Anda di halaman 1dari 30

Pengenalan

• Terdapat pelbagai kaedah untuk mengajar membaca dan menulis


kepada kanak-kanak.
• Semua kaedah mempunyai kekuatan tersendiri. Oleh yang demikian
guru harus bijak memilih kaedah yang sesuai berdasarkan Amalan
Bersesuaian Perkembangan (ABP) kanak-kanak.
• Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu belajar murid mengikut
tahap perkembangan, minat dan persekitaran murid.
Cadangan: Kaedah Nyanyi Ingat Baca Tulis (NIBT) HURUF

Inovasi Oleh
Pn Zubaidah binti Mohaidin
SK PERMATANG BADAK, KUANTAN, PAHANG
N
N
Nyanyi MURID PRASEKOLAH/
PEMULIHAN/ PENDIDIKAN KHAS

I Ingat
MENGENAL
MENULIS HURUF
HURUF

B Baca

T
PENDEKATAN DIDIK
HIBUR
Tulis
PENYATAAN MASALAH
1) Tidak dapat menyebut nama huruf dengan tepat bagi huruf-huruf
yang mempunyai bunyi yang hampir sama seperti berikut:

• Huruf a disebut e dan sebaliknya

• Huruf b disebut d dan sebaliknya

• Huruf s disebut f dan sebaliknya

• Huruf f disebut h dan sebaliknya

• Huruf j disebut g dan sebaliknya

•Huruf m disebut n dan sebaliknya


PENYATAAN MASALAH
2) Tidak dapat menyebut nama huruf dengan tepat bagi huruf-huruf
yang mempunyai bentuk hampir sama seperti berikut:

(a,e,c,o), (b,d,p,q),

(r,u,n,m,y,h), (t,f), (i,j), (v,w).


PENYATAAN MASALAH
3) Tidak dapat mengecam dengan tepat bentuk huruf yang sama.
PENYATAAN MASALAH
PENYATAAN MASALAH
4) Tidak dapat menulis huruf dengan cara yang betul .
PENYATAAN MASALAH

5) Tidak berminat belajar huruf


melalui kaedah konvensional.
OBJEKTIF
Kaedah NIBT Huruf diaplikasikan dalam pengajaran dan
pembelajaran bagi membolehkan murid:

• Murid dapat mengecam dan menyebut dengan tepat bagi huruf-huruf


kecil yang hampir sama bentuknya seperti huruf (a,e,c,o), (b,d,p,q),
(r,u,n,m,y,h), (t,f), (i,j), (v,w).

• Murid dapat mengecam dan menyebut dengan tepat bagi huruf-huruf


kecil yang hampir sama bunyinya seperti huruf (a,e), (b,d), (f, h, s),
(j,g),(m,n).

• Murid dapat menulis huruf dengan cara yang betul .

• Ingat nama huruf dalam dalam jangka masa yang lama dan berminat
untuk belajar huruf
KAEDAH PENYELESAIAN MASALAH

KAEDAH
NIBT HURUF

Melalui kaedah ini murid menguasai 3 kemahiran secara serentak iaitu :


1) Kenal dan boleh sebut huruf kecil
2) Kenal dan boleh sebut huruf besar
3) dapat menulis huruf dengan urutan dan cara yang betul
Fokus: Kaedah Nyanyi Ingat Baca Tulis (NIBT)
• Fokus cara untuk mengajar murid
mengenal, menyebut dan menulis huruf
kecil dengan cara yang betul melalui
pendekatan DIDIK HIBUR

• Penggunaan lirik lagu yang


menggambarkan bentuk huruf diiringi
muzik yang sesuai

• Pergerakan anggota badan


PEMBANGUNAN BAHAN INOVASI DAN PENDEKATAN PdPc BERASASKAN TEORI
• Teori Sosiobudaya • Teori Kecerdasan
(Vygotsky) (Howard Gardner)

-merangkumi aspek-aspek
Konsep penting- ZPD yang ditekankan dalam
(Bantuan perlu pendekatan Dalcroze, Kodaly
dan Orff daripada beberapa
• Teori
diberikan oleh org Pemprosesan
• Teori Kognitif aspek.
dewasa kpd knk2 dalam -nyanyian dan muzik Maklumat
(Piaget) menguasai sesuatu meningkatkan daya ingatan (M. Gagne)

