Anda di halaman 1dari 62

PUISI MELAYU

TRADISIONAL:
latar belakang, jenis, bentuk, pemikiran & irama
BMMB3033
Muhammad Aiman Shahfiq bin Muhamad Shah Noor Yong
Nur Alia Diyanah binti Mohd Tarmidzi
Pensyarah: Encik Mohd Nor Bin Mohamed
PENGENALAN PUISI MELAYU
TRADISIONAL
 Wan Akmal Wan Semara (2005) menjelaskan puisi Melayu tradisional adalah satu karya kesusasteraan yang dapat memenuhi
ciri-ciri karya sastera iaitu ciptaan yang mempunyai nilai-nilai seni yang menggunakan bahasa sebagai media.
 Sastera jenis ini juga dikenali dengan sastera yang bukan berbentuk prosa lebih kepada berbentuk rangkap atau puisi.
 Sastera jenis ini terhasil dalam masyarakat yang belum mengenali bentuk tulisan.
 Pertembungan dengan dunia luar menerusi dunia pedagang di Selat Melaka dan Selar Sunda telah memperkaya puisi Melayu
tradisional sehingga berjumlah lebih 30 jenis.
 Bahasa yang digunakan cukup ekonomi, padat dan mampu mengusik perasaan pembaca.
 Mengenali puisi tradisional bererti mengenali hati budi masyarakat yang memilikinya.
 Puisi Melayu tradisional lahir bukan sekadar untuk hiburan, pengajaran dan alat komunikasi secara umum, malah diserapkan
ke dalam kegiatan-kegiatan hidup bermasyarakat, dalam dalam ritual dan upacara, dalam adat dan peundangan, juga dalam
kegiatan yang berunsur keagamaan (Mutiara Sastera Melayu Tradisional, 2010:232 ).
Hasil hasil sastera bukan naratif ini dapat diperhalusi seperti di
bawah:-
Pantun 1

Gurindam 2
Puisi tradisional Melayu
Syair 3 terbahagi kepada 2 bentuk:

1) Asli - pantun, teka-teki,


Seloka 4 kata perbilangan, petua,
pepatah & petitih.

Nazam 5 2) Pinjaman- seloka,


gurindam (Hindu), syair
(Arab Parsi), Nasyid (Arab
Mantera 6 Parsi) & nazam (Arab Parsi)
PANTUN
LATAR BELAKANG PANTUN

Merupakan sejenis puisi Melayu lama yang paling popular dan hak
milik asli orang Melayu.

Pantun menggambarkan cara berfikir dan nilai-nilai masyarakat Melayu.

Melalui pantun, masyarakat Melayu akan meluahkan rasa hati, keluhan


jiwa, kasih sayang, cinta, suka duka, sindiran dan berbagai-bagai jenis
perasaan hati yang diungkapkan dalam bentuk bahasa yang indah dan
menarik.
JENIS-JENIS PANTUN
Pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis:
1) Teka-teki 2) Jenaka 3) Kasih sayang 4) Nasihat 5) Budi 6) Nasib 7) Perantau 8) Adat 9)
Kepahlawanan 10) Peribahasa 11) Kias ibarat 12) Agama

Walaupun begitu, penentuan jenis-jenis isi atau tema tersebut bukanlah mutlak kerana dalam setiap jenis
isi pantun itu, lazimnya terdapat juga isi atau persoalan lain.

Penentuannya lebih dilihat pada isi yang menjadi latar dan dasar perkembangannya dengan isi atau
persoalan lain yang berhubungan.
JENIS-JENIS PANTUN
PANTUN ADAT & AGAMA
PANTUN NASIHAT Pantun Adat PANTUN
Bukan lebah, sembarang lebah, PERIBAHASA
Lebah bersarang dibuku buluh,
Padang temu padang baiduri,
Bukan sembah, sembarang sembah,
Tempat raja membangun kota, Sembah bersarang, jari sepuluh. Berakit-rakit kehulu,
Bijak bertemu dengan jauhari, Pantun Agama Berenang-renang ketepian,
Bagaikan cincin dengan Bunga kenanga di atas kubur, Bersakit-sakit dahulu,
permata. Pucuk sari, pandan Jawa,
Bersenang-senang kemudian.
Apa guna sombong dan takbur,
Rosak hati, badan binasa.
Pantun "nasihat" bersifat Pantun jenis "peribahasa" amat
mengajar atau memberi mudah dikenali, iaitu melalui
Pantun tentang "adat" adalah berkaitan dengan
nasihat ke arah melakukan penyampaian isinya yang
norma-norma adat, peraturan atau undang-
sesuatu yang baik dan menggunakan peribahasa-
undang.
meninggalkan yang buruk. peribahasa Melayu.
Manakala pantun “agama” pula berkaitan dengan
Keesaan Allah dan balasan hari kemudian.
JENIS-JENIS PANTUN
PANTUN TEKA-TEKI PANTUN JENAKA

Tuan puteri belajar menari, Padang temu padang baiduri,


Diajari oleh pak Harun, Tempat raja membangun kota,
Kalau tuan bijak bestari, Bijak bertemu dengan jauhari, Bagaikan
Apa yang naik tapi tak bisa turun. cincin dengan permata.

Pantun "teka-teki" merupakan Pantun "jenaka" mempunyai unsur


sebuah puisi tradisional yang kejenakaan dan kelucuan di dalamnya
memerlukan jawapan, dan hasil daripada gambaran keanehan dan
merupakan satu daripada alat untuk keganjilan perlakuan masyarakat.
menggerakkan cara berfikir secara Terdapat juga unsur-unsur pengajaran,
spontan dam membina kemahiran nasihat dan sindiran di dalamnya.
berfikir dengan tepat.
Pantun
2 Kerat

