Anda di halaman 1dari 14

Soalan ramalan Negeri Terengganu

No5.
Huraikan inisiatif-inisiatif yang perlu
dilaksanakan pelbagai pihak dalam memupuk
semangat kejiranan
Pelbagai pihak

IBU BAPA
SEKOLAH/GURU

MASYARAKAT KERAJAAN

MEDIA MASSA
Cadangan isi

1. Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak


2. Ibu bapa menyemarakkan budaya ziarah- menziarahi
3. Guru-guru menerapkan amalan murni hidup berjiran semasa
PDPC
4.Masyarakat mengadakan rumah terbuka pada musim
perayaan
5. Masyarakat mengadakan aktiviti kemasyarakatan
6. Kerajaan menggalakkan rakryat melibatkan diri dalam aktiviti
sosial yang melibatkan kejiranan
7. Media massa mengadakan kempen kesedaran peri
pentingnya semangat kejiranan
ISU SEMASA / PERKARA BERKAITAN
Definisi konsep : Jiran ialah orang yang tinggal di sekeliling rumah kita iaitu, di sebelah, di depan atau
di belakang rumah kita .
- Dalam konteks Islam, jiran merupakan orang yang tinggal berdekatan dengan rumah kita dalam
lingkungan 40 buah rumah berdekatan dari setiap penjuru.
- Semangat kejiranan membawa erti, satu perhubungan yang positif dalam satu-satu kawasan
kejiranan
Dalam era moden ini, semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat dek
peredaran zaman yang mengubah gaya hidup dan sikap masyarakat berbeza dengan
masyarakat terdahulu. Gaya hidup moden dan sikap berkiblatkan duniawi, materialistik dan
mementingkan diri sendiri telah menatijahkan lunturnya semangat kejiranan.

Semangat kejiranan sangat penting kerana hidup bermasyarakat dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang dan prihatin seterusnya dapat mewujudkan masyarakat yang harmoni.

Beberapa inisiatif perlu difikirkan dan diimplimentasikan untuk menghidupkan kembali semangat
kejiranan agar masyarakat dapat hidup dalam suasana harmoni.
PERIBAHASA

1.Muafakat membawa berkat


2.jiran sepakat membawa berkat
3.cubit peha kiri, peha kanan terasa juga
3.menjaga tepi kain orang
5. bagai aur dengan tebing
6.orang berbudi kita barbahasa, orang memberi kita merasa
7. berat sama dipikul, ringan sama dijinjing
8. tak kenal maka tak cinta
9. bagai enau dalam belukar, melepskan pucuk masing-
masing
Ayat topik
Ibu bapa menjadi suri teladan kepada anak-anak

ayat huraian Sikap anak-anak dapat dibentuk oleh ibu bapa. sikap dan tingkah laku ibu bapa akan diikuti
oleh anak-anak seperti kata peribahasa Melayu bagaimana acuan, begitulah kuihnya, baik
bentuk acuaanya maka baiklah bentuk kuihnya.
ayat contoh Ibu bapa sentiasa bersikap baik dan beramah mesra dengan jiran. Ibu bapa mengambil
berat akan jiran, membantu jika jiran menghadapi kecemasan ataupun masalah. Ibu bapa
bersedia degan hati terbuka menghulurkan bantuan seperti tolong manjagakan rumah jiran
ketika jiran tidak ada di rumah.
-Ibu bapa memberikan makanan kepada jiran, berkongsi rasa kerana pepatah ada
mengatakan orang berbudi, kita berbahasa, orang memberi kita merasa.
ayat kesan Anak-anak sentiasa terdidik dengan amalan mulia sesama jiran seperti yag dilakukan oleh
ibu bapa mereka. Hubungan dengan jiran juga dapat dieratkan dan susah senang bersama
bak kata pepatah, cubit peha kiri, peha kanan terasa juga.
ayat Ibu bapa seharusnya mengambil inisiatif untuk memupuk semangat kejiranan dengan
penegasan menjadi suri teladan kepada anak-anak.
Ayat topik Guru-guru menerapkan amalan murni hidup berjiran semasa PDPC

ayat huraian - Guru berperanan menyampaikan ilmu dan mendidik generasi muda dengan nilai
nilai insaniah dan amalan mulia sesama manusia termasuk jiran tetangga.
Penerapan amalan murni hidup berjiran dapat diterapkan melalui mata pelajaran
tertentu.
ayat contoh Guru memasukkan amalan menghormati jiran serta menjaga hubungan baik dengan
jiran melalui mata pelajaran BM, Pendidikan Moral dan Pendidikan Islam.

ayat kesan Murid -murid sentiasa disuburkan dengan amalan murni hidup berjiran dan sentiasa
peka dengan jiran tetangga.

ayat penegasan Guru juga boleh memainkan peranan mengambil inisistif mendidik generasi muda
memupuk semangat kejiranan
Ayat topik Masyarakat mengadakan rumah terbuka pada musim perayaan

ayat huraian Majlis-majlis tertentu yang diadakan boleh menjemput jiran-jiran sebelah untuk hadir
bersama-sama.

ayat contoh Mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan hari perayaan walaupun berlainan
kaum dan agama. Melayu – majlis rumah terbuka Aidilfitri. Cina- Tahun Baru Cina. India –
Deepavali.

ayat kesan Dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan mewujudkan sikap saling mempercayai
dengan jiran
bersebelahan rumah.

