Anda di halaman 1dari 13

Kesan kepada Alam Sekitar Fizikal

1. PENINGKATAN SUHU GLOBAL DAN PEMANASAN GLOBAL


• Peningkatan bahang matahari yang tiba ke permukaan bumi akibat penipisan lapisan
ozon dan kesan rumah hijau menyebabkan suhu permukaan bumi telah meningkat
beberapa darjah Celsius berbanding dengan beberapa dekad yang lepas.
• Bahang bumi ( terrestrial) pula terperangkap disebabkan wujud banyak gas-gas rumah
hijau pada ruang atmosfera bumi.
• Gas-gas seperti karbon dioksida, metana dan sulphur dioksida membentuk lapisan
penebat yang membenarkan bahang matahari melaluinya tetapi menghalang dan
memantuklan semula bahang bumi ke permukaan bumi. Pantulan semula bahang bumi
menyebabkan suhu persekitaran bumi menjadi panas. Keadaan tersebut meningkatkan
suhu permukaan bumi.
• Kerpasan yang semakin berkurangan di sesetengah kawasan menyebabkan berlaku
kemarau yang panjang. Kekurangan hujan dan fenomena kemarau yang berlaku telah
menyebabkan suhu permukaan bumi meningkat.
2.PENCAIRAN AIS DAN GLASIER
• Suhu global yang meningkat akibat kemasukan sinaran ultraungu yang
berlebihan akan menyebabkan pencairan ais di Kutub Utara dan Kutub
Selatan dan glasier di kawasan pergunungan.
• Pencairan ais kutub dan glasier di kawasan pergunungan secara besar-
bedaran akan memberi impak yang besar terhadap alam sekitar.
Pencairan ais ini akan menyebabkan kuantiti air laut akan bertambah
dengan mendadak.
• Pertambahan air laut secara mendadak akan menyebabkan kawasan-
kawasan pinggir pantai yang rendah akan tenggelam. Kadar hakisanke
atas kawasan pinggir pantai juga menjadi lebih giat.
3.PENINGKATAN KEJADIAN RIBUT
• Pemanasan yang melampau akibat kesan rumah hijau dan penipisan
ozon telah menyebebkan suhu permukaan bumi meningkat. Suhu yang
semakin meningkat terutama di kawasan tropika menyebabkan
terbentuknya sel- sel tekanan udara rendah yang melampau terutama
di kawasan laut tropika.
• Angin akan berputar-putar di sekitar sel tekanan udara rendah
tersebut lalu membantu mengangkat wap air yang banyak.
• Pembebasan haba pendam semasa proses pemeluwapan akan
berupaya mengangkat wap air tersebut ke lapisan yang lebih tinggi.
Keadaan ini akan menghasillkan sel-sel ribut yang dahsyat seperti ribut
tropika.
4. KEJADIAN BANJIR BESAR
• Peningkatan suhu dunia menyebabkan kadar sejatan ke atas bahna-
bahan air turut meningkat.
• Kesannya, banyak wap air akan dibawa naik ke atas lalu membentuk
awan yang dapat menurunkan hujan seperti awan kumulonimbus.
• Pembesaran awan akibat pertambahan wap air secara giat dan
berterusan akan menghasilkan hujan yang lebat.
• Hujan lebat akan menghasilkan banjir besar yang memberi kesan
negatif kepada alam sekitar fizikal seperti kemusnahan ekosistem
akuatik.
5. KEJADIAN KEMARAU
•Peningkatan suhu bumi secara global menyebabkan sesetengah
kawasan akan menghadapi masalah kemarau yang teruk.
•Kerpasan yang berkurangan dalam tempoh yang lama di sesetengah
tempat menyebabkan kawasan yang mengalami masalah kemarau akan
mengalami masalah kegersangan.
•Kemarau yang berpanjangan menyebabkan berlaku peluasan kawasan
gurun yang ada di permukaan bumi. Kawasan separa gurun akan
bertukar menjadi gurun sepenuhnya.
6. KEMUSNAHAN FLORA
• Peningkatan suhu di sesuatu kawasan menyebabkan tanah menjadi
kering kontang ( kemarau).
• Kemarau yang panjang menyebabkan badan-badan air seperti tasik,
kolam, dan sungai menjadi kering. K
• esannya, tumbuhan akuatik seperti alga, plankton dan lain-lain akan
mati atau musnah.
• Hujan yang lebat di sesuatu kawasan menyebabkan berlakunya banjir,
Banjir menyebabkan kebanyakan tumbuhan yang terdapat di sesuatu
ekosistem akan tenggelam dan akhirnya musnah.
7. KEMUSNAHAN FAUNA
• Peningkatan suhu di sesuatu kawasan menyebabkan badan-badan air
seperti tasik, kolam dan sungai menjadi kering.