Pantun Pantun
Berkait 4 Kerat

BENTUK-BENTUK
PANTUN
Pantun
Pantun
12
6 Kerat
Kerat
Pantun
8 Kerat
BENTUK PANTUN
PANTUN 12 KERAT PANTUN BERKAIT
PANTUN 2 KERAT PANTUN 4 KERAT
Ada ubi ada batas, Pulau Pandan jauh ke tengah, Rotan sepatah dua patah, Angsana berpucuk di atas
Ada budi ada balas. Gunung Daik bercabang tiga, Tarik kerakap batang padi, batu,
Hancur badan dikandung Dibawa Sutan dari Judah, Pucuk digangsa beribu-
Sebab pulut santan binasa, Padi yang jangan ribuan;
tanah,
digemparkan, Ada bunga di naung batu,
Sebab mulut badan merana. Budi yang baik dikenang juga.
Kalau gempar antara Kuntumnya kaca tangkainya
PANTUN 8 KERAT
gugur, embun.
Rumpun rotan di kota alam, Bila gugur masuk perigi;
PANTUN 6 KERAT
Ditebang dibelah empat, Tuan di Mekah di Pucuk digangsa beribu-
Apa didapat orang memburu,
Tumbuh serumpun di seberang, Madinah, ribuan,
Dapat rusa jantan betina,
Selasih muara sungai; Naik akhirat batu haji, Kembang diuca balik beroleh;
Sedang bersembunyi di celah batu;
Penglihatan usah diperdalam, Tegak berdiri Rasulullah, Kuntumnya kaca tangkainya
Bila mendapat bunga yang baru,
Pandang nan usah dipertepat, Kami yang jangan embun,
Bunga yang lama tiada berguna,
Adik di dalam tangan orang, dilupakan, Dipandang sahaja diambil tak
Adat dunia sudah begitu.
Maksud rasa tak akan sampai. Kalau lupa antara tidur, boleh.
Dalam tidur menjadi
mimpi.
PEMIKIRAN PANTUN
 Keistimewaan pantun terletak pada ciri-ciri kesederhanaan dan kepadatannya.

 Pemikiran dan maksud dalam pantun dapat dikelaskan kepada beberapa kategori seperti:
1. Pantun untuk kanak-kanak
2. Pantun untuk orang muda
3. Pantun untuk orang tua

 Pantun kanak-kanak bertujuan memberikan hiburan kepada kanak-kanak dan menggambarkan kesukaan dan keriangan
mereka. Isi dalam pantun untuk generasi ini juga tidak mengandungi pemikiran yang tinggi serta lebih mudah difahami.

 Pantun orang muda pula serimg dikaitkan dengan perasaan cinta, rindu, pilu , sedih, kecewa dan hiba. Pantun jenis ini
mempunyai pemikiran dan bahasa yang indah sehingga menyebabkan seseorang mudah terpesona.

 Masyarakat Melayu juga tidak meminggirkan golongan dewasa atau orang tua. Pantun untuk mereka lebih berbentuk
budi bahasa, soapn santun, keagamaan dan juga sindir menyindir.

 Kedudukan pantun sangat istimewa kerana di dalamnya terangkum kehalusan jiwa dan ketinggian akal budi
penciptanya.
PEMIKIRAN PANTUN
 Pantun Melayu digunakan untuk meluahkan perasaan kasih sayang dalam kalangan masyarakat Melayu tanpa kira
batasan sama ada rasa sayang teruna kepada dara, suami kepada isteri atau anak kepada ibu bapa.

 Pantun dicipta untuk menyampaikan rasa penghargaan dan terima kasih kepada orang-orang yang telah berjasa atau
berbudi.

 Pantun juga memainkan peranan yang penting dalam upacara yang melibatkan adat istiadat seperti merisik, bertunang
sehinggalah majlis perkahwinan.

 Pantun turut digunakan oleh masyarakat Melayu untuk menggambarkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu dengan
bahasa yang berselindung atau dengan kata lain secara tidak terus terang. (sindiran)

 Tidak terhad kepada itu, jika masyarakat Melayu dahulu mendapati ada sesuatu perkara yang tidak kena, mereka akan
menggunakan pantun untuk memberikan peringatan, nasihat dan pendidikan kepada golongan muda atau kanak-kanak.
PEMIKIRAN PANTUN
“Tidak ada siapa pun yang dapat mengukur keluasan pemikiran
orang Melayu tanpa memahami pantunnya. Bagi orang asing
pula, jika belum mengenal pantun, boleh dianggap orang itu
belum mengenal jiwa dan jalan fikiran orang Melayu yang
sebenar.”

-R.O Winstedt-

Pemikiran tentang Pemikiran tentang illmu Pemikiran tentang tingkah


kewujudan. pengetahuan. laku & moral manusia.
PEMIKIRAN PANTUN
Pemikiran Tentang Kewujudan

Pemikiran tentang kewujudan dalam pantun Melayu melambangkan:

Hubungan manusia dengan agama dan pencipta-Nya Kewujudan sesuatu benda dan fenomena alam

Menanam kelapa di Pulau Bekam Anak kuda dalam kandang


Tinggi sedepa sudah berbuah Pandai menyepak tendang-menendang
Adat bermula dengan hukum Kalau nasib sudah malang
Hukum bersandar di Kitab Allah. Rezeki secupak tidak mahu segantang.
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 89) (Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 244)