kemahiran dan kemahiran dalam
sebutan
• Teori David
Ausubel
- PdP dari konkrit ke abstrak Kanak2 dapat mengingat sesuatu
- Sesuai dengan dengan yang dipelajari dlm jangkamasa yang
peringkat kanak2. lama apabila pembelajaran tersebut
- Dikaitkan dgn pengalaman - Konsep Ansur Maju bermakna, menggembirakan dan mrk
terlibat secara aktif.
kanak (Maklumat disampai dlm
Diajar dgn menggunakan topik2 kecil
- Penglibatan aktif btk yg sesuai dgn dan di ulang-ulang (ingatan jangka
- Learning by doing keupayaan murid) panjang)
Pelaksanaan Kaedah
NIBT
Huruf (a hingga z) dikategorikan kepada 6 kumpulan huruf yang mempunyai persaman
bentuk. Huruf-huruf disusun mengikut turutan tertentu berkonsepkan ansur maju.
•Kad gambar disediakan untuk setiap kumpulan huruf . Bertujuan mengaitkan huruf
dengan bentuk-bentuk objek di persekitaran murid. (Teori Piaget)
Semasa aktiviti nyanyian dan gerakan, sila pastikan
bahawa pada semua sesi pengajaran dan pembelajaran,
guru hendaklah berdiri dan mengadap murid.

Huruf yang dibentuk oleh guru di udara adalah


terbalik (untuk guru) supaya bentuk dan turutan huruf
yang sebenar diperoleh murid dengan tepat.
Panduan Umum Penggunaan Kad Huruf 1 & Kad Gambar 1
 Guru perkenalkan huruf yang terdapat pada Kad Huruf.
(mulakan kad 1 dahulu)

 Kaitkan huruf dengan gambar/ objek persekitaran(kad


gambar 1)

 Murid menulis setiap huruf di udara (pastikan murid


melukis huruf di udara dengan saiz yang besar dan
mengikut urutan yang betul.)

 Guru menyanyikan lagu (rujuk seni kata lagu) tanpa


muzik untuk setiap huruf yang terdapat dalam kad.
 Murid menyanyi bersama guru sambil melukis bentuk
huruf dengan cara yang betul pada udara dan melalui
pergerakan anggota badan ( rujuk video yg disertakan).

 Menyanyi dengan iringan muzik sambil guru melukis


bentuk huruf mengikut turutan yang betul pada kertas
majong atau pada papan putih (tanpa kotak).
 Lukis kotak kosong (spt gambar di bawah)dengan saiz yang besar pada papan
putih atau pada kertas majong. Guru masukkan huruf-huruf tersebut sambil
menyanyi bersama-sama murid.

* (bentuk kotak ini berbeza mengikut kumpulan huruf yg sdg diajar)

 Lukis beberapa kotak lagi spt gambar di atas. Teruskan aktiviti


menyanyi beberapa kali sambil meminta beberapa orang murid
menulis huruf ke dalam kotak tersebut .
 Jalankan aktiviti menulis huruf c e o a g s dalam lembaran kerja (guru
sediakan).

 Bagi murid yang belum menguasai kordinasi mata tangan, sediakan


lembaran kerja untuk murid menyambung titik titik huruf tersebut.

 Langkah pengajaran tersebut boleh diulang pada hari berikutnya


(mengikut kesesuaian) tetapi pastikan semasa permulaan pengajaran,
murid dikehendaki menyanyi, bentukkan huruf di udara sambil
membuat pergerakan anggota badan, menulis huruf pada kertas
majong atau papan putih dan sambung aktiviti bertulis.
 Guru perlu perkenalkan huruf besar yang terdapat dalam Kad
Huruf 1 pada mana-mana langkah yang sesuai atau pada sesi
pengajaran pada hari yang berikutnya.

 Hanya huruf besar yang berlainan bentuk dengan huruf kecil


diperkenalkan. (17 huruf besar sahaja)

 Guru perlu maklumkan kepada murid bahawa bentuk huruf


besar bagi huruf C, O dan S adalah sama seperti bentuk
huruf kecil.
Aktiviti untuk murid lambat:
(a)Mengecam dan menyebut nama huruf
(i) Guru perlu mengajar murid-murid ini menyanyi secara individu untuk satu atau dua
huruf sahaja. Sebagai contoh,huruf c dan huruf e sahaja.
(ii)Setelah menguasai huruf ini, maka, ajarkan dua huruf lagi dan seterusnya. 

(b) Aktiviti menulis


(iii)Guru perlu perbanyakkan latihan menyambung titik-titik huruf bagi mengukuhkan
kordinasi mata dan tangan. Tulis sambil mendengar lagu. Sila ulang latihan
mengikut keperluan.

