Anda di halaman 1dari 11

Implikasi Teori Perkembangan Ko

gnitif Piaget & Lawrence Kolhberg


dalam PdP.

Ahli Kumpulan:
Bong Ai Fen
Chai Ai Fong
Hii Jia Wen
Ivy Wong Ing Ing
Lau Yi Jun
Implikasi Teori Perkembangan
Kognitif Piaget dalam PdP.
1. Memaklumi akan adanya perbezaan
invidual dalam hal kemajuan
perkembangan.
Teori Piaget menganggap bahawa seluruh
pelajar tumbuh melalui urutan perkembangan
yang sama, namun pertumbuhan itu
berlangsung pada kelajuan yang berbeza.
Ditambah cara berfikir kanak-kanak kurang logik
berbanding dengan orang dewasa, maka guru
perlu memahami cara berfikir anak, bukan
sebaliknya anak yang menyesuaikan diri dengan
guru.
2. Pendidikan disini bertujuan untuk
mengembangkan pemikiran kanak-kanak
Pendidikan disini bertujuan untuk
mengembangkan pemikiran kanak-kanak,
ertinya ketika anak-anak cuba menyelesaikan
masalah, penaakulan merekalah yang lebih
penting daripada jawapannya.
Oleh sebab itu guru penting sekali agar tidak
menghukum anak-anak untuk jawapan yang
salah, tetapi sebaliknya menanyakan bagaimana
anak itu memberi jawapan yang salah, dan
diberi pengertian tentang kebenarannya atau
mengambil langkah-langkah yang tepat untuk
untuk menanggulanginya.
3. Anak belajar paling baik dengan
mencari (discovery).
Ertinya di sini adalah agar pembelajaran
yang berpusat pada anak berlangsung
berkesan, guru tidak meninggalkan anak-
anak belajar sendiri, tetapi mereka
memberi tugas khusus yang dirancang
untuk membimbing para pelajar mencari
dan menyelesaikan masalah sendiri.
Implikasi Teori
perkembangan Lawrence
Kolhberg dalam PDP
Peringkat awal kanak-kanak
• Mementingkan sifat mendidik,
bukannya sifat menghukum. 
Penjelasan:
Hal ini kerana, mereka perlu dididik
untuk bersifat dengan akhlak yang
baik kerana hanya dengan didikan
yang betul daripada guru, kanak-
kanak akan berusaha untuk
berkelakuan baik. 
Contoh
Jika mereka melakukan kesalahan, guru hendaklah
tidak bersikap terburu-buru dengan memberikan
hukuman  kepada mereka.  Sebaliknya, guru perlu
mendengar penjelasan daripada mereka dahulu.  Jika
mereka didapati bersalah, guru perlu menjelaskan
dengan memberi sebab mengapa sesuatu perkara
tidak boleh dilakukan.  Dengan cara ini, perkara ini
secara tidak langsung dapat membantu mereka dalam
memperkembang tingkah laku mereka ke tahap yang
baik dengan bantuan dan sokongan moral daripada
guru.
Peringkat pertengahan kanak-kanak

• Menekan penerapan nilai-nilai murni


terutamanya melalui kurikulum dalam subjek
Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral. 
Penjelasan:
Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, unsur
seperti nilai-nilai murni sangat penting bagi
membantu mereka dalam menterjemah tingkah
laku mereka berasaskan nilai-nilai murni yang
dipelajari disekolah. 
Contoh
Murid yang mempelajari adab terhadap jiran dalam
subjek pendidikan Islam semasa di sekolah dapat
menterjemah kefahaman mereka melalui
penerapan nilai-nilai murni yang dipelajari di
sekolah dengan sentiasa berbuat baik terhadap
jiran mereka.  Dalam peringkat ini, guru perlulah
mendidik murid dengan kasih sayang supaya
mereka rasa dihargai.  Perkara ini sangat penting
kerana ia membantu dalam mengubah tingkah laku
mereka ke arah yang lebih baik kerana mereka
sedar ada guru yang sentiasa mengambil berat
terhadap diri mereka.
Pastikan semasa aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pelajar saling mendengar an
tara satu sama lain

• Dalam aktiviti, sama ada semasa pembent


angan atau dalam kumpulan, pelajar mend
engar hujah yang dinyatakan oleh rakan m
ereka.
• Beri peneguhan kepada mereka yang men
jadi pendengar yang baik.

Anda mungkin juga menyukai