Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN TATABAHASA

DEFINISI TATABAHASA

• bidang yang menumpukan kepada pembentukan kata dan proses pembinaan ayat sesuatu
bahasa
• peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu
bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis.
• suatu kumpulan sistem yang harus dipatuhi oleh pengguna bahasa sesuatu bahasa itu, dan
ia menjadi dasar untuk melahirkan asperasi bahasa yang baik dan indah, serta menjamin
kemantapan bahasa sesuatu bahasa.
ASAS MORFOLOGI
LEKSEM
Bentuk kata yang berbeza yang tergolong di dalam/ mewakili golongan yang sama

• Misalnya perkataan sambung, kesinambungan, bersambung, disambung. menyambung,


tersambung
• Kata-kata di atas adalah manifestasi daripada akar kata yang sama, iaitu SAMBUNG
• Kata-kata di bawah leksem yang sama berkongsikan makna inti yang sama walaupun dieja
dan disebut secara berbeza
• Dengan kata lain, leksem adalah kata yang terdapat di dalam kamus.
BENTUK-KATA (WORD-FORM)

• Perkataan juga merujuk kepada realisasi fizikal tertentu bagi


leksem dalam pertuturan atau penulisan iaitu -bentuk-kata
tertentu.
• Oleh itu kita boleh merujuk see, sees, seeing, saw dan seen
sebagai lima bentuk-kata yang berbeza (dipunyai oleh satu
leksem yang sama)
KATA NAHUAN

• ‘perkataan’ juga boleh dilihat sebagai representasi bagi leksem yang dikaitkan dengan ciri morfosintaktik yang
tertentu seperti nama, adjektif, kerjaan, kala, gender, bilangan dll.
• Kata-kata sedemikian dinamakan sebagai kata nahuan

Morfem: unit bermakna yang terkecil.


• Kita biasanya memahami bentuk kata hanya sebagai ujaran satu bentuk yang mempunyai makna.
• Kata-kata seperti tidur, makan, meja dsb tidak dapat dipenggal lagi untuk menjadi lebih kecil dan mempunyai makna.
• Dalam kebanyakan bahasa, bentuk kata terdiri daripada unit yang agak kompleks.
• Misalnya bangunan terdiri daripada bangunan + an.
• Ini membawa kepada konsep morfem dan konsep makna yang terbahagi kepada makna leksikal dan makna nahuan.
MORFEM
• Unit kandungan semantik/ mempunyai fungsi nahuan yang terkecil yang tidak dapat dipecah-pecahkan. Unit-unit
ini akan membentuk kata.
• Maksudnya, morfem tidak boleh dipecahkan kpd unit yg lebih kecil lagi yang akan menyebabkan ia kehilangan
makna atau tidak dapat menandakan fungsi tatabahasa/ nahu.
• Contohnya:

1. Jika dipecahkan kata berlari kpd ber dan lari, kedua-duanya masih mengandungi unsur semantik, iaitu lari yang
merujuk kepada satu perbuatan; dan ber yang membawa tugas nahu i.e sesuatu perbuatan yang memberatkan
pelaku
2. Jika kedua-duanya dipecahkan kepada unit yang lebih kecil, i.e. b-e-r & l-a-r-i, kedua-duanya tidak lagi
membawa makna atau dapat menjalankan tugas nahu
Konsep penggunaan tatabahasa ialah
penggunaan bahasa yang betul semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran. Penggabungan
kata-kata untuk menimbulkan bunyi ayat
dengan menggunakan formula atau peraturan
tertentu.
KEPENTINGAN TATABAHASA
TUJUAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
TATABAHASA
• Membolehkan kanak-kanak bertutur dengan lancar, terang dan mudah untuk difahami
oleh orang lain.
• Membolehkan kanak-kanak memahami makna satu perkataan atau ayat dan menganalisa
kedudukkannya.
• Membolehkan menentukan ayat yang betul atau salah mengikut peraturan bahasa itu.
• Berfaedah kepada orang yang dikuasai dengan bahasa ibunda mereka. Ini kerana mereka
suka belajar mengikut peraturan tertentu (Mengikut bahasa ibunda mereka).
PANDANGAN SARJANA MENGENAI TATABAHASA

• Tatabahasa perlu dipelajari untuk menguasai sesuatu bahasa itu dengan baik.
• Mempelajari tatabahasa dengan menghafaz peraturan dan undang-undang.
• Diperkenalkan sebelum kanak-kanak, agar mahir berbahasa dengan baik.
• Mempelajari tatabahasa dan tidak menghafaz peraturan dan undang-undang tetapi
berdasarkan contoh yang sesuai.
• Kepintaran seseorang itu berbahasa bukanlah bergantung kepada kecekapan peraturan
dan undang sesuatu bahasa.

Anda mungkin juga menyukai