Pemikiran tentang hubungan manusia dengan agama dan pencipta-Nya dapat Konsep ini terdapat dalam pantun Melayu kerana pemikiran orang Melayu
dilihat dengan jelas dalam pantun yang menunjukkan isu-isu kehidupan yang yang berasaskan alam sekeliling menjadi konteks dalam kehidupan
berlandaskan ajaran agama Islam. masyarakat Melayu itu sendiri. Hasil daripada pengamatan mereka terhadap
kejadian alam yang berlaku di sekeliling telah menghasilkan sesuatu
Pantun ini memberi maksud segala adat yang diamalkan oleh pemikiran dalam pantun.
masyarakat Melayu berasaskan kepada kitab Allah. Kitab Allah yang
dimaksudkan ialah Al-Quran dan segala hukum yang dilaksanakan Dalam pantun di atas, masyarakat Melayu menggunakan alam fauna
oleh masyarakat Melayu adalah berlandaskan kepada hukum-hukum sebagai pembayang iaitu kuda. Anak kuda yang sudah pandai tendang-
Allah. menendang dan hidup di dalam kandang merupakan situasi yang biasa
dilihat oleh masyarakat Melayu.
PEMIKIRAN PANTUN
Pemikiran Tentang Ilmu Pengetahuan Pemikiran Tentang Tingkah Laku Dan Moral
Manusia
Buah cmpedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan Ayun anak ayun
Saya budak baru belajar Ayun sampai hujung serambi
Kalau salah tolong tunjukkan. Bangun anak bangun
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 98) Jangan tidur meninggi hari.
(Pantun Melayu: Bingkisan Permata, 2001: 19)
Ilmu pengetahuan amat dititikberatkan oleh masyarakat Melayu kerana ilmu
dapat membentuk dan menyuburkan fikiran masyarakat ke arah Masyarakat Melayu juga mengaitkan persoalan mengenai tingkah laku dan
kesejahteraan. Selain itu, menuntut ilmu dalam Islam merupakan fardu ain, moral manusia dalam hubungan antara manusia dengan manusia. Moral di
iaitu menjadi kewajipan kepada semua individu yang bergelar Muslim. sini bermaksud satu sistem yang menilai tindakan zahir manusia itu sendiri
Sehubungan dengan itu, lahirlah pantun-pantun yang menyeru masyarakat meliputi pemikiran, perasaan dan niat. Nilai-nilai moral ini bersifat
Melayu supaya menuntut ilmu. sementara, subjektif dan relatif. Di samping itu, segala tindak tanduk dan
tingkah laku masyarakat yang wajar dan tidak wajar dilakukan juga
Pantun ini menunjukkan bahawa budaya masyarakat Melayu yang diungkap dalam pantun Melayu.
sentiasa ingin ditegur dan diberi tunjuk ajar ketika mereka menuntut
ilmu dan melakukan kesalahan. Sikap ini juga mencerminkan Pantun di atas membuktikan bahawa masyarakat Melayu tidak
masyarakat Melayu yang mementingkan ilmu pengetahuan dan membudayakan tidur sehingga lewat hari atau dengan kata lainnya
mengharapkan tunjuk ajar daripada orang lain sehingga matahari naik. Hal ini demikian kerana selepas subuh
merupakan masa mereka mencari rezeki. Mereka percaya amalan tidur
sehingga tinggi hari akan menutup pintu rezeki mereka.
IRAMA PANTUN
 Rima ialah bunyi yang sama pada bahagian tengah atau akhir pada tiap-tiap baris pantun.
 Rima yang baik mempunyai bunyi yang sama dalam setiap rangkap pantun.
 Rima pada baris pertama pembayang mestilah sama dengan rima baris pertama maksud dan begitulah seterusnya.
 Rima pantun yang terbaik ialah a,b,a,b dan ada juga berima a,a,a,a.
 Pantun di bawah mengandungi 4 patah perkataan dan 9 suku kata setiap baris.
 Contoh Pantun yang baik :

Pu/lau/ Pan/dan/ ja/uh/ ke/te/ngah/, Ba/ik/ ber/galas/ ba/ik/ ti/dak/,


Gu/nung/ Da/ik/ ber/ca/bang/ ti/ga/, Bu/li/-bu/li/ ber/ta/li/ be/nang/,
Han/cur/ ba/dan/ di/kan/dung/ ta/nah/, Ba/ik/ ber/ba/tas/ ba/ik/ ti/dak/,
Bu/di/ yang/ ba/ik/ di/ke/nang/ ju/ga/. A/sal/ bu/di/ sa/ma/ di/ke/nang/.
 Cara membaca irama pantun ialah dengan membuat pemenggalan dalam baris menjadi dua bahagian yang sama.
 Misalnya, pada baris yang berbunyi Pulau Pandan jauh ketengah, dibaca mengikut penggalan iaitu Pulau Pandan /
jauh ketengah.
 Antara penggalan itu, pembaca perlu jeda (berhenti)agak lama, dengan intonasi tertentu, kemudian melanjutkan
penggalan berikutnya.
GURINDAM
LATAR BELAKANG GURINDAM
• Gurindam merupakan satu cabang puisi lama yang berkembang di Nusantara hasil
daripada pertembungan dengan budaya Hindu.

• Gurindam (bukan dalam bentuk gurindam pada hari ini) dibawa dari India.

• Gurindam: pinjaman dari segi istilah.

• Istilah gurindam berasal daripada bahasa Sanskrit, namun Gurindam Melayu berbeza dari
segi bahasa, persoalan, rima akhir dan rangkap.
JENIS GURINDAM
BENTUK BEBAS BENTUK TERIKAT
• Tidak terikat dengan ciri-ciri tertentu • Dua baris yang berpasangan dan berirama.
• Tidak berpasangan atau berangkap • Baris pertama sebagai isyarat
• Jika berangkap tidak tentu jumlah baris dalam • Baris kedua sebagai jawab
serangkap dan perkataan dalam sebaris, • Setiap baris: 3 – 6 perkataan
memakai rima atau tidak • Pola irama: a – a, a – b seirama
• Sering disekitkan dalam cerita penglipur lara • Setiap rangkap adalah sebahagian daripada
dan dilagukan idea yang berurutan dan memerlukan
beberapa rangkap untuk menyatakan
keseluruhan idea
PEMIKIRAN GURINDAM
 Harun Mat Piah (1989) : contoh-contoh gurdindam yang amat terbatas, amat
sukar untuk membincangkan percakupan isi, fungsi dan penyebarannya dalam
masyarakat dan kesusasteraan Melayu.

 Fungsi gurindam adalah sebgaai alat untuk menyampaikan pengajaran.

