Anda di halaman 1dari 22

PENGURUSAN DAN

ORGANISASI
PRASEKOLAH/TADIKA
ECE1543 Pengurusan Pusat Pendidikan Awal Kanak-kanak
OBJEKTIF KURSUS ECE1543
◦ Berkebolehan membentuk program pendidikan bagi
kanak-kanak berdasarkan kepada standard kurikulum
pra sekolah negara.
◦ Menyediakan persekitaran pembelajaran dan aktiviti
yg bersesuaian untuk kanak-kanak.
◦ Berkeupayaan untuk bekerja dalam pasukan dan
mempunyai kemahiran interpersonal dan bersosial dengan
baik.
◦ Mempunyai prinsip profesionalisma dan etika kerja yang
tinggi.
◦ Menyediakan khidmat sokongan pengurusan berkaitan
dengan perancangan, penyeliaan dan kawalan sesuatu tugas.
◦ Memupuk minat menceburi bidang keusahawanan sebagai
kerjaya pilihan dan mampu untuk menguruskan perniagaan
berkaitan Pendidikan awal dan penjagaan kanak-kanak.
MATLAMAT PENDIDIKAN
PRASEKOLAH
◦ Pendidikan Prasekolah bertujuan menyediakan pengalaman
pembelajaran kepada murid-murid yang berumur antara 4 ~
6 tahun bagi menyuburkan potensi mereka dalam semua
aspek perkembangan, menguasai kemahiran asas dan
memupuk sikap positif sebagai persediaan masuk ke
sekolah rendah.
PENGENALAN PENGURUSAN
◦ Pengurusan sebagai proses perancangan, penyusunan,
pengarahan, dan pengawalan usaha ahli-ahli organisasi
dan menggunakan semua sumber organisasi untuk
mencapai matlamat organisasi.
◦ Menjalankan kerja secara sistematik serta memerlukan
hubungan tertentu antara satu aktiviti dengan satu aktiviti
yang lain.
FUNGSI PENGURUSAN
◦ MERANCANG : Memutuskan apa yang perlu berlaku pada masa
hadapan dan mencipta rancangan-rancangan untuk dilaksanakan.
◦ MENGATUR : Menggunakan sumber-sumber yang diperlukan secara
optimum untuk membolehkan rancangan-rancangan dilaksanakan
dengan berjaya
◦ MEMIMPIN / MEMOTIVASI : Proses pengarahan, penyelarasan,
dan pengaruh ke atas operasi organisasi untuk mencapai matlamat
rancangan yang dikehendaki dan prestasi sepenuhnya.
◦ MENGAWAL : Memeriksa dan membandingkan kemajuan yang
sebenar dengan rancangan, serta mengubah suai rancangan tersebut
(jika perlu), berdasarkan maklum balas
CARTA ORGANISASI