• Badan-badan air tersebut menjadi habitat kepada kebanyakan haiwan
akuatik seperti ikan, udang, zooplankton dan sebagainya.
• Kekurangan air di dalam badan-badan air tersebut menyebabkan fauna
yang terdapat di dalam badan-badan air tersebut mati atau berhijrah ke
tempat lain.
• Kekurangan hujan dalam tempoh yang lama menyebabkan hidupan
yang mendiami kawasan tertentu mengalami masalah kekurangan air
akibat penghidratan yang tinggi. Lama kelamaan haiwan mati atau
berhijrah ke tempat yang lain.
Kesan kepada Aktiviti Manusia
1. KESAN KEPADA AKTIVITI PERTANIAN
• Kemarau panjang yang disebabkan peningkatan suhu menyebabkan
tanah menjadi kering kontang. Tanaman akan mengalami masalah
kekurangan air lalu mati.
• Tanah yang kering kontang turut memberi kesan kepada kesuburan
tanah dan kandungan nutiren dalam tanah. Nutrien dalam tanih
merosot dan keadaan tersebut menjejaskan aktiviti pertanian.
2. KESAN KEPADA KEGIATAN
PERIKLANAN
• Peningkatan suhu dunia menyebabkan pencairan ais kutub dan
pencairan glasier di pergunungan yang membantu peningkatan aras
laut.
• Peningkatan aras laut boleh menghasilkan ombak besar. Ombak
tersebut akan mengganggu aktiviti periklanan terutamanya periklanan
pinggir pantai.
• Suhu yang tinggi turut mempengaruhi kualiti hasil tangkapan di mana
ikan atau udang yang ditangkap cepat rosak. Kesannya nelayan
terpaksa menjual hasil tangkapan mereka dalam harga yang rendah.
3. KESAN KEPADA KEGIATAN
PELANCONGAN
• Peningkatan suhu membantu aktiviti pelancongan pinggir pantai.
• Persekitaran yang panas menyebabkan ramai pelancong memilih untuk mandi
manda di pantai bagi menyejukkan badan.
• Suhu yang meningkat memberi kesan kepada badan-badan air seperti tasik
dan sungai.
• Aktiviti eko pelancongan seperti berkayak dan menyusuri sungai mungkin
terganggu disebabkan masalah kekurangan air.
• Hujan yang lebat dan dalam tempoh yang lama boleh menyebabkan
berlakunya banjir besar.
• Kegiatan pelancongan mungkin terpaksa dihentikan kerana kawasan-kawasan
pelancongan dan prasarana pelancongan seperti jalan raya ditenggelami air.
4. KESAN KEPADA KEGIATAN
AKUAKULTUR
• Peningkatan suhu persekitaran sesuatu kawasan menyebabkan
berlakuya kemarau.
• Suhu yang tinggi menyebabkan kadar sejatan ke atas permukaan air
seperti permukaan tasik dab kolam bertambah. Dalam jangka masa
yang panjang air permukaan akan berkurangan.
• Kesannya, aktiviti akuakultur terjejas akibat kekurangan air tersebut.
• Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir. Kawasan-kawasan
yang menjalankan aktiviti akuakultur akan tenggelam. Hasil ternakan
akan terjejas dan keadaa tersebut merugikan penternak.
5. KESAN KEPADA KEGIATAN
PERLOMBONGAN
• Peningkatan suhu dunia menyebabkan kadar luluhawa khususnya
luluhawa fizikal meningkat.
• Luluhawa fizikal seperti proses pengembangan dan pengecutan di
kawasan gurun panas menjadi lebih aktif. Pemecahan batuan akibat
tindakan luluhawa fizikal akan mendedahkan bahan mineral yang
terdapat dalam batuan di kawasan tersebut. Oleh itu, aktiviti
perlombongan sumber mineral akan menjadi lebih murah.
• Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir. Kesannya kawasan-
kawasan perlombongan akan tenggelam. Keadaan tersebut boleh
menjejaskan mesin-mesin yang digunakan untuk kegiatan
perlombongan tersebut.
5. KESAN KEPADA KEGIATAN
PERINDUSTRIAN
• Peningakatan suhu persekitaran dapat membantu industry
pengeringan (ikan kering, batuk dan korpa). Industri tersebut akan
meningkat seiring dengan peningkatan bahang matahari.
• Hujan yang lebat menyebabkan berlakunya banjir. Kesannya premis
dan kawasan industry akan tenggelam. Keadaan tersebut boleh
menjejaskan mesin-mesin yang digunakan untuk kegiatan industry
rosak dan ini akan menyebabkan pengusaha akan mengalami kerugian.

Anda mungkin juga menyukai