 Fungsi gurindam juga terhad atas dasar puisi ini tidak digunakan dalam kegiatan
kesenian dan kebudayaan atau dalam kegiatan yang lain seperti pantun atau syair.
PEMIKIRAN GURINDAM
 Dalam perbualan seharian, sebagai menguatkan hujah atau sekadar percakapan,
ungkapan yang digunakan bukannya gurindam.
 Dalam persembahan lagu, tarina, persembahan kesenian seperti dondang sayang, seni
kata lagu tidak dipilih daripada gurindam.
 Gurindam tidak digunakan secara praktis dalam kegiatan kesenian dan kehidupan
masyarakat sehari-hari.
 Gurindam adalah karya bertulis untuk dibaca dan diperdengaarka.
 Melalui pembacaan tersebut, gurindam disampaikan dan dipraktiskan dalam
kehidupan masyarakat.
PEMIKIRAN GURINDAM 12 BELAS
FASAL KEDUA
Barang siapa mengenal yang tersebut ● Berdasarkan rangkap dalam fasal
Tahulah ia makna takut kedua ini ada dinyatakan tentang
Barang siapa meninggalkan sembahyang
kewajipan solat, puasa, zakat dan
Seperti rumah tiada bertiang
Barang siapa meninggalkan puasa haji yang mana merupakan
Tidaklah mendapat dua termasa kewajipan yang wajib ditunaikan bagi
Barang siapa meninggalkan zakat seseorang yang beragama Islam dan
Tiadalah hartanya beroleh berkat akibat jika meninggalkannya malah
Barang siapa meninggalkan haji bagi orang Islam Rukun Islam ini
Tiadalah ia menyempurnakan janji. merupakan pegangan hidup yang
(Gurindam 12: Fasal Kedua)
perlu diikuti dalam menjalani
kehidupan.
Irama Gurindam
 Gurindam Dua Belas memiliki nilai-nilai yang sanagat tinggi (Baik dari nilai Pendidikan,
nilai agama, nilai sosial, nilai moral serta nilai seni).
 Dari nilai seni, Gurindam Dua Belas sering dibawakan dengan iringan lagu-lagu khas
Melayu.
 Setiap fasal dinyanyikan dengan irama yang berlainan.
 Muncul kerancuan mengenai irama yang dibawakan ketika membacakan Gurindam Dua
Belas fasal dua belas.
 Masyarakat yang sering menggunakan irama yang sama sehingga muncul pemikiran
masyarakat yang mengatakan bahawa irama Gurindam Dua Belas fasal dua belas haus
menggunakan irama tersebut.
 Ibarat irama tersebut merupakan irama yang wajib untuk dinyanyikan.
 Namun sebaliknya, setiap irama yang digunakan untuk membawakan Gurindam Dua Belas
adalah bebas, asalkan memiliki aturan-aturan yang baik dan intonasi yang tepat.
SYAIR
LATAR BELAKANG SYAIR
Dalam konteks Syair Melayu
masyrakat Melayu, dicipta oleh
syair bukanlah puisi Hamzah Fansuri
atau sajak kerana beracuankan puisi
Syair dikatakan Merupakan
ianya mempunyai Arab –parsi –
diambil daripada ciptaan asli
unsur yang Syed Naquib al-
perkataan “shi’r” masyarakat
tersendiri. Attas
yang bermaksud Melayu dan
puisi atau sajak berkemungkinan
dalam bahasa Arab berasal daripada
namun ianya bukan puisi Melayu-
puisi dari Arab atau Indonesia yang
Parsi. asli.
LATAR BELAKANG SYAIR
A. Teeuw berpendapat bahawa syair Za’ba mendawa bahawa syair berasal
merupakan puisi Melayu lama yang telah daripada perkataan “Syir” yang membawa
sedia wujud tetapi namanya telah ditukar. maksud perasaan serta pengenalan
dengan pancaindera yang selalunya
membangkitkan pelbagai perasaan dan
pengalaman serta mempunyai bahasa
yang indah dan menarik.
JENIS SYAIR

ROMANTIS AGAMA

PANJI SEJARAH KIASAN


BENTUK SYAIR
• Mengandungi 4 baris dalam serangkap • Satu rangkap syair tidak dapat berdiri
sendiri sepertimana satu rangkap
• Dalam satu baris terdapat 4 perkataan pantun.
dan mengandungi 8-12 suku kata.
• Syair tidak mengandungi pembayang
• Rima akhir syair adalah a-a-a-a dan maksud seperti pantun.
PEMIKIRAN SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG
THAMARAT
Dengarkan tuan ayahanda berperi,  Rangkap pertama: Nasihat ayah
Kepada anakanda muda bestari, perlu dituruti dan janganlah
Nasihat kebajika ayahanda beri, mengamalkan sikap malas.
Amalkan jangan malas dan ngeri,
(Rangkap pertama)

Ayuhai anakanda muda remaja,  Rangkap Kedua: Seseorang yang


Jika anakanda menjadi raja, dilantik menjadi pemimpin mestilah
Hati yang betul hendak disahaja, memiliki hatu yang mulia dan
Serta rajinpada bekerja. komited terhadap tugas yang
(Rangkap kedua) diamanahkan.
PEMIKIRAN SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG
THAMARAT
Kerja kebajikan janganlah malas,  Rangkap ketiga: Kerja kebajikan
Zahir dan batin janganlah culas, yang dilakukan perlulah ikhlas dan
Jernihkan hati hendaklah ikhlas, jangan mengharapkan kepada
Seperti air di dalam gelas. pembalasan.
(Rangkap ketiga)

Menuntut ilmu janganlah segan,  Rangkap Keempat: Ilmu perlu rajin


Ilmuyang benar jangan yang bukan, dituntut. Jangan pula kita
Iaitu ilmu yang kebajikan, menuntut ajaran sesat atau ajaran
Di kitab ini sudah disebutkan. salah.
(Rangkap keempat)
PEMIKIRAN SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG
THAMARAT
Hendaklah anakanda mengaji selalu,  Rangkap kelima: Ilmu perlu
Dari yang lain lebihkan dulu, diutamakan terutamanya hukum-
Had syarak jangan dilalu, hukum syarak demi mengelakkan
Tidaklah anakanda beroleh malu. aib.
(Rangkap kelima)

Segala perbuatan dengan berilmu,  Rangkap Keenam: Tindakan perlu


Maka kebajikan boleh bertemu, didasarkan kepada pengetahuan
Jika sebarang-barang diramu, supaya membawa kepada kebaikan
Akhirnya anakanda jatuh tersemu. dan kebajikan untuk mengelakkan
(Rangkap keenam) kejatuhan.
PEMIKIRAN SYAIR NASIHAT PENGHUJUNG
THAMARAT
Ilmuitu besar faedahnya,  Rangkap ketujuh: Ilmu yang baik
Membezakan hak dengan batilnya, akan menjurus kepada keadilan dan
Mengetahui rakyat benar salahnya, kebenaran. Hal ini akan dapat
Supaya dihukum dengan adilnya. membezakan antara perkara yang
(Rangkap ketujuh) benar dan yang salah.

Jika ilmu tidak diendah,  Rangkap Kelapan: Jika ilmu tidak


Sebab anakanda capak permudah, dituntut atau diambil mudah akan
Takyat datang membawa gundah, menjerumuskan seseorang atau
Anakanda tercengang tunduk negara ke lembah kehancuran.
terngadah.
(Rangkap kelapan)
IRAMA
SYAIR
SELOKA
LATAR BELAKANG SELOKA
Perkataan seloka berasal daripada bahasa Sanskrit shloka yang membawa makna suatu bentuk
puisi yang terdiri daripada dua baris (dua kerat).

Seloka meripakan puisi yang paling tua dalam kesusateraan Melayu.