(c) Bermain dadu huruf


Lontar, sebut dan tulis huruf yan diperolehi selepas lontaran
Aktiviti di atas boleh diguna pakai oleh murid yang lambat dalam
semua proses pengajaran dan pembelajaran untuk kad- kad huruf seterusnya
Kad Huruf 1  
Telinga besar (2x)
Itu c (2x), c,c,c,c,c,c (2x), c,c,c (2x)
 
Lurus ke kanan, jumpa telinga
Itu e (2x), e,e,e,e,e,e (2x), e,e,e (2X)
 
Kepala bulat (2x)
Itu o (2x), o,o,o,o,o,o (2x), o,o,o (2X)
 
Telinga besar, badan kurus
Itu a (2x), a,a,a,a,a,a (2x), a,a,a (2x)
 
Telinga besar, badan kurus
Kaki bengkok, itulah huruf g (2x), g,g,g (2x)
 
Ular sawa, (2x)
Itu s (2x), s,s,s,s,s,s (2x), s,s,s (2x)
 
Rajin usaha, kita berjaya, berjaya (2x)
Jangan putus asa, mari kita cuba, membaca (2x)
 
Melodi: Mana ibu (jari)
 
Kad Huruf 2  Pipi saya besar, badan saya kurus
Itu huruf q…q, q, q, q, q
 
Perut saya buncit, badan saya kurus
Itu huruf d...d, d, d, d, d
 
Badan saya kurus, pipi saya besar
Itu huruf p...p, p, p, p, p
 
Badan saya kurus, perut saya buncit
Itu huruf b…b, b, b, b, b
 
Dengar cakap guru, jangan ragu-ragu (3x)
Rajin baca buku, dapat tambah ilmu
Melodi: Buai laju-laju
 
Kad Huruf 3
Badan kurus pakai topi, itu huruf r (2x)
r, r, r (3x), r, r, r, r...itu huruf r
 
Kaki lurus, badan bongkok
Itu huruf n, n,n, n (3x), n, n, n, n...itu huruf n
 
Kaki lurus, lompat ke kanan… ke kanan lagi
m, m, m (3x), m, m, m, m...itu huruf m
 
Dari atas, turun bawah, bengkok ke kanan
Naik atas turun bawah, jalan yang sama
u, u, u (3x), u,u,u, u…itu huruf u
 
Dari atas, turun bawah, bengkok ke kanan
Naik atas turun bawah, bengkok ke kiri
y, y, y (3x), y,y,y, y…itu huruf y
 
Badan kurus, tinggi lampai, kaki kanan dibuka
h, h, h (3x), h, h, h, h…itu huruf h

Melodi: Pak Mamat Ada


Kebun
 
Kad Huruf 4
Badan kurus, tinggi lampai
Itulah oh huruf l…l, l, l, l (3x), l, l, l
 
Badan kurus, tinggi lampai
Ada palang di tengah, t, t, t, t (3x), t, t,
t
 
Pakai topi, badan kurus, ada palang di
tengah
f, f, f, f (3x)...f, f, f
 
Badan kurus, tinggi lampai
Kaki atas dan bawah, k, k, k, k (3x) ...k,
k, k
 
Sayang ibu, sayang bapa
Hormat guru sentiasa, jadi anak yang
berguna
Hidup berbakti berjasa

Melodi: Goreng Pisang


Kad Huruf 5

Garis lurus ke bawah, satu titik di


atas, toing!
Itulah huruf i…i, i, i, i (2x)
 
Garis lurus ke bawah, kaki bengkok ke
kiri
Satu titik di atas, toing!
j, j, j, j, j, j, j, j
 
Rajin-rajin selalu
Menulis dan membaca (2x)
Kita disayang guru, juga kawan rakan
sebaya
 
Melodi: Lompat Si Katak Lompat
Kad Huruf 6
 Giginya tajam ada satu, turun ke bawah naik atas
Itulah ia oh huruf v
v,v,v,v,v
Oi, oi…itu huruf v
 
Giginya tajam ada dua, turun ke bawah naik atas
Turun ke bawah naik atas, itu w
Oi, oi… itu w
 
Darilah atas serong kiri, darilah atas serong kanan
Bersilang di tengah macam pangkah
Itu huruf x
Oi, oi… itu huruf x
 
Lurus ke kanan dan berhenti, tarik ke bawah serong
kiri
Lurus ke kanan sekali lagi
Itu huruf z
Oi, oi… itu huruf z
 
Tamatlah sudah huruf kecil
Dari huruf a hingga ke z
Menyanyi, ingat juga tulis
Hati gembira oi,oi (2X)
Hati gembira
 
Melodi: Ayam Den Lapeh
Gabungan Kad Huruf 1 dan Kad Huruf
2 dengan huruf vokal

Huruf
vokal

Anda mungkin juga menyukai