Source : KPM•Garis Panduan Prasekolah,2019


PERANAN PENGURUS
PRASEKOLAH
◦ Bertanggungjawab kepada kelas prasekolah di bawah jagaannya secara
menyeluruh meliputi bidang pentadbiran , kebajikan , keselamatan ,
kewangan ,kurikulum dan kokurikulum.
◦ Memastikan kelas prasekolah di bawah jagaannya berada dalam keadaan
selamat , ceriadan semua peralatan berfungsi
◦ Memastikan setiap kelas prasekolah di bawah jagaannya mempunyai
seorang PembantuPengurusan Murid yang dilantik oleh Suruhanjaya
Perkhidmatan Pelajaran
◦ Melaksanakan pemantauan pengurusan ke kelas prasekolah secara berkala.
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB GURU
PRASEKOLAH
1. Pengurusan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)
◦ Merancang aktiviti bimbingan dan asuhan.
◦ Menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan
menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan
asuhan.
◦ Merangsang dan meningkatkan motivasi murid prasekolah
supaya bersedia untuk belajar
◦ Mendampingi murid semasa menjalankan aktiviti harian di
prasekolah supaya mereka dapat melibatkan diri secara
aktif
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU PRASEKOLAH
2. Pengurusan Pentadbiran Kelas Prasekolah
◦ Mengurus permohonan kemasukan dan pendaftaran murid
prasekolah
◦ Melaksanakan pengurusan fail secara sistematik.
◦ Menyediakan dokumentasi lengkap bagi setiap program
yang dijalankan
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU PRASEKOLAH
3. Pengurusan Hal Ehwal Murid
◦ Menyambut kedatangan murid dengan mesra.
◦ Memastikan murid berada dalam keadaan sihat dan bersih.
◦ Mendaftar kehadiran murid prasekolah setiap hari
◦ Memastikan pergerakan keluar masuk murid semasa sesi
persekolahan direkodkan.
◦ Memastikan murid pulang dalam keadaan selamat.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU PRASEKOLAH
4. Pengurusan Penyediaan Makanan
◦ Memastikan penyediaan makanan mengikut menu yang
ditetapkan.
◦ Memastikan bahan keperluan untuk penyediaan makanan
dibekalkan ke kelas prasekolah mengikut pesanan yang
diluluskan.
◦ Memastikan perkakasan dan ruang yang digunakan untuk
penyediaan makanan sentiasa dalam keadaan bersih dan
selamat untuk digunakan
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB
GURU PRASEKOLAH
5. Melaksanakan tugas-tugas yang diarahkan oleh Ketua
Jabatan dari semasa ke semasa.
TUGAS DAN
TANGGUNGJAWAB
PEMBANTU PENGURUSAN
MURID (PPM)
1. Membantu guru prasekolah merancang aktiviti bimbingan dan asuhan. ii.
2. Membantu menimbulkan suasana yang selesa, selamat dan
menggembirakan bagi merangsang bimbingan dan asuhan.
3. Membantu guru prasekolah dalam penyediaan pengajaran dan
pembelajaran.
4. Mengemas kini data dan maklumat murid prasekolah
5. Membantu guru merekodkan perbelanjaan dan sumbangan* yang
diterima untuk prasekolah
Ciri-Ciri Guru yang Baik :
◦ Menyimpan rahsia
◦ Tidak memilih kasih
◦ Boleh menguasai diri
◦ Sukakan kanak-kanak
◦ Sayangkan kanak-kanak
◦ Mempunyai sifat belas kasihan
◦ Mempunyai sifat2 zuhud
◦ Bersifat lemah lembut dan bersopan
◦ Mempunyai sifat jenaka & boleh ketawa
◦ Mempertingkatkan sikap positif, elak yg keji
◦ Menegtahui berkenaan perkembanagn knk2
◦ Melayan knk2 dgn penuh perhatian & kasih sayang
5 Cara Menyelesaikan Masalah
dalam Organisasi
◦ Setiap organisasi pasti memiliki masalah dan Anda sebagai seorang
pengurus atau atasan wajib mencari jalan keluar dari permasalahan
yang terjadi.
◦ Jika masalah dalam organisasi dibiarkan begitu saja, maka ia akan
sangat berbahaya bagi keberlangsungan perusahaan organisasi yang
dijalankan.
◦ Berikut ini, ada 5 cara menyelesaikan masalah dalam organisasi yang
dapat Anda lakukan, yaitu :-
5 Cara Menyelesaikan Masalah
dalam Organisasi
◦ Mengenalpasti dan mendefinasi masalah
◦ Analisa Masalah
◦ Menjana Alternatif
◦ Memilih Alternatif Penyelesaian
◦ Laksanakan Pilihan
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-
Kanak (Prasekolah)
◦ Sebelum Penubuhan :
1.Organisasi atau Individu yang berminat untuk menubuhkan Taman asuhan
kanak-kanak memerlukan maklumat utama daripada :-
- Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
- Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak 2012
2.Memperoleh Buku Garis Panduan Penubuhan Taman Asuhan Kanak-kanak
dan Borang utama daripada Pejabat Jabatan Kebajikan Masyrakat (JKM)
Daerah.
3. Mengenalpasti kategori Pusat Asuhan:
TASKA Institusi
◦ Menerima 10 orang atau lebih kanak-kanak dalam jagaan
◦ Ditubuhkan atas inisiatif pihak swasta dan NGO
TASKA Di Tempat Kerja
◦ Menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih dalam  jagaan
◦ Ditubuhkan atas inisiatif majikan untuk kebajikan pekerja
TASKA Komuniti
◦ Menerima  10 orang kanak-kanak atau lebih dalam jagaan
◦ Menerima bantuan daripada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri 
◦ Ditubuhkan atas inisiatif komuniti untuk manfaat kepada keluarga yang
berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar
TASKA Di Rumah
◦ Menerima 4 hingga 9 orang kanak-kanak dalam jagaan
◦ Dijalankan di kediaman sendiri
Penubuhan Taman Asuhan Kanak-
Kanak (Prasekolah)
◦ Sebelum Penubuhan :
4.Mengenalpasti kumpulan umur yang diambil kira untuk penjagaan.
5.Membuat keputusan mengenai waktu operasi pusat tersebut.
6.Mengkaji lokasi dan kapasiti ruang kelas / pentadbiran pejabat pusat tersebut
7.Menentukan pengambilan kakitangan untuk penjagaan kanak-kanak,
pembelajaran dan pentadbiran
8. Membuat keputusan bayaran fi (yuran) oleh Ibu bapa.
9.Melantik individu yang bertanggungjawab mengendalikan pusat asuhan yang
mempunyai kepakaran dalam bidang penjagaan kanak-kanak
Faktor Keputusan Pengambilan
Kanak-Kanak ke Pusat Asuhan.
◦ Saiz taman asuhan
◦ Kumpulan umur kanak-kanak
◦ Reka bentuk ruang dan kemudahan
◦ Menguruskan keperluan kanak-kanak
◦ Akses dan kemudahan fasiliti
◦ Persekitaran yang selamat
◦ Pengurusan amalan terbaik
Kos Asas Penubuhan Taman
Asuhan
◦ Kos Asas mengendalikan Taman asuhan kanak-kanak (Prasekolah)
- Kos penubuhan bagi reka bentuk susun atur, perabot dan
peralatan terutama bagi pentadbiran dan bahagian
pembelajaran
- Bayaran fi bagi kelulusan pendaftaran penubuhan yang
berkaitan
- Menghitung kos tetap bulanan yang ditanggung termasuk
sewaan, kos makanan dan kelengkapan diri mengiku bilangan
kanak-kanak, gaji pekerja dan penyelenggaraan pusat asuhan.
Tindakan Undang-Undang JKM:
◦ Jika mana-mana TASKA tidak berdaftar atau TASKA yang berdaftar tetapi
tidak mematuhi Akta Taman Asuhan Kanak-kanak 1984, Peraturan-Peraturan
TASKA (Pengkompaunan Kesalahan) 2011, Peraturan-peraturan Taman
Asuhan Kanak-kanak 2012 boleh dikenakan tindakan seperti berikut:
- Kompaun maksimum RM5,000.00 bagi setiap kesalahan
- Pembatalan Pendaftaran
- Arahan TASKA ditutup sementara
- Lak (seal)
- Pendakwaan dan jika sabit kesalahan boleh : 
◦ didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi
2 tahun atau kedua-duanya;

Anda mungkin juga menyukai