Seloka dipercayai datang ke alam Melayu bersama-sama perkembangan agam Hindu di Asia
Tenggara. (Teks Mahabarata dan Ramayana merupakan buku terawal yang ditulis dalam bentuk
seloka)

Sebagai puisi tradisional, karangan berangkap atau bahasa berirama, seloka lebih merupkan
pepatah, bidalan atau perumpamaan yang mengandungi unsur jenaka, gurau senda, olokan,
ejekan dan sindiran.

Seloka dianggap sebagai puisi bebas kerana kadangkala berangkap dan kadangkala tidak
berangkap.
JENIS-JENIS SELOKA

SELOKA SELOKA
MENGEJEK SINDIRAN
SELOKA
MENEMPELAK SELOKA
NASIHAT
SELOKA
SELOKA
PENGAJARAN/PENDIDIKAN
GURAU SENDA
SELOKA KHAYAL
JENIS-JENIS SELOKA
SELOKA GURAU SENDA SELOKA NASIHAT SELOKA PENDIDIKAN
Kalau nak ikut nasihat ini, Jika hendak kamu melamar,
Ibu pergi ke pasar untuk membeli lobak Jangan bertangguh ubahlah diri, Jangan banyak tulis dihapus,
Saudari itu membeli makanan kecil pasar Benda yang baik tak payah diuji, Jika siswa rajin belajar,
Siapa yang serakah Akan terserlah akhlak terpuji. Sudah tentu pasti lulus.
Lalu dia adalah salah satu yang  
mendustakan Sudahkah kita tanamkan iman, Jika kita pegang kuas,
Menutup aurat seluruh badan, Melukislah pada kertas,
Saudari itu membeli makanan kecil pasar Ke sana sini dilindungi Tuhan,  Jika anak bangsa cerdas,
Harganya lima ratus Keluarga menjadi contoh tauladan. Bangsa pun berkualitas.
Lalu dia adalah salah satu yang  
mendustakan Kalau nak ikut nasihat ini, Hendaklah melempar jangkar,
Langgar aturan Tuhan   Jangan bertangguh ubahlah diri, Kalau ada perahu singgah,
Benda yang baik tak payah diuji, Kalau anak bangsa pintar,
Akan terserlah akhlak terpuji. Negeri ini akan bangga
JENIS-JENIS PANTUN
SELOKA SINDIRAN SELOKA KHAYAL
Candu bungkus daun talas,
Makan dia mata bilas,
Merah-merah buah rambutan
Mandi segan kerja malas,
Harta orang hendak digalas. Rambutan matang di keranjang
Setitik cinta aku layangkan
Apa guna pergi ke pasar,
Berbunga-bunga untukmu sayang
Kalau tidak bawa keranjang,
Apa guna berkereta besar, Rambutan matang di keranjang
Kalau hutang keliling pinggang. Warnanya merah layaknya bata
Berbunga-bunga untukmu sayang
Duduk di anjung makan kunci,
Sarung kunci tersangkut di bahu, Tersenyum manis kuterima cinta
Muncung-muncung kononnya benci,
Tapi yang dibenci sikit tah tahu.
BENTUK SELOKA
SELOKA BENTUK BEBAS SELOKA BENTUK TERIKAT
(BERBENTUK
 Ditulis secara berangkap-rangkap. PANTUN/SYAIR
 Sejenis puisi bebas.
 Rangkapnya tidak tetap.  Empat baris serangkap.
 Tidak tetap jumlah baris serangkap.  Empat patah perkataan sebaris.
 Tidak tetap jumlah perkataan  8-12 suku kata sebaris.
sebaris.  Skima rima tengah / hujung abab
 Tidak berima. atau aaaa.
 Tidak mempunyai pembayang.  Ada pembahagian pembayang
 Bherbentuk naratif (cerita). dan maksud atau seluruhnya
 Bahasa penceritaan yang meleret- maksud.
leret dan lanjut serta mengandungi
sindiran yag tajam.
PEMIKIRAN SELOKA
 Seloka dikarang untuk menyampaikan kritikan dan sindiran terhadap sesuatu kepincangan yang berlaku dalam masyarakat.

 Secara umumnya, seloka dapat menggambarkan masharakat yang melahirkannya, iaitu masyarakat yang amat emmentingkan
keharmonian dan ketatasusilaan, bersesuaian dengan sifat orang Melayu.

 Melalui seloka akan terpancar budaya masyarakat Melayu tradisional yang tidak mengkritik secara berterus terang tetapi secara
halus. (Kata-kata yang digunakan di dalam seloka merupakan lambang-lambang yang mengandungi makna yang tersirat)

 Seperti kebanyakan karya di dalam khazanah Melayu tradisi, kita tidak mengetahui siapakah pengarang sebenar sesebuah seloka.
Namun dari seloka yang kita warisi, terbukti bahawa pengarang seloka adalah pemikir yang amat tajam pemerhatiannya
terhadap alam dan masyarakat di sekeliling.

 Pengarang seloka menggunakan perbandingan dan tamsilan seperti perumpamaan, metafora, simile dan personifikasi yang kaya
dengan imej alam. Imej-imej alam ini perlu ditafsir untuk mengetahui maksud sebenar seloka.

Kritikan sosial Pengajaran &panduan hidup Hiburan


SELOKA PAK KADUK
SELOKA MAKSUD
Aduhai malang Pak kaduk, Disebabkan kebodohan Pak Kaduk, dia telah ditipu oleh raja sehingga menyebabkan
Ayamnya menang kampung tergadai, kampungnya tergadai.

Ada nasi dicurahkan, Sikap terburu-buru Pak Kaduk mencurahkan nasi kerana yakin akan mendapat
Awak pulang kebuluran, sesuatu yang lebih besar menyebabkan dia kebuluran.

Mudik menongkah surut, Menunjukkan kebodohan Pak Kaduk dalam melakukan tindakan apabila dia melawan
Hilir menongkah pasang, arus air.

Ada isteri dibunuh, Pak Kaduk membunuh isterinya kerana mengikut perasaan marah lalu nyaris mati
Nyaris mati oleh tak makan, kerana tak makan.

Masa belayar kematian angin, Nasib Pak Kaduk amat malang apabila dia ingin berlayar, angin berhenti bertiup,
Sauh dilabuh bayu berpuput, apabila tidak berlayar, angin bertiup.

Ada rumah bertandang duduk, Pak Kaduk juga terpaksa menumpang rumah orang meskipun mempunyai rumah
Aduhai malang Pak Kaduk sendiri.
 Penulis seloka ini ingin mengkritik segelintir golongan pemimpin atau golongan atasan yang sanggup
mengambil kesempatan terhadap rakyat yang lemah dan bodoh. Sebagai contoh, tindakan Raja yang
mengambil kesempatan ke atas kebodohan Pak Kaduk menyebabkan Pak Kaduk menglami kerugian.