ayat penegasan Tuntasnya, dengan membuat majlis-majlis tertentu yang menjemput jiran tetanggga kita
dapat melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya.
Ayat topik Masyarakat mengadakan aktiviti kemasyarakatan

ayat huraian Aktiviti kemasyarakatan dapat berpeluang bertanya khabar dan mengenali jiran lebih
rapat

ayat contoh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan (JKK) sesebuah kawasan haruslah
mengambil inisiatif menganjurkan aktiviti gotong-royong perdana - Bergotong -royong
membersihkan kawasan kejiranan – balai raya, taman permainan dan surau.
- gotong-royong mengadakan majlis perkahwinan atau kenduri-kendara dan majlis
sambutan Maulidur Rasul
ayat kesan Jiran dapat berkumpul – beramah mesra – mengeratkan hubungan.

ayat penegasan Jelaslah bahawa kegiatan bergotong-royong dapat memudahkan tugasan di


samping dapat memupuk
semangat kejiranan.
kesimpulan
Sudah terang lagi bersuluh, kita haruslah memupuk semangat kejiranan
yang tinggi dalam diri. Elakkan bersikap seperti enau dalam belukar,
melepaskan pucuk masing-masing kerana akan merenggangkan ikatan
silaturahim sesama tetangga.
Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu bagai aur dengan
tebing dalam memastikan segala langkah dapat dibuat dengan
berkesan. Kesannya, kita dapat melahirkan masyarakat yang harmoni
dan menjadikan negara aman dan makmur.
Contoh perenggan kesimpulan.

Kesimpulannya, setiap ahli masyarakat perlu mengambil inisiatif memupuk semangat kejiranan
dalam kalangan masyarakat. Kita sedar bahawa,peredaran zaman telah mengubah sedikit sebanyak
gaya hidup masyarakat seperti yang diungkapkan oleh peribahasa, sekali air bah, sekali pasir berubah,
namun nilai-nilai yang baik haruslah kita kekalkannya demi kesejahteraan masyarakat dan
keharmonian negara kerana “Jiran Sepakat Membawa Berkat”. sesungguhnya orang tua-tua ada
berpesan sebagai pedoman hidup, yang baik kita jadikan teladan yang buruk kita jadikan sempadan.
Semangat kejiranan sesuatu yang baik perlu dikekalkan dan jangan dibiarkan hilang ditelan zaman.
Hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing merupakan amalan mulia dalam hidup berjiran.
Oleh itu, setiap lapisan masyarakat, tua, muda, miskin , kaya malah semua pihak seperti ibu bapa,
masyarakat, sekolah, kerajaan dan media massa perlu melaksanakan pelbagai inisiatif memupuk
semangat kejiranan agar dapat melahirkan masyarakat penyayang yang menjadi asas kesejahteraan
Masyarakat dan kemakmuran negara keseluruhannya.
1.Ayat topik- Menghidupkan kembali amalan bergotong-royong.
Ayat huraian- Gotong royong – dapat bertanya khabar dan mengenali jiran lebih rapat
Ayat contoh -Bergotong-royong memasak dan menyediakan makanan sesama jiran dalam
majlis keraian – majlis perkahwinan. Bergotong royong membersihkan kawasan kejiranan –
balai raya, taman permainan dan surau.
Ayat kesan -Jiran dapat berkumpul – beramah mesra – mengeratkan hubungan.
Ayat penegasan -Jelaslah bahawa kegiatan bergotong-royong dapat memudahkan tugasan di
samping dapat memupuk semangat kejiranan

2.Ayat topik- Mengadakan majlis semasa hari kebesaran


Ayat huraian- Majlis-majlis tertentu yang diadakan boleh menjemput jiran-jiran sebelah untuk
hadir bersama-sama.
Ayat contoh- Mengadakan majlis rumah terbuka ketika sambutan hari perayaan walaupun
berlainan kaum dan agama. Melayu – majlis rumah terbuka Aidilfitri. Cina- Tahun Baru Cina.
India – Deepavali.
Ayat kesan- Dapat mengeratkan hubungan kejiranan dan mewujudkan sikap saling
mempercayai dengan jiran bersebelahan rumah.
Ayat penegasan- Tuntasnya, dengan membuat majlis-majlis tertentu yang menjemput jiran
tetanggga kita dapat melahirkan masyarakat yang kukuh semangat kejiranannya
3.Ayat topik- Mewujudkan Kelab Rukun Tetangga bagi menjaga keselamatan kawasan kejiranan.
Ayat huraian- Kelab Rukun Tetangga dapat menjaga keselamatan dan keamanan kawasan
kejiranan
Ayat contoh - Melantik pasukan peronda – bergilir-gilir bertugas – waktu malam – menjaga
keselamatan kawasan perumahan – kecurian – pecah rumah.
Ayat kesan- Mengurangkan kos untuk membayar pengawal keselamatan.
Ayat penegasan -Oleh itu, Kelab Rukun Tetangga sememangnya dapat melahirkan kejiranan yang
lebih bertanggungjawab dan seterusnya ikatan kejiranan akan lebih erat.

4-Ayat topik- Menganjurkan Kempen Sayangi Jiran.


Ayat huraian -Pihak yang berkenaan seperti kerajaan boleh menganjurkan Kempen Sayangi Jiran
dalam memupuk semangat kejiranan.
Ayat contoh -Kempen dijalankan secara berterusan melalui media arus semasa seperti Facebook,
Instagram dan juga iklan melalui radio dan televisyen.
Ayat kesan- Masyarakat akan terpengaruh melalui kempen-kempen yang dijalankan seterusnya
memupuk semangat kejiranan.
Ayat penegasan -Kesimpulannya, kempen yang berterusan sepanjang tahun sedikit sebanyak dapat
membuatkan seseorang untuk mendekati jiran dengan lebih dekat dan tidaklah menjadi kera
sumbang.
Sekian Terima kasih...
Semoga anda berinspirasi dalam menulis
karangan
dan semoga berjaya.