Anda di halaman 1dari 8

Akomodasi, akulturasi,

asimilasi dan amalgamasi


Akomodasi

 Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari dan
menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya
hidup masing-maisng.
 Konsep ini diwakili oleh formula A + B + C = A + B + C . A, B dan C merujuk kepada
budaya.
 Pelbagai kumpulan etnik hidup secara harmonis dan menghormati antara satu sama lain.
Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap kumpulan etnik mempunyai wakil dalam
bidang tertentu dan mereka daling bergantung antara satu sama lain.
 Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik bebas
mengamalkan budaya mereka dalam keadaab yang aman dan harmoni.
Akulturasi

 Akulturasi merupakan proses penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok
dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza.
 Akulturasi berlaku apabila satu kelompok manusia dengan kebudayaan tertentu dihadapkan dengan
unsur dari kebudayaan asing yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing diterima dan diolah dalam
kebudayaan sendiri. Berbeza dengan asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan identity
asal masyarakt penerima.
 Dalam sejarah tamadun manusia, sering berlaku pertembungan antara dua atau lebih kebudayaan. Proses
ini menyebabkan berlakunya proses pinjam meminjam budaya antara satu sama lain.
 Di Malaysia, penggunaan tali leher, angpau, makanan, hiburan dan sebagainya adalah anatara hasil
proses akulturasi.
 Walaubagaimanapun, jika unsur budaya yang diambil itu tidak diolah dengan baik, ia mampu
memberikan kesan buruk kepada masayarakat.
Asimilasi

 Merujuk kepada proses pencantuman dan penyatuan antara kumpulan etnik berlainan budaya sehingga
membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identiti yang sama.
 Asmilasi berlaku secara total atau sempurna sekiranya penghapusan penuh identiti dan perbezaan antara
etnik berlaku.
 Persamaan ini diwakili formula A + B + C = A dimana A mewakili etnik dominan manakala B dan C
mewakili etnik minority.
 Contohnya kita dapat lihat di mana orang Melayu di Thailand mengalami proses asimilasi yang
menyebabkan hamper keseluruhan aspek kehidupan dan cara hidup seperti orang Thai.
 Proses asimilasi berlaku apabila wujudnya interaksi yang erat antara etnik berbeza budaya bagi suatu
tempoh yang lama.
 Keberhasilan asimilasisssssss bergantung kepada kesanggupan etnik minority menghilangkan identiti
mereka dan menerima budaya dan identiti etnik minority.
Amalgamasi

 Merujuk kepada proses apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis
budaya dan ras baharu.
 Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi adalah dengan perkahwinan campur
antara kumpulan etnik.
 Teori amalgamasi pula diwakili oleh persamaan A + B + C = D di amana A, B dan C
diwakili oleh kumpulan etnik berbeza dan D merupakan satu kumpulan baharu yang
terhasil daripada penyatuan A, B dan C.
 Misalnya dapat dilihat menerusi etnik Baba Nyonya dan Jawi Peranakan yang wujud di
Malaysia.
Perpaduan dan integrasi

 Perpaduan= proses menyatupadukan seluruh masyarakt dna negara supaya setiap anggota
masyarakat dapat membentuk satu identiti dan nilai Bersama serta perasaan cinta dan
banggakan tanah air.
 Integrasi = proses mewujudkan satu identiti nasional dalam kalangan kumpulan yang
terpisah dari segi kebudayaan, social dan lokasi dalam sesebuah unit politik
 Unsur integrasi terdiri daripada:
 1. integrasi wilayah = bertujuan mengurangkan jurang perbezaan pembangunan ekonomi
dan social antara wilayah maju dengan mundur. Di Malaysia, tumpuannya ialah antara
Malaysia Barat dengan Malaysia Timur dan Pantai Timur Semenanjung Malaysia dengan
Pantai Barat Semenanjung Malaysia.
 2. integrasi ekonomi = usaha-usaha untuk mengurangkan jurang perbezaan ekonomi antara kumpulan
etnik
 3. integrasi kebudayaan = usaha membentuk suatu kebudayaan kebangsaan
 4. integrasi sosial = usaha menyatupadukan rakyat melalui program social seperti sukan, Pendidikan,
perumahan dan kesihatan.
 5. integrasi Pendidikan = bertujuan mewujudkan satu system Pendidikan yang bercorak kebangsaan
dan sempurna dari segi intelek, jasmani dan rohani
 6. integrasi politik = merangkumi usaha menyatupadukan rakyat melalui Kerjasama dan
pembahagian kuasa politik.
 Inntegrasi merupakan suatu proses yang kompleks.
 Walaubagaimanapun, bagi negara dengan rakyat berbilang kaum, integrasi merupakan
aspek utama dan pentinga bagi mengurangkan konflik dan membentuk persefahaman
serta mewujudkan kehramonian antara pelbagai etnik.

Anda mungkin juga menyukai