 Kebodohan dalam bertindak tanpa menggunakan akal fikiran yang waras akan merugikan diri sendiri. Sebagai
contoh, Pak Kaduk mengalami kerugian dalam hidupnya kerana tindakannya yang bertukar ayam dengan Raja
dibuat tanpa berfikir panjang. 

 Penulis juga menyelitkan kesan buruk perbuatan suka berjudi. Sebagai contoh, sikap Pak Kaduk yang suka
berjudi menyebabkan hidupnya sentiasa ditimpa nasib yang malang.

 Seterusnya, pengarang juga menegur secara halus manusia sanggup bertindak kejam kerana dipengaruhi
perasaan marah. Sebagai contoh, perbuatan Pak Kaduk yang sanggup membunuh isteri sendiri kerana
marahkan isterinya yang selalu menegur perbuatan bodohnya itu.

 Penyindiran terhadap individu yang terlalu yakin untuk sesuatu yang belum pasti. Sebagai contoh, Pak Kaduk
yang mencurahkan nasi kerana terlalu yakin dia akan menang dalam perjudian laga ayam.
SELOKA PAK PANDIR
SELOKA MAKSUD
Pandai-pandai wahai Pak Pandir
Anak dipijak,dagang dijinjing Pak Pandir melebihkan orang lain berbanding anak sendiri.
Kucing dibunuh, tikus dibela Pak Pandir menyimpan perkara yang tidak berguna (tikus kotor).
Harta habis, badan tergadai Hartanya habis kerana mempercayai orang luar.
Mendengar gelagak dagang Disebabkan terlalu gembira dengan sorakan pedagang, Pak Pandir tidak sedar
Tak sedar bertelanjang dalam keadaan memalukan.
Mendengar guruh di langit Kerana Pak Pandir mengharapkan keuntungan besar yang tak tentu, keuntungan
Air tempayan dicurahkan kecil yang ada dilepaskan.
Mulut kena suap pisang Bersikap talam dua muka, iaitu bermuka-muka manis didepan tapi mengeji
Buntut kena cangkuk onak dibelakang.
Gunting makan di hujung Kerana terlalu mengikut telunjuk orang lain, Pak Pandir tidak mampu hidup
Pak Pandir juga yang menanggung bebas.
Apa didengar gelagat dagang Perangai Pak Pandir yang suka membangga diri dan bercakap besar .
Gelagak rambutan jantan
Orang berbunga dia berbunga Sikap iri terhadap orang lain dan ingin mangatasi orang itu, tetapi keinginan itu
Orang berbuah dia haram hanya hangat-hangat tahi ayam.
 Keseluruhan isi seloka tersebut menyindir dengan sinis tentang sikap sebahagian daripada masyarakat melayu yang bersikap negatif.

 Banyak kelemahan yang wujud di dalam kehidupan harian mereka. Watak Pak Pandir hanyalah seseorang yang mewakili sikap keturunan
Melayu yang perlu diberi teguran supaya mengubah sikap. Sikap masyarakat yang mengutamakan pihak lain. Kadang-kadang suka
memberi pertolongan kepada orang lain sedangkan ahli keluarga sendiri tidak dibantu.

 Masyarakat yang tidak pandai menjaga hartanya. Kadang-kadang mereka tamak dan ingin cepat kaya. Masyarakat Melayu tradisional suka
berjudi dan bertaruh dengan harapan mereka cepat kaya.     

 Sebahagian masyarakat yang tidak sedar diri. Mereka menganggap segala tindakan mereka itu betul dan tidak mahu mendengar nasihat
pihak lain. Kelemahan diri sering terserlah tetapi mereka tidak menyedarinya ibarat “tak sedar bertelanjang”.

 Masyarakat yang terlalu mendengar pendapat orang lain. Sebahagian masyarakat sangat malas berfikir. Semua kerja perlu dibantu oleh
pihak lain. Akibat terlalu mendengar kata pihak lain, hidup mereka terikat. Mereka tidak mampu hidup bebas dan melaksanakan kerja tanpa
dikongkong. Seolah-olah mereka sudah menjadi hamba kepada pihak lain lantaran sikap mereka yang tidak mampu berdikari.     

 Masyarakat yang suka cakap besar. Ibarat perlakuan rambutan jantan yang rajin berbunga tetapi tidak menghasilkan buah. Sikap ini wujud
dalam kehidupan sesetengah ahli masyarakat. Biasanya mereka ini ingin hidup senang dengan cara yang mudah dan mengambil jalan
singkat. Rajin menghebahkan rancangan hidupnya sedangkan usaha mereka tidak seberapa.

 Sikap masyarakat yang malas. Apabila melakukan sesuatu perkara, mereka tidak melakukannya secara bersungguh-sungguh. Segala kerja
yang dilakukan dibuat setengah jalan sahaja.
IRAMA SELOKA
 Nada atau irama yang sesuai untuk melagukan seloka ialah irama yang rancak/ cepat.

 Seloka tidak sesuai dialunkan dengan irama perlahan mendayu kerana sifatnya yang lucu-menyindir.

 Seloka tidak mempunyai skima rima yang tetap.

 Oleh itu boleh dikatakan seloka lebih mirip kepada ciri free verse iaitu bentuk puisi moden yang
dikenali sebagai sajak pada masa kini.

 Pembaca sebenarnya bebas untuk melagukan seloka mengikut kesesuaian irama dan mesej yang hendak
disampaikan (asalkan berirama rancak).
NAZAM
LATAR BELAKANG NAZAM
• Nazam merupakan sebuah puisi klasik Melayu pengaruh Arab. Pada zaman dahulu
(abad ke-16), pedagang dari Asia Barat atau Timur Tengah iaitu Arab dan Parsi telah
datang ke Melaka untuk berdagang.

• Selain berniaga, mereka juga mengajar agama Islam kepada penduduk tempatan.

• Nazam merupakan salah satu jenis puisi lama yang telah wujud lebih 100 tahun yang
lalu dan dibawa oleh alim ulamak dan pedagang dari Parsi.

