tercedera semasa dia memandu bas kerana
terkena sekeping besi yang terjatuh dari sebuah lori. Ketika itu, dia menahan
kesakitan walaupun tulang rusuknya terpatah dan hatinya tercedera. Namun
begitu, dia masih cuba sedaya upaya untuk menghentikan basnya di tepi jalan
demi keselamatan 24 penumpang.
KELEBIHAN 2
Seseorang pemimpin akan membuat pertimbangan yang wajar dan bertindak untuk
menjaga kepentingan rakyatnya. Dengan itu, kebahagiaan rakyat akan terjamin.

Contoh: Kad Debit-I Diskaun Siswa 1 Malaysia (KADS1M Debit-i) merupakan


inisiatif daripada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan (KPDNKK). Hal ini memberi kemudahan kepada pelajar institusi
pengajian tinggi (IPT) untuk menerima diskaun bagi pembelian barangan dan
perkhidmatan daripada Rakan Dagang terpilih selain untuk mengurangkan kos
sara hidup dan beban pelajar.
KELEBIHAN 3
Sesuatu perlakuan itu dianggap baik atau benar mengikut kadar atau
pertimbangan kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh.

Contoh: Peperangan dan cara peperangan dianggap wajar jika ia


menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan
penderitaan yang dialami dalam situasi tertentu dibenarkan melakukan
perkara tidak baik demi mengelakkan berlakunya perkara yang lebih
buruk. Contohnya, pengeboman di Hiroshima dan Nagasaki.
Kelemahan 1
Manfaat merupakan konsep yang begitu luas sehingga dalam
kenyataan praktis akan menimbulkan kesulitan yang tidak sedikit.

Contoh: Pemaju yang membangunkan tempat pembangunannya


dengan bangunan telah memberikan keuntungan yang besar kepada
pemaju tersebut tetapi mendatangkan banyak kesan negatif terhadap
penduduk yang tinggal di kawasan berhampiran tempat pembangunan
tersebut.
Kelemahan 2
Etika utilitarianisme tidak pernah menganggap serius nilai suatu tindakan pada
dirinya sendiri dan hanya memperhatikan nilai suatu tindakan sejauh berkaitan
dengan akibatnya.

Contoh: Seorang wartawan telah membuat laporan mengenai seorang


artis yang terkenal. Laporan tersebut adalah mengenai kehidupan artis
tersebut. Hal ini telah meningkatkan imej wartawan tersebut tetapi
memburukkan nama artis tersebut.
Kelemahan 3

Etika utilitarianisme tidak pernah menganggap serius kehendak baik seseorang.

Contoh: Ali berkawan dengan Abu hanya disebabkan oleh Abu


merupakan seorang hartawan tetapi Abu berkawan dengan Abu
dengan hati yang ihklas.
4.  Seandainya ketiga-tiga kriteria dari prinsip ini saling
bertentangan, maka akan ada kesulitan dalam menentukan
prioritas di antara ketiga-tiganya.
Manfaat terbesar bagi sebanyak
Manfaat
mungkinterbesar
Manfaat orang

Kesulitan dalam menentukan prioritas


5. Membenarkan hak kelompok minoriti tertentu dikorbankan
demi kepentingan majoriti.

Dalam pemilihan suara suatu negara, calon


presiden dengan suara terbanyak adalah
presiden yang akan memimpin negara tersebut.
Meskipun perbandingannya hanya 49% dengan
51% tetapi calon yang memperoleh suara
terbanyak tersebut akan menang.

Anda mungkin juga menyukai