• Nazam seakan-akan nasyid tetapi ia boleh didendangkan secara berseorangan atau


berkumpulan secara spontan oleh kaum Wanita Ketika melakukan kerja rumah dan
menidurkan anak.
BENTUK NAZAM
• Tergolong dalam puisi berbentuk terikat. • Keseluruhan rangkap adalah idea yang
hendak disampaikan.
• Mengandungi 7 rangkap.
• Hubungan antara setiap rangkap amat
• Bilangan baris setiap rangkap adalah erat dan saling berhubungan.
tetap iaitu 2 baris serangkap.
PEMIKIRAN NAZAM
 Nazam berfungsi sebagai media
 Di dalamnya juga mengisahkan sifat-
pembelajaran agama, khasnya untuk
sifat mulia yang dimiliki Nabi
masyarakat yang tidak mahir dalam
Muhammad, serta berbagai
bahasa Arab dan tidak mampu
peristiwa untuk dijadikan teladan
membaca kitab yang lebih tebal.
umat manusia.
 Nazam juga menyerupai berzanji
 Menyampaikan nasihat dan
yang mengandungi doa-doa, puji-
panduang kepada pemerintah dan
pujian dan penceritaan Riwayat
pemimpin.
Rasulullah SAW yang disebutkan
berturut-turut iaitu salahsilah
keturunannya, masa kanak-kanak,
remaja, pemuda hingga diangkat
menjadi Rasul
PEMIKIRAN NAZAM YANG DITEMUI
DALAM TAJUS SALATIN
Bahawa bagi raja sekalian Maka menteri yang demikian perinya
Hendak ada menteri demikian Ada keadaan raja dirinya

Yang pada suatu pekerjaan Jika raja dapat adanya itu


Sempurnakan segala kerajaan Dapat peti rahsianya itu

Menteri inilah maha tolan raja


Dan peti segenap rahsianya sahaja
● Menyampaikan nasihat dan
Kerana kata raja itu katanya panduan kepada pemerintah
Esa ertinya dan dua adanya dan pemimpin
Irama Nazam
 Terbahagi kepada dua kategori iaitu:

 Intonasi zikir untuk nazam yang dibaca di surai-surau.

 Intonasi nasyid untuk nazam ditempat keramaian khasnya majlis agama.


 Antara jenis irama nazam di Malaysia:

 Irama versi Kedah-Perlis.

 Irama versi Melaka (Tanjung dan Serkam)


 Irama zikir menggunakan nada yang rendah,sesuai untuk tempat seperti surau. Baris pertama
dimulakan dengan intonasi Panjang dan tinggi pada suku kata yang pertama dan diikuti dengan
pendek dan rendah pada suku kata kedua. Baris kedua dimulakan dengan pendek dan rendah pada
suku kata yang pertama dab tinggi pada serta Panjang pada suku kata kedua.
 Irama nasyid dilagukan dengan lebih rancak dan nada yang lebih tinggi untuk menimbulkan
kemeriahakan tetapi lembut dan terkawal sesuai dengan seni kata yang berunsur keagamaan.
MANTERA
LATAR BELAKANG
Mantera dipercayai sebagai genreMANTERA
puisi yang paling awal wujud dalam kehidupan dan
kebudayaan masyarakat Melayu kerana terdapat bukti-bukti bahawa mantera ialah warisan
daripada masyarakat primitif atau zaman prasejarah.

Mantera terus berkembang dengan tokok tambah serta terus diamalkan hingga sekarang.

John T. Plattes menyatakan perkataan mantera berasal daripada bahasa Sanskrit iaitu mantara,
manir atau matar yang bererti nyanyian memuja Tuhan atau pemujaan penyebutan kata-kata
tertentu bagi memperolehi sesuatu yang dihajatkan. (Mempunyai esamaan dengan jampi serapah,
tawar, sembuh, cuaca, puja dan takal)

Manakala Kamus Dewan mendefinisikan mantera sebagai kata-kata atau ayat yang apabila
diucapkan dapat menimbulkan kuasa ghaib (untuk menyembuhkan penyakit dan lain-lain).
LATAR BELAKANG
MANTERA
Harun Mat Piah menyatakan mantera ialah semua jenis pengucapan dalam bentuk puisi
atau prosa yang mengandungi tujuan dan konotasi magis, pengubatan dan perbomohan;
dan istilah ini merangkumi semua nama dan jenis pengucapan yang sama fungsinya
seperti jampi, serapah, tawar, sembur, cuca, puja, seru, tangkal dan lain-lain kecuali doa.

Mantera amat erat dengan kepercayaan, sejarah dan warisan kebudayaan masyarakat, dan
dalam kelangsungan ini, mantera telah menerima berbagai-bagai pengaruh daripada
animisme, Hinduisme, Buddhisme, Islam dan juga Barat.

Za’ba menyatakan sebelum kedatangan Islam, bangsa Melayu berpegang kuat kepada
anutan animisme iaitu percaya bahawa semua benda mempunyai nyawa, roh, semangat,
badi atau penunggu.
Dikaji daripada aspek fungsi dan peranannya, mantera dapat dibahagikan
kepada 4 jenis iaitu:-

Pakaian diri – Pembantu dalam pekerjaan –


Terdiri daripada jenis tangkal atau azimat yang diamalkan dalam Digunakan semasa memulakan sesuatu pekerjaan serta untuk
kehidupan seharian dan disertakan dengan pantang larang menjamin kejayaan sesuatu pekerjaan seperti pekerjaan
untuk kepentingan diri pemakai. disawah padi, memburu,berniaga, menangkap ikan,
membalak, memungut rotan, madu lebah, nira atau enau,
Sebahagian mantera ialah untuk penahan dan penguat anggota membina rumah, membina jambatan dan lain-lain.

JENIS-JENIS
badan, kebal, pelindung, penggerun dan penunduk, pemanis,
pengasih dan pembenci.

Alat dalam perubatan dan perbomohan –


MANTERA
Antara perubatan yang sering ditemui ialah menawar bisa, Alat dalam upacara –
sawan, dirasuk hantu, gila dan terkena buatan orang.
Mantera jenis ini digunakan untuk upacara-upacara yang
melibatkan sebahagian besar anggota masyarakat seperti
upacara puja pantai, menyemah kampung dan melancarkan
Pengamal mantera jenis ini perlu mematuhi syarat-syarat dan bahtera.
pantang larang tertentu serta perlu tahu bahan-bahan
perubatan yang diperlukan.
BENTUK MANTERA
Mantera tergolong dalam kelompok puisi kerana pengucapannya menggunakan kata-kata yang tersusun dalam bentuk
rangkap, mempunyai makna yang tersirat, bahasa yang padat dan puitis.

Kebiasaannya, mantera dibina daripada frasa-frasa yang pendek, padat dan tepat dengan maksud yang dikehendaki.

Mantera tergolong dalam jenis puisi bebas yang tidak terikat sama ada dari segi:
1) rangkap
2) jumlah baris dalam satu rangkap
3) jumlah perkataan dalam sebaris
5) turutan rima yang tiada skema tertentu

Dilihat daripada struktur, terdapat perbezaan antara mantera dengan genre puisi-puisi lain.

Jika dilihat pada struktur dalaman, mantera mempunyai binaan yang dapat dibahagikan kepada bahagian permulaan, bahagian
isi dan bahagian penutup.

Setiap bahagian dibahagikan berdasarkan kepada sifat-sifat umum dalamannya.


PEMIKIRAN MANTERA
 Isi dan konsep mantera yang dipancarkan oleh sesebuah mantera menunjukkan hubungan yang amat
erat dengan sistem kepercayaan masyarakat.

 Keakraban masyarakat Melayu silam dengan alam sekitar mendorong kepada timbulnya kepercayaan-
epercayaan bahawa alam sekitar mempunyai pengaruh dan kuasa yang menentukan sesuatu perkara
dalam kehidupan mereka.

 Mantera yang dicipta diabadikan dalam satu perlakuan yang tertentu dan untuk fungsi yang tertentu.

 Dalam perlakuan sesebuah mantera, hanya individu-individu tertentu yang melaksanakannya seperti
pawang atau bomoh setelah mendapat tauliah untuk menjalankan perlakuan tersebut.

 Kepercayaan, konsep, teks atau tubuh puisinya, amalan dan perlakuannya dipraktiskan oleh orang yang
mengamalkannya, baik untuk tujuan perseorangan, mahu pun untuk masyarakat sama ada untuk tujuan
yang baik atau mungkin dengan tujuan yang jahat.

 Kepercayaan ini amat berkait rapat dengan pengaruh animisme. (Percaya unsur magis)
PEMIKIRAN MANTERA
 Jika dilihat pada struktur dalaman, mantera mempunyai binaan yang dapat dibahagikan kepada bahagian
permulaan, bahagian isi dan bahagian penutup.

Permulaan - Mengandungi penghormatan kepada Tuhan, malaikat, nabi-nabi dan wali Allah.

Isi - Pengamal melakukan tabik hormat kepada guru, seruan dan penghormatan kepada unsur-unsur
berkenaan.
- Berlaku pendakawaan diri dan seruan di bahagian ini.(Pengamal menyeru unsur-unsur berkenaan
dengan menyebut asal-usul dalam bentuk deskriptif atau dialog)
- Berlaku juga sumpah dengan tujuan menekankan maksud yang diminta.

Penutup - Pengamal akan kembali kepada Allah dan rasul dengan tujuan memperkuat kewibawaan pengamal
agar mendapat keredaan.

 Frasa-frasa yang digunakan dalam mantera sukar untuk dihuraikan bahkan oleh pengamalnya sendiri.

 Pengamal akan menyatakan bahawa sesuatu mantera itu diturunkan daripada generasi terdahulu.
PEMIKIRAN MANTERA ULIT MAYANG

●Aku tahu asal usulmu  Lagu Ulek Mayang yang bermula sebagai kaedah perubatan
●Seri bersila nama asalmu tradisional telah menjadi identiti Terengganu kerana menjadi amalan
●Seri berdiri nama batangmu masyarakat Mreelayu lama sejak beratus tahun dahulu.
●Seri hidup asalusulmu
●Seri menempak nama daunmu  Namun amalan itu dikatakan amalan khurafat kerana menggunakan
●Seri guntir nama buahmu khidmat makhluk halus atau jin dalam mengubati seseorang pesakit.
●Aku tahu asal usulmu
●Umbut mayang diumbut  Sekarang Ulek Mayang hanya disebagai persembahan kesenian
●Umbut dengan jala jemala tradisonal yang masih aktif berkembang di beberapa lokasi di
●Ulit mayang diulit Terengganu seperti Kampung Pasir Panjang, Kuala Terengganu.
●Ulit dengan tuan puteri
●Puteri dua berbaju serong  Persembahan Ulek Mayang ini dimainkan dengan menggunakan
●Puteru dua bersanggul sendeng Mayang Pinang yang dipercayai dapat membangkitkan semangat.
●Puteri dua bersubang gading
●Puteri dua berselendang kuning
IRAMA MANTERA
Pengarangan sesebuah mantera itu dibuat mengutamakan lenggok bahasa yang
dipercayai mampu memberi kekuatan kepada isi mantera yang dikelumatkan.

Penggunaan bunyi dilihat lebih penting daripada makna.

Irama lebih penting daripada rima.

Mantera berbentuk bait dengan keberadaan rima yang tidak menentu.

Pawang dan bomoh membaca mantera dengan nada, irama dan tekanan suara yang
tertentu, sesuai dengan tujuan perbomohan atau sesuatu yang dihajati.
KESIMPULAN
 Puisi tradisional merupakan warisan kesusasteraan Melayu tradisional yang dihasilkan untuk
melahirkan pemikiran baharu yang sesuai pada zaman itu.
 Pemikiran tersebut diungkapkan dalam bahasa yang puitis dan kreatif.
 Penyebarannya boleh dilihat dalam aktiviti kesenian dan kebudayaan meliputi nyanyian,
tarian, muzik, permainan dan ritual.
 Puisi tradisional mempunyai fungsi dan peranannya tersendiri, terutamanya dalam kegiatan
ritual, hiburan dan hal keagamaan.
 Puisi ini berperanan dalam mencerminkan pemikiran masyarakat dan menggambarkan
kehidupan dan persekitaran.
Sumber Rujukan
Abd. Rahim Ismail dan Dr. Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusateraan
Melayu. Selangor: Sasbadi Sdn Bhd

Atom. (2015). Pemikiran Dalam Pantun Melayu. Diakses daripada

http://kakikarya.blogspot.com/2015/05/pemikiran-dalam-pantun-melayu.html

Zurinah Hassan. (2016). Seloka: Kritikan Tajam Dalam Gurauan. Diakses


daripada http://zurinahhassan.blogspot.com/2012/03/seloka-kritikan-
tajam-dalam-gurauan.html

Anda mungkin